http://mimbarkata.blogspot.com/2013/04/cerita-jenaka.

html

Definisi : Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur. Hampir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-aksi yang menimbulkan kelucuan. Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas, dan Awang Kenit.

Jenis-Jenis Cerita Jenaka Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis: i. Cerita Jenaka Tempatan Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya.

Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing. Plot cerita jenaka bersifat sederhana. Contoh: Cerita Mat Jenin ( Hindu ). Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu : (i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk) (ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir) (iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai) Dari aspek latar. Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai. Si Luncai dan Pak Belalang. Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.Contoh: Cerita Pak Pandir. Latar dalam Cerita Jenaka berlaku di alam nyata. Lebai Malang. contohnya : watak Pak Pandir. Cerita Pak Kaduk. Cerita Lebai Malang. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan rakyat bawahan yang lucu. ii. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni. dalam kalangan masyarakat manusia biasa. Dari segi plot cerita. Dalam satu-satu cerita jenaka terdapat episodepisod kecil dan berasingan tetapi dapat berdiri sendiri sebagai sebuah cerita. mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. lurus. Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam ) Ciri-ciri Cerita Jenaka Dari segi watak dan perwatakan. kronologi dan tidak berbelit-belit. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan. Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar: Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. suasana masyarakat tani atau nelayan dan tidak bercampur dengan alam fantasi. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. . Cerita atau peristiwa lebih tertumpu kepada watak utama sahaja. Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan. mudah. Contohnya cerita Lebai Malang. Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Pak Kaduk. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba.

Pak Kaduk terlalu tamak. Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang. dia memasang layar perahu. segala segi kebodohannya diringkaskan dalam gurindam:— “Adohai Malang Pak Kadok Ayamnya menang. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja. Dalam cerita Pak Kadok. kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran. Dari segi fungsi.Jalinan plotnya dimasukkan unsur-unsur ketegangan / konflik. isterinya menyindir. tetapi angina berhenti meniup. dipukulnya sampai mati. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Dalam pelayaran ke rumah kawan. tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah. Hasilnya. Mudek menungkah surut Hilir menungkah pasang. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu. Ada isteri dibunuh . klimaks serta penyelesaian cerita berakhir dengan „happy-ending‟ atau „tragic-ending‟. Cerita Jenaka berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial Contoh Cerita Jenaka Melayu : Bodoh-Sial (Pak Kadok) Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja.

O.J. khatam Quran dan kenduri Maulud. bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Winstedt dan A.s. Semasa kejar mengejar dengan anjing. perkara-perkara malang yang berlaku pun menimbulkan unsur kelucuannya. Winstedt dan A. Cerita jenaka oleh R. Kebodohan Pak Pandir Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa. 58 Cerita jenaka oleh R. Dalam kisah Lebai Malang. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.O. Ditinggalkan bungkus lempeng di bawah pokok dan terus memanjat sigai. Dalam perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya. Sturrock) Bodoh-sial (Lebai Malang) Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput menghadiri kenduri orang mati. Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandung duduk.J. Dia terlewat sampai untuk dua kenduri. II. Sturrock.s.) Pintar-bodoh (Pak Pandir) Kecerdikan Pak Pandir : Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Kejenakaan mengenai Lebai Malang digambarkan dalam gurindam:— “Ayohai nasib fakir miskin Dapat sedekah sebungkus lempeng Habis hilang baju dan kain Penganan habis dibaham anjing Penat bekerja tidak terkira Ke sana ke mari tersera-sera Punah golok bersama nira Pulang ke rumah mendapat mara.” (Lihat m. Pada kenduri ketiga dia diberi lempeng untuk bekalan pulang.Nyaris mati oleh tak makan.” (Lihat m. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak pander menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja. dia . Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar.

