You are on page 1of 34

SUKAN REKREASI Definisi dan Konsep Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti

penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan.

Konsep sukan rekreasi Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Definisi sukan rekreasi 1. Rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. 2. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu. 3. Menurut kamus, rekreasi bermaksud kegiataan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melalukan aktiviti yang dapat menghiburkan hati. 4. Mengikut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang meliputi

penggunaan persekitaran yang semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap khususnya

penggunaan masa senggang. 5. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi merupakan landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 6. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. 7. Konsep sukan rekreasi Berasaskan aktiviti darat a. Lasak b. Alam Berasaskan aktiviti air Berasakan aktiviti dalaman Campuran kedua aktiviti Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.

Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar

untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar

untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. 8. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personaliti pembangunan insan pembangunan Negara gaya hidup sihat kepimpinan kecerdasan sosialisasi pendidikan sepanjang hayat dinamik kumpulan
http://notabudakpk.blogspot.com/2011/09/pengenalan-kepada-sukan-rekreasi.html

Kepentingan Sukan Dan Rekreasi Dalam Kurikulum Sekolah Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sekiranya para pelajar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, mereka dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan dan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya. Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktivivti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

KEPENTINGAN REKREASI 1. Pembentukan Personaltit Membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. 2. Kepimpinan Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. 3. Dinamik Kumpulan Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan belajar mengendalikan kumpulan. 4. Meningkatkan Kecergasan Sukan rekreasi yang melibatkan kecergasan fizikal dapat meningkatkan kecergasan dirinya. 5. Sosialisasi Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak Memberi peluang kepada kita untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. 6. Pembangunan Insan Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik. 7. Pembangunan Negara Masyarakat yang sihat dari segi fizikal serta mentalnya boleh menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang sukan. 8. Pendidikan Sepanjang Hayat Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur. Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan aktiviti sukan rekreasi bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
http://nadhieraey.blogspot.com/2012/06/rekreasi.html

JENIS-JENIS REKREASI 1. Rekreasi Fizikal - berbasikal 2. Rekreasi Sukan - bola sepak, bola jaring 3. Rekreasi Sosial - sukan rakyat, sukaneka 4. Rekreasi Mental/linguistik - memanah, debat 5. Rekreasi Terapeutik a. Muzik: senamrobik b. Gerak Tari - yoga, tai chi c. Drama teater

Rekreasi terbahagi kepada rekreasi aktif dan rekreasi pasif. a. REKREASI AKTIF Semasa Revolusi Industri berlaku pada era 1970-an, pekerjaan di United Kingdom lebih tertumpu kepada sektor perkilangan. Walau bagaimanapun pada 1980-an, terdapat suatu pergerakan yang menjurus ke arah dasar ekonomi perkhidmatan di UK, di mana orang kurang lagi aktif di tempat kerja. Hasilnya, semakin ramai pekerja mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi. Fenomena ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dan sejak akhir-akhir ini timbul pula aktiviti yang luar biasa dan berbahaya seperti bungee jumping. Ciri-ciri Rekreasi Aktif Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal (Rajah 6.1). Pada zaman ini, ramai orang lebih cenderung melakukan rekreasi aktif. Ini kerana ia memberikan pengalaman, cabaran dan keseronokan kepada individu. Berikut ialah ciri-ciri rekreasi aktif:

a. Kegiatan sukan, sama ada sebagai pemain atau penonton golf, bola sepak, berenang, bermain tenis, boling, gimnastik. b. Rekreasi luar suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau berkelah. c. Melancong lebih dari satu malam membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti hujung minggu dan bercuti. Aktiviti-aktiviti Aktif Pada masa ini anda mungkin sudah mendapat gambaran mengenai aktivitiaktiviti rekreasi aktif. Seperti yang anda ketahui, aktiviti-aktiviti rekreasi aktif banyak melibatkan kegunaan fizikal berbanding rekreasi pasif. Dengan erti kata lain, rekreasi aktif menggunakan lebih tenaga. Sumbangan kepada Gaya Hidup Sihat Rekreasi juga merupakan satu senaman. Oleh itu kebaikan atau sumbangannya terhadap gaya hidup adalah amat besar kerana dengan berekreasi, anggota tubuh badan kita sentiasa bergerak. Secara tidak langsung ia menyebabkan badan anda berpeluh, membakar kalori dan mengurangkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Rekreasi aktif banyak menyumbang kepada kesihatan fizikal kerana ia melibatkan aktiviti-aktiviti permainan. Selain itu rekreasi aktif juga boleh meningkatkan stamina anda. Ini kerana kebanyakan rekreasi aktif menggunakan ketahanan kardiovaskular atau aerobik. Contohnya, jika anda selalu berjoging atau berjalan kaki dengan masa dan kaedah yang betul bukan sahaja stamina anda yang meningkat tetapi juga tahap kesihatan anda. Rekreasi aktif juga dapat membantu dari segi emosi. Apabila anda melakukan perkara-perkara yang anda gemar seperti bermain bola sepak bersama-sama rakan, anda akan berasa gembira. Hasilnya, anda juga akan berasa ceria dan tenang menempuh rutin harian. Semangat kerjasama sesama sendiri juga wujud di dalam rekreasi aktif. Contohnya bila anda menyertai

