You are on page 1of 5

TEKS JURUACARA PROGRAM IHYA RAMADHAN 2012

ACARA

BUTIRAN PENYAMPAIAN

NYANYIAN LAGU

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahi Sejahtera. wabarakatuh dan Salam

Hadirin sekalian, majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya dan alunan Asmaul Husna diiringi dengan muzik. Para hadirin diminta bersedia.

Mohon para hadirin mengambil tempat.

BACAAN PROTOKOL

Yang Berusaha, Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Osman Bin Sidek, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Kassim Bin Samat, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Suhaimee Bin Mohammad, Penolong Kanan Kelas Persediaan Universiti, En. Mohd Najib Bin Abdullah, Barisan ketua bidang, guru-guru, hadirin & hadirat yang dikasihi sekalian.

Bulan keberkatan Bulan Ramadhan, Bulan dituntut untuk berpuasa, Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Ihya Ramadhan bagi tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 hijrah.

Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBATlah ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah

pembersihnya, marhaban ya ramadhan.

BACAAN DOA

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput _________________________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. ******* Jutaan terima kasih diucapkan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENGETUA

Sidang Hadirin Sekalian, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Ihya Ramadhan Tahun 2012 / 1433 Hijrah . Dipersilakan.

--------------------

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan atas ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Banyakkan amalan gandakan pahala, NASYID 1 Dibulan Ramadhan penuh barakah, Menyusun langkah semerdu irama, Alunan nasyid kini dipersembah

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Rabiatul Firqaneesa yang bertajuk Ahlan Wasahlan Ya ramadhan dan Syawal Menjelma Lagi.Dipersilakan. ****************** Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Rabiatul Firqaneesa di atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian, HADIAH Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang . Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput ___________________________ _____________________________________________ mengiringi _____________________________________________________ __________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Bagi Pertandingan ______________________________

Seterusnya, ____________________ ****************** Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________ atas kesudian meyampaikan anugerah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan Zakat SUMBANGAN ZAKAT kepada pelajar. Pemilihan Penerima Sumbangan Zakat ini adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada ahli PIBG, Ketua-ketua Kampung dan wakil Anak Negeri.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya memepersilakan En. Osman Bin Sidik Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bongawan mengiringi Pn. Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan untuk menyempurnakan acara.

************* Terima kasih diucapkan kepada Pn. Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan atas kesudian meyampaikan sumbangan zakat itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita pada pagi diserikan lagi NASYID 2 dengan persembahan nasyid dari kumpulan UBM MNH Bertajuk Ramadhan Tiba dan Satu Pagi Di Hari Raya. Dipersilakan.

********** Demikian tadi, persembahan nasyid daripada kumpulan UBM MNH. Jutaan terima kasih diucapkan.

TAKBIR RAYA

Para hadirin yang dihormati sekalian, sebelum majlis melabuhkan tirainya, marilah kita sama-sama mendengar alunan takbir yang akan dipersembahkan oleh kumpulan __________________. Dipersilakan.

*************

Jutaan terima kasih atas persembahan yang mengasyikkan itu tadi.

PENUTUP

Ramadhan disyukur banyakkan ibadat, Hidup beramal bertunjang iman, Majlis berakhir penuh syafaat, Tanda ingatan sepanjang zaman.

Saya mewakili majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Untuk mengakhiri Majlis Penutupan Ihya Ramadhan ini, marilah kita sama-sama bersalaman sebagai tanda kemaafan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sama lain.

Sekian,

wabillahi

taufik

wal

hidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatu.

You might also like