You are on page 1of 11

D

ewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas riuh sekali.


Almaklum sajalah penggal persekolahan baru bermula.Pasti dah lama
tak jumpa.So, bila jumpa balik mestilah pot pet..pot pet…kan?aku juga
tak terkecuali.Heh! dah 4 tahun aku menjadi penghuninya.Naik form
four pun still disini.Tak pindah-pindah. Wah! Dah macam penunggu
pulak rasanya.hahaa..

Hari ini adalah hari Orientasi Pelajar tingkatan 4. Tujuannya untuk beri penerangan
serba sedikit tentang aliran dan mata pelajar yang ditawarkan.Ialah… masa form 1
hingga form 3 dulu tak ada pilihan. Naik form 4 ni dah boleh choise.

Aku ambil Perakaunan.Huh! Dari aku ambil Sains adalah lebih baik aku ambil
akaun.Sastera? Hmm.. time tu cam susah sikitla.Aku tak terror pasal sastera ni.Then
1 lagi kelas adalah vokasional.Belajar elektrik atau pertanian.Lagi aku tak minat!

“Nur, aku dengar Cikgu Yusof cakap ramai student baru.Kau ada nampak?”tiba-tiba
saja teman baikku Nani bersuara. (selalunya dia ni pendiam sikit.Sikitlah…)

“Ni..depan kita nikan budak baru,”

Yayah berdecit. “Perempuan buat apa! Orang cari lelakilah.”

“Mai aii..gatalnya! Habis Zaki tu kau nak letak mana?”

“Alaa.. bukannya nak serius pun.Jadi stok geli-geli je,”aku gelak mendengar kata-
kata Yayah. Stok geli- geli maksudnya spear part la…
Yayah, Nani dan Jeda dari tadi tak henti-henti dengan cerita.Habis cerita ni sambung
cerita yang ni pula.Aku sengaja melempar pandangan kearah luar. Tiba-tiba mataku
menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri menyandar tubuh di pintu
luar dewan. Siapa dia? Kan dah habis waktu rehat.Tadi dia tak dengar ke Cikgu Zul
cakap siapa lambat masuk kena rotan.Wah! Berani betul dia buat perangai hari
pertama.

“Ok pelajar….! Sila beri perhatian.” Cikgu Yusof sudah mahu memulakan
ceramahnya.Budak tadi? Haii..kenapa tak masuk-masuk juga? Apa yang ditunggu?

Hampir 15 minit kemudian barulah dia berjalan masuk. Bersama-sama dengannya


ada 3 orang kawannya. Huh! Tunggu kawan rupanya.Semua budak
baru.Hmm..patutlah.

Budak lelaki itu melintasi tempat dudukku. Aduh! Aku rasakan saatitu jantung
seperti dipanahi api cinta. Cara jalannya.Senyumannya.Penampilannya…Ah!

“Nur….tengok tu, tengok tu!”tiba-tiba sepupuku menepuk-nepuk pehaku berkali-


kali.

Aku angkat kening. “Tu…tengoklah! Handsome kan?”

“Hmm..memang handsome.”apasal minah ni.Potong betul!

Mataku masih memerhati dia.Cara duduknya.Ah! Gelaknya.Semua ku


perhati.Benar…inilah kali pertama aku jatuh hati.Aku tidak mengenalinya namun
jauh disuatu sudut hati, aku yakin…dia milikku!

**

“Budak tu 1 kelas dengan kau ya?”sepupuku yang ku panggil Amoi bertanya.

“Hmm..”tu je yang mampu aku jawab.

“Siapa namanya?”

“Izzam.”acuh tak acuh je jawabnya.Tak ada mood.

“Kau senyum-senyum ni kenapa?”tegurku.

“Tak adalah! Aku suka dialah.”bisik sepupuku.Ah! gatal sungguh!

**

“Kak, jam pukul berapa?” tanya seseorang.

“Kakak, oo..kakak..jam pukul berapa?”dia bertanya lagi.Cis! Aku taulah aku


debab.Tapi suka-suka hati dia aje nak panggil aku kakak!