menggunakan rusa yang sebenar. Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur pengaruh asing Sebahagian besar dari cerita-cerita jenaka yang bersifat Melayu asli. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina. Sedang mereka asyik menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan dirinya. masakan mendapat ikan. oleh orang-orang yang bukan Melayu dicari-carikannya persamaan-persamaan yang terdapat antara ceritacerita ini dengan cerita-cerita dari bangsa-bangsa yang telah mempengaruhi alam Melayu saperti India. . Si Luncai berkahwin dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan. matinya Pak Belalang. Raja amat hairan. Raja terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur ke dalam lubang. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja. Pak Pandir dan Si Luncai dengan bahagian-bahagian cerita dalam kitab-kitab tua Hindu saperti Kasa Sarit Sagara. Si Luncai mengatakan dia baharu sahaja pulang dari akhiraty dan datuk nenek raja memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. Watak Pintar (Pak Belalang) Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negara. Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian saudagar Keling. Hitopa Desa dan Pancatantra. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain. bahawa ada persamaan antara cara. Bila raja mangkat. Watak Pintar (Si Luncai) Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang diberi tugas untuk membunuhnya. Arab dan Parsi. Winstedt berpendapat.

Antara cerita-cerita mengenai dia yang termasyhur. adalah sesuai dengan alam Melayu dan diterima oleh masyarakat Melayu. hingga akhirnya takar itu jatuh dan tepungnya terbuang. Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan. dianggap sebagai cerita Jenaka yang tinggi mutunya dan lebih menggelikan hati. Yang menjadi unsur hiburan dan gelak ketawa bukanlah hanya kepintaran Abu Nawas sahaja. Contohnya. Cerita Jenaka berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. timbullah kiasan dan tamparan hebat kapada kaum atasan dan pembesar-pembesar negeri supaya jangan melakukan sesuatu sewenangwenangnya. Dengan adanya suasana dan gambaran masyarakat Melayu. ialah Abu Nawas Membilang Bintang Di Langit. Cerita ini juga mengagungkan kaum wanita yang dengan kepintarannya dapat menewaskan beberapa orang lain. Dalam Hikayat Kalilah dan Daminah (terjemahan Abdullah Munsyi 1835) terdapat cerita tentang angan-angan seorang Brahman dengan takar tepungnya. Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan. Cerita Musang Berjanggut berasal dari Parsi. Contoh : Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “ Perutnya besar. punggungnya tonggek dan apabila berjalan menjemur dada”. Musang Berjanggut dan Abu Nawas. Abu Nawas Mencari Lembu Pandai Berkata-kata. cerita-cerita ini telah menjadi milik kita. Corak cerita Mat Jenin serupa dengan cerita dalam Pancatantra dan juga hikayat 1001 malam. Fungsi Cerita Jenaka i. yang akhirnya dapat membodohkan sesiapa sahaja yang mengemukakan masaalah atau menguji kepintarannya. Cerita-cerita jenaka yang lain yang tidak kurang digemari oleh masyarakat Melayu lama ialah cerita Mat Jenin. Cerita Abu Nawas berasal dari Parsi dan amat dikenal di kalangan masyarakat Melayu. Mat Jenin mengesahkan orang yang berangan-angan di atas pohon kelapa hendak membanyakkan hasil upahannya hingga hendak berkahwin dengan puteri raja dan akhirnya terjerumus jatuh dari pohon itu. Cerita ini mencampur-adukkan unsur-unsur kepintaran.Adanya pengaruh bangsa-bangsa lain di alam Melayu tidak dapat dinafikan. Kononnya Abu Nawas benar-benar hidup di kota Baghdad dalam zaman gemilang kerajaan Parsi. lebih-lebih pula yang telah menjadi sebati dengan jiwa Melayu. Unsur hiburan yang terdapat dalam cerita jenaka jelas dilihat pada sifat lucu yang dimiliki oleh watakwatak dan daripada peristiwa lucu yang terjadi pada watak utama. Hal ini bermakna perkataan jenaka membawa maksud/makna lucu dan turut membawa kesan menghiburkan kepada pembaca/pendengar. Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh memanggil lebai . kebodohan dan tipu helah untuk melepaskan diri. Tetapi cerita Mat Jenin dengan pokok kelapa. Abu Nawas Mengangkat Masjid dan Menunjuk Pusat Bumi. Jika diteliti ceritanya. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira. tetapi kemungkinannya besar bahawa persamaan ini ialah secara kebetulan saja. tetapi ialah juga perbuatan dan tingkahlakunya.

