You are on page 1of 28

SMK Seri Tanjong, 45000 Kuala Selangor LADAP 2 25 Mei 2011 (RABU) Dewan Tanjong Penceramah ENCIK Peningkatan

Kompetensi ICT ZULKIFLI dalam BIN Pengajaran dan Pembelajaran OTHMAN [GC ICT SMKST]

Globalisasi Pendidikan dan Cabaran Guru Masa Kini Globalisasi pendidikan bermaksud pendidikan merentasi sempadan dan media. Ini bermakna pemerolehan ilmu boleh berlaku melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Internet di peringkat antarabangsa. Proses globalisasi pendidikan menggalakkan penyelidikan pengajaran dan pembelajaran dalam metodologi dan psikologi pendidikan serta penilaian. Ia akan menghasilkan sumbersumber yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat. (Profesor Michael Gibbons Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel : ACU 2003) Untuk merebut peluang globalisasipendidikan, Malaysia telah merancang dan melaksanakan beberapa program seperti : 1.Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan sekolah-sekolah bestari 2.Mereformasikan program sekolah, misalnya menukar bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris

untuk pembelajaran Matematik dan Sains di semua peringkat sekolah. PPSMI 3.Menambah peluang pendidikan terbuka (open education) dengan menubuhkan universiti terbuka (UNITEM) dan universiti virtual (UNITAR) untuk warganegara, khasnya golongan pendidik. 4.Membekalkan prasarana ICT dan latihan yang sempurna untuk murid dan guru sekolah supaya mereka dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer dan menangani cabaran globalisasi pendidikan. Untuk menghadapi dan menangani cabaran globalisasi pendidikan, guru hendaklan : 1.Meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat dengan menggunakan kemudahan ICT untuk memperolehi ilmu dan kemahiran yang canggih dan terkini. 2.Menguasai kemahiran penggunaan komputer dan carian di Internet untuk memperolehi ilmu, khasnya dalam pedagogi pendidikan yang terkini. 3.Merebut peluang Pendidikan Jarak Jauh, demi meningkatkan status guru bestari dalam erti kata yang sebenar.

Aplikasi Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Literasi Komputer dan Aplikasi Pengetahuan Asas Peralatan Komputer : Sistem Maklumat dan Rangkaian (Network) Rangkaian (Network) merupakan sekumpulan komputer yang saling dihubungkan dengan wayar telefon atau kabel, atau melalui gelombang radio atau mikro (wave) atau melalui satelit dengan tujuan membolehkan orang berkongsi maklumat melalui alat kelengkapan lain seperti mesin cetak (printer) dan sebagainya. Komponen Perkakasan dan Perisian dalam Rangkaian. Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian merangkumi beberapa komponen yang berbentuk fizikal. 1.Komponen-komponen termasuklah komputer, peralatan rangkaian seperti modem, mesin cetak, faks, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya.

2.Komponen perkakasan yang lain termasuklah kabel yang digunakan untuk menyambungkan beberapa komputer dan peralatan dalam rangkaian untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian. 3.Suatu alat dinamakan penyambung (connectors) mesti digunakan untuk memudahkan pertukaran maklumat. 4.Jenis penyabung yang digunakan dipanggil sebagai bridge. Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. 1.Ia mengandungi suatu set arahan dalam bahasa spesifik yang mengarahkan komputer melaksanakan operasi ke atas data yang terkandung dalam programnya. Perisian Rangkaian (Networking Software) merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer dalam rangkaian. Jenis perisian rangkaian yang lain adalah : 2. Network Driver : iaitu pemacu rangkaian yang membenarkan komputer menggunakan kad antara muka rangkaian

(Network Interface Card) untuk berkomunikasi dengan rangkaian lain. 3. Application Software : merangkumi program yang digunakan dalam komputer seperti pemprosesan kata (word processing), hamparan elektronik (spreadsheet), perisian persembahan (presentation) dan grafik (graphics). 4. ServerSoftware : iaitu pelayan atau pemberi perkhidmatan. Merupakan komputer yang membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian. Ia digunakan untuk membolehkan server menjalankan sesuatu tugas spesifik, misalnya memproses email. 5. Management Software : digunakan untuk mengendalikan lebih daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian (web master) mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan. 6. Pakej Perisian : merangkumi pelbagai aplikasi. Misalnya Microsoft Office boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan dan mereka bentuk laman web, memanjangkan (forward) dan menerima (recive) email, memperoleh dan menghantar data melalui proses muat turun