“Bila aku jadi kakak kau?”marahku tanpa berpaling memandang tuan punya muka.
Ah! Aku memang selalu hilang mood. Apa tidaknya..bayangkanlah aku pegang
jawatan setiausaha PBSM, Bendahari Persatuan Sejarah, Ketua Biro Kebajikan
Sekolah (under Pengawas) dan 1 jawatan naib pengerusi rumah sukan. Peh! Kalah
PM! Bussy memanjang..!

Dalam beberapa minit kemudian…

“Nur Hana, jam pukul berapa?”aku berpusing bila suara tadi kedengaran lagi.Kali ni
bukan lagi panggilan kakak tapi namaku disebut dengan begitu jelas.

“Err..9.45 pagi.” Alamak! dialah….

“Kau ni garanglah.”katanya.

Aku senyum.Hahaaa… malu! “ Kerja banyak sangat.Bad mood sikit.Sorry…”Dia


tersenyum. Arghh!! Comelnya!

Aku mengerling ke arah jam tanganku. Waktu rehat. Kerjaku masih banyak.Aku
pandang kiri.Tempat Nani kosong. Ah! Nani ni.. merayap aje kerjanya! Aku pandang
kanan.Wan pung hilang? Hmm..mamat sorang ni cari mangsalah tu.Playboy SMKG!

“Haii..tak keluar rehat?”sapa seseorang.Aku menoleh.Aik! tak ada orang pun..

“Ya ALLAH!”aku mengurut dada.Terkejut aku! Bila masa pula dia duduk depan
aku?Tadi suaranya dari arah belakang?

“Sorry..terkejut ke? Hmm..tak keluar makan ke?”dia bertanya.

“Tak.Kerja banyak,”dia mengangguk-ngangguk.Aku terus menyelesaikan


tugasku.Dan dia masih didepanku memerhati apa yang aku lakukan.Ah! Makin lama
kau disisiku makin deras jantungku berdetak!

***

Teman-teman sering berkata, mana ada aku disitu ada dia dan begitulah sebaliknya.
Ada yang menggelarkan kami kembar.Ada juga yang bertanya apa hubungan
kami.Ah! semuanya ku jawab dengan senyuman.Biarlah hanya hatiku yang bisa
menafsirkan apa maksud senyuman itu.

Lagi 1, kau suka merenung.Kenapa? Bila kau tenung mataku ,aku sure mengelabah.
Cari buku teks dan tutup muka @ sengaja angkat tinggi-tinggi biar tak nampak
muka kau. Lepastu kau rampas buku teks dan marah bila aku tutup muka.hahaa..
aku malulah!

Kau selalu marah. “Bila aku bercakap,pandang muka aku!”

Aku sengaja buat tak dengar @ pandang tempat lain. Kau marah tolak kerusi jauh-
jauh than merajuk taknak cakap dengan aku. Tapi tak sampai setengah jam sure
kau datang balik.
Bila kau duduk disisi sengaja aku menyibukkan diri. Dan kau akan cakap.. “Tak
payahlah pura-pura baca buku.”ah! sebal muka aku! Macam tau-tau je..

Suatu hari…

“Nur, ko bagitahu Moi Zam kirim salah tau,”kata Wan. Aku pandang wajah Zam.Dia
tersenyum lebar.

“Bagitahu tau!” kata Wan lagi.

“Bagitahulah sendiri!”

“Alaa..tolonglah.diakan sepupu kau.Takkan aku nak pergi kelas sains tu semata-


mata nak cakap benda ni,”bebel Wan.

Aku mendengus. Ah! Hatiku tiba-tiba sakit!

“Mana Zam kenal Moi?”tanyaku.

“Dia jumpa Moi kat labrary.Tah! Tiba-tiba dia kata minat kat Moi.”kata Wan.Aku
hanya mengangguk. Hmm..aku hanya berharap ini tidak akan ada bibit-bibit cinta
diantara mereka.

