You are on page 1of 4

JENIS AYAT Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu berdasarkan intonasi ayat itu.

Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Jenis Ayat Ayat perintah Ayat tanya

Ayat penyata

Ayat seruan

AYAT PENYATA

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 441), ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan

Tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara, benda atau orang

AYAT PENYATA

Diujarkan dengan intonasi sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun

Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat dan boleh terdiri dari ayat tunggal atau ayat majmuk

AYAT TANYA. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, seseorang atau benda. Ayat tanya dapat dibentuk dengan tiga cara iaitu ;a. Tanpa menggunakan kata tanya contoh : Ibu sudah pulang b. Munggunakan partikel kah contoh : sudah tibakah tetamu? Hendak mendorong sayakah mereka?) c. Menggunakan kata tanya (apa, siapa, di mana,) contoh : Apa yang mereka lakukan? Bagaimana dia mengerjakannya?

Intonasi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menaik. Namun demikian, dalam ujaran sebenar ada penutur yang menggunakan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan menanyakan soalan atau mendapatkan respons daripada pendengar. Contoh ayat : 1. Apakah nama anda? 2. Siapakah yang tinggal di rumah itu?

AYAT TANYA

ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, seseorang atau benda

Munggunakan partikel kah

Menggunakan kata tanya

Tanpa menggunakan kata tanya

AYAT PERINTAH

AYAT PERINTAH

Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa digugurkan

Diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu intonasi menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya

Penggunaan kata khusus seperti jangan, usah sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.

Ayat suruhan Baca buku ini sekarang!

Ayat silaan Sila masuk

Ayat permintaan Tolong buka pintu itu

AYAT SERUAN

Ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya

Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak.

Penggunaan kata : oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, wahai dan sebagainya. Contoh ayat : 1) Aduh. Sakitnya kakiku ! 2) Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara !

You might also like