You are on page 1of 3

Telefon bimbit - Tetap Dilarang Di Sekolah

KEMENTERIAN Pelajaran tetap melarang pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah walaupun wujud kes telefon berkenaan dikatakan `berguna' kerana menjadi bahan bukti dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, keputusan kementerian jelas bahawa telefon bimbit akan dirampas jika pelajar menggunakannya dalam kawasan sekolah. Namun begitu beliau tidak menafikan bahawa berlaku kes pelajar `menyeludup' telefon bimbit ke sekolah. Ini memang berlaku, terutamanya jika ada aktiviti kokurikulum dan kita percaya kejadian pelajar membawa masuk telefon bimbit di sekolah terbabit tidak diketahui oleh pihak sekolah,' katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak pelajar berasrama penuh yang membawa telefon bimbit ke sekolah masing-masing. Tetapi seperti yang telah kita tegaskan bahawa guru mempunyai kuasa untuk merampas telefon itu jika pelajar didapati menggunakannya dalam kawasan sekolah,' tegas beliau. Dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Kota Tinggi itu, seorang pelajar telah merakam kejadian pelajar tingkatan satu yang dibelasah oleh seorang pelajar lain. Rakaman yang dibuat melalui telefon bimbit itu berjaya dikesan apabila guru di sekolah merampas telefon berkenaan setelah menahan sekumpulan pelajar yang sedang asyik menonton rakaman tersebut. Penggunaan telefon bimbit di sekolah pernah menjadi isu sehingga Kementerian Pelajaran menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di semua sekolah termasuk berasrama penuh serta merta. Keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati guru dan ibu bapa tidak bersedia memikul tanggungjawab serta me-mantau penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah. Sebelum itu, kementerian berkenaan pernah mengeluarkan arahan pada Januari lalu membenarkan para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah berkuat kuasa secepat mungkin. Kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Mengikut kenyataan itu, pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit sebelum waktu persekolahan bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.
SMK Sinar Bintang Jalan 34/38A, Taman Sri Bintang 52100 Segambut, Kuala lumpur No. Tel : 0362733702 No. Fax : 0362778964 E-mel :info@smksb.edu.my

http://www.smksb.edu.my/hangat/telefon.html

ARKIB : 18/07/2012

Garis panduan diwujudkan kawal telefon bimbit di sekolah


KUALA LUMPUR 17 Julai - Satu garis panduan bagi mengawal penggunaan alat komunikasi di sekolah akan ditetapkan untuk mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, ia termasuk mengehadkan penggunaan telefon bimbit dengan melarang pelajar menggunakannya sewaktu pembelajaran dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut. "Kementerian dalam proses merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan menyenaraikan peraturan yang wajib dipatuhi. "Ibu bapa tidak perlu bimbang dan melihat perkara ini secara negatif, sudah tentu kita tidak akan membiarkan pelajar taksub dengan alat komunikasi mereka, malah, kita akan mengajar mereka menggunakan peralatan itu dengan betul," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Pertandingan Pidato Tingkatan Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa berhubung keputusan kerajaan membenarkan para pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Menurut Ka Siong, garis panduan itu akan turut menetapkan had masa yang membolehkan pelajar menggunakan alat komunikasi berkenaan selain dipantau para guru di sekolah. Katanya, kementerian juga tidak akan sesekali membenarkan pelajar menggunakan telefon pada waktu pembelajaran dan guru-guru diberikan kuasa penuh merampas atau mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang melanggar kesalahan tersebut. "Sekiranya pelajar menyalahgunakan kebebasan yang kita berikan, tindakan tegas seperti mendenda dan melarang pelajar terbabit dari menggunakan telefon di sekolah akan diambil," tegasnya. Ka Siong menjelaskan, keputusan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah sejajar dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar. "Sebelum ini ibu bapa pernah beberapa kali meminta kami membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak masing-masing," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=D alam_Negeri&pg=dn_05.htm

You might also like