Bila kirim salam aku boleh relax lagi tapi bila time kelas agama.Kelas Akaun kena
gabung dengan budak kelas Sains.Time tu…Allahuakbar! Naik terbakar kepala aku
bila tengok sepupu aku terlentok-lentok malu bila kawan-kawan si Zam usha-usha
kan mereka.Aduh!hatiku sakit..kalaulah ada bom tangan memang aku dah lempar
kat geng-geng Alang dan Milo tu. Geram betul akulah!

***

Aku mulai bosan! Wahhhh!! Budak tu kirim salam baru 3 kali tapi menggediknya
macam dah bertahun-tahun budak tu minat dia! Tiap-tiap hari datang rumah aku
tanya pasal Zam.Bosannn….!

“Kau tanya dekat dia, betul ke dia suka dekat aku.Kalau dia suka kau bagi nombor
phone aku dekat dia tau!”suruh Moi.

Hmm.. bala-bala!

“Tak nak lah! Kau tanyalah sendiri kenapa aku pulak yang kau suruh.”

“”Yelah! kaukan 1 kelas dengan dia.Lagipun dia rapat dengan kau.”aku


terdiam.Berkali-kali aku didesak hingga aku hilang mood.

“Yelah-yelah!”dan akhirnya….terpaksa menyerah.Sakit badan aku dicubit-cubit


selagi tak mahu ikut apa yang disuruhnya.Sepupu aku ni memang …hisshh!! Geram
betullah!

“Cuba kau pikir Nan,kalau aku tanya…apa reaksi Zam?Aku takut dia marah. Dan
yang paling aku takut kalau dia salah sangka.Dia ingat aku jealous dia dengan
Moi.Aduh! Parah aku Nan.”sambil mendaki bukit SMKG aku meluahkan isi hatiku
pada Nani

“Kalau macam tu lebih baik kau jangan cakap.”Nani memberi pandangan.

“Tapi selagi aku tak tanya Zam selagi tu minah tu menyusahkan aku.Kau tau tiap-
tiap hari dia datang tanya pasal Zam,”

Nani mengeluh. Bukan dia tak tahu sikap Amoi. Suka mendesak.Bukan dia kira baik
buruknya impact pada orang lain yang dia tahu apa yang dia nak mesti dapat!

“Kau cubalah cakap baik-baik dengan Zam.”Aku hanya mengangguk.Hmmm…


mengeluh lagi.

**

“Hmm..apasal kau panggil aku?” Zam berdiri dihadapanku.Alamak! Aku dikepong.


Mana nak keluar? Belakang dinding,kiri pun dinding, kanan pula meja.

“Aku nak tanya, sebenarnya apa perasaan kau pada Moi?”aduh!

Muka Zam berubah. Aku tahu dia tak suka ditanya soalan bodoh begini.Tapi…aku
terpaksa.

“Apa pasal kau tanya?” Aku telan air liur.Nampaknya aku terperangkap.Macam aku
yang cemburukan mereka.

“Saja tanya..”

“Jawablah,apa perasaan kau pada Moi?”soalku lagi.Zam meghela nafas.Ada riak


tidak enak dari desah nafasnya.

“Kenapa kau nak tahu?”

“Alaa..jawab ajelah.apa masalahnya..”

“Masalahnya sekarang aku tak fikir pasal dia.Aku asyik fikir pasal kau! Pasal kau..
faham!”hujung jari telunjuknya dituding ke mukaku. wajahnya tanpa senyumam
kupandang. Tergamam!

“Huyoo..”tiba-tiba Nani datang sambil tepuk tangan.Aku masih memandang ke


muka Zam.Ah! entah kenapa bibir ini tersenyum.Dan senyuman berbalas.

***

Buku note kecilku selalu hilang.Pen, pensil box , beg kadang-kadang botol air aku
pun kau kebas! Ape kes tah budak ni. Tapi aku tak pernah marah.Kerana apa?
Kerana aku sayang pada kau. Kau selalu marah bila aku duduk dengan Pali.Kau buli
Pali walaupun dia ketua pengawas sekolah time tu. Kau marah dia bila dia ajak aku
keluar buat kerja –kerja yg berkaitan pengawas ni.Sampai Pali takut.Bila dia nak
ajak aku keluar sure dia tanya kau boleh ke tidak. Dan selalunya riak muka kau
mesti berubah.

