You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN DAN PENGERTIAN ILMU TAJWID 2.0 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID 2.

1Hukum mempelajari ilmu tajwid 2.2Dalil-dalil mempelajari ilmu tajwid

MUKA SURAT 3 4 4 4 5 5 6

3.0 KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID 3.1 Kepentingan mempelajari ilmu tajwid 3.2 Kelebihan mempelajari ilmu tajwid 4.0 ANALISIS PENCAPAIAN DAN RANCANGAN PENINGKATAN AKADEMIK 7 4.1 Analisis pencapaian 4.2 Rancangan peningkatan akademik 5.0 PELAKSANAAN DAN CADANGAN MENGATASI MASALAH 5.1 Pelaksanaan 5.2 Cadangan mengatasi masalah 6.0 TOKOH-TOKOH ILMU TAJWID 6.1 Datok Haji Hassan bin Azhari 6.2 Ustaz Haji Muhammad Hassan bin Ahmad 7.0 KESIMPULAN

7 7 9 9 9 10 10 12 12

1.OPENDAHULUAN DAN PENGERTIAN ILMU TAJWID


Ilmu tajwid merupakan suatu ilmu dan kemahiran yang sangat mulia kedudukannya. Ia dapat dilihat berdasarkan peranan dan impak ilmu tajwid di mana ia berfungsi sabagai panduan kepada para Qari dalam membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Ilmu ini membincangkan tentang kaedah-kaedah dan cara-cara bacaan al-Quran secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. Matlamat ilmu ini adalah untuk

memelihara lidah daripada kesalahan dalam membaca al-Quran dan menjaganya daripada sebarang penyelewengan. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut tentang ilmu ini, marilah kita fahami dahulu pengertian atau definisi ilmu tajwid dari segi bahasa dan istilahnya. Pengertian Tajwid menurut bahasa bermaksud mencantikkan dan memperelokkan sesuatu. Menurut istilah pula ia bermaksud melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf iaitu sifat aslinya dan mustahaknya iaitu sifat mendatangnya (Haji Abdul Kadir Leong, 2008). Sifat asli ialah sifat yang lazim ada pada huruf dan tidak dapat dipisahkan seperti sifat ghunnah, jahr, syiddah, istila dan sebagainya. Sifat mendatang bermaksud sifat-sifat yang timbul dari sifat asli seperti sifat tafkhim timbulnya dari sifat istila, tarqiq timbulnya dari sifat istifal dan lain-lain lagi. Terdapat dalil daripada kitab al-Quran berkaitan dengan ilmu ini, iaitu Allah berfirman dalam surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil. Makna tartil menurut Saiyidina Ali bin Abi Talib ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Selain itu terdapat juga dalil daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang maksudnya: Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.

2.0 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID


2.1 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID Hukum mempelajari ilmu tajwid boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: 1. Hukum mempelajari ilmu tajwid secara teori. Hukum mempelajari hukum dan kaedah ilmu tajwid secara teori adalah fardhu kifayah. Tuntutan mempelajarinya dalam konteks ini sama seperti kefardhuan mempelajari ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh umat Islam. Sebuah negeri atau daerah akan berdosa jika tidak ada orang yang mempelajari ilmu ini.

2. Hukum mempelajari ilmu tajwid secara amali. Hukum mempelajarinya secara amali adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. Maksudnya di sini adalah wajib bagi pembaca al-Quran untuk mempelajari ilmu tajwid, atau dengan kata lain tajwid wajib bagi sesiapa yang hendak membaca sesuatu ayat dari kitab al-Quran. Orang yang membaca al-Quran dengan bertajwid akan mendapat pahala dan berdosa jika meninggalkannya kerana penurunan al-Quran sejajar dengan penurunan tajwid.

2.2 DALIL-DALIL MEMPELAJARI ILMU TAJWID Dalil-dalil yang berkaitan dengan hukum mempelajari ilmu tajwid adalah seperti berikut: 1. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud: Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil.

2. Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya alMuwatta dan an-Nasai dalam susunannya daripada Huzaifah yang maksudnya: Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu arab. Dan jauhilah olehmu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang-orang yang fasiq dan dosa besar.

3. Dalil dari ulamak yang menyebut, maksudnya:


3

Mentajwidkan al-Quran adalah satu kelaziman, barang siapa membaca al-Quran tanpa tajwid berdosa hukumnya kerana al-Quran itu diturunkan beserta tajwid. Demikianlah al-Quran itu datang dari Allah untuk makhluknya. Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.. Oleh kerana mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala.

