You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

PENDAHULUAN

Program ini merupakan suatu langkah ke arah meningkatkan kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid-murid tahap 1 di SK Batu Arang. Kemahiran membaca adalah bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut abjad, suku kata, Perkataan, ayat seterusnya petikan. Aspek pembacaan suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK adalah di antara isi kandungan yang terdapat di dalam kemahiran Pemulihan Bahasa Malaysia. Kegagalan murid-murid tahap 1 menguasai suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK merupakan penghalang kepada mereka untuk mempelajari serta menguasai kemahiran perkataan yang lebih mencabar. Hasil daripada program ini juga dapat dilanjutkan lagi bagi memudahkan murid-murid menguasai kemahiran dua suku kata iaitu KV KVK iaitu hasil gabungan kemahiran suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK. Program 2M ini dijalankan ke atas murid-murid dari tahun 2 dan 3 merupakan sasaran utama bagi Program Pemulihan Khas di sekolah rendah.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Am Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-auat yang mengandungi Perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup iaitu KV +KVK.

Objektif Khusus 1. Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan Perkataan KVK. 2. Murid boleh membaca Perkataan KVKVK hasil gabungan dua suku kata KV +KVK. 3. Memastikan murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurangkurangnya enam ke lapan patah Perkataan gabungan dua suku kata KV+ KVK dengan lancar.

Kumpulan Sasaran Program ini difokuskan kepada murid-murid Tahun 1 iaitu seramai 2 orang, Tahun 2 seramai 3 orang dan dari Tahun 3 seramai 2 orang Oleh itu seramai 8 orang murid akan mengikuti program ini.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

PELAKSANAAN PROGRAM 1. Pemilihan kumpulan sasaran adalah dipilih melalui senarai murid yang terlibat dengan Kelas Pemulihan Khas. 2. Murid tahun Dua yang telah gagal melepasi ujian saringan 2 LINUS semasa berada di Tahun Satu. 3. Program ini terdiri daripada 3 peringkat iaitu : i. Mengadakan ujian pra. ii. Pelaksanaan Program 2M dalam P&P. iii. Ujian Pos 4. Tempoh Program ialah selama 2 bulan iaitu bermula pada 9 Febuari 2013 dan berakhir pada 10 April 2013 (8 minggu tidak termasuk cuti pertengahan semester1) 5. Pihak yang terlibat ialah GPK dan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 2 dan tahun 3. 6. Bahan pengajaran dan soalan- soalan ujian akan disediakan oleh GPK.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

PELAKSANAAN TINDAKAN 1. Latih tubi membaca suku kata KV dan KVK Latihan ini boleh dijalankan selama 5 minit sebelum pembelajaran dimulakan semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid-murid diberikan kad-kad suku kata KV dan KVK yang sama dengan carta suku kata yang dipamerkan. Muridmurid mesti dibimbing agar mereka tidak mengalami kesukaran semasa membaca kad-kad suku kata tersebut. 2. Aktiviti nyanyian. Murid-murid diberikan kad-kad huruf yang bersaiz 20 x 30cm. Semasa aktiviti nyanyian diajar,murid-murid akan mengangkat kad-kad huruf bentuk ejaan Perkataan KVKVK. Lagu yang dinyanyikan dipetik dari rentak lagu BINGO (lagu Bahasa Inggeris). Cth: Mimah masak gulai ketam Gulai ketam Mimah sedap S E D A P (3x) Gulai ketam Mimah sedap.

3. Latih tubi 30 minit selepas waktu persekolahan. Latih-tubi ini dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis selepas waktu persekolahan. Ianya dijalankan selama 2 bulan scara intensif oleh GPK.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

PENUTUP Membaca adalah kunci kejayaan bagi seseorang murid. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menjadikan murid yang kurang celik huruf untuk menguasai kemahiran ini. Semoga dengan adanya Program 2M ini dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid-murid d sekolah ini. Sekian.

Disediakan Oleh: Ashrul Nizam Bin Mohamad Rozi GPK SK Batu Arang.

Disahkan Oleh En.Shakyean Bin Baki Guru Penolong Pentadbiran

You might also like