You are on page 1of 22

1.

0 PENDAHULUAN

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara untuk meningkatkan profesionalisme guru, kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalisme mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifatsifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang.

Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.

ISI-ISI

PERANAN KERAJAAN
KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan

meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yang mempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan, faktor yang perlu dipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk menyediakan guru. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesan terhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitu kelulusan Masters atau Ph.D.. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (6

semester). Oleh itu, pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi.

Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas. Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Meluaskan dan meningkat R&D.

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk

meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru dengan mensifarkan GSTT, memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan, mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran, mengkaji keperluan kemudahan ansuran bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. Penempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dengan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi disediakan

Seterusnya

untuk meningkatkan

lagi

profesionalisme

guru, kerajaan

telah

memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi profesion perguruan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung dengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan

Kerajaan juga telah memperkenalkan kod etika perguruan untuk mempertingkatkan lagi profesion perguruan. Kod etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa

pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesionalisme guru. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika adalah dalam bentuk dokumen, maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Melalui kod etika ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi profesion perguruan.

Untuk meningkatkan profesionalisme guru, aspek latihan juga merupakan satu perkara yang perlu dititiberatkan. Latihan kini menjadi semakin penting kerana perubahan yang berlaku dengan begitu pantas. Para calon yang ingin menjadi guru bukan sahaja perlu diberi latihan praperkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang perubahan yang berlaku di sekolah, malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras dan ilmu pedagogi menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Maka usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion perguruan tidak lagi berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem ganjaran dan kenaikan pangkat. Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak. Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Program ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG5. Pengiktirafan diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara Time-Based, mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada DGA5(DGA3). Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara TimeBased. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-kurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata tangga maksimum.

Untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah menubuhkan Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru besar sekolah pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon yang didapati berpotensi dan benar-benar layak sahaja untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Bagi memenuhi keperluan ini, mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum

mereka dilantik ke jawatan berkenaan. Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru.. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajian. Objektif utama penubuhan YGMB ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan pembangunan hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di maktab perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat menafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesionalisme guru ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetengah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru. Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut. Sepatutnya untuk meningkatkan profesionalisme guru, kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam dunia pendidikan.

PERANAN GURU
Guru merupakan seorang pendidik bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar kelas dan luar sekolah. Oleh itu untuk meningkatkan profesionalisme guru seseorang guru perlu menjadi role model dan uswatun hasanah bukan sahaja kepada anak didiknya tetapi juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Untuk meningkatkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat, seseorang guru perlu menjaga kelakuan kerana gerak-geri kerana seorang guru sentiasa menjadi tumpuan walau kemana sahaja dia pergi. Sebagai seorang pendidik, guru mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia tetapi tahap kemuliaannya pada pandangan masyarakat baegantung kepada sejauh mana guru itu dapat meletakkan diri mereka diperingkat yang tertinggi dan terhormat.

Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Oleh itu seorang guru harus ada sifat profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.

Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru yang profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran dan pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Cabaran hari ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk

10

mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik.

Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte et al (1993). Menurut Andrews (1961), ia adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman-pengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan professional secara berterusan. Pada era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas. Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Guru-guru yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning Teacher Assistant Program). Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik yang bertaraf permulaan ini. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan peraturan yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menhargai harga diri (self-concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan perancangan dan menguasai teknik menyoal.

Profesion perguruan dapat ditingkatkan jika guru dapat mengawal nilai dalam profesion itu sendiri. Kawalan kendiri merupakan cara yang paling berkesan untuk menjaga

11

nama baik sesuatu profesion. Dewasa ini, kebanyakan orang sering merujuk lebih daripada seorang doktor pakar untuk mendapatkan pandangan sebelum mereka membuat keputusan untuk menjalani sesuatu pembedahan. Kebelakangan ini, wujud pengamal-pengamal perubatan yang tidak beretika mencemarkan nama baik profesion tersebut. Terdapat segelintir doktor yang menyimpan maklumat untuk mengaut keuntungan semata-mata di sebalik perkhidmatannya. Dalam situasi demikian, apa sahaja yang dicadangkan oleh doktor akan dituruti. Perlukah kita mengharapkan MMA (Malaysian Medical Association) mengawasi tingkah laku setiap orang doktor yang ada di Malaysia? Begitu juga dengan dengan profesionalisme guru, menjadi tanggungjawab setiap orang guru untuk mengawasi tingkah laku professional masing-masing melalui pematuhan kod etika dan nilai-nilai kerja yang telah ditetapkan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui

12

cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. Seorang guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu menjadi ahli kepada pertubuhan guru itu sendiri untuk memantapkan dan memartabatkannya.

13

Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri. Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu, dengan demikian sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Sifat ingin tahu dan kualiti tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan, dipandang tinggi dan sentiasa dihormati oleh masyarakat ( Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yonus @ Ahmad, 2005). Seorang guru juga harus minat kepada buku atau dengan erti kata lain suka membaca buku, bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga yang bersifat ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pembacaan yang luas dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Di samping itu, sikap membaca dapat membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca dalam diri seorang guru amat penting untuk meningkatkan profesion perguruan.

Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan, dalam lima tahun yang lepas tidak pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Namun kini, guru yang tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini

menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini.

14

Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi.

Guru juga perlu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan seseorang guru untuk sentiasa berusaha dengan meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan faktor utama mengapa penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris seseorang guru perlu selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Seseorang

guru

perlu

sentiasa

meningkatkan

kemahiran

pedagogi

untuk

meningkatkan lagi profesion perguruan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang muktahir. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral, Teori Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial Kognitif, dan Teori Pengajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Antara model-model pengajaran yang patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran Expositority, Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran Projek, Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan iaitu pelajar dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru perlu sentiasa menjaga kesihatan diri untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Seseorang guru perlu mengamalkan

15

cara hidup yang sihat tanpa penyakit, dan ia memberi kelebihan kepada guru tersebut untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Pelbagai jenis penyakit di negara ini dapat dikurangkan misalnya seperti penyakit Kardiovaskular dan kanser (Osman Ali, Noor Hassim Ismail, Hashami Bohari, Hanafiah Mohd. Salleh, 1997). Antara aktiviti yang dapat dilakukan untuk mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan bersukan. Amalan pemakanan yang sihat juga penting. Tubuh badan yang sihat dan cergas akan melahirkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan. Melalui penampilan diri seorang guru yang baik, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Sebagai seorang guru, perlakuan diri sentiasa menjadi perhatian anak murid untuk dijadikan contoh teladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku seorang guru mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai seorang guru yang berkualiti. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan citra diri sebagai seorang guru yang berkualiti. Seorang guru juga perlu sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Kestabilan emosi sesesorang guru penting untuk meningkatkan profesion guru. Guru yang hanya dilengkapi dengan ilmu berasaskan akal dan akademik sahaja tanpa disokong pengurusan emosi dan spiritual tidak boleh dianggap sebagai guru yang berkualiti. Guru tanpa kestabilan emosi tidak akan mampu untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa mengekalkan kestabilan emosi supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti, seterusnya dapat mendidik pelajarpelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Peningkatan

profesionalisme

guru

dapat

dilakukan

melalui

rasa

kebertanggungjawapan seseorang guru kepada pelajarnya. Bagi memenuhi tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Ia akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru sanggup mengajar mereka terutamanya

16

dalam kelas tambahan tanpa menharapkan apa-apa balasan dan ini akan meningkatkan lagi martabat profesion perguruan di mata mereka.

Guru juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar mereka untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka. Guru juga perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara pendidikan dengan rumah tanggga. Guru perlu menganggap maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berkaitan rumah tangga mereka adalah sulit dan tidak membocorkannnya kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibu bapa mereka. Guru juga perlu sedaya upaya mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. Ini menggambarkan guru itu telus dalam menjalankan tugasnya dan seorang yang tetap pendirian walaupun dengan persekitaran sekarang yang makin mencabar, ini secara tidak langsung akan meningkatlkan lagi profesionalisme guru di mata ibu bapa.

Guru juga perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru perlu sentiasa berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga perlu selalu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar dan bimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang yang lebih tua, memahami perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Guru juga perlu menghormati masyarakat di tempat yang mereka berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Contohnya jika masyarakat setempat mengadakan aktiviti gotong-royong guru yang berkhidmat di kawasan tersebut perlu turut serta dan mengelakkan diri daripada menjadi kera sumbang. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama

17

antara ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan supaya diterima oleh masyarakat. Ini akan meningkatkan lagi profesion perguruan.

Profesion guru dapat dipertingkatkan melalui penerapan insan rabbani dalam diri seseorang guru. Dari sudut agama, guru hendaklah sentiasa sedar bahawa dia mempunyai tanggungjawab yang penuh keatas perbuatannya. Perbuatan yang dilakukan hari ini akan dipersoalkan di hari kemudian jika guru terbabit tidak menjalankan tugas dengan baik. Dengan kesedaran ini guru dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Kesedaran ini perlu diiringi dengan usaha untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama dengan baik. Guru itu juga perlu selalu berpandukan kepada aspek keagamaan dalam setiap tindakan yang diambil untuk mendidik para pelajar. Untuk memastikan kekal berkualiti, seseorang guru perlu sentiasa merujuk kepda etika kerja Islam sebagai panduan. Antara perkara-perkara yang tersenarai dalam kod etika Islam ialah bekerjasama dengan ikhlas dan amanah, bekerja dengan tekun dan cekap, bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran, dan bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Guru perlu menerapkan elemen kasih sayang semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan profesionalisme guru. Memetik daripada akhbar Utusan Malaysia (17/05/06) mengatakan bahawa elemen cinta dan kasih sayang semakin terhakis dalam dunia pendidikan. Apabila elemen cinta dan kasih sayang yang selama ini menyemarakkan bidang pendidikan negara semakin dilupakan, kesannya pelajar akan mempunyai sentimen takut dan benci kepada guru. Guru juga perlu sentiasa memberi dorongan kepada pelajar kerana kegiatan yang dilakukan tanpa dorongan akan menyebabkan kegagalan. Hampir semua kegiatan yang diusahakan tanpa dorongan akan gagal mencapai tujuannya. Khalid Mohamed Nor (1993). Salah satu dorongan ialah cita-cita. Hal ini, menunjukkan betapa pentingnya seseorang manusia mempunyai matlamat. Dengan mempunyai cita-cita seseorang pelajar dapat menumpukan usahanya kearah matlamat tersebut dan secara tidak langsung pelajar itu akan akan menumpukan perhatian semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita yang

18

diimpikan. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai kawan kepada pelajarnya. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar ini dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru di mata pelajar itu sendiri kerana guru terbabit sanggup berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan. Perasaan hormat dalam diri mereka terhadap

profesionalisme guru juga turut meningkat.

Guru perlu memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan martabat profesion murni mereka, Berita Harian (16/05/2006). Hakikatnya, guru yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, komitmen, dedikasi, penuh kecintaan serta mempunyai kesungguhan menjiwai amanah mendidik sehingga berjaya menentukan setiap pelajarnya mencapai matlamat yang disasarkan, secara tidak langsung akan meninggikan

profesionalisme guru itu sendiri. Guru juga perlu memastikan imej golongan pendidik sentiasa terpelihara dengan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan

profesionalisme guru itu sendiri. Contohnya, mengetengahkan masalah mereka kepada umum walaupun membabitkan hal yang remeh. Tindakan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan imej kerjaya mereka sendiri, sedangkan mana-mana profesion lain juga pasti mempunyai masalah dan tekanan masing-masing tetapi jarang diketengahkan kepada umum. Justeru, guru diminta supaya berhati-hati dan menyuarakan pendapat mereka dan mengemukakan masalah melalui saluran yang disediakan, perlu diingatkan tingkah laku seorang guru akan memberi kesan terhadap imej profesion keguruan secara keseluruhan.

Profesion keguruan merupakan suatu bidang yang hebat dan cukup mulia, untuk meningkatkan profesionalisme guru ini, guru perlu bekerja keras dan gigih dalam usaha mereka mendidik anak bangsa. Guru harus mensasarkan kegagalan sifar dikalangan pelajar mereka. Hal ini bermakna guru tidak boleh senang berpuas hati walaupun hanya sejumlah kecil peratus pelajarnya gagal dalam peperiksaan. Malah apa yang membimbangkan, adakah kegagalan berkenaan berpunca daripada pelajar itu sendiri atu disebabkan faktor guru yang mengajar.

19

Penghayatan

Falsafah Pendidikan Negara dalam diri seorang guru dapat

meningkatkan lagi profesion keguruan. Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan negara dapat melahirkan individu yang bukan sahaja berkualiti dalam segi duniawi tetapi juga dari segi rohani. Hal ini bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih berpengalaman, berkemahiran, berdisiplin, dan lebih mengutamakan kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di hadapan jauh lebih hebat. Secara tidak langsung juga kebergantungan masyarakat dan negara terhadap profesionalisme guru meningkat.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar. Hal ini diyakini dapat menguat dan mengukuhkan lagi penyatuan perjuangan guru secara permuafakatan selaras dengan kehendak profesion keguruan. Hal ini merupakan resolusi pertama Persidangan Permuafakatan Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang menyeru agar setiap warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini. (Yazid, 2001). Penyertaan guru dalam persatuan membolehkan para guru menyalurkan masalah mereka di tempat yang sepatutnya, bukannya menghebohkan masalah mereka kepada khalayak umum seolah-olah profesion-profesion lain tidak mempunyai masalah. Hal ini akan merendahkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat.

20

KESIMPULAN
Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme guru dan tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

21

BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum Edisi Kedua. Tanjong Malim. Quantum Books. Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong Malim, Quantum Books. Dr.Engkoswara. M.Ed, (1984). Dasar-dasar Metodologi Pengajaran. Jakarta. Pt Bina Aksara. Ea Ah Meng. (1999). PENDIDIKAN DI MALAYSIA I Falsafah Pendidikan. Guru dan Sekolah Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Foo Say Fooi. (2005). Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang. Selangor. Fajar Bakti. Hassan Langgulung. (1991). Kreativiti Dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my Nazirmuddin Ahmad (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Batu Caves. Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn Bhd. Prof. Dr.S.Nasution. M.A. (1995). Didaktik Asas-Asas Mengajar. Jakarta. Bumi Aksara W.A.Dodd (1977). Guru Dengan Tugasnya : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Marzita Abdullah, Utusan Malaysia. Pengambilan guru diperketatkan 2007. m/s 4-7. 17.08.2006. Elemen Kasih Sayang Semakin Terhakis Dalam Dunia Pendidikan. m/s 1-3 Syuhada Choo Abdullah. Berita Harian. 16.05.2006. Memartabatkan profesion keguruan. m/s 2-5

22

You might also like