You are on page 1of 8

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM
HARI KECEMERLANGAN
IPBA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA

1
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


“HARI KECEMERLANGAN IPBA”

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada
Pengarah IPBA, untuk mengadakan program Hari Kecemerlangan IPBA.
1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos bagi
mengadakan program ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar IPBA dalam bidang akademik dan kokurikulum.
2.2 Merealisasikan misi IPBA untuk menjadi sebagai sebuah institut kecemerlangan bahasa-
bahasa antarabangsa.
2.3 Meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.
2.4 Merangsang pelajar untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti
institut serta meningkatkan tahap keterampilan pelajar.
2.5 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan pelajar.

3.0 MAKLUMAT PROGRAM


2
Maklumat tentang program ini adalah seperti berikut:

Tajuk Program : Hari Kecemerlangan IPBA


Tarikh Cadangan : 24 Julai 2008
Hari : Khamis
Masa : 2.30 – 4.30 ptg
Tempat Cadangan : Auditorium, IPBA.

4.0 KEHADIRAN PELAJAR

Semua pelajar diwajibkan menghadiri program ini kerana ia dijalankan ketika perhimpunan
profesional pelajar.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Ahli MPP mengadakan perbincangan bersama Ketua Unit Peperiksaan & Penilaian (KUPP)
Tn. Hj. Mohammad Razak b. Abdul Karim, bagi melihat skop penilaian yang boleh dibuat
dalam keputusan peperiksaan pelajar setiap kursus bagi peperiksaan akhir semester Januari -
Jun 2008.
5.2 Mengadakan perbincangan dengan Ketua Unit Kokurikulum (KUKo), En Baharudin b.
Hassan berkenaan penyimpanan rekod-rekod aktiviti kokurikulum pelajar dan jenis
penghargaan yang boleh diberikan.
5.3 Memberikan senarai mentor-mentor setiap kursus dan cohort kepada KUPP untuk tindakan
selanjutnya.
5.4 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan mengadakan perbincangan bersama KUPP, KUKo
dan mentor-mentor yang akan menyenaraikan pelajar-pelajar yang layak diberi penghargaan
dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan kriteria-kriteria yang telah
dipersetujui.
5.5 Nama pelajar-pelajar yang terlibat akan diumumkan pada hari program tersebut dijalankan.

6.0 KRITERIA DAN ANUGERAH YANG DICADANGKAN

3
6.1 Pelajar yang memperolehi pencapaian akademik mencapai CGPA 3.50 dan ke atas, akan
dicadangkan untuk menerima Anugerah Akademik / Anugerah Pengarah (Director List).
6.2 Pelajar yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam aktiviti luar seperti
sukan, pidato, pasukan unit beruniform dan sebagainya seperti mana yang telah diperakui
oleh KUKo akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Kokurikulum.
6.3 Pelajar yang mempunyai kriteria di bawah berdasarkan persetujuan yang dicapai antara
mentor-mentor dan pihak HEP, akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Karisma.
i. Mempunyai kehadiran kuliah 100%.
ii. Banyak terlibat dengan kursus-kursus dan program yang dianjurkan sama ada oleh
pihak IPBA atau BPG.
iii. Berjaya mengharumkan nama IPBA sama ada di peringkat nasional mahupun
internasional dalam program atau pertandingan seperti, kuiz, debat, tilawah Al-
Quran, pantun dan sebagainya.
6.4 Seorang pelajar yang berjaya membuktikan kecemerlangannya dalam ke semua kriteria
yang dinyatakan di atas, akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Tokoh Pelajar.
6.5 Bagi Anugerah Karisma dan Anugerah Tokoh Pelajar, pelajar tersebut haruslah mempunyai
kriteria tambahan seperti sahsiah yang baik, tidak mempunyai rekod disiplin dan
mempunyai hubungan yang baik dengan para pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain.

7.0 KUMPULAN SASARAN

ANUGERAH KUMPULAN KURSUS SASARAN


ANUGERAH

Anugerah 1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan Diberi secara terbuka


Akademik / ketiga) berdasarkan
Anugerah 2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) pencapaian akademik
Pengarah 3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3)
(Director List) 4) Bahasa Jerman (kohort 1)
5) Bahasa Jepun

Anugerah 1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan Diberi secara terbuka


Kokurikulum ketiga) berdasarkan
2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) penglibatan dalan
3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) aktiviti kokurikulum
4) Bahasa Jerman (kohort 1)
5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan
Januari 2008)

Anugerah 1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan Diberi kepada pelajar


Karisma ketiga) yang dipilih oleh
2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) mentor dan pihak
3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) HEP
4) Bahasa Jerman (kohort 1)
4
5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan
Januari 2008)

Anugerah 1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan Diberi kepada


Tokoh Pelajar ketiga) seorang pelajar yang
2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) terbaik berdasarkan
3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) kesemua kursus
4) Bahasa Jerman (kohort 1) berkenaan.
5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan
Januari 2008)

8.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Struktur jawatankuasa bagi melaksanakan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1.

9.0 JADUAL PROGRAM

Jadual program adalah tertakluk kepada jadual perhimpunan profesionalisme pelajar yang
telah ditetapkan oleh pihak Jabatan HEP.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 2.

11.0 PENUTUP

Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat
mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan, seterusnya memberi
pengiktirafan terhadap pelajar-pelajar yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik
dan kokurikulum IPBA. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

5
……………………….. ..………………………
(Taiebah Mohamad Sagir) (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid)
Exco Akademik , MPP IPBA Pensyarah Penasihat, Exco Akademik, MPP IPBA.

Disokong oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh ,

….……………………
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1

6
STRUKTUR JAWATANKUASA,
PROGRAM HARI KECEMERLANGAN IPBA.

PENAUNG
Dr. Mohd. Sofi b. Ali
(Pengarah IPBA)

AJK PENILAI

Ketua Unit Peperiksaan Jabatan Ketua Unit


& Penilaian (KUPP), Hal Ehwal Pelajar, Kokurikulum (KUKo),
IPBA. IPBA. IPBA.

Mentor-mentor setiap
kursus.

Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) IPBA.

AJK Exco Akademik,


MPP IPBA.

LAMPIRAN 2

7
Anggaran perbelanjaan untuk program Hari Kecemerlangan IPBA 2008.

Perkara Anggaran perbelanjaan

- Anugerah Trofi Anugerah Akademik , Kokurikulum dan Karisma:

1 trofi = RM 15

70 trofi = RM 15 X 70
= RM 1050

Trofi Anugerah Tokoh Pelajar:

1 trofi = RM 20

- Makanan dan minuman Pelajar = RM 355 (71 orang X RM5)


(pelajar yang menerima
anugerah)

JUMLAH KESELURUHAN RM 1425

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………….. ..……………………

(Taiebah Mohamad Sagir) (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid)
Exco Akademik, MPP IPBA Pensyarah Penasihat Exco Akademik, MPP IPBA

Disahkan oleh,

…………………………..
(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh,

……………………………
(Dr.Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.