Contohnya Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menghadiri kenduri. memukul isterinya hingga mati Jangan terlalu tamak . Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain. Cara pemakaiannya ini turut menimbulkan kelucuan dalam cerita jenaka tersebut. terdapat banyak sifat lucu dan peristiwa yang menghiburkan dan mengembirakan hati para pendengar. Selain mengkritik tingkah laku yang buruk. Contohnya. Pak Kaduk yang marah isterinya menyindir. Cerita jenaka biasanya mempunyai pengajaran tertentu kerana sifat/peristiwa yang diberikan pada watak utama. Contohnya dalam cerita Pak Kaduk. memakai kasut besar dan memakai serban besar di kepala. dan penghulu) turut menjadi sasaran kritikan atas penyelewengan yang dilakukan. Sifat suka berjudi ini menyebabkan Pak Kaduk telah kehilangan harta bendanya. Pak Kaduk bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi turut mendapat malu kerana semasa dia melompat keseronakkan kerana menyangka ayamnya telah menang dalam pertandingan menyabung ayam sehinggakan baju kertas yang dipakainya telah koyak.untuk majlis kenduri Kelucuan yang ditunjukkan dalam cerita Si Luncai. Dalam cerita tersebut pengajarannya dapat dilihat pada watak Pak Kaduk iaitu jangan berjudi kerana berjudi akan menyebabkan kita menjadi papa kedana. Sifat negatif seperti bodoh. mementingkan diri sendiri. tamak. Sebagai sindiran/kritikan. Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampung Jangan terlalu mengikut hati yang marah kerana akhirnya kita juga yang menyesal. Unsur pengajaran yang terdapat dalam cerita jenaka merupakan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia. menipu untuk melepaskan diri dan sebagainya dikritik menerusi cerita-cerita ini. hakim. Contoh : Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja Jangan terlalu percaya kepada nujum kerana sebahagian merekahanya tipu helah sahaja. iii. Contoh. cerita-cerita ini berfungsi sebagai alat kritik sosial kepada masyarakat. institusi tertentu seperti institusi keagamaan (lebai) dan pemerintah (raja. gemuk. ii. Dalam cerita ini. Pada umumnya. . Sifat lucu ini jelas pada watak Si Luncai yang digambarkan mempunyai sifat yang melucukan iaitu seorang yang mempunyai paras fizikal yang pendek. Cerita Jenaka berfungsi sebagai pengajaran. perut buncit. pembesar.

Akhirnya ketiga-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya. Mengkritik golongan manusia yang hidup hanya bergantung kepada kemujuran nasib secara kebetulan semata-mata yang tanpa kebijaksanaan akal fikiran dan ilmu pengetahuan.Jelas membawa masej kritikan yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti golongan raja yang mempunyai kedudukan dan status yang tinggi dalam masyarakat Melayu. cerita Lebai Malang. sebagai alas an kepada raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah. yang menerima jemputan di tiga tempat. Mengkritik golongan manusia yang suka melakukan kerja-kerja membuang masa. Dalam cerita ini kritikan ditujukan kepada golongan atasan yang menindas golongan bawahan dengan menggunakan kekuasaan yang dimilikinya. Raja juga telah merampas tanah Pak Kaduk setelah Pak Kaduk kalah dalam pertandingan menyabung ayam tersebut. Contohnya jelas dalam cerita Pak Kaduk. Golongan raja yang menindas rakyat jelata dengan mengenakan kekerasan digambarkan sebagai kritikan kepada golongan atasan. kenduri khatam Quran dan kenduri maulud. dia terpaksa membakar rumahnya sendiri. Dalam cerita Pak Belalang. Kritikan ini ditujukan kepada golongan yang tidak adil dengan golongan miskin dan lebih mementingkan diri sendiri. Hal ini menunjukkan sifat raja yang zalim dan tamak serta sanggup melakukan kekejaman untuk menjaga status dan kedudukannya yang tinggi. tidak dapat mengekalkan kemewahan hidup. kenduri kematian. Mengkritik golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri. Raja yang sememangnya mengetahui ayam Pak Kaduk lebih handal daripada ayamnya telah mengajak Pak Kaduk supaya menukarkan ayamnya. melalaikan dengan kegembiraan yang merugikan itu akan membawa . Contohnya.