(downloading) dan muat naik (download) dan sebagainya. 7. Perisian Keselamatan : mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat. Contohnya Windows XP SP 2 dan ke atas boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan virus dan hacker dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya. Konsep LAN, MAN, WAN, Intranet, Internet LAN (Local Area Network) LAN ialah Local Area Network , iaitu rangkaian yang banyak digunakan dalam sesuatu bangunan atau kawasan setempat dengan jarak kawasan yang tidak begitu jauh. LAN merupakan rangkaian yang menyambungkan peralatan dan komputer. Biasanya bilangannya kurang 100 buah di sesuatu kawasan bangunan. LAN membenarkan pengguna-pengguna berkongsi maklumat, perisian, mesin cetak dan peralatan lain di dalam kawasan kerja setempat dengan penyeliaan seorang pentadbir.

MAN (Metropolitan Area Network) MAN ialah Metropolitan Area Network, iaitu rangkaian yang meliputi kawasan dengan kawasan 50km persegi, contohnya kawasan bandaraya. Biasanya MAN diusahakan oleh Syarikat Telekom tempatan yang menggunakan sistem radio atau gelombang mikro. Ia memberi perkhidmatan rangkaian kepada setiap pengguna beberapa rangkaian LAN. MAN (Wide Area Network) WAN ialah Wide Area Network, iaitu rangkaian yang meliputi kawasan di seluruh negara atau seluruh dunia. WAN menyambungkan MAN dan LAN dengan memberi perkhidmatan rangkaian kepada pengguna melalui sistem gelombang radio atau microwave, juga melalui satelit.

Intranet Sistem intranet merupakan salah satu sistem rangkaian yang beroperasi di dalam sebuah organisasi. Ia berfungsi seperti sistem LAN tetapi perkhidmatan hanya ditawarkan kepada individu dalam organisasi yang berkenaan sahaja. Apabila intranet disambungkan dengan LAN, MAN atau WAN, maka intranet di bawah organisasi tersebut boleh dicapai oleh ahlinya dalam rangkaian internet antarabangsa. Di bawah sistem intranet, pengguna dalam organisasi tersebut boleh menggunakan komputer mereka untuk menguruskan data dan email, mereka bentuk laman web, menyediakan berita, menggunakan sistem chatting untuk berkomunikasi dan mengadakan perbincangan, memindah dan menyimpan fail, memperoleh maklumat dari perkhidmatan WAN atau internet dan mengikuti video conferencing.

Internet Internet merupakan suatu rangkaian komputer yang meliputi kawasan seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Information Superhighway atau Cyberspace yang membawa maksud ruang siber. Internet atau internetwork ini berfungsi sebagai rangkaian perantaraan. Melalui Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) ISP adalah sebuah organisasi yang membekalkan rangkaian perantaraan untuk penggunapengguna internet berkomunikasi secara global. 1.Melalui email, antara satu sama lain. 2.Memperoleh maklumat yang dikehendaki melalui WWW (World Wide Web) Web menghantar fail-fail multimedia dengan beberapa protokol yang dikenali sebagai TCP/IP (Tranmission Control Protocol / Internet Protocol). Ia membawa maklumat yang diminta oleh pengguna dengan menyalurkannya melalui ISP yang akan menghantar kepada pengguna dalam rangkaian.

Untuk mendapat maklumat dengan cepat dan berkesan, pengguna komputer hendaklah memasang modem di antara kabel telefon dengan komputernya. Modem merupakan alat yang boleh menterjemah isyarat digital kepada analog, iaitu isyarat komputer kepada isyarat telefon, dan sebaliknya. (modulator-demodulator) Fungsi dan Jenis Perkhidmatan Rangkaian World Wide Web (WWW, Web) Suatu perkhidmatan internet merangkumi satu set komputer yang digunakan dalam sesuatu sistem yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan cara bergerak di antara sumber-sumber perkhidmatan. Web Servers (Pelayan Web) Sebuah komputer yang disambungkan ke internet supaya laman web dapat disalurkan kepada pengguna-pengguna ke merata tempat di dunia.

Sebuah web server boleh menyimpan beratusratus Web Sites. Web Sites (Lokasi Web) Koleksi laman web yang diselenggarakan oleh agensi kerajaan, institusi pendidikan, syarikat atau individu. Web Sites memberikan perkhidmatan atau mempromosikan produk sesebuah organisasi kepada berjuta-juta pengguna komputer dalam rangkaian internet di seluruh dunia. Contohnya Microsoft Internet Explorer (www.microsoft.com/ie), Netscape Communicator Navigator (www.netscape.com), Apple Computer (www.apple.com), Cable News Network CNN (www.cnn.com) dan sebagainya.