perlawanan bola jaring atau futsal, kerjasama antara rakan sepasukan adalah penting selain daripada kemahiran dan kecergasan. Ini kerana ia membentuk satu pemahaman yang mantap apabila anda bermain dan merupakan faktor utama memenangi sesuatu perlawanan.

REKREASI PASIF Walaupun pada masa kini rekreasi aktif menjadi pilihan orang ramai, masih terdapat lagi ruang untuk rekreasi pasif. Sekali lagi, corak kerja di sesuatu negara memberi kesan kepada aktiviti masa lapang. Semasa era 1970an, ekonomi UK dilihat sebagai orang sakit di Eropah. Ia merosakkan disebabkan tidak efektif, perhubungan industri yang tidak baik dan kejatuhan produktiviti. Sejak pada masa itu ekonomi UK telah melalui transformasi yang dramatik dan banyak penyakit lampau telah dapat diubati. Namun begitu, perubahan ini bermakna ramai orang sekarang bekerja dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan tekanan di tempat kerja. Bagi golongan ini, rekreasi pasif seperti membaca atau mendengar muzik adalah cara terbaik menghilangkan stres dan tekanan kerja. Selalunya terdapat masalah untuk membezakan kegiatan aktif dan kegiatan masa lapang, dan dalam kebanyakan kes, orang lebih gemar menggabungkan kedua-duanya. Justeru itu, sesetengah orang akan

membahagikan masa lapang mereka kepada aktiviti yang dilakukan di dalam dan di luar rumah. Ciri-ciri Rekreasi Pasif Secara dasarnya konsep rekreasi adalah sama, iaitu melakukan aktiviti yang anda suka pada waktu lapang. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Antara perbezaan ketara di antara kedua-dua rekreasi ini ialah dari segi aktiviti. Rekreasi aktif banyak melibatkan tenaga dan fizikal seperti bermain bola dan mendaki gunung. Manakala, rekreasi pasif berlainan kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan fizikal

berbanding rekreasi aktif. Ia lebih kepada kaedah relaksasi yang boleh menghiburkan mereka dari segi emosi dan psikologi. Antara ciri-ciri rekreasi pasif adalah: a. Aktiviti yang dibuat di rumah menonton TV, membaca, mendengar muzik, bercucuk tanam dan melakukan hobi lain. b. Aktiviti berunsur sosial yang tinggi menghibur atau melayan kawan atau saudara, makan di luar dan menghadiri majlis keramaian. c. Aktiviti kebudayaan, pembelajaran dan minat kepada perkara-perkara artistik pergi teater, konsert, pameran dan muzium. Aktiviti-aktiviti Pasif Aktiviti-aktiviti rekreasi pasif mempunyai perbezaan dengan rekreasi aktif di mana ia banyak melibatkan aktiviti relaksasi. Pada zaman sekarang, kebanyakan orang lebih suka berekreasi pasif dengan menonton televisyen atau mendengar radio. Berdasarkan statistik aktiviti-aktiviti rekreasi di Amerika dari tahun 1987 ke 1996, kemunculan teknologi seperti televisyen dan radio memberi impak yang ketara dalam cara mereka menghabiskan masa lapang mereka. Sumbangan kepada Gaya Hidup Sihat Seperti yang anda sudah ketahui rekreasi pasif tidak banyak menggunakan tenaga seperti rekreasi aktif. Namun begitu ia tetap memberi kebaikan atau sumbangan kepada gaya hidup sihat. Rekreasi pasif adalah penting di dalam gaya hidup sihat kerana ia memberikan keseronokan atau hiburan kepada seseorang dari segi psikologi. Apabila anda berasa ceria atau seronok, anda akan bertambah sihat. Ini disebabkan jiwa anda lebih tenang dan tidak mengalami tekanan. Cara terbaik memulihkan seseorang yang menghadapi