kebodohan Pak Pandir pula terserlah apabila dia menyorok di atas para bagi mengelakkan diri dari penipuannya diketahui oleh isterinya. kalau begitu dia hendak mencari kerbau. Kejenakaan Pak Pandir CERITA ini ialah cerita dua orang suami isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andih. Mak Andeh telah menyediakan kuih untuk Pak Pandir sebagai bekalan. Mengkritik golongan raja yang tertipu oleh golongan bawahan seperti dalam kisah Si Luncai sehinga raja terpedayaan dan akhirnya Si Luncai berjaya berkahwin dengan puteri raja. Mengkritik golongan raja/ pemerintahan yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu orang bawahannya. iv. Namun. Dalam cerita Pak Kaduk. akhirnya menang sorak. Mak Andeh. Jadi. Cerita jenaka memaparkan gambaran kehidupan masyarakat zaman dahulu. Cerita Jenaka Sebagai Gambaran masyarakat. pintarbodoh dan pintar. kampungnya tergadai. Hendak membeli kerbau. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat yang mempunyai sifat bodoh-sial. raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk yang lebih kuat. Hal ini kerana. kepintaran Pandir terserlah apabila berjaya menipu Mak Andih apabila dia terlalu ingin makan penganan dengan menyatakan bahawa dia hendak pergi berlayar. mereka hendak bekerjalah hendak membuat ladang bertanam padi.keruntuhan moral. suatu hari itu. menyabung ayam. Jadi. Contohnya jelas dalam cerita Pak Pandir yang dapat dikategorikan sebagai sebuah cerita pintar-bodoh. disuruhnya Pak Pandir membeli kerbau untuk mem-bajak . Pak Kaduk hidup berjudi.

Pak Pandir ini datang kepada petani itu." katanya. dibawanya balik 'kerbau' itu balik ke rumah. "Bila kerbau itu hendak dibawa balik ikat dengan tali. Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada seorang anak kecil. Dia tidak suka pergi ke ladang. Jadi. Suatu hari. itu kerbaulah. kena tumitnya menyebabkan luka. Ia memantul pada tanah dan kadangkala terkena kakinya. Bawa balik. Tidak kiralah apa-apa. "Ini hendak jual ke apa ini. Jadi. apabila ditengok-tengok oleh Mak Andih dia pun terperanjat lalu marah. Jadi. sudah di-ikatnya keri itu tadi lalu diseretnyalah. "Mana yang makan rumput itu nanti. Umur anak mereka ini dalam dua tiga bulanlah. Jadi. saudara!" katanya. pergi ditengoknya seorang petani tengah menajak. Tengok. "Mana dia kerbau? Sudah dapat?" "Dapat sudah. "Hai. Dalam pada berjalan itu dia pun bersungutlah. Pak Pandir pun balik lalu masuk ke rumah. Datang kata Mak Andih ini." Kemudian keri itu ditukarkan semula dengan kerbau oleh Pak Pandir. keri ini macam tajak yang kecil itulah. "Benda ini makan rumput juga. Sambil itu. Kata Mak Andih. kerbau ini?" "Ah?" kata petani itu. Dia pergi. Engkau kata yang makan rum-put. Sampai di rumah dia pergi berjumpa Mak Andih." "Mana dia?" "Aku tambat dekat pokok mempelam. "Ini keri buat memotong rumput. kata dia. Di sawah padi itu ada satu alat namanya keri. petani itu bersetuju untuk menjual keri tersebut. "Ah! Aku tidak tahulah. dibelinya keri tersebut. Apabila petani bersetuju hendak menjual. Jadi. "Ah! Ini keri!" kata Mak Andih. sudah berdarah-darah ini. tali yang dibawanya itu diikatnyalah keri itu tadi. "Ah! Yalah! Asalkan makan rumput bolehlah." katanya. Alat itu gunanya untuk memotong rumpudah. Pak Pandir ini juga memang seorang pemalas. Bijaknya bijak bodohlah.tanah. Jadi. Jadi. Jadi. Jadi. "Ini bukannya kerbau!" katanya. Mak Andih bercadang hendak pergi ke ladang. Jadi. Selain seorang yang bodoh. Zaman dahulu tidak ada tajak." kata Pak Pandir. bila diseretnya keri ini memantul-mantullah. dibelinyalah. bawa balik sampailah dekat pokok mempelam ditambatnyalah keri itu tadi." katanya. "Ini bukannya kerbau!" "Bukan kerbau?" kata Pak Pandir. Pak Pandir . Menajak rumput pada pangkalpang-kal padi itu." kata Pak Pandir. Jadi. Pak Pandir ini orang yang bodoh-bodoh tetapi ada kalanya bijak juga. merumput di sawah padi itulah. Jadi. kerbau ini!" katanya. Katanya." Jadi. "Macam mana rupa kerbau itu?" Dia tidak tahu. Pak Pandir pergi mencari kerbau. Jadi." katanya. "Kaki aku pulak ditanduknya. "Celaka. Pak Pandir teringat pesan Mak Andih tadi.