3.0KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID


3.1 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID Ilmu tajwid adalah ilmu yang berkaitan dengan kitab al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan tentang kepentingan mempelajarinya. Antara kepentingan-kepentingan mempelajari ilmu tajwid adalah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.

Seseorang yang mempelajari serta mengetahui ilmu tajwid akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkannya ketika membaca ayat-ayat al-Quran. Oleh kerana membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu kesalahan nyata dan kesalahan tersembunyi. 2. Dapat menyebut huruf dengan tepat mengikut sifat dan makhrajnya. Apabila mempunyai ilmu tentang tajwid, seseorang itu dapat membaca al-Quran dan menyebut huruf dengan tepat mengikut sifat dan makhrajnya. Ini kerana ilmu tajwid bukan sahaja mengajar umat islam tentang hukum-hukum bacaan tetapi juga meliputi sifat dan makhraj huruf-hurufnya.

3. Menjamin kesahan dan kebenaran makna sesuatu ayat yang dibaca berdasarkan hukum-hukum bacaan yang terdapat di dalam ilmu tajwid. Apabila seseorang membaca al-Quran dengan betul sebutannya mengikut sifat-sifat huruf dan makhrajnya serta hukum-hukum bacaannya, maka ia dapat menjamin kesahan dan kebenaran makna sesuatu ayat yang dibaca. Ini kerana kesalahan menyebut walaupun satu huruf sahaja dalam satu kalimah, ia boleh merosakkan makna kalimah tersebut.

3.2KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Seseorang yang mempelajari dan mengamalkan ilmu tajwid dalam membaca al-Quran , akan memperoleh kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : Bacalah al-Quran, maka sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.

2. Mendapat rasa nikmat keindahan bahasa ayat-ayat al-Quran. Bacaan al-Quran bertajwid jika disertai dengan kefahaman makna-makna ayatnya dapat menimbulkan rasa nikmat terhadap keindahan bahasa ayat-ayat al-Quran yang merupakan salah satu daripada mukjizat agung kepada umat manusia.

Memperolehi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi s.a.w yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30 yang maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
5

Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,yang maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya. (Sahih Bukhari)

4.0 ANALISIS PENCAPAIAN DAN RANCANGAN PENINGKATAN AKADEMIK


4.1 ANALISIS PENCAPAIAN Berdasarkan post mortem pencapaian pelajar dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, didapati tahap penguasaan pelajar dalam ilmu tajwid amat lemah. Kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan-soalan berkaitan tajwid dengan baik. Oleh itu, sebagai ketua Panitia Pendidikan Islam saya merancang untuk mengadakan satu program yang diberi nama Program Tahsin Al-Quran. 4.2 RANCANGAN PENINGKATAN AKADEMIK Berikut merupakan perincian tentang program yang akan diadakan. Nama program Pengenalan : Program Tahsin Al-Quran : Program Tahsin Al-Quran merupakan program yang diadakan khusus untuk memperbaiki bacaan al-Quran pelajar-pelajar agar mereka dapat membaca al-Quran dengan sebutan dan hukum tajwid yang betul sebagaimana yang diajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Program ini diadakan di luar waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang telah disediakan. Objektif :

1. Memperbaiki bacaan al-Quran terutamanya bagi pelajar yang lemah. 2. Membantu guru-guru Pendidikan Islam mmengatasi masalah bacaan al-Quran pelajar di dalam kelas.

3.Menjadikan program ini sebagai medium untuk memastikan pelajar mampu membaca al-Quran secara tartil. Kumpulan Sasaran : Semua murid tahun 4,5 dan 6

Tenaga Pembimbing : Semua guru Pendidikan Islam dan guru JQAF. Tempoh Pelaksanaan : Diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 22 Jun 2013 dan berakhir pada jam 5.30 petang, 23 Jun 2013. Jawatankuasa Pelaksana : Penasihat Pengerusi Penyelaras kem Setiausaha : Guru Besar : Encik Md. Yusof bin Md. Mohtar : Guru Penolong Kanan Kurikulum : Puan Samsiah binti Sahari : Ustaz Baharuddin bin Muddasir : Ustazah Sharmi binti Saman

Penolong Setiausaha : Ustazah Siti Zakiah binti Ahmad Bendahari : Ustaz Azizi bin Fahir