tekanan atau stres ialah dengan menenangkan mereka dengan relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan hiburan. Rekreasi pasif juga memupuk semangat perpaduan kerana ia menggalakkan pergaulan dengan orang ramai. Selain itu, ia juga boleh merapatkan perhubungan sosial anda dengan keluarga, rakan dan masyarakat. Walaupun rekreasi pasif tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti rekreasi aktif, ini tidak bermakna ia tidak baik. Sebagai contohnya bercucuk tanam juga adalah rekreasi pasif, tetapi ia tetap mengeluarkan peluh. Dengan erti kata lain ia juga memberi sumbangan yang sama iaitu meningkatkan kesihatan. Namun jika anda selalu menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau mendengar radio tanpa melakukan pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh, ini tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh menambahkan lemak berlebihan serta meningkatkan kolesterol dalam badan anda dan seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit yang berbahaya. Oleh itu anda bukan sahaja perlu menjaga pemakanan atau kesihatan dengan bersenam, tetapi anda juga mesti menjaga mental dan emosi anda sekali. Apabila kesemua ini dapat diseimbangkan, hidup anda akan menjadi lebih sihat, ceria dan cergas.

LANGKAH-LANGKAH DAN PROSEDUR KESELAMATAN SEWAKTU BEREKREASI Seperti yang anda ketahui rekreasi biasanya melibatkan aktiviti fizikal seperti bermain, melakukan senaman, mendaki gunung dan sebagainya. Aktiviti sedemikian mungkin boleh mendedahkan seseorang kepada risiko yang tidak diingini seperti kecederaan atau masalah kesihatan. Ini bukan kerana aktiviti itu berbahaya tetapi disebabkan oleh kecuaian manusia. Oleh yang demikian langkah-langkah dan prosedur keselamatan amat penting bagi mengelak kejadian tidak diingini dari berlaku. Langkah keselamatan yang harus dipatuhi semasa berekreasi:

a. Pakai pakaian yang sesuai. b. Anda mesti mengetahui tahap kesihatan anda sebelum menyertai aktivitiaktiviti sebegini. c. Pastikan kelengkapan atau peralatan yang digunakan mencukupi. d. Pastikan peralatan atau kemudahan yang digunakan selamat dipakai. e. Pastikan keadaan persekitaran selamat. f. Sediakan peti kecemasan dan catatkan nombor ambulans. g. Sentiasa ikut peraturan yang disediakan.

Perkhemahan DEFINISI PERKHEMAHAN Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi bagi berteduh dan bermalam. Yang pentingnya boleh memberi perlindungan kepada hujan, panas, kesejukan dan juga angin.Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhamehan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan dalam Pengakap. Hal ini sedemikian kerana dalam perkhemahan ahli-ahli Pengakap dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon-pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati binatang dan haiwan hutan. Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke tempat yang baharu. Terdapat banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh diperolehi melalui perkhemahan OBJEKTIF PERKHEMAHAN 1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. 2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar. 4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.

5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. 7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik. 8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Tujuan perkhemahan Mendedahkan kepada pelajar suasana perkhemahan dan pengendalian serta penggunaan perkhemahan secara terancang. Perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni di samping semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan perkhemahan. Perkhemahan juga adalah sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan jurulatih/guru dan juga pelajar selain ianya merujuk kepada perkongsian maklumat sesama ahli perkhemahan. Latihan Jasmani. Meredakan ketegangan emosi Orientasi sosial Pengisian masa lapang. Melatih pelajar untuk berdikari Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman Baik untuk kesihatan diri Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar.

Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. Mengamalkan kebersihan. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. Merancang segala aktiviti dan keperluan. Cergas dan yakin pada diri sendiri. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. Menghilangkan tekanan. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat. Bekerjasama. Jenis khemah Khemah bentuk A tanpa helaian terbang Khemah A berhelaian Khemah pengembaraan Khemah satu tiang Khemah bentuk dinding Khemah Ridge dua tiang Khemah wagon Khemah dome Khemah igloo Khemah berangka

Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan 1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenalmengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. 2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. 3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. 6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. 9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. 10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali . 11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. 12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.