Web Page (Laman Web) Merupakan dokumen atau fail yang terdapat dalam Web Site. Laman web juga dikenali sebagai Hypertext Markup Language (HTML). Ia mengandungi gambar, bunyi, video, animasi dan teks. Ia mengandungi set arahan yang mengandungi Uniform Resource Locator (URL) yang digunakan untuk mendapatkan alamat web. Apabila fail HTML dibaca melalui Web Brouser, ia akan mengikut arahan dari teks dan URL untuk mengesan lokasidan dokumen fail tersebut, seterusnya menayangkan kandungannya pada skrin komputer. Web Browser (Pelayar Web) Suatu program perisian yang membolehkan pengguna komputer memerhati dan meneroka alamat dan laman web dalam WWW di internet. Hari ini web brouser membolehkan individu menggunakan email dan membaca berita dari agense-agensi yang membekalkan perkhidmatan berkenaan.

Hyper Text Markup Language (HTML) Merupakan fail yang mengandungi teks dan arahan. Arahan dikenali sebagai tags, bertujuan menayangkan teks dan imej dan sebagainya dalam laman web. Kemahiran Aplikasi Perisian Perisian Pemprosesan Perkataan Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Word Processing Software. Perisian ini merupakan suatu program yang membolehkan pengguna komputer melakukan kerja-kerja menulis, mengedit dan menyimpan seterusnya mencetak dokumen berbentuk surat, manuskrip, laporan dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakan pengurusan komputer berorientasikan Bahasa Inggeris, maka penggunaan menu dan arahan adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun ada juga menggunakan bahasa

lain seperti Thai. Arabic, Tamil Cina dan sebagainya. Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft Office Word, OpenOffice.org Writer, Word Perfect dan sebagainya. Perisian Hamparan Elektronik Perisian hamparan elektronik di sebut sebagai Spreadsheet dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini berbentuk lejar atau helaian kerja saintifik yang luas dengan ruang (sel) yang tersusun mengikut baris dan lajur. Helaian kerja saintifik atau Spreadsheet ini digunakan untuk mencipta dan mengolah paparan tertentu berkaitan data seperti : 1.Membuat jadual pengiraan merangkumi susunan sel yang mana data dan formula boleh dimasukkan untuk kiraan cepat. 2.Membina graf dan carta untuk persembahan yang menarik. Dengan adanya perisian hamparan elektronik ini, semua kerja pengiraan dapat diurus dengan mudah.

Contoh perisian hamparan elektronik ialah Microsoft Office Excel, OpenOffice.org Calc dan sebagainya. Perisian Persembahan Perisian persembahan adalah Presentation Software dalam Bahasa Inggeris. Persembahan yang dihasilkan adalah dalam bentuk persembahan slaid. Kegunaannya ialah untuk mempersembahkan elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Gabungan pelbagai media akan membolehkan aplikasi persembahan lebih dinamik, seperti hidup dan lebih menarik. Dengan adanya perisian persembahan multimedia seperti Microsoft Office PowerPoint dan OpenOffice.org Impress, maklumat dan mesej yang dipersembahkan dapat disampaikan dengan menarik dan mudah difahami.

Perisian Pelayar Web Internet Explorer merupakan perisian yang digunakan secara meluas dalam penggunaan pelayar web. Bagi komputer beroperasikan Windows, perisian Internet Explorer biasanya dipasangkan bersama semasa proses installasi windows. Perisian ini dikenali sebagai web browser. Contoh perisian pelayar web ialah Microsoft Internet Explorer, Mozila Firefox, Google Chrome, Safari, Opera, Netscape Navigator, Camino, Seamonkey, K-Meleon, Galeon dan banyak lagi. Email Email merupakan mel elektronik yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pengguna lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi email ini digunakan secara meluas dengan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala.

Penghantaran dan penerimaan email dapat dilakukan dengan cara yang pantas. Setiap pengguna email hendaklah mendaftarkan diri di bawah agensi rasmi atau agensi kerajaan untuk mendapatkan user name dan password sebelum dapat menmggunakan perisian email. Email yang meluas digunakan adalah dari agensi yang dinamakan sebagai Gmail, ZohoMail, AIM mail, GMX mail, Yahoo Mail, Gawab.com, Hotmail dan sebagainya. Peraturan Penggunaan Kemudahan ICT Undang-Undang Siber Sehingga kini, beberapa peraturan utama yang digubal secara permuafakatan di antara negaranegara maju adalah seperti berikut : 1.Protokol : Peranti rangkaian adalah direka bentuk selaras dengan standard protokol seperti yang diluluskan oleh kerajaan sebagai satu langkah menyekat penyalahgunaannya. 2.Protokol TCP/IP merupakan sekumpulan protokol yang membenarkan komunikasi di

