You are on page 1of 21

PENGENALAN

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat

kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Sejarah ketamadunan Asia telah membuktikan wujudnya interaksi antara tamadun yang membawa kepada pengkongsian ilmu dan teknologi, pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional. Sebenarnya, setiap tamadun mempunyai kaedah interaksi yang berbeza dan tersendiri tetapi tidak terbina secara berasingan walaupun terdapat perbezaan di antara tamaduntamadun dunia, namun ia saling berkaitan. Ini menunjukkan bahawa proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuklah interaksi peringkat tamadun. Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. Dengan ini jelaslah bahawa setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini berlaku sama ada menerusi jalan peperangan ataupun keamanan. kebudayaan antara satu sama lain. Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaann Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama wujudnya interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengahtengah laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan Negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justeru itu, pengaruh Tamadun Islam, China , India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan , bahasa dan

Definasi Tamadun
Berasal dari perkataan bahasa Arab maddana yang bererti membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilization. Perkataan tamadun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan madana yang bererti membina, mendirikan b a n d a r, me n a i k k a n t a r a f k e t a h a p b e r a d a b , menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budipekerti serta kebudayaan yang luhur.

Pengertian Tamadun Islam


Tama d u n I s l am d a p a t d i d e f i n i s i k a n s e b a g a i pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian, dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang undang, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al Quran dan alSunnah. Tama d u n ajaran Tauhid dan berpaksikan kepada Aqidah, Syariah dan Akhlak. I s l am b e r k emb a n g s e i r i n g d e n g a n penurunan wahyu yang berteraskan kepada

Definasi Interaksi
Interaksi merupakan proses social hasil daripada situasi pertembungan antara budaya atau peradaban, sama ada melibatkan pendukung-pendukun budaya atau peradaban (bearers of culture / civilization ) itu sendiri, ataupun pertembungan itu berlaku tanpa pendukung-pendukungnya. Interaksi juga boleh berlaku dengan berbagai-bagai cara: Hidup bersama atau sebelah menyebelah Perdagangan atau Peperangan Lawatan atau penjajahan

Elemen-elemen Asas Membentuk Tamadun


1. Penempatan Tidak nomad tetapi di kawasan yang boleh membekalkan makanan Ciri-ciri geografi tertentu penting Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih kerana tanahnya subur untuk aktiviti pertanian, bekalan air mencukupi, memberi bekalan protein seperti ikan contoh: 1. Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil 2. Tamadun Sumeria di lembah sungai Euphrates dan Tigris 3. Tamadun Shang di lembah Sungai Kuning 4. Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa di lembah sungai Indus Kewujudan kota dan Bandar o Bandar o Fungsi merujuk kepada satu tapak atau tempat dan pusat komoditi dalam sesebuah kawasan bergantung pada elemen penting dalam masyarakat. pusat upacara Contoh jika masyarakat utamakan agama

keagamaan, politik istana , perniagaan - pasar

2. Kualiti kehidupan wujud revolusi pertanian peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna hasil pertanian dan penternakan meningkat dan melampaui tahap sara diri kesannya mencipta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain sama ada secara

langsung atau tidak seperti pertukangan, perdagangan dsb penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan produktiviti makanan sebahagian tenaga digunakan untuk membina kuil, istana,tembok dan mengembangkan kemahiran

penggerak perubahan social daripada masyarakat petani kepada masyarakat yang mempunyai kelas dan pembentukkan Bandar-bandar seterusnya kerajaan aktiviti perdagangan selain telah membawa masukkomoditi-komoditi dari luar seperti logam, tekstil dan lain-lain turut menjadi penghubung antara masyarakat dengan masyarakat luar.