Penolong Bendahari : Ustazah Yuzurina binti Ismail Ahli Jawatankuasa Anggaran Perbelanjaan : Makan dan minum Bahan potostat Hadiah galakan : Rm 16x100 orang = RM 1600 : : Jumlah = RM 100 = RM 50 : Semua guru Pendidikan Islam dan guru JQAF

= RM 1750

Sumber Kewangan Penutup

: Sumbangan PIBG dan peruntukan panitia Pendidikan Islam. : Program Tahsin Al-Quran ini diharapkan dapat memberi perubahan kepada para pelajar dalam membaca al-Quran terutamanya dari segi hukum tajwid dan kelancaran bacaan. Diharapkan program ini dapat direalisasikan dengan baik dan jayanya.

5.0 PELAKSANAAN DAN CADANGAN MENGATASI MASALAH


5.1 PELAKSANAAN Program ini telah dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dirancang. Ia dilaksanakan dengan cara kursus dan bengkel. Pada hari pertama murid diberi penerangan tentang hukum-hukum tajwid yang berkaitan. Pada keesokan hari pula, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru. Dalam aktiviti kumpulan, muridmurid dikehendaki mempraktikkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Dalam program ini penekanan diberikan terhadap hukum nun dan mim mati dan tanwin. Walaupun program ini telah berjaya dilaksanakan, namun terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi. Antaranya ialah penglibatan pelajar yang tidak menggalakkan, masalah kewangan dan masalah cuaca. 5.2 CADANGAN MENGATASI MASALAH Berikut merupakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah-masalah di atas. 1. Masalah penglibatan pelajar yang tidak menggalakkan. Saya mencadangkan agar diadakan sedikit taklimat kepada ibu bapa sebelum sesuatu program hendak dijalankan. Ini bertujuan memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang kepentingan penglibatan anak-anak mereka di dalam program yang dirancang. Selain daripada itu, sedikit penerangan tentang program juga boleh diselitkan di dalam surat edaran yang diberikan kepada ibu bapa. Ibu bapa yang memahami dan menyedari kepentingan program yang dianjurkan akan pihak sekolah pasti akan menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri.

2. Masalah kewangan Masalah ini merupakan masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru dalam membuat sesuatu program. Cadangan saya ialah mengutip derma daripada ibu bapa sebelum sesuatu program tersebut dijalankan. Cara ini dapat meringankan bebanan pihak sekolah dan PIBG. Cadangan lain untuk mengatasi masalah ini adalah menaikkan jumlah bayaran bagi program agama yang termasuk dalam bayaran tambahan yang perlu dibayar oleh setiap ibu bapa pelajar di awal tahun. Dengan cara ini mungkin akan menjamin kewangan yang mencukupi untuk menjalankan program-program berkaitan agama Islam.

3. Masalah cuaca Masalah cuaca yang dihadapi adalah hujan yang kerap. Apabila hujan, pergerakan murid menjadi lambat, seterusnya menyebabkan sesuatu slot itu lambat bermula. Bunyi hujan yang kuat juga menyebabkan pendengaran pelajar yang kurang jelas dan menyebabkan pelajar kurang dan ada juga yang hilang tumpuan terhadap apa yang diperkatakan atau diajarkan. Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar tarikh pelaksanaan program ini diawalkan iaitu pada awal tahun sama ada bulan April atau Mei di mana pada bulan-bulan tersebut hujan tidak kerap turun.

6.0 TOKOH ILMU TAJWID DI MALAYSIA


Terdapat ramai tokoh ilmu tajwid di Malaysia. Mereka ini telah banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan di Malaysia. Selain itu, ada juga di antara mereka yang telah memberi sumbangan di peringkat antarabangsa. Di antara tokoh yang paling menonjol dan sangat dikenali ialah Yang Berbahagia Datok Haji Hassan Azhari. Seorang lagi tokoh adalah Ustaz Haji Muhammad Hassan bin Ahmad. 6.1 DATOK HAJI HASSAN BIN AZHARI Datok Haji Hassan bin Azhari dilahirkan pada 18 ogos 1928 di Shuaib Amir, Mekah. Beliau dilahirkan dalam keluarga berilmu dan beragama. Ayahnya Azahari bin Haji Abdul Khalid adalah seorang ilmuan yang lama tinggal di Mekah dan banyak mendalami ilmu agama dalam pelbagai bidang. Ibunya Hajah Fatimah binti Abdul Hakim adalah dari campuran keturunan arab dan Minangkabau. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di