antara rangkaian dengan menggunakan sistem komputer yang berbeza. 3.Mengharamkan sebarang aktiviti penggunaan internet yang membawa keburukan imej dan integriti negara. 4.Menetapkan undang-undang antivirus dan hukuman terhadap hackers serta pelanggaran hak cipta. Net Etiquette Di antara kod etika rangkaian ialah : 1.Mematuhi undang-undang siber. 2.Meneroka carian internet dengan tujuan yang murni. 3.Menghormati pengguna komputer lain dan hak-hak mereka. 4.Mematuhi etika email. 5.Mematuhi etika website. 6.Menghormati hak cipta orang lain. 7.Tidak menyediakan perisian program yang membawa keburukan kepada perkakasan atau perisian komputer. 8.Tidak menjadi hacker.

e-Mail Etiquette Di antara kod etika email ialah : 1.Jangan menulis mesej dengan menggunakan semua HURUF BESAR. Ia membawa makna suara memekik kepada penerima mesej. 2.Menulis mesej dengan ringkas, jelas dan mengikut konteks. 3.Jangan menggunakan bahasa menyindir atau bahasa pasar semasa menulis mesej. 4.Gunakan tulisan yang betul dan ejaan tepat serta elakkan penggunaan trengkas. 5.Jangan mendesak atau menghasut demi mengelakkan serangan balik dari penerima email. 6.Menulis nama penuh supaya penerima email dapat menjawab dengan hati yang terbuka. 7.Elakkan menghantar mesej yang terkandung perkara yang kurang sesuai dibaca oleh orang ramai kerana mesej dalam email juga kadang-kadang boleh dibaca oleh pengguna lain. 8.Jangan respon email yang aneh atau dari sumber yang tidah diketahui. 9.Menjawab email dengan cermat dan teliti. Jangan respon secara tergesa-gesa.

10. Hanya simpan email yang perlu digunakan untuk rujukan pada masa hadapan. Web Sites Etiquette Di antara kod etika Web Sites ialah : 1.Gunakan bahasa yang betul dan mudah dibaca oleh pengguna-pengguna komputer . 2.Bertanggungjawab dengan maklumat yang disediakan. 3.Gunakan bahasa yang bebas dari kesalahan ejaan, nahu dan tatabahasa. 4.Maklumat yang terkandung dalam laman web hendaklah tepat dan lengkap. Elakkan khabar angin dan cakap kosong. 5.Menghormati hak cipta orang lain. 6.Jangan menerbitkan berita atau rencana yang boleh memburukkan imej pengguna internet. 7.Jangan menyediakan maklumat tidak sah atau ada tujuan lain seperti menipu, mengejek atau mengkritik. 8.Jangan mengubahsuai gambar orang lain dengan tujuan mengejek atau membawa malu kepadanya. 9.Mematuhi polisi internet.

Isu-Isu Hak Cipta (Copyright). Mengikut undang-undang kebanyakan negara, perisian aplikasi yang asal adalah dilindungi. Apabila membeli sesuatu perisian pastikan anda mendapat kad pendaftaran atau lesen perjanjian. Ini menandakan pembeli telah mendapat kebenaran untuk menyediakan satu salinan sebagai backup dengan tujuan untuk kegunaan jika berlaku masalah kepada salinan asal. Aktiviti cetak rompak seperti menyalin, mengedar, menjual atau menyewa perisian yang tidak mendapat kebenaran adalah dianggap telah melanggar hak cipta di bawah undangundang siber. Organisasi atau individu yaang malakukan cetak rompak terhadap perisian disebut sebagai pencuri perisian dan mereka boleh didakwa dan didenda mengikut undang-undang hak cipta negara.

Panduan Penggunaan Bahan Hak Cipta : 1.Media bergerak (contoh klip video) : sehingga !0% atau 3 minit mana yang terdekat. 2.Teks : sehingga 10% atau 1000 patah perkataan mana yang terdekat. 3.Puisi : sehingga 250 patah perkataan atau 3 puisi bagi seorang penyair. Dihadkan hanya 5 penyair sahaja dalam sesebuah antologi mana yang terdekat. 4.Muzik : 10% atau 30 saat mana yang terdekat. 5.Gambar foto atau imej : sehingga 5 karya daripada seorang pemilik. 10% atau 15 karya daripada sesuatu koleksi mana yang terdekat. 6.Pangkalan data : sehingga 10% atau 2500 sel yang mana terdekat. 7.Bahan yang digunakan hanya untuk tujuan pendidikan sahaja. 8.Setiap bahan yang diunakan perlu dicatat sumber dibawahnya. 9.Jangkamasa penggunaan ialah 2 tahun sahaja. Sumber rujukan : http://www.libralies.psu.edu/mtss/fairuse/guidline doc.html)