13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. 14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. 15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. 16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. 17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/ pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. 18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. 20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

PENDIDIKAN KONSERVASI 1.0 Pengenalan Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam. Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa yang mempunyai keberanian, bertangggung jawab, menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti

pembangunan Negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

2.0Objektif Pendidikan Konservasi Pendidikan konservasi ialah suatu usaha sadar yang dilakukan berulang-ulang atau terus menerus yang bertujuan supaya masyarakat memiliki kesadaran dan kepedulian terhadap konservasi sumberdaya alam dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi. Tujuan pendidikan konservasi termasuklah kesadaran dan kepekaan terhadap sumber daya alam termasuk permasalahannya. Ini mengembangkan kepekaan individu dan kelompok komuniti dan bangsa-bangsa terhadap konservasi alam semula jadi. Contohnya masalah Green house effect, penipisan lapaisan ozon dan kenaikan purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil perhatian.Seterusnya ialah Pengetahuan (knowledge). Iaitu pengetahuan danpemahaman yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dantanggung jawabnya.Iaitu memberikan kesempatan kepada semua orang untukmendapatkan kesadaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untukberganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Kita sebgai anakbumi, mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi ini.Objektif yang seterusnya ialah Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasakepedulian yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperan serta dalamupaya-upaya perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestariharus ditanam dalam diri pelajar. Dengan membentuk pola perilaku yang ramahterhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargaioleh generasi akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kehausansumber.

Keterampilan untuk memecahkan masalah-masalah yang terjadi dalamkonservasi sumberdaya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Ini mengembangkan etika konservasi dan memberikanpengetahuan akan cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalahpencemaran di alam sekitar.Seterusnya ialah kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranyasetiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam danprogram pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan.Sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalahpencemaran atau pelupusan haiwan dapat diatasi.Objektif yang terakhir dinyatakan ialah peranserta (participation). Apabilapelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapatmengembangkan rasa tanggung jawab terhadap suatu permasalahan konservasialam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya.Contonya mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikanmasalah peningkatan suhu dunia dengan cara yang saintifik berikutan dengankemajuan teknologi.

3.0Aktiviti Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa,badan kerajaan dan juga badan swasta untuk menimbulkan kesedaran pelajar.Melalui aktivitiaktiviti yang telah dianjur, pelajar akan memahami tentangkepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

3.1 Kempen Kitar Semula Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan,mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) disekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan ataubadan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawakesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil. Dari aspekmanusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentinganuntuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan maskah-naskah,dapat memelihara dan memuliharadari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkanaktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermaknalebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatanmanusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalankitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungankita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.

3.2 Jungle Trekking Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti penggaluntuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan dan keindahanhutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-pelajar ke hutan negara.Sepanjang perjalanan, Guru boleh membuat penerangan tentang keunikantumbuhan dan juga kegunaan dalam perubatan. Ini dapat menimbulkankesedaran kepada pelajar tentang penggunaan tumbuhan dan juga kesanmemusnahkan hutan. Apabila menjalankan aktiviti ini, pelajar berpeluangmelihat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan seperti arnab liar, burung,katak dan sebagainya. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikanpendidikan kepada mereka bahawa hutan merupakan habitat haiwan dantumbuhan. Jika pokok-pokok ditebang, habitat akan dimusnah. Keseimbanganalam

sekitar juga akan menjadi tidak seimbang, bencana alam seperti banjir kilat,tanah runtuh dan hakisan tanah akan melanda bumi.

3.3Aktiviti Menanam Pokok Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok semakin giat dijalankan, kuantitihutan di dunia menjadi semakin kurang. Untuk menimbulkan perasaan cintaakan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti menanam pokok dengan bekerjasama dengan badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan(NGO).Setiap pelajar dikehendaki menanam sepohon pokok di sekeliling sekolahdan bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut. Melalui proses menanam,menjiram, mencabut rumput dan menangkap serangga perosak, mereka akanlebih berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Di samping itu, merekaakan memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan habitathaiwan. Jikalau pokok-pokok ditebang dan tidak ditanam semula, kehidupanhaiwan dan manusia akan terjejas.

3.4Perkhemahan Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajaripengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar danmenggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akanmempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam sekitar. Jikalau hutan telahdimusnah, manusia juga tidak dapat meneruskan hidup. Habitat haiwan jugaakan musnah, banyak binatang akan menghadapi gugutan. Jikalau tumbuhan-tumbuhan dan haiwan pupus, alam sekitar akan menjadi tidak seimbang,bencana alam akan dihadapi oleh manusia.