Kau kata.. “Pergilah.Tapi jangan lama-lama dia tu isteri aku.Faham!” Hmm.. aku
bahagia masa tu.

Pagi-pagi bila aku melintas jalan, kau turun bus dan kau akan jerit “Hai..Sayang!”

Bila balik sekolah, aku melintas jalan dan kau dah atas bus kau jerit “Bye Sayang!”

Bahagianya…

***

Ingat tak masa kelas Perdagangan. Kau tak pernah jauh dariku.Kau tarik kerusi dan
duduk disebelahku. Tak borak pun tak apa.Asal duduk dekat.Actually, bukan
Perdagangan je.Semua subject kalau boleh. Sampai cikgu halau baru kau duduk
balik tempat kau.Ingat tak?

Jik! Kenangan paling indah pada aku adalah time kita nak cuti raya masa form 4.

Kau hulur tangan nak salam aku jawab. “Tak bolehlah.Haram!”

“Alaa..aku nak salam dengan kau.”

Pastu kau hilang. Dalam 10minit kau datang sambil menghulurkan tangan padaku.
Aku gelak! Kenapa? Sebab kau sanggup pinjam sarung tangan budak kedet polis
semata-mata nak salam dengan aku. Kau hulur lagi tangan, aku sambut. Kau
menggenggam kukuh tanganku.Lama tangan kita bertaut.Aku rasa bahagia dan
selamat.Hmm..bukan sekali kita salam.2 kali.sebelum balik kau hulur lagi
tangan.Hmm.. entah apa-apa entah!tapi aku bahagia sangat-sangat..

**

Form 5…

Kau masih lelaki yang aku cintai walaupun ada lelaki yang hadir menghulur
kasihnya padaku.Namun… ah! Mengapa bukan kau Jik?

Aku dengar kau ada girlfriend.Tapi aku tak pernah tanya.Biarlah.. aku tidak mahu
melukakan hatiku sendiri.Dan aku saat itu juga ketika itu punya teman lelaki.
Muhamad Afiq.Ah!! nama lelaki itu bisa membuatkan hatiku terasa pilu.

Maafkan aku Fiq, aku tidak pernah menyangkal bahawa kaulah lelaki yang
terbaik.Aku hargai nilai cintamu.Aku melihat betapa besarnya pengorbananmu.
Namun maafkan aku, cintaku bukan milikmu.. aku dan dia berpisah ketika baru 3
bulan berteman.

Fiq, andai sahaja saat ini aku bertemu denganmu hanya 1 yang ingin ku katakan…
aku mohon maaf. Aku tahu, sudah terlalu banyak perkara yang membuatkan hatimu
terluka hingga kau menghilangkan diri hingga kini.Maafkan aku Fiq, hatiku telah
dipunyai walaupun dia tidak mengetahuinya.

Rutin seperti form 4 masih berlaku. Nama Nur Hana tidak lagi kedengaran.Hanya
“Sayang, darling..” huh! Gila! Aku suka pergi sekolah sebab nak jumpa kau aje tau
tak!

Wan pernah tanya pasal kita.Kawanmu Syah juga selalu bercerita katanya kau
selalu cerita pasal aku bila kau orang duduk lepak.Cerita pasal apelah tu!

Adam dan Khai pun pernah cerita benda yang sama.Tapi mengapa kau enggan
ucapkan cinta?Ah! mungkin hanya aku yang terlalu perasan.. huh! Entahlah…

Kau pernah kata.. “Kau pakai ilmu apa hah?Apa pasal aku asyik fikir pasal kau?” aku
just senyum… ilmu cinta! Pernah dengar?

***

Form 6

Pindah ke STAR @ sek.tunku abd.rahman.Tak sangka jumpa kau balik! Memang


seperti dah dijodohkan.Kau sekali lagi 1 kelas dengan ku. First time masuk, kau
tanya Ima.. “Nur mana?”