Menjaga Keselamatan Data Menjaga keselamatan data rangkaian adalah menjadi tanggungjawab utama bagi web master dan pengguna. Punca-Punca Ancaman Data Rangkaian Kegagalan komputer kerana kerosakan perantinya. Misalnya kerosakan peranti storan disebabkan jangka hayat yang lama. Ia akan menghapuskan semua data yang disimpan dalam peranti tersebut. Kekurangan kemahiran teknikal seseorang pengguna komputer boleh memusnahkan data atau lebih teruk lagi memusnahkan peranti yang digunakan untuk menyimpan data tersebut. Kemalangan menyebabkan kehilangan data. Misalnya seseorang juruteknik komputer terpadam secara tidak sedar kandungan dari storan komputer semasa membaiki atau menservis komputer. Kecuaian pengguna boleh juga menjadikan maklumat hilang kerana lupa menyelamatkan

data. Data perlu disimpan lebih daripada satu storan. Kebakaran kerana litar pintas boleh juga memusnahkan semua data yang disimpan. Bencana seperti gempa bumi atau banjir sering memusnahkan semua malumat dalam komputer. Jenayah seperti hacking, virus dan kecurian komputer pula boleh membawa ancaman kepada keselamatan data. Strategi Menjaga Keselamatan Data. Menyediakan Backup. 1. Backup bermaksud sokongan atau bantuan. 2.Di dalam sistem komputer, backup merupakan tindakan utama yang bertujuan melindungi maklumat dalam rangkaian daripada hilang. Caranya ialah dengan memindahkan data kepada peranti storan lain seperti CD, portable harddisk dan sebagainya. 3.Kebanyakan sistem backup mengandungi tiga ketagori :

a. Full backup menyalin semua fail dalam komputer. b. Incremental backup menyalin fail yang telah berubah sejak backup terdahulu. c. Daily backup menyalin fail yang telah berubah pada hari tersebut. 4.Sesetengah pakej perisian seperti Microsoft Office Word dan Word Perfect melakukan backup secara automatik semasa aplikasi sedang digunakan. 5.Sesetengan perisian backup pula khasnya untuk web servers mempunyai perlindungan daripada bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan sebagainya. Gunakan Proses Recovery 1.Di dalam sistem komputer, recovery ialah proses yang digunakan untuk menyelesaikan konflik atau situasi kesilapan yang timbul semasa pemindahan data. [Mencari data yang hilang Nasib] 2.Proses recovery dapat menggerakkan pemindahan data secara lancar seterusnya melindungi data daripada hilang dalam sistem komputer. 3.Fungsi recovery membolehkan operasi disambung semula selepas berlakunya kegagalan.

Perlindungan Daripada Serangan Virus 1. Virus merujuk kepada satu set arahan komputer yang sengaja disembunyikan dan ianya dicipta dengan tujuan membawa kepada kerosakan. 2.Ia boleh diibaratkan seperti berlakunya infeksi atau jangkitan yang boleh hidup di bawah keadaan dorman lama tersimpan dalam sistem komputer, disket, pendrive atau perisian komputer. 3.Apabila sistem komputer diaktifkan, contohnya masa menbuka fail, virus akan aktif dan menyerang sistem komputer dengan mempersembahkan mesej kesilapan atau terus memusnahkan fail atau semua maklumat. 4.Virus boleh disalurkan/dipindahkan dari sebuah komputer kepada yang lain melalui disket, pendrive, harddisk dan storan lain juga melalui rangkaian internet semasa muat turun (downloading). 5.Di antaranya ialah Trojan merupakan suatu bentuk virus yang boleh membiak dengan cepat.

Untuk melindungi serangan virus : 1.Gunakan antivirus terkini dan selalu update. 2.Pastikan tidak memuat turun (downloading) bahan daripada sumber yang tidak diketahui sumbernya bebas virus atau tidak. 3.Tidak membuka email dari sumber yang tidak diketahui pengirimnya. Akhirnya : Sentiasalah Setting niat, Upgrade iman, Download sabar, Upload usaha, Delete dosa, Update doa, Dan Top up ilmu, Supaya Dapat REDEEM pahala. TERIMA KASIH.

You might also like