"Anak orang lain pun ada juga yang mati. kalau begitu dia baliklah. "Sudah mati apa hendak buat? Pergilah tanam. Balikbalik. Air panas itu masuk campur dengan air sejuk. dibungkusnya budak ini dengan tikar sahaja. anak orang lain pun mati juga. Air suam-suamlah. tengah jalan di-jumpanyalah satu budak mati tengah jalan. Jadi. Pak Pandir cerita dengan Mak Andih. Ditengoknya tengah jalan itu anak dia yang dibawanya tadi oleh Pak Pandir tercicir jatuh di tengah jalan. Jadi. "Yalah!" Jadi. Balik. budak ini kena air panas. sudah dikapankanlah budak kecil ini tadi. "Tetapi." katanya." katanya. Budak ini ditengoknya. Jadi. Kata Pak Pandir. Habis dipikulnya dan dengan tajak satu. "Kita. Dibuat sudah dan dimasaknya air panas dan dijirusnyalah. "Pak Pandir! Pak Pandir! Aku hendak ke ladang ini. Dia pun balik. "Sudah tanam?" Katanya. "Tertawa anak kita ini. Tidak apalah. Habis. dia pun berfikir dalam hatinya. "Anak kita sudah masuk sekali dengan tikar-tikar sekali. Kata Mak Andih. engkau mandi-kan. sampai sahaja ke kubur digalinya kubur itu dimasukkannya tikar sahaja. dimandikan biar mandi air panas. tengah jalan itu aku jumpa anak orang ada juga yang mati. Jadi. "Bukan anak aku seorang sahaja. "Bukanlah-anak aku sahaja yang mati. diambilnya dan ditanamnyalah semula. Ertinya macam tersengeh sahajalah. kalau bangun dari tidur. dimasukkannya anaknya dalam besen itu." Kata Pak Pandir. Kata Mak Andih. Tidak ada apa yang dipakai. mati. Itu satu lagi kisah Pak Pandir." katanya. Mak Andih ini pun pergi hendak menengok kubur anaknya." katanya. tikar itu dipikulnya juga dengan cangkul. ditengok Mak Andih anaknya itu terjeringai sahaja. Pak Pandir ini teringatkan budak ini disuruh mandi dengan air panas saja. rupanya dalam pada dia tengok-tengok itu Mak Andih pun balik. Bila hendak balik. Jadi. Jadi. Tersebutlah balik kisah Pak Pandir ini tadi. Rupa-rupanya anaknya itu sudah mati. Aku tadi jalan balik. budak dalam tikar ini tidak disedarinya terjatuh." Pak Pandir pun balik. anak kita." katanya." Jadi.disuruhnya menunggu rumah. pergi. Pak Pandir ini tidak tahulah budak itu sudah mati. Dalam pada dia berjalan-jalan ini. Apabila anaknya yang sudah mati . Dia pesan dengan Pak Pandir. Pergi." katanya. budak ini tersengeh. dalam dunia ini bukan anak kita sahaja yang mati. Jadi. Jadi. Mandikan dia budak ini air panas. Budak itu nanti. Pak Pandir pergilah membawa cangkul satu. balik. mandi air panas. Mak Andih pergilah ke ladang. Jadi. Sudah mati habislah ceritanya. "Sudah! Tapi tidak usahlah Mak Andih susah hati." kata Pak Pandir.

