You are on page 1of 25

KONSEP 5P

5P ialah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperingkat sekolah rendah. 5P juga satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan di dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik, berkesan dan menjadi lebih bererti. 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

1.1 Penggabungjalinan

1.5 Pengayaan

1.2 Penilaian 1.3 Pemuliahn

1.4 Penyerapan

1.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti.

Konsep penggabungjalinan

Membolehkan satu bentuk pengajaran yang menarik dan bermakna dapat dicipta.

Menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Menyediakan peluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi dan bukan setakat mengamalkannya sahaja.

Dapat mewujudkan aktiviti yang dapat melibatkan ramai pelajar. Pelajar dapat belajar dengan lebih baik kerana terdedah kepada aktiviti yang terdiri lebih dari satu kemahiran.
(Sumber: Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997)

Proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai dengan serentak.

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa di dalam interbidang (berlainan) dan intrabidang (sama).

Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan bersama.


(Sumber: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)

Tujuan strategi penggabungjalinan

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak

dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin

digabungjalinkan. Kemahiran focus dan sampingan hendaklah ditentukan dan dirancang dengan baik. Penggabungjalinan hendak berdasarkan kebolehan dan pencapaian palajar. Aspek-aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu, iaitu sama ada aktiviti, kemahiran atau bahan hendaklah benar-benar difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

A) Penggabungjalinan Kemahiran

B) Penggabungjalinan Bahan

C) Penggabungjalinan Aktiviti

A) Penggabungjalinan kemahiran

K1 K4 K3 K2 K1 ~ Kemahiran Mendengar K2 ~ Kemahiran Bertutur K3 ~ Kemahiran Membaca K4 ~ Kemahiran Menulis BM ~ Bahasa Melayu

BM

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran

K1

K1 ~ Kemahiran Bahasa K2 ~ Kemahiran Muzik K3 ~ Kemahiran Seni BM ~ Bahasa Melayu K3

K2 BM

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

B) Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan psikologi pelajar, pengalaman dan tahap pencapaian pelajar perlu ditetapkan sebelum menggunakan penggabungjalinan ini. Antara bahan yang boleh

digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:

Bahan utama (Petikan) Berita Iklan Komentar Laporan Pengumuman Rancana Ucapan Ulasan

Bahan

Bahan lisan (Rakaman) Komentar Laporan Pengumuman Temu bual Ucapan Ulasan Wawancara

Bahan sokongan (Bahan rangsangan) Carta Data Graf Gambar Rajah

Rajah: Penggabungjalinan Bahan Guru boleh menggabungkanjalinkan sekurang-kurangnya 2 bahan atau lebih dengan syarat guru dapat memastikan bahan-bahan tersebut mempunyai pertalian dan urutan yang baik dan boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Seperti contoh:

1. Berita 2. Iklan

ulasan surat permohonan tumu duga surat jawapan

C) Penggabungjalinan aktiviti

Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya dua atau lebih aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Aktiviti

Lisan Berbual Berbincang Bertemu Berbahas Berceramah Bercerita Berlakon Ramah Bacaan dan Kefahaman Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuat ayat Memberi makna Menghurai ungkapan

Tulisan Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi

Rajah: Penggabungjalinan Aktiviti

Untuk melaksanakan penggabungjalinan, kita perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Sebagai contoh:

1. Berceramah 2. Bercerita 3. Membaca

mencatat isi menulis karangan mengulas menulis ulasan

berbincang mengesan isi

1.2 Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Ia membenarkan kita mentaksirkan takat markah secara efektif. Dalam KBSR penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaia n Pemulihan Pengayaan

Penilaia n Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu:

1. Penilaian mengesan penguasaan 2. Penilaian mengesan kemajuan

3. Penilaian mengesan pencapaian

Penilaian mengesan Penilaian ini dijalankan ketika guru berada dalam bilik penguasaan darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan

penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran bahasa yang sedang diajarkan supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta. Penilaian mengesan Biasanya penilaian ini dilakukan selepas beberapa kemajuan kemahiran dalam sesuatu topic selesai diajarkan. Penilaian ini bertujuan mengesan kemajuan murid tentang kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti

pangayaan atau pemulihan. Penilaian mengesan Penilaian ini dijalankan selepas guru mengajarkan pencapaian beberapa topic pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan penilaian ini diadakan ialah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid dalam kumpulan masing-masing. Tujuan Penilaian

