You are on page 1of 79
HARAKAH ISLAMIYYAH Firman Allah: BY Bryer Worray g Vie AL NS 2 RA CbseSiscedls 2A Gea cl GALES; 99799 AIG AMS Nhe de Ge ® Jeaes GbE Jol “Dan janganlah kamu mengikut apa yang tidak kamu ketahui, kerana sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, se- muanya itu akan dipertanggungjawabkan.”” (Al-Isra‘: 36) Ayat ini jelas memimpin kita agar jangan mengikut apa-apa yang tidak kita ketahui. Segala sesuatu yang kita kerjakan mesti disertai dengan ‘ilmu, pengertian atau keterangan dan tidak ikut- ikutan sahaja.' Harakah Islamiyyah yang memimpin perjuangan Islam mestilah melandaskan kefahaman Islam serta manhaj perjuangan- nya kepada sumber-sumber yang asal, iaitu; Al-Qur‘an, As-Sunnah, Sirah Rasilullah, Sirah Sahabah, Perjuangan Salafus Salihin dan fatwa-fatwa ‘ulama’ mu‘tabar. Dengan cara ini jalan yang dilalui oleh Harakah Islamiyyah adalah satu jalan yang berlandaskan kepada basirah, seperti firman Allah: oe? 7 Wey J BVPI 27 oy Ah he Eb WE acagh ds 9 SION iN AVIIA SAC or CEM MARA “Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan pengikut-pengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang musyrik.”’ (Yusuf: 108) Harakah Islamiyyah mestilah sentiasa berpegang kepada sumber-sumber yang sahih dalam seluruh ‘amalan da‘wahnya. Segala sesuatu yang diputuskan oleh Harakah Islamiyyah hendaklah menurut neraca penilaian dalil dan hujjah dengan melihat kepada prinsip-prinsip asas terhadap permasalahan tersebut. Harakah Islamiyyah tidak boleh melihat sesuatu semata-mata daripada nilai ‘Kembali Kepada Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Munawar Khalil; hal 362. 89 RISALAH USRAH juaran ataupun disebabkan oleh desakan-desakan suasana semasa semata-mata. ‘Amalan Harakah Islamiyyah dalam mengutamakan pegangan terhadap dalil dan hujjah akan sentiasa menempatkannya di atas landasan yang betul dan selamat. ‘Amalan ini akan mewujudkan suasana rabbani di dalam Harakah Islamiyyah kerana ianya melahirkan ahli-ahli yang rabbani sebagaimana firman Allah: hole 4 ha SSR “~ Sf5(S38 pes Ges BSI Ose a (pr ae ; ° 5 doe OURyVS “‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.”’ 2 (Ali ‘Imran: 79) Berpegang kepada dalil dan hujjah ini juga bererti Harakah Iskamiyyah membersihkan ahli-ahlinya dari bersikap ta‘asub kepada individu (asykhas), tetapi hendaklah berpegang kepada dasar-dasar, kepada isi dan bukan kepada bentuk lahirnya, kepada perjuangan bukan kepada kumpulan, kepada apa yang dinamakan bukan kepada nama.' Sikap ini telah diterangkan di dalam Al-Qur‘an: ASU aS ects B55 2oe Bgo8 ors aS “Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang rasul, sesung- guhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.’’ (Ali ‘Imran: 144) Al-Ustadh Sayyid Qutb sewaktu menafsirkan ayat ini telah menyebut.? “Sesungguhnya da‘wah itu lebih besar dari danya, dan lebih kekal dari dafnya. Para daT datang dan pergi, tetapi da‘wah tetap kekal di atas generasi dan zaman. Dan tetap kekal pengikut- pengikutnya yang berhubung dengan sumber yang awal.’’ ‘Harakah Islmiyyah Satu Tuntutan: Dr. Muhammad Yusuf Qardawi; hal 49, 2Fj Zilalil Qur‘ain: Sayyid Qutb (Tafsir Surah Ali ‘Imran). 90 HARAKAH ISLAMIYYAH Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib berkata:' Ass russ cust aye) 3 9% “‘Janganlah engkau mengenali kebenaran itu kerana‘ orangnya, tetapi kenalilah kebenaran itu, nescaya engkau kenal ahlinya.”” Harakah Islamiyyah mestilah mementingkan ‘amalan berpegang kepada mabadi‘ dan bukan kepada asykhas. Individu- individu mungkin memberi inspirasi ataupun menjadi sumber qud- wah, tetapi penerimaan terhadap perbuatan atau perkataan mereka hendaklah kerana ia tegak di atas landasan dalil dan hujjah. Dalam Harakah Islamiyyah dalil dan hujjah adalah mabadi‘ dan asykhas tidak boleh dijadikan sebagai faktor penentu. Harakah Islamiyyah yang tidak menekankan pembinaan bu- nyan harakah di atas mabadi‘ akan melahirkan ahli-ahli yang men- jadi pengikut-pengikut semata-mata. Keadaan ini tidak baik kerana ahli-ahli tidak memahami atas dasar apa ikutan tersebut mereka lakukan. Ahli-ahli yang begini cuma menerima sebarang arahan dan keputusan kepimpinan harakah walaupun arahan ataupun pendapat tersebut tidak mempunyai landasan yang kuat. Jika ‘amalan ini berterusan, ahli-ahli akan mula terpesona melihat kehebatan dan ketokohan pemimpin-pemimpin mereka. Apabila sikap terpesona ini telah kukuh maka ahli-ahli tidak lagi mempersoalkan tindakan- tindakan pimpinan, walaupun tindakan-tindakan tersebut tidak disandarkan kepada hujjah yang dapat diterima. Dalam keadaan ini, biasanya ahli-ahli akan lebih menilai tindakan harakah daripada syakhsiyyah pemimpin-pemimpin dan tidak daripada apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Keadaan ini adalah merbahaya di dalam harakah kerana jika tindakan dan perkataan -pemimpin tidak dinilai menurut neraca dalil dan hujjah, dikhuatiri kesilapan-kesilapan di dalam tindakan harakah tidak dapat diawasi dan diperbetulkan. b. Mendokong kesyumulan Islam dari segi fikrah, tarbiyyah dan manhaj perjuangannya. bi. Syumul di dalam fikrah: Harakah Islamiyyah mestilah men- ‘Thagafah Da‘iyah: Dr. Muhammad Yusuf Qardawi (terj. hal 70). 91

You might also like