Pukul 4. pipit uban. "Aaa! Ini Pak Imamlah. "Bek! Bek! Bek!" "Ah! Engkau jangan buat pembohonglah. Mak Andih ini teringatlah. berjalan." katanya." katanya. Dibawanya balik. Habis pipit ini pun ber-bunyi. Jadi. pipit uban ini kepalanya putih. kalau begitu dipanggil-pang-gilnya tetapi tidak mahu datang. engkau panggil Pak Imam. asalkan yang janggut panjang itu nanti Pak Imamlah. Asalkan yang putih sahaja kepala songkok itu. "Itu Pak Imamlah. "Itu Pak Bilallah. dahulu ada yang tiga hari kenduri. Jadi. ditengoknya burung pipit. "Eh! Nanti engkau pergi jemput orang. pergi dia tidak tahu mana rumah Pak Imam. Engkau panggillah nanti. Dalam pada balik berbunyilah. carinya. Mana yang songkoknya putih itu nanti. "Yang bersongkok putih ini. songkok putih. dikejarnya. Dia ingat." katanya. bulu kepala-nya itu putih. apa semua gulai. pipit genting ada. dia pergilah hendak menjemput orang. Jadi. dibawanya baliklah. Pergi. "Pit! Pit! Pit!" . engkau panggil Pak Biial." kata Pak Pandir. "Pak Imam itu nanti.00." "Jadi. bila ada yang berjanggut saja panjang itu. tujuh hari kenduri. Hendak buat kendurilah." Jadi." katanya. ternampaklah kambing jantan yang berjanggut panjang. "Ini bilallah ini. pipit pinang ada. engkau panggil Tuk Siak. apa semualah. ini berjanggut ni. songkok ketayap itu. apabila sampai sana. kambing ini pun dibawanyalah balik. lepas sembahyang asar narrti kita kenduri. empat belas hari kenduri. "Nasi aku tiada lembik." katanya. pergi. Pipit uban ini masa itu." Jadi. dikejarnyalah kambing itu di-tangkapnya. yang mana satu Pak Imam ini?" kata Pak Pandir. Pipit ini ada dua tiga macam. pipit tuli ada. Pipit uban ada. hendak kenduri dia pun siaplah memasak-masak. bilallah katanya. dikatanya ini." Jadi.itu sudah sampai hari." Lepas itu nanti hendak mencari Pak Imam pula. Dikejarnya didapatnya satu ekor burung pipit ini tadi. Jadi. "Ini sudah tiga hari anak aku mati ini. Pergi. Jadi. Tidak tahu mana rumah Pak Bilal. "Lain-lain orang pun panggillah. Jadi berjalan. pergi. Jadi. cari. Kalau begitu disuruhnya Pak Pandir.

masaklah lekas! Kalau pisang. "Ai! Lama benar! Perut aku sudah laparlah. Engkau pasanglah dekat sungai itu. dicakapkannya dengan Pak Pandir. cari beialang rusa itu. habis dia kata lauk tidak ada." katanya. Suatu hari. Habis sudah masak nasi. "Angus ada tapi macak idak." Jadi. Kemudian. "Pak Pandir! Pak Pandir!" katanya. sudahlah tidak jadilah kenduri itu. ." katanya. Biar aku makan hujan-hujan ini. Pak Pandir ini makan. kata Pak Pandir." katanya. apabila duduk di atas rumah. Diambilnya pisang muda yang dikupas itu tadi dilumurkannyalah pada punggung kuali. "Engkau ambillah. muda lagi. "Buat umpan!" Jadi. "Angus ada macak idak. sudah hitam apa semua diangkat dibawanyalah pada Pak Pandir. bolehlah kita bawa baliklah. "Engkau buat pembohong sahaja. "Apa yang hendak dimasak. Mak Andih sudah masak nasilah. kata Pak Pandir." Dibawanya balik. hitam sahajalah. Mak Andih ini disapukannyalah pisang itu pada buntut kuali. Jadi. Dia ini pelat. taut ini sejenis kail yang gunanya hendak menang-kap ikan ini tadi. Jadi. Jadi. Jadi. Jadi. pagi itu. Sampai di rumah. Jadi. hitam pada arang buntut kuali itu sahaja. Apa hendak diumpankan ini?" Datang kata Mak Andih. Jadi. pisanglah." kata Pak Pandir." katanya. "Yalah!" Jadi. "Yalah! Nantilah! Ada pisang muda dekat dapur itu biarlah aku bakarkan. Jadi." kata Mak Andih. hujan dia tidaklah boleh turun ke ladang apa semua. Habis." katanya. itulah ceritanya. Ada apa-apa pun masaklah. Jadi." Jadi. "Dapat? Mana Pak Imam? Ini tadi semua datang? Ada Pak Bilal?" "Ada sudah ini. "Baiklah engkau. dalam pada dia mengupas kulit pisang semua itu Pak Pandir berkata. Semua dibawa balik. Jadi. Ditengoknya Pak Pandir ini sudah hendak makan sangat. Boleh kita makan sama." katanya."Ah! Rumah aku tiada sempit. kata Mak Andih. Mana tahu dapat ikan nanti. Pak Bilal. Lekas! Lekaslah sikit! Memasak itu kalau apa-apa pun hendak dimasak. umpan tidak ada. "Yalah! Habis. Jadi. tidak sabar hen¬dak makan. Maknanya belum masak lagi pisang itu. "Aku ini lapar sangat Mak Andih." katanya. Pak Pandir ini kata. kata Mak Andih. "Ai! Picang ni." katanya. Lama-lama Mak Andih ini panas hatinya. dia duduklah di atas rumah itu. makan. masaklah. Jadi. dibawanya. "Engkau ambillah taut bawah rumah itu. Ditengoknya oleh Mak Andih burung pipit dengan kambing. suatu hari itu. Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada di rumah dan hari pula hujanlah. itulah ceritanya orang sudah gelojoh hendak makan sangat.