1. Bertindak sebagai penggerak Murid-murid akan lebih memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran sekiranya ada ujian. 2. Alat mencari punca kelemahan Dengan adanya penilaian dapat mengetahui kelemahan murid dan kelemahan semasa pengajaran dan pembelajaran. 3. Mendapatkan balik maklumat Memberi maklumbalas kepada guru tentang pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan sesuai atau tidak. 4. Bertindak sebagai penilai prestasi Guru boleh menggunakan penilaian sumatif bagi mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. 5. Mengenal pasti pengajaran lampau Untuk mengesan pengetahuan murid-murid yang berhubung dengan pembelajaran yang telah dikuasai oleh murid-murid pada pelajaran sebelumnya. 6. Sebagai ramalan Dengan adanya penilaian yang dilakukan, guru-guru boleh menilai dan meramal kejayaan dan kebolehan murid-murid dalam bidang tertentu. 7. Untuk pensijilan Tahap pencapaian murid akan dapat diketahui melalui sijil-sijil yang mereka perolehi seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma, Degree dan sebagainya. 8. Untuk klassifikasi Guru akan dapat mengasingkan murid-murid berdasarkan kepada pencapaian mereka mengikut kebolehan dengan criteria tertentu seperti A, B, C, D dan E. 9. Tujuan pemilihan Dapat menentukan murid-murid di dalam jurusan yang akan mereka ambil seperti jurusan Sains, Akaun, Sastera dan sebagainya. 10. Tujuan penyeliaan Untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan sebagainya.

Aktiviti Penilaian

Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

A. Penilaian formatif B. Penilaian sumatif

A) Penilaian Formatif

Penilaian ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test). Ia melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap pengurusan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian formatif ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan dengna segera sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika pembelajaran berlangsung ayau semasa membuat latihan.

Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang berikut:

a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit d. Membina item ujian e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

B) Penilaian Sumatif

Penilaian ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian merupakan ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil murid. Contoh ujian UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya.

Maklumat daripada penilaian sumatif boleh digunakan oleh guru untuk menentukan siapa yang memerlukan pemulihan atau pengayaan atau menempatkan semula murid dalam kumpulan yang lebih sesuai. Di samping itu, maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

1.3 Pemulihan

Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermausud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini bukanlah sembuh daripada sakit tetapi sebenarnya dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini dilaksanakan. Murid pemulihan perlu diberikan pengajaran pemulihan mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Koh Boh Boon (1982:2), menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan muridmurid lambat, iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran muridmurid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.

Pengajaran pemulihan boleh diertikan sebagai usaha atau perkhidmatanperkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yan mneghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah.

O.C. Sampson(1975), menyebut bahawa pendidikan ini merupakan tindakantindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di

sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid-murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingka daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru permulihan.

Secara keseluruhan, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah berbanding dengan murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. Mereka ini patutlah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain sekurangkurangnya dapat diperkecilkan, kalau pun tidak dapat dihapuskan sama sekali.

Melalui program ini, murid-murid berpeluang memperbaiki kelemahan dan masalah yang mereka hadapi. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah-kaedah, bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternative yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi biasanya digunakan.

Murid murid yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Mereka ini mungkin: Mempunyai kelemahan dalam 3M dan daya pemikiran yang abstrak. Mempunyai kelemahan dalam kordinasi pencaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas dan kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas

dan kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri. Tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk

membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam bacaan dan kefahaman disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan perbendaharaan kata atau kosa kata. Mudah tertarik pada gangguan luar dan lemah dalam

menghubungkaitkan atau menyesuaikan antara suatu benda dengan benda yang lain. Ini disebabkan tiada dorongsn diri sendiri. Malas dating ke sekolah dan mempunyai tumpuan yang terhad terhadap pelajaran. Ini bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh mengikuti pelajaran dalam jangka waktu yang panjang. Lemah dalam daya penyebutan dan pertuturan seperti gagap, pelat dan sengau. Sering terjadi gangguan kesihatan yang menyebabkan emosi tidak stabil. Kurang zat makanan dan mengalami kecacatan fizikal. Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja. Lemah untuk mengalihkan pembelajaran. Mempunyai pencapaian yang rendah dalam pelajaran. Biasanya tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi. Lambat menerima prinsip-prinsip dan tidak mampu membuat gambaran secara jelas dan mudah difahami. Bergembira ketika diberi peluang belajar dengan menggunakan benda-benda maujud. pengetahuan kepada berbagai-bagai situasi

Pada umumnya, murid-murid tersebut tidak mempunyai masalah kecacatan

akal atau terencat akal. Mereka ini kerap kali disebut sebagai murid lambat yang didefinasikan oleh Brennam(1974) sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

Selain itu, program pemulihan juga melibatkan murid-murid yang berada dalam kelas-kelas biasa yang memerlukan bantuan dalam menghadapi masalah pembelajaran. Biasanya, masalah pembelajaran itu berpunca daripada ketidaksuaian bahan dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru, ketinggalan kerana tidak hadir ke sekolah, cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan kadangkala disebabkan oleh kelekaan atau terlalu lambat. Masalah-masalah lain yang boleh menghalang pembalajaran seperti masalah peribadi, masalah psikologi, kurang kecerdasan, lambat berikir dan bertindak, lekas lupa, lambat faham dan lemah pengetahuan adalah punca masalah kelemahan murid. Murid-murid yang menghadapi masakah-masakah ini harus diberi perhatian sepenuhnya.

Murid-murid yang perlu menjalani program pemulihan ialah mereka yang tidak boleh menguasai satu-satu kemahiran dalam satu-satu masa yang tertentu. Program pemulihan juga cuba mengatasi sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang kurang baik yang boleh menghalang proses pembelajaran mereka. Program pemuliha ini akan dijalakan sebaik sahaja dikesan oleh seseorang guru.

Murid-murid yang menghadapi masalah permbelajaran yang kompleks dekeluarkan dari kelas mereka hanya untuk menerima program pemulihan dalam kemahiran-kemahiran asas 3M. Bagi mata pelajaran yang lain seperti Muzik, Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral, Agama Islam dan sebagainya mereka belajar bersama-sama dengan rakan sebaya yang lain di dalam kelas

yang sama.

Objektif program pemulihan

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid: Menguasai kemahiran tertemtu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti social sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Membina, memperolah dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari. Mendapat meneruskan pelajaran mereka dalam system

persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masingmasing. Pendidikan pemulihan dalam KBSR dan KBSM

Dalam kelas-kelas KBSR dan KBSM, kita sering temui murid-murid yang berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat. Oleh sebab cara pengendalian kelas dilaksanakan dalam bentuk kaedah kelas, ada setengah-setengah murid yang tidak dapat memahami bahan-bahan pengajaran yang

disampaikan dengan baik. Murid-murid seperti ini biasanya akan ketinggalan dan kurang maju apabila dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang lain. Perkara ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan kerana kegagalan akademik murid-murid ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dan ini akan berterusan sehingga boleh

menjejaskan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seterusnya.oleh demikian, murid-murid yang tidak mencapai taraf yang ditentukan harus diberi bantuan secara individu melalui program pemulihan.

1.4 Penyerapan

Penyerapan

merupakan

proses

penyebatian

dan

menyatupadukan

pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsure ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan.

Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama.

Penyerapan

A) Aspek Pembalajaran

B) Aspek Komunikasi

A) Aspek Pembelajaran

Aspek ini boleh membantu murid untuk: Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktivirti yang dijalankan, Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati.

Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu. Membentuk pemikiran yang rasional, logic, objektif dan positif Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.

B) Aspek Komunikasi

Penyerapan yang dilakukan dapat:

Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa,

kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Penyerapan dalam KBSR merangkumi dua perkara, iaitu: i. ii. Pengetahuan atau isi pelajaran Nilai murni

i.

Pengetehuan atau isi pelajaran

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam

negeri. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

ii. Nilai Murni

Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur.

Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang disisipkan dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru, melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah, melalui kemahiran 3M dan juga melalui aspek kognitif seperti melalui kesedaran, keyainan dan penghayatan. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan atau kelas.

Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek.

Antara adalah senarai nilai-nilai murni:

Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat menghormati

Kasih saying Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan fizikal dan mental Jujur Rajin Kerjasama Sederhana Bersyukur Rasional Semangat bermasyarakat Semangat kewarganegaraan

1.5 Pengayaan

Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid dapat peluang tambahan untuk mengembang minat, daya krestiviti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman murid sejajar dengan kebolehan dan minat

mereka dalam bidang tertentu.

Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Sekiranya di dalam sesebuah kelas itu terdapat kebolehan belajar yang berbeza-beza, kumpulan murid yang telah mencapai taraf atau pencapaian tertentu yang memuaskan akan diberi aktiviti pengayaan. Ini dilakukan dalam tempoh masa semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang lain tetap mempunyai peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan selepas mereka dapat menguasai kemahiran yang ditetapkan.

Dengan hubungan ini, aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagi kepada 2 kategori, iaitu:

1. Pilihan murid Aktiviti ini berkait secara tidak langsung dengan kemahiran yang sedang dipelajari. Ia dijalankan secara tidak formal. Murid-murid bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat, bakat dan kebolehan masing-masing. Arahan atau penglibatan guru adalah peling minimum. Murid-murid juga bebas melibatkan diri dalam kegiatankegiatan seperti permainan, sukan, persatuan, pertubuhan dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Pilihan guru Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran yang sedang dipelajari dan ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Pada umumnya, aktiviti ini dikendalikan secara formal mengikut arahan,

penentuan atau rancangan guru.

Oleh sebab aktiviti ini berfungsi sebagai pengukuhan, ia disediakan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan mengikt kemahirankamahiran yang berkenaan. Guru boleh menjalankan aktiviti ini sebaik sahaja murid-murid selesai menjalani aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran.

Objektif Pengayaan

Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu.

Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka.

Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

Konsep pengayaan dalam KBSR dan KBSM

Program pengayaan ialah satu rancangan pembelajaran yang desediakan untuk semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk sebegitu rupa supaya manarik dan mencabar sesuai dengan peringkat pembelajaran murid. Melalui program ini,murid-murid akan mendapat peluang

tambahan untuk mengembangkan lagi sifat-sifat ingin tahu, sikap berdikari, sikap bertanggungjawab, bakat kepimpinan dan sebagainya.

Sasaran

Aktiviti-aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid. Sungguhpun begitu, sama ada seseorang murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan adalah bergantung pada kebolehan dan keupayaan mereka masing-masing dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan.

Seperti yang telah dinyatakan, pada umumnya dalam satu-satu situasi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapt dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:

1. Kumpulan cerdas Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai pelajaran lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan. 2. Kumpulan sederhana Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai palajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. 3. Kumpulan lambat Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang dititapkan.

Dalam hal ini, murid-murid dalam kumpulan cerdas akan mendapat lebih banyak aktiviti pengayaan jika berbanding dengan murid-murid lain.

Semasa merancang aktiviti pengayaan, kita perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Menggunakan daya usaha sendiri. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.

Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah. Melibatkan pembacaan luas. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan social.

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses sendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi Pembelajaran berbantukan computer

Kesimpulan
Tugas sebagai seorang guru adalah untuk mengajar murid-murid menguasai pembelajaran. Murid-murid perlu menguasai kemahiran menbaca, menulis dan mengira yang terkandung dalam KBSR. Pelbagai kaedah dan streategi perlu digunakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar serta menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Konsep 5P boleh digunakan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas. Dengan adanya konsep 5P, guru dapat merancang pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan tahap kemahiran muridmurid mereka. Ini kerana streategi penggabungjalinan, penyerapan dan pengayaan jika digunakan dengan baik, ia dapat menarik minat murid untuk belajar, malah dengan menggunakan streategi penyerapan, guru dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri seorang murid. Begitu juga dengan menggunakan streategi pengayaan, ia dapay membantu murid membentuk sikap keyakinan diri dan sikap positif di dalam mereka. Maka dari situ, konsep 5P dapat membantu dan memudahkan guru untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Bibliografi
Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu (KBSR). Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr. Awang Sariyah (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang : PTS Publications Distributors Sdn, Bhd.

You might also like