You are on page 1of 24

Pendidikan Alam Sekitar : Kepentingannya dalam pembangunan Negara

Pengenalan

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Definisi Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar. (MUTHOKA, 1985) Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih,sihat,produktif,seimbang dan terjamin disamping (PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN WORLD WIDE FUND FOR MALAYSIA, 1998) Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk

terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (HUGHES, 1977)
Pengenalan komponen alam sekitar Komponen alam sekitar terdiri daripada empat bahagian iaitu (a) Biosfera (Sistem ekologi) - flora dan fauna (b) Litosfera (Sistem geomorfologi) - mineral dan tanah (c) Hidrosfera (sistem hidrologi) - air dan marin (d) Atmosfera (sistem atmosfera) - udara dan angin Sumber-sumber dari alam sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial.

A) Konsep Ekologi dan Ekosistem Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma.

Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.Keseimbangan Ekologi KESEIMBANGAN EKOLOGI Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Contoh ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau. Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah keseimbangan dinamik iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Contoh dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna. Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut. Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang. Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

B) KONSEP GEOMORFOLOGI Ia berasal daripada bahasa Yunani:-

GEO = BUMI MORPHE = BENTUK

LOGOS = ILMU / KAJIAN = KAJIAN BENTUK BUMI Geomorfologi merupakan bidang sains yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Ia berkait rapat dengan disiplin sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi, kartografi, geologi, pedologi dan sebagainya. Proses Geomorfologi

Eksogenik

Endogenik

Luluhawa Hakisan Gerakan Jisim Pengangkutan Pemendapan

Gerakan tektonik Lipatan kerak bumi Gelinciran Gempa bumi Gunung berapi

Proses endogenik menghasilkan bentuk muka bumi manakala proses eksogenik mengukir dan mengubah bentuk muka bumi

http://www.classzone.com/

C) KONSEP SISTEM HIDROLOGI Kitaran hidrologi Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan. Imbangan air Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Kerpasan Air Bawah Tanah

proses-proses dalam Imbangan air Sejatan Larian Permukaa n

Sejatpeluha n Lebihan air (air positif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan. Kurangan air (air negatif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima kurang daripada jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan. D) KONSEP SISTEM ATMOSFERA Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi. STRUKTUR ATMOSFERA Struktur Atmosfera terbahagi kepada empat iaitu: i) ii) iii) iv) Termosfera Mesosfera Stratosfera Troposfera

Ciri Termosfera/ionosfera

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan elektron bercas negatif daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi. Ciri Mesosfera Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Ciri Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. Ciri Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca. PERANAN ATMOSFERA Perana Atmosfera terbahagi kepada lima bahagian iaitu; 1. Kepada Biologi Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi. 2. Mencorakkan kontur permukaan bumi Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat. 3. Kekayaan semula jadi

Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. 4. Perdagangan / rekreasi Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. 5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis dan lain lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Salah satu tindakan yang telah dipersetujui adalah perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang

berkesan

bagi

meningkatkan

kesedaran

orang

ramai

terhadap

kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar melalui pendidikan alam semulajadi. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam semulajadi secara pro-aktif dan berperanan.

Kepentingan Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan.

Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat sedunia secepat mungkin.

Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat.

Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktiviti-aktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan.

Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama, program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala.

Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia sematamata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja.

WARGA ALAM SEKITAR

Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitive terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka.

Maksud warga alam sekitar Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kehidupan manusia. Menurut Hungerford et al. (1988), persekitaran yang baik bergantung kepada masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia yang menjadi sebahagian daripada alam sekitar. Segala aktiviti dan amalan harian manusia akan memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap hari kita mendengar berita berkenaan kemusnahan alam sekitar seperti banjir lumpur di Lapindo, Indonesia, kebakaran hutan di Australia, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kejadian tsunami dan sebagainya. Menurut Grove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian ribuan manusia di seluruh dunia. Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh itu, jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. Pemikiran manusia harus diubah daripada sikap mementingkan diri ( anthropocentric) kepada berfokuskan alam sekitar (ecocentric) (Callicott, 2000; Knapp, 1999).Ini adalah kerana sikap terhadap alam sekitar mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap alam sekitar. Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitif terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka. Warga Alam (Environmental citizen) bermaksud seseorang yang menjadi ahli dalam kumpulan alam sekitar atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar dalam sesuatu jangkamasa, tersentuh dengan isu-isu alam sekitar dan

mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar (Era Hijau, 2007). Ini bermakna, seseorang Warga Alam itu adalah individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengambil bahagian yang aktif untuk menyelesaikan masalah alam sekitar pada peringkat individu atau masyarakat. Untuk menjadi warga alam ,seseorang itu perlu: i) ii) iii) iv) v) Melalui pendidikan Alam Sekitar Memeriksa amalan-amalan terhadap alam sekitar Menyumbangkan masa atau kewangan untuk kepentingan alam sekitar Mengetahui dan mempunyai maklumat tentang isu-isu alam sekitar dan memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan. Melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan strategi dan tindakan ke atas alam sekitar Inilah yang menjadi matlamat utama pendidikan alam sekitar iaitu untuk melengkapkan seseorang dengan pengetahuan asas alam sekitar seterusnya bertindak sebagai Warga Alam(Environment Citizen). Menurut Arbaat (2008), objektif utama pendidikan alam sekitar ialah untuk melahirkan masyarakat yang sedar, berpengetahuan, berkemahiran dan melibatkan diri dalam menanggani isu-isu alam sekitar.