4.0 Pokok Pinang Hutan Nama saintifik pokok pinang hutan ialah Areca catechu, bahasa Inggerisnyaialah betelnut. Manakala dalam tulisan Cina ialah . Pokok pinang merupakansatu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropikaPasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur.Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter,dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.52mpanjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyakbilangannya.Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi,iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid sepertiarecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikandalam

penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan bertumbuh diIndia, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.Buah pokok pinang boleh digunakandengan luas di bidang perubatan. Pucuk Areca Catechu boleh dimakanHampas pinang rebus boleh diletakkan pada luka-luka.Di samping itu, akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untukdisenteri atau disebut sebagai cirit berdarah. Akar pinang juga digunakan untukmembanyakkan kencing dan mengubati sakit perut. kanak-kanak yang cirit-biritboleh mandi dengan menggunakan campuran airnya. Selain itu, serbuk daunpinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk mengubati sakitperut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit.Selain daripada memberikan kegunaan yang luas kepada manusia, ia jugamembekalkan banyak manfaat kepada haiwan dan juga alam sekitar. Sebagaicontoh, binatang liar seperti khinzir hutan, rusa dan monyet akan menjadikanbuah pinang sebagai makanan. Di samping itu, pokok pinang hutanmembekalkan habitat kepada binatang liar. Akar pokok pinang juga akanmengengam tanih dan meggelakkan hakisan tanah berlaku. Dengan adanya pokokpokok pinang hutan, juga akan menjadikan hutan tersebut menjadikawasan tadahan air.Sebagai kesimpulan, pokok pinang hutan bukan sahaja membekalkan banyakkebaikan kepada manusia tetapi juga binatang dan alam seki

KAJIAN EMPIRIKAL DEFINISI Kajian penyelidikan,penelitian,penyiasatan terhadap sesuatu. Empirikal kaedah yang digunakan melalui kajian-kajian dengan pengumpulan data. -melalui temubual dan pengedaran borang soal selidik. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat yang sahih, tekal, telusdan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran danpembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifatsubjektif, pincang dan rapuh.

Kaedah Kajian Empirikal TEMUBUAL INDIVIDU-Temu bual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah,pandangan, dan pengalamanmseseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif.

Pengenalan Ikatan & Simpulan Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.Pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.

Jenis-Jenis Ikatan Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah a) Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati) b) Figure of Eight Knot (simpul angka lapan) c) Reef Knot (buku sila) d) Sheet Bends (bunga geli) e) Bowline (tindih kasih) f) Half Hitch (setengah belit) g) Clove Hitch (simpul manuk) h) Fisherman Knot i) Timber Hitch (simpul balak) j) Figure of Eight single & Double Loop http://www.scribd.com/doc/52146482/kemahiran-tali

Apa Itu Ikhtiar Hidup 1.0 PENGENALAN

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang. S - Size up the situation U - Use all your senses R - Remember where you are V - Vanquish fear and panic I - Improvise V - Value living A - Act like native L - Live by your wits

2.0

SITUASI DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman. Kita terpaksa bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri. Seterusnya ialah situasi di mana kita mneghadapi masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun

kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita. Oleh itu, ikhtiar hidup akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan yang terdapat di dalam hutan. a) 1.) 2.) 3.) 4.) 5.) Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti. Mental pengetahuan tentang ikhtiar hidup Fizikal kecergasan dan ketahanan tubuh badan Teknik kemahiran ikhtiar hidup Material peralatan, pakaian dan bekalan

b)

Punca situasi ikhtiar hidup

Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar. Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

3.0

KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

4.0

PRINSIP IKHTIAR HIDUP

1. Keselamatan Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuhtumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira. 2. Usaha Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali, kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya. 3. Kawalan diri Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburuburu. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya

kawalan diri. dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi. 4. Kerjasama Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

5.0 Alat

ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan. 1) Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam. Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm. 2) Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll. 3) Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usahausaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Antara alat-alat yang sesuai:-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m) -3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil -2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m) -1 @2 batang lilin -1 kotak mancis api/1 pemetik api -1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian) -pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya. Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll. Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu. Air Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak. Kekurangan air sebanyak 10% berada ditahap serius. Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak sungai, tasik, dan sungai. Untuk mencari air, segera turun ke kawasan

lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air Tanda-tanda terdapatnya punca air Bunyi Penglihatan Binatang Serangga 1. Bunyi Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut. 2. Penglihatan Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut. 3. Binatang Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air 4. Serangga Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

6.0

ELIMEN IKHTIAR HIDUP

Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya. Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang. Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan. ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah,

bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati. MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka. PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan

sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".

4.0 KESIMPULAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. c. Terselamat dalam nahas udara atau laut. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar hidup yang menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam

pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

You might also like