You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP PROGRAM LATIHAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK

: NURUL ASMA BINTI IBRAHIM : 900217-11-5794 : PISMP SAINS SEMESTER 8 : SEK. KEB. PADANG HILIRAN : PROGRAM LATIHAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

TEMPOH PELAKSANAAN

: 9 JULAI 2013

1.

OBJEKTIF Program Latihan Demonstrasi Kebakaran dan pengungsian bangunan dilaksanakan bagi memastikan piawaian keselamatan mengikut arahan pihak Bomba dan Penyelamat dapat dipatuhi dan dijadikan panduan dan amalan ketika berlaku kecemasan (kebakaran). Latihan ini dapat mendedahkan peserta-peserta tentang tanggungjawab yang perlu dimainkan ketika berlaku kecemasan (kebakaran). Selain itu, antara objektif lain program ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid dan pihak sekolah tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan di sekolah. Hal ini kerana ada di antara mereka yang tidak pernah merasai pengalaman menjalankan latihan ini. Di samping itu, program ini dapat meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. Ini kerana kebiasaan yang berlaku pada setiap individu yang berhadapan dengan situasi yang mencemaskan, mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan fikiran mereka menjadi sempit. Justeru, dengan pendedahan sebegini akan dapat membantu mereka sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain.

Program sebegini juga dapat member pendedahan kepada murid-murid dan juga guru berkenaan kerjaya sebenar bomba di samping mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain. Tambahan pula, murid dan pihak sekolah berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

2.

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Pada minggu pertama internship kami membuat perbincangan bersama dn juga meminta pandangan Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum dan juga mentor dalam pemilihan aktiviti yang bersesuaian. Akhirnya, kami bersepakat untuk mengadakan program ini sebelum bermulanya puasa. Tarikh asal program ini adalah 8 Julai, namun setelah perbincangan kali kedua dibuat, kami bersetuju untuk mengadakan program tersebut pada 9 Julai iaitu sehari sebelum bermulanya puasa. 2. kami mula menyiapkan kertas kerja, surat menyurat seperti sponsor makanan dan juga cenderahati kepada pegawai bomba yang akan hadir. Proses ini banyak dibantu oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum kami iaitu Puan Norhazlen binti Abdullah. 3. Dalam masa yang sama, setelah surat untuk memohon khidmat program ini daripada pegawai bomba siap, kami terus menuju ke Balai Bomba Kuala Terengganu untuk menghantar surat permohonan ini. Nasib kami agak kurang bernasib baik pada mulanya. Ini kerana Pegawai Bomba yang bertugas untuk menguruskan hal ini bercuti untuk sementara waktu atas urusan peribadi. Beliau hanya akan kembali bertugas pada hari Ahad, yang mana dua hari sebelum program kami berjalan. Kami agak risau sekiranya ia tidak dapat dilakukan pada saat terakhir. Namun, dengan keazaman yang tinggi dan bantuan Allah s.w.t, nasib menyebelahi kami semula kerana dapat bercakap dengan Encik Anwar, pegawai yang bercuti tersebut secara tidak langsung. 4. Pada hari Ahad, iaitu dua hari sebelum hari program berlangsung, dua orang pegawai bomba hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan membuat perbincangan ringkas.

5. Pada hari Isnin iaitu 8 Julai, kami membuat persiapan terakhir sebelum hari program berlangsung. Tentatif pelaksanaan adalah seperti berikut: Tarikh Tempat Tempat Ceramah Tempat Demonstrasi Tempat Majlis Penutup Masa : 9 Julai 2013 ( Selasa) : Padang SK Padang Hiliran : Surau SK Padang Hiliran : Padang SK Padang Hiliran : Tapak Perhimpunan SK Padang Hiliran : 9.00 pagi 1.00 t/hari

3.

REFLEKSI a) Kekuatan Projek

Antara kekuatan projek yang dilaksanakan ialah dapat Meningkatkan kefahaman dan kemahiran perancangan dan tindakan keselamatan yang perlu dipraktikkan semasa

kecemasan (kebakaran). Menetapkan dan menentukan tempat berkumpul ketika berlaku kecemasan (kebakaran). Ini kerana ada antara murid yang tidak tahu di mana tempat yang sepatutnya mereka berkumpul jika berlaku kebakaran. Menerangkan dan menjalankan latih amal penggunaan alatan mencegah kebakaran dan pengungsian bangunan.

b)

Kelemahan Projek

Antara kelamahan yang dikenalpasti ialah loceng kecemasan dibunyikan terlalu awal sedangkan pihak bomba masih mengkaji kawasan yang sesuai untuk melakukan demonstrasi

kebakaran tersebut. Selain itu juga, keitka melaksanakan aktiviti petunjukan jentera bomba, pengurusan kawalan murid dan aktiviti agak terganggu. Terdapat kumpulan murid yang terpaksa menunggu lama giliran mereka bagi menyaksikan jentera bomba tersebut. Ini semua adalah kekurangan kami yang mana kurangnya komunikasi dalam kalangan kami.

4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kami sepatutnya merancang dengan lebih teliti bagi setiap aspek program tersebut. Selain itu, kami perlu menambah atau meningkatkan kemahiran komunikasi sesama kami dan juga dengan pihak lain. Selain itu, kami perlu membuat rancangan B atau rancangan kedua bagi membantu kami sekiranya sebarang kejadian tidak diingini atau sebarang kesilapan berlaku.

5.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran perancangan dan tindakan keselamatan yang perlu dipraktikkan semasa kecemasan (kebakaran). Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

You might also like