kata Mak Andih. Pak Pandir?" "Alah! Duduk-duduklah. dia cakapnya sahaja. "Macam mana Mak Andih?" katanya. berjalan. rusa. "Umpan kita itu ada juga." kata orang itu." "Ah! Kalau begitu. Asaikan pagi dia membawa bekal nasi. Itu sahajalah ceritanya." kata Mak Andih." katanya. satu hari itu." kata Pak Pandir." kata dia. ambillah ladang aku itu. "Aku hambakan . Pergi membawa bungkus nasi tapi orang menebang dia tidak menebang. "Rak acik!" Kata orang itu." kata dia." "Apa engkau umpankan?" kata Mak Andih. Jadi. orang yang tadi pergi menebang hutan pun lalu. Tapi. Dicangkuknyalah rusa itu pada mata taut tadi." katanya. Mereka pun bertanya. Kalau begitu rusa itu tengah tidur. Jadi. Balik sekejap lagi lebih kurang dalam dua tiga jam dia pun hendak pergilah hendak menengok tautnya itu balik. Beialang rusa itu tidak ada didapatnya. "Ah! Ini pun dia rusa. "Tidak ada di-makan ikan. "Lebah!" Kata Pak Pandir. Dibawa. asal pagi membawa bekal nasi dibuat oleh bininya untuk pergi menebang. "Ah! Ini?" katanya. Sampailah masa menuai. "Tidak! Rak acik!" Dia mengata kerak nasi itu "rak acik" sebab dia pelat. "Bawa! Bawa bekallah!" kata Pak Pandir. dicari-nyalah beialang rusa. Tidak payahlah kita mencari ikan lagi. Bawa bekal pergi menebang. Ah! Lepas itu dia pun baliklah. kalau betul kerak nasi ambillah. Rusa ini sahajalah kita sembelih buat lauk. "Badan sudah letih." kata Mak Andih. "Aaa! Itu apa pulak dekat atas pokok itu?" "Ah. Lama dia berjalan. berjalan dijumpanya rusa. "Rusa betul ini. aku bertaruh ladang pun aku jadi. engkau aku kerjakan. Suatu masa orang kampung pergi menebang untuk membuat kebun.Jadi." katanya. Kata dia. Habis dia balik ke rumah jumpa Mak Andih. Aku cangkukkan. Tapi. "Apa engkau buat." kata orang tadi. Petang orang balik dia balik. marilah kita tengok. Jadi. dibawanya. bukan dia menebang cuma dia duduk dalam hutan itu termenung sahaja. orang hendak balik. dia pun pergi." kata Mak Andih. "Ah! engkau Pak Pandir! Engkau ini buat pembohong sahaja. dibawanyalah taut itu. Pak Pandir pun turut sama pergi menebang. orang pergi dia pergi. kerak nasi!" kata dia." kata dia. "Jadi. kalau sarang lebah. "Ah! Yalah. ditengoknya rusa itu sahaja yang ada. apabila petang. Jadi. Kerak ini tadi dibawa. Jadi. pergilah Pak Pandir dengan Mak Andih ini. "Aku umpan rusa. Pak Pandir dibawanya sekeping kerak nasi itu. "Sudah siap dah ladang?" "Sudah! Besok bolehlah kita menuai. Habis. Aku dapat dekat hutan tadi. sama ada sudah mengena atau tidak. "Kalau ladang. dibawanya ke dalam hutan tadi digantungnya atas pokok. kalau begitu. Kata orang itu. aku bertaruh. Dicacakkannyalah ke sungai. "Eee! Eh! Lebah!" "Rak acik apa? Asal betul-betul kerak nasi. betul lebah. "Ada pulak kerak nasi berkilat-kilat begini?" katanya. Ah! Pak Pandir duduk di bawah pokok itu tadi." kata dia.