3. Stratifikasi social Wujud sistem pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status Sistem pengkelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan dan kekayaan penting ketika mencari penempatan kekal ialah tanah. Justeru itu, stratifikasi social berasaskan kepada pemilikan tanah pertanian Golongan yang miliki tanah mempunyai kedudukan yang tinggi Golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh Status pula mempunyai kaitan dengan criteria prestij tertentu dalam masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau adat Golongan yang mendapat gelaran tertentu mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus rendah termasuk juga jenis pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah Lazimnya golongan status tinggi mengawal sebahagian besar factor pengeluaran Bila ekonomi berkembang , berlaku perubahan social. Pemilikan kekayaan bukan terhad pada tanah tetapi juga harta lain. Ini mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas social tinggi. Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan pedagang.

4. Bahasa dan sistem tulisan Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun atau sistem tulisan yang tersendiri. Fungsi sebagai perantaraan komunikasi, perakam,penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu Melalui sistem tulisan ,komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif Kesannya :

Berlaku perkembangan ilmu Muncul kelas terpelajar ( literati ) Perkembangan ilmu astronomi Kemunculan seni kreatif seperti epic, puisi, cerita rakyat, contohnya epic Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria Penulisan doktorin agama tidak lagi hanya di fikiran sami atau syaman

5. Organisasi politik dan pemerintah Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat dalam menentang orang luar Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks bila tamadun berkembang Sistem politik o Beraja atau monarki. Tunggak kuasa bukan lagi seoarang ketua atau pemerintah o yang berkedudukan lebih tinggi seperti raja atau sultan dalam tamadun melayu dan firaun dalam tamadun mesir. Unsure-unsur sacral mengangkat kedudukan mereka, seperti daulat dalam masyarakat Melayu dan ketuhanan dalam masyarakat mesir .Ia milik sifat turun temurun

o Demokrasi dalam masyarakat Greek di Athens o Oligarki iaitu pemerintah yang dijalankan oleh sekumpulan pemerintah yang kadangkalanya terdiri dari sami-sami atau golongan cerdik pandai agama 6. Teknologi dan rekacipta Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi perubahan struktur social peningkatan daya reka cipta ( teknik baru) Contoh tamadun china , pesat zaman Dinasti Chou. Inovasi technology sampan alat pengangkutan penciptaan roda, kapal pengkhususan kerja pencapaian tahap kecekapan yang tinggi

7. Kreativiti Dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri

8. Kehidupan beragama Lazimnya Bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat upacara agama seperti kuil Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun Stratifikasi social guna istilah agama seprti kasta di India. Era awal didominasikan oleh kepercayaan animism, unsur alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasayang mempengaruhi kehidupan manusia Akhirnya wujud konsep dewa. Sebelum dan selepas segala aktivti dilksanakan

upacara keagamaan seperti sebelum tanam dan selepas tuai padi Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap perantaraan manusia dengan kuasa-kuasa supernatural. Contohnya golongan Brahmin dalam kasta india dan Shaman dalam tamadun awal China. Kedudukan dan penghormaatan mereka kekal menjadi milik keluarga dan tidak boleh digugat. Mereka juga memiliki satu set adat istiadat dan peralatan yang tidak boleh dimiliki oleh golongan bawahan. Wujud juga kepercayaan penyembahan nenek moyang sebagai tanda terima kasih dan mohon pertolongan. Roh mereka dipercayai boleh mendatangkan kebaikkan atau keburukan kepada anggota keluarga yang hidup. Justeru itu, perlu ditenangkan melalui upacara tertentu. Unsur spiritual penting dalam tamadun,memberi kesan kepada tingkah laku dan pembinaan bangunan Sumeria. Pusat urbanisasi . contoh Tamadun Mesir ,

NILAI NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN : UMUM DAN KHUSUS


Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut; Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu 1. Berlandaskan idea keagamaan Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati. Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam

tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut. Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme. Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian. Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah).

2. Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya. Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada

manusia ataupun binatang. 3. Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuhtumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. (al-Ahzab: 21)

Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut: i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan. ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia. iii. Peraturan perhubungan politik

Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa. 4. Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama. Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.

Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi. 5. Menghargai alam sekitar Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram. Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya. (al-Kahfi: 7)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur. (Yunus: 22)

Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.

Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan. Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang seimbang. 6. Mementingkan ilmu dan orang berilmu Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama. (al-Fatir: 28) (Taha: 114) Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku

Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya (ulul al-bab). (al-Zumar: 9) Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam. Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud: Ulama merupakan pewaris para nabi.

Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa. Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza. Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


A. TEOLOGI Persamaan Semua agama tekankan konsep ketuhanan kecuali tekankan falsafah moral dan etika Mempunyai doktrin dan amalan tertentu seperti bagi Islam puasa , solat, haji dsb Aspek-aspek tertentu dalam Islam , Kristian dan Yahudi ada persamaan seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan akhirat. Beberapa aspek konsep Buddhisme dan Hinduisme sama seperti kelahiran semula dan karma Perbezaan Manifestasi ketuhanan berbeza. Misalnya konsep monotheisme dalam Islam berbeza antara Islam (konsep tauhid ), Kristian (Trinity) dan Hindu ( Trimurti ) Beberapa aspek tertentu. Contoh : perbezaan antara Hindu dengan Buddhisme, seperti konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula Manifestasi konsep kenabian, amalan ( ibadah) dan konsep hari pembalasan berbeza B. ETIKA Dalam konteks melihat persamaan dan perbezaan antara tamadun ini, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan: PERSOALAN

agama Buddha

PERSAMAAN Hidup secara harmoni Alam sekitar adalah anugerah tuhan, manusia adalah bertanggungjawab sebagai khalifah untuk menjaganya.

PERBEZAAN Terdapat dalam beberapa tamadun yang memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan di anggap sebagai "Divine Power"

ALAM SEKITAR

Keluarga adalah sebagai asas pembentukan masyarakat

KELUARGA

Menurut konfucianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan kekeluargaan yang paling penting Komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti memastikan nilainilai dan norma masyarakat sentiasa dihormati. Dapat memberi sokongan moral,material, dan psikologi kepada anggota.

Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan hormat menghormati.

KOMUNITI

Dalam sejarah tamadun dapat dilihat bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhime

Menekankan persoalan akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah kerajaan. Sifat raja adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun

KERAJAAN

KEGIATAN EKONOMI

Berlaku dalam konsep "Moral semesta" Wujud konsep hak-hak kehidupan

Buddhidme wujud hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu "eight fold path". Dalam ajaran Islam wujud Halal dan Haram yang mempunyai kaitan dengan akhlak. Dalam islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu, tranformasi sifat(Character) dapat

PENDIDIKAN

Pembinaan sifat-sifat seseorang Manusia tidak digalakkan mengusai persekitaran luaran tampa perubahan dalaman.

dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

KESIHATAN

Mengetahui persoalanpersoalan dasar berkaitan dengan ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang saksama.

Konsep kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama

PENUTUP
Setiap tamadun masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan ini akan mampu mengangkat dan mengukuhkan taraf peradaban manusia sekiranya interaksi itu dijalankan secara positif dengan masingmasing memahami tamadun masing-masing dan tamadun lain. Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

RUJUKAN

Mohd Nor Jusuh , (2011, April ) . Tamadun Islam dan Tamadun Asia. KL : Sarjana Media Universiti Malaya , (2001 ). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. KL : Terbitan Universiti Malaya Pengenalan Tamadun Islam. http://notapismp.blogspot.com/2009/04/tamadun-islamdantamadun-asia.html

Ustaz Abdul Aziz Harjin, ( 2009, Dis). Tamadun islam dan Tamadun Asia. http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.html titas Haba, (2008 ) .Interaksi Pelbagai Tamadun. http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun.html Bab1 (Pengenalan ilmu ketamadunan ). http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%201%20Pengenalan%20ilmu %20ketamadunan.pdf Bab 2 interaksi Pelbagai Tamadun. http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab %202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf Interaksi antara tamadun. http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksiantaratamadun.html

Faktor berlaku interaksi.

http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksi-antaratamadun-dan.html

You might also like