You are on page 1of 2

Kekuatan dan kelemahan kaedah pendekatan pengajaran dalam subjek Matematik Melalui pemerhatian saya, kedua-dua guru telah

menggunakan kaedah yang berbeza dalam teknik pengajaran mereka.Salah seorang daripada mereka menggunakan kaedah induktif manakala kaedah deduktif digunakan oleh guru yang seterusnya. Namun terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan yang terdapat sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Kaedah yang digunakan oleh kedua-dua guru ini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka,Namun alat bantu mengajar yang digunakan adalah bahan yang sama dan berulang kali.Hal ini akan mengakibatkan murid untuk mudah berasa bosan dan hilang fokus sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.Seharusnya,guru hendaklah mempelbagaikan lagi alat bantu mengajar mereka agar dapat menarik minat murid dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, pemusatan pembelajaran hanyalah berpusatkan guru. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memberikan idea dan pendapat mereka mengenai pembelajaran tersebut. Murid juga haruslah dibahagikan dalam kumpulan yang kecil agar dapat berkomunikasi sesama sendiri dan dapat berinteraksi serta bekerjasama dengan rakan sekelas mereka.Hal ini dapat membantu untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi mereka dan sekaligus memupuk nilai-nilai murni seperti nilai menghormati dan nilai bekerjasama. Guru juga kurang menggunakan ICT di dalam proses pengajaran mereka. Pendedahan ICT yang kurang menyebabkan pelajar untuk berfikiran sempit dan tidak meluas.Seharusnya,guru hendaklah menggunakan internet dan computer sewaktu sesi pengajaran agar murid dapat didedahkan dengan penggunaan ICT dan dapat mencari maklumat mengenai topik pembelajaran dengan mudah dan dapat belajar dengan sendiri iaitu pembelajaran kendiri.

Walaupun begitu, salah seorang guru menggunakan kaedah penceritaan bagi set induksi. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk mendengar dan menghayati topik pembelajaran mereka. Kaedah penceritaan amat sesuai bagi golongan kanakkanak kerana ianya dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan lagi daya imaginasi mereka. Di samping itu, guru perlulah mengadakan perbincangan secara berkumpulan sewaktu menjawab soalan latihan yang diberikan agar pemikiran mereka lebih meluas lagi dan dapat berkongsi idea serta pendapat mengenai topik pembelajaran mereka agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Kesimpulannya, guru perlulah menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai agar dapat mencapai objektif atau hasil pembelajaran mereka.

You might also like