Jadi. Hendak cari duit. tidak lama selepas itu. Hendak belayar seminggu. ada rumah pakai para. dia . dia terfikir di hatinya. nasi apa semua selama seminggu. Kalau begitu. Ditengok. Turun ke bawah hendak pergi menengok-nengok kebunnya-lah. lauk semua. Mak Andih menyang-kakan dia. Mengakalkan orang. dia main nasib-nasib. Jadi. betullah Pak Pandir berladang. Jadi. Mak Andih ini siapkanlah nasi. "Ah." kata orang itu lagi. Jadi. betullah kerak nasi. ada para tempat simpan barang. "Kalau macam ini. kuih bekalan dalam seminggu. dipanjatlah ditengok. bekal kuih-kuih ke. Memang sengaja digantung kerak nasi. Di atas rumah itu. "Engkau gaduh-kan aku tidak bekerja." kata Pak Pandir. Pak Pandir tidak pergi belayar. Baiklah! Aku ini hendak pergi belayar. ada satu lantai lagi. makan tidur sahaja. Kemudian. engkau siapkan aku bekal. Ah! Balik tadi itulah bukan main sukalah Mak Andih. Jadi. Ditengok. ketupat. main nasib-nasiblah itu. Hendak makan tidur. sudah siap bungkus apa semua. Mak Andih pun pergi turun ke bawah. Dapatlah Pak Pandir ladang orang itu. Orang zaman dulu.engkau. biar aku pergi belayar." Kata Pak Pandir kepada Mak Andih. Dia tidak ada kerja. "Baiklah aku buat satu helahlah. apa yang ada. Hendak kerja. yalah!" kata Pak Pandir. Dia asyik duduk di rumah. Mengakalkan orang! Bukan sengaja hendak mengakalkan orang pun tidak. Jadi. tidak ada pergi bela¬yar. Mak Andih ini sudahlah marahkan Pak Pandir. Pada hal. bila dimarah-marah oleh Mak Andih ini." katanya. Pak Pandir ini naik atas para.

Jadi. Ditengokkannya." katanya. Jadi. Sumber: Disesuaikan daripada penceritaan Haji Talib Bulat dan Haji Abdul Manan Puteh. Makan." katanya. Jadi. disum batnya duburnya tadi. Aah! Pak Pandir ini hendak balik dari belayar ini. Mak Andih ini pun berkata. Dicabutnyalah gabus itu oleh Mak Andih. dalam pada seminggu ini Pak Pandir duduk atas para itu makan sahaja. Teluk Panglima Garang. berak pun tidak. "Baiklah aku berkemas-kemas. ken-cing pun tidak." Jadi. hendak berak diambilnya gabus. Selangor. bawah para. "Ah! Hari ini sudah sampai seminggu. 1995. Jadi. makan. Pak Pandir pun terberaklah. "Ada gabus pulak. "Ini apa pulak gabus ini pada para ini?" katanya. sawang-sawang apa semua dekat para itu. Jadi. Jadi. disapunyalah lantai. Dia duduk di atas para itu.naik atas para itu. kenalah muka Mak Andih. . apabila sudah sampai seminggu. Kuala Langat. dia hendak membersihkan para itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful