You are on page 1of 4

REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan limpah dan

kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Pertama-tamanya juga saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam, PIM 3109 kerana membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah memberikan penerangan dengan jelas tentang kerja kursus yang telah diberikan. Semasa menjalankan tugasan saya telah menguasai banyak ilmu pengetahuan dan informasi tentang suatu , Tugasan ini adalah suatu amanah yang telah diberikan kepada saya serta ahli kumpulan yang lain dan saya telah berusaha untuk melakukannya sehabis baik. Sebagai suatu pendekatan Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam, saya telah menjalankan beberapa kajian yang berkaitan dengan tugasan yang kami peroleh. Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam merupakan satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Melalui tugasan ini saya dapati sumber pengajaran ini, khasnya bahan bantu mengajar, amat penting diguna di sekolah kerana pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lengkap dan sempurna. Selain itu ia dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta memberi motivasi dan sikap ingin tahu yang tinggi dikalangan pelajar. Melalui tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai maklumat di atas

kerjasama yang baik daripada semua ahli kumpulan saya. Kumpulan saya juga telah merujuk kepada pensyarah bagi meminta pandangan dan pendapat beliau. Beberapa penambahbaikan dan pembaharuan yang telah dimasukkan dalam idea kami setelah merujuk kepada yang pakar. Daripada kajian yang dibuat

menunjukkan bahawa penggunaan komputer amat berkesan digunakan di sekolah. Komputer merupakan alat teknologi yang tinggi. Dengan penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar Bahasa Arab di sekolah.

Kerjasama

antara

ahli

kumpulan

juga

sangat

dititikberatkan

dalam

penghasilan tugasan ini. Kami sering berbincang bagi mendapatkan idea yang terbaik. Selain itu, penghasilan rancangan pengajaran harian yang lengkap serta pembinaan tiga jenis bahan sumber yang sempurna memerlukan kerjasama yang sangat utuh antara ahli kumpulan. Menyedari hakikat bahawa sumber pengajaran ini sangat berguna terutama dalam membina bahan pengajaran yang berkesan dan ia dapat digunakan bagi membantu saya dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Dengan

tugasan ini juga saya menyedari bahawa sumber pengajaran ini bukan terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar sahaja, tetapi juga merangkumi segala benda yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu. diguna dan sebagainya. Lazimnya sumber pengajaran merupakan apa saja yang dapat dialami oleh pelajar. Bagi tugasan individu, saya dikehendaki membuat satu penulisan akademik yang lengkap mengenai kepentingan pengajaran mikro bagi guru pelatih (guru baru) kajian yang mendalam melalui pemerhatian, internet dan media massa merupakan medium yang sangat berguna untuk prsoses perkembangan idea.. Dari tunjuk ajar serta bimbingan yang diberi, alhamdulillah saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanyai. Oleh demikian melalui tugasan ini secara tidak langsung ianya dapat mempertingkatkan serta memantapkan lagi penguasaan ilmu dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Elemen-elemen penting yang tedapat

dalam pengajaran mikro amat berguna dan ianya amat perlu dipraktikkan bagi menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna dan menarik di dalam bilik darjah. Saya telah mengambil tugasan ini sebagai satu pengalaman yang sangat bermakna dan pengalaman ini akan saya gunakan semasa berada di sekolah. Insyaallah. NORASIAH HAJI SULAIMAN ( 671105025456 )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI

NAMA

: NORASIAH HAJI SULAIMAN

NO. KAD PENGENALAN : 671105-02-5456 KUMPULAN KOD MATA PELAJARAN : PPG PIM 5L : BAM3116 : BAHASA ARAB SEK. RENDAH

NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: USTAZ JAZMI BIN MAT ISA : 20 OGOS 2013

You might also like