“Tuu.. depan tu tak nampak?” kata Ima. Aku menoleh. Kau senyum meleret.Seperti
2 tahun lalu, sekali lagi kau heret kerusi duduk dihadapanku.Ah! jik…

Sekali lagi.. aku melukakan hati lelaki demimu.Maafkan aku Zulkifly.Maafkan aku
Harith.. Aku tidak bisa menerima cinta kalian.

Form 6 … hmm..nothing special.Kau dah tak banyak berbual dengan aku.Dah


semakin jauh.Aku sedih.. kau pun selalu ponteng sekolah.Kalau rindu, hanya
mejamu menjadi pengubat.

Kita dah tak mesra macam dulu.Hanya sesekali kau singgah dimejaku.Tapi 1 hari
kau datang minta pen. Aku marah. “Ni last! Hilang lagi lepas ni jangan mintak dekat
aku!”warningku.

Esoknya..

Eri datang ditempat dudukku. “Nur, kau nak dengar cerita tak?”

“Apa?”

“Semalam, masa aku dengan Zam naik motor pen kau jatuh atas jalanraya.Lepastu
Zam suruh aku berhenti motor, dia nak ambil pen.Tapi nasib baik aku tarik dia ke
tepi jalan sebab belakang dia lori. Kalaulah kena langgar…”cerita Eri.

“Hoi! Kau ni...buat apa cerita benda tu.”tegur kau pada Eri.Wajahmu serius. Aku
menghela nafas. Ya ALLAH…nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.
***

Kau belajar di U Kedah / aku di U area Selangor..

April fool2008…

Kau msg aku kata kau sekarang dihospital. Jatuh tangga hostel.Doktor kata kau
kena sakit paru-paru.Aku mati-mati percaya. Kau cakap, hanya aku sorang yang
tahu.Aku memang dah nak menangis dah time tu.Nak lagi bila kau minta maaf.

Kata kau.. “Aku minta maaf.Aku takut kalau-kalau ada apa-apa yang berlaku dengan
aku malam ni dan aku serba salah kalau minta maaf dari kau,”

Time 2 memang otak aku dah 90% senget! Nak melalak dah.ye lah… ko cakap
doktor kata kau dah tak ada harapan untuk sembuh.Mau tak aku melalak! Dan
macam orang gila meroyan pun ada gak! Puas jugaklah budak housemate aku
pujuk.

Than kau tanya, “Kau sayang aku tak?”

Aku jawablah sayang.

Kau tanya. “Sayang macam-mana?”

“Sayang sangat-sangat.Sebab kau kawan baik aku..”ah! takkan aku nak cakap aku
suka dia!

Kau kata.. “Cakaplah betul-betul kau sayang aku macam-mana?”

“Betullah ni..sayang sebagai kawan.Tak lebih dari itu..”maafkan aku kerana


menipumu Jik!

Then kau diam. Kau kata “tak apalah macam tu…aku pun sayang kau.”hatiku sayu.

Kau sekali lagi minta maaf. Aku cakap.. “Kau tak pernah ada dosa pada aku Jik.Tak
pernah..”

Pastu kau cakap.. “Yelah aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
ni bukan apa sebab kau dah kena APRILFOOL..!!!”

Ahhh! Kurang asam betul kau Jik!! Patutlah dulu masa sekolah cikgu panggil kau
jembalang tanah.Jahat tahap melampau!Durjana sungguh!

Tapi jik… apa maksud kau tanya aku macam tu?adalah kau dapat menghidu
cintaku?ah! tak mungkin, tak mungkin!

Kau call aku tak angkat.Hatiku sakit! Kau buat lawak tapi jantungku hampir berhenti
berdenyut dengan gurauan kau!

3 hari berikutnya…
Aku dapat sms.Dari seorang budak yg mengenalkan dirinya sebagai Steven. Dia
kata… “You kenal siapa punya handset ni?”

Aku ingatkan kau.Yelah..Aprilfool dah terkena ni takut terkena lagi. Then aku
marahlah..