peringkat rendah, beliau mempelajari al-Quran secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah. Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah). Pada tahun 1939, beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke negeri Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru. Ketika berada di Malaysia, beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al Ulum al Diniyyah, kemudian berpindah ke Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Seterusnya, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah al Junaid di Singapura untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih. Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum ( kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi Thanawi. Bagi mendalami pengajian alQuran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim. Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud alBukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi). Penglibatan beliau dalam bidang Al-Quran amat luas dan beliau mengembangkan pengetahuan yang diperolehi kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan makhraj, jenis-jenis qiraat dan tarannum. Beliau memperkenalkan asas pendidikan al-Quran untuk kanak-kanak melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan menggunakan kaedahnya sendiri dengan memperkenalkan huruf diikuti dengan perkataan al-Quran dan seterusnya diikuti dengan bacaan(ayat) pula. Kaedah ini diperkenalkan melalui program televisyen dan radio bagi membina kemahiran kanak-kanak dalam membaca al-Quran. Begitu juga orang dewasa yang baru belajar membaca al-Quran. Selain iu, beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk Muqaddimah Ilmu tajwid bagi meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001. Seterusnya, pada tahun 2003, beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Beliau juga dijemput ke luar negara untuk memberi kursus dalam bidang tajwid, iaitu di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat di sana sebanyak beberapa kali pada tahun 2000. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penghakiman tajwid bagi pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan
10

dan antarabangsa yang dianjurkan oleh negara kita selama 50 tahun, selain menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.

6.2 USTAZ HAJI MUHAMMAD HASSAN BIN AHMAD Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Januari 1940 di Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya, beliau meneruskan pelajaran di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin di Terengganu. Beliau pernah berkhidmat sebagai Mudir di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Padang Pak Amat, di samping menjadi tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Pak Amat. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan pegawai di beberapa daerah di sekitar negeri Kelantan. Beliau mendapat pendedahan mengenai ilmu al-Quran bermula sekitar tahun 90-an. Di antara guru al-Quran beliau termasuklah Datuk Ishak bin Lembik, Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Salleh al-Hafiz dan beberapa orang guru dari mekah, Mesir dan Pakistan. Beliau kini melanjutkan pengajian dalam bidang Ilmu Qiraat di Kolej Antarabangsa Ismail Petra (KIAS). Selain itu, beliau juga aktif dalam memberi khidmat mengajar, memberi ceramah dan mengadakan kursus al-Quran kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Di antara buku yang dihasilkan oleh beliau bertajuk Cara Mudah Belajar Tajwid.

7.0 KESIMPULAN
Ilmu tajwid merupakan suatu ilmu yang membahaskan tentang cara membaca ayat-ayat suci al-Quran al-Karim menurut hukum yang tertentu, dengan mengucapkan huruf menurut hak asli dan hak mendatang. Mempelajarinya adalah fardhu kifayah, manakala membaca alQuran dengan bertajwid dihukumkan dengan fardhu ain, di mana mendapat pahala orang yang membacanya dan berdosa orang yang meninggalkannya, yakni tajwid. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. memberi beberapa kelebihan kepada sesiapa yang mempelajari dan mengamalkannya sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini. Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelaslah bahawa ilmu tajwid amat penting untuk dipelajari dan dikuasai, bukan sahaja bagi murid-murid di sekolah tetapi juga bagi setiap
11

orang Islam. Pada masa kini, terdapat banyak buku-buku tentang ilmu tajwid telah diterbitkan. Selain itu, terdapat juga pengajaran al-Quran bertajwid disiarkan di televisyen, radio dan cakera liut. Oleh itu, semua umat Islam patut menyokong usaha-usaha pihak berkaitan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dan semua umat Islam dalam ilmu tajwid.

(2,503 patah perkataan)

12

RUJUKAN
Haji Abdul Kadir Leong. Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Dinie Publisher http://Balliqul-ilm.blogspot.com/2008/10/tokoh http://Grenbara.bravejournal.com/entry/26277 http://Nayie.blogspot.com/2009/03 http://Omartahfiz.blogspot.com/2011/05 www.docstoc.com/docs/79979735/KERTAS http://Yudisaykikajoranbuyutisun1.blogspot.com/2013/03

13

You might also like