Pastu dia cakap.. “I jumpa handset ni.Dia tertinggal di café.I buka meseg, banyak
meseg dari you.Itulah sebabnya I call you.”

Hmmm..

Then budak ni tanya. “You ni girlfriend dia ke?”

Haa… perangkap maut! Aku jawab “Taklah… just friend.”

Pastu dia terus jawab “oklah..biar I cari sendiri tuan punya handset ni,”

pelik tak? Kalau dia kenal kenapa dia nak meseg aku?then tak tanya pula siapa
nama pemilik handset tu,tinggal dimana ke apa-apa ke… pelikkan? Haaa..siapakan
lelaki itu sebenarnya?

***

2009 (july)

Aku still study..

Kau dah kerja. Sekarang dengar cerita jadi cikgu tuisyen. Jik… apa sahaja yang kau
lakukan asal kau fikir yang terbaik aku akan sokong.Aku sentiasa dibelakangmu Jik.

7 tahun aku pendam isi hatiku.. kau fikir mudah? Andai sahaja kau tahu, apa reaksi
kau Jik? Kau tahu.. hatiku sakit bila melihat kau dan dia.Ah! gambar di dalam
laptopmu membuatkan aku kecil hati. Tapi Alhamdulillah aku masih punya iman.
Masih punya pegangan hidup dan falsafah cinta.

Aku juga sedar.. siapalah aku jika mahu bergandingan dengan kau.Rupa tiada,
pelajaran juga sederhati.Namun aku ada hati yang tidak pernah lelah dari
mengingatimu..

jik.. aku sangat mengagumi cintamu pada bondamu. Cinta tulus dan murni…dan
kerana keindahan yang kulihat itulah membuatkan cintaku padamu semakin besar
dan utuh!

Kau kata ; “Aku doa, biarlah ALLAH ambil nyawa aku dulu sebelum mak.Sebab aku
takkan mampu menghantar pemergian ibuku.Aku tak kuat.” Hatiku jadi sayu…
hmm..anak yang baik!

Jik…
Aku gadis…
Walaupun bertahun-tahun cinta ini kusimpan namun untukku meluahkannya tidak
sesekali..
Kerana apa?kerana aku perawan… ada malu dan ada segan dihatiku.
Andai benar kau dan aku telah ditentukan ALLAH untuk hidup bersama akulah orang
yang paling bahagia.Namun jika tidak…
segala ketentuannya ku terima dengan hati yang ikhlas.
Andai sekarang kau punya kekasih hati, jagailah hatinya.
Aku kini semakin mengerti mentafsir erti cinta.
Sesuatu yang tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela…

**
Ingat lagu spider? Lagu favourite kita masa form 4 dulu… kau selalu nyanyi lagu tu,
datang je tempat aku sure lagu ni yang kau nyanyikan. Ayat lagu ni macam punya
sesuatu yang tersirat. Kau selalu mintak lirik lagu ni.Dan hampir muak aku
menulisnya.Tah mana hilangnya kertas2 yang dah aku tulis lirik tu pun tak tahulah…

Kekal… by_spider

Tidak percaya
Tak pernah aku menduga
Kasih terpisah dalam sekelip mata
Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri
Kau pelangi mengiringi gerimisku…
Kau..
Kau didalam hatiku
Engkau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
suatu hari nanti
Akan bersatu..
Biar terbakar jiwa diperjalanan
Aku bersumpah pulang ke pangkuan
Kau cahaya menginari
Duniaku…

Wahai kekasih…
Bisikkanlah pada bayu malam ini yang kau juga sayang padaku…
Bisiklah pada embun pagi nanti yang kau juga cinta padaku…
Bisikanlah ditelingaku azimat yang sudah lama aku ingin dengar darimu..
Aku sungguh tidak mengerti hatimu wahai lelaki.
Andai benar ada cinta dihatimu mengapa tidak kau katakan padaku?
Hanya ALLAH yang mengerti apa yang ada didasar hatimu
Sesungguhnya Jik,
Aku sayang padamu!

Aku yg cinta padamu..


(pepatung laut a.k.a chaos luv)

You might also like