BADAN KERAJAAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR Ia merupakan satu jabatan yang memberi nasihat perundangan kepada Jabatan yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan di mana sesuai. Perlembagaan Negeri-Negeri dan undang-undang lain, dan juga mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam. Selain itu, jabatan ini juga melaksanan kerja-kerja dalam bidang undang-undang antarabangsa, menasihati Jabatan berasaskan undang-undang antarabangsa dengan mengambil kira kepentingan Negara dari segi kedudukan Malaysia di dalam masyarakat antarabangsa, hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala. Berikut adalah fungsi jabatan alam sekitar;

a) Memberi nasihat perundangan kepada Jabatan Alam Sekitar (Jabatan) selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan; b) Menggubal dan meminda undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan; c) Menyemak perjanjian dan dokumen perundangan yang lain yang berkaitan dengan Jabatan; d) Meneliti Memorandum Jemaah Menteri; e) Memberikan arahan bagi penyiasatan kes-kes di bawah bidang kuasa Jabatan; f) Menjalankan pendakwaan di mahkamah bagi kes tertentu; g) Mewakili kerajaan/Jabatan dalam kes sivil; h) Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan hal ehwal Jabatan; i) Memberikan ceramah sekiranya diminta oleh Jabatan dan j) Menjalankan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. JABATAN PERHUTANAN Jabatan ini merupakan salah satu badan yang mengawal dan melindungi alam sekitar. Berikut adalah fungsi jabatan perhutanan; i) ii) iii) iv) v) Menyelia kegiatan pembalakan. Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan kayu. Mengutip / memungut hasil hutan. Menguatkuasakan undang-undang dan kaedah-kaedah hutan. Melaksanakan projek - projek pengurusan dan pembangunan sumber hutan serta pemulihan dan pemeliharaannya; dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran hutan.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

i) PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.

ii)SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR Mengkaji, merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda.

iii)KEJURUTERAAN SUNGAI Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Pahang bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.

iv)KEJURUTERAAN PANTAI Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.

v)HIDROLOGI DAN SUMBER AIR

Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

vi)KHIDMAT NASIHAT DAN SOKONGAN Memberi ulasan terhadap Permohonan Pembangunan Tanah (PPT), termasuk tukar syarat/pecah sempadan tanah, semua permohonan LPS dan perkara-perkara lain yang terlibat dengan Enakmen Air. Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam / bangunan untuk lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Kementerian Alam Sekitar (NRE).

BADAN BUKAN KERAJAAN ALAM SEKITAR SAHABAT ALAM MALAYSIA Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan sebuah NGO di Malaysia yang sangat prihatin dengan nasib flora dan fauna daripada ancaman manusia. PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS berpusat di Bukit

Persekutuan di Kuala Lumpur. Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada tahun 1991. MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaiatan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNSBOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Pembangunan Lestari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ditubuhkan pada 1 Oktober 1994 sebagai salah satu institut pengajian multi disiplin dalam struktur Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut ini memenuhi aspirasi universiti seperti mana yang telah dicapai semasa Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Conference on Environment and Development -UNCED) yang telah berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil, iaitu untuk memastikan objektif pembangunan lestari melalui penyelidikan dan pembangunan kapasiti.

LESTARI

juga

ditubuhkan

untuk

menjadi

pusat

rujukan

yang

mempunyai

berkemampuan dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan, membantu kerajaan dalam memformulasikan polisi berdasrkan kajian dan penyelidikan yang menyeluruh dan seimbang. Fungsi pembangunan dioptimumkan untuk memajukan kapasiti sumber manusia melalui pembangunan kemahiran dan latihan, untuk keduadua pihak awam serta swasta.

Pembangunan lestari bermaksud pembangunan atau perkembangan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan keperluan generasi akan dating (Bruntland

Report,1987). Kelestarian merupakan satu paradigm pemikiran masa depan dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, social dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan. Dalam satu masyarakat lestari, sama ada generasi semasa dan akan dating, mereka adalah masyarakat yang sihat, mempunyai keperluan asas yang cukup,mempunyai equity dan assesibiliti kepada sumber-sumber dan kualiti kehidupan yang normal dalam satu eko-sisteem kepelbagaian biologi yang tidak dimusnahkan. Saintis, jurutera dan ahli perniagaan perlulah bentuk teknologi dan merancang aktiviti ekonomi kea rah yang lebih sihat dan mapan tanpa memusnahkan persekitaran sedia ada. Dengan kata lain, kit aharus hidup dalam ruang lingkup system yang direka bentuk mengguna pakai model biologi dimana keperluan mengurangkan penggunaan dan pembaziran sumber asli dititikberatkan. Malaysia sebagai salah satu Negara yang menyokong pembangunan kelestarian dan telah memasukkan isu kelestarian persekitaran selaras dengan pembangunan ekonomi dalam perancangan Jangka Panjang Malaysia melalui Third Outline Perspective plan 2001-2010. Salah satu dari cadangan pembangunan kelestarian oleh Malaysia ialah kelestarian dalam pendidikan atau Educational Sustainable Development (ESD). ESD telah menjadi salah satu saluran terpentong untuk mewujudkan kesedaran seterusnya membangunkan altruism dalam kalangan masyarakat Malaysia dan diharap pembangunan lestari ini akan menjadi kenyataan bukan hanya sekadar visi. PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI Pendidikan unutk pembangunan lestari merujuk kepada pembelajaran yang diperlukan untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup unutk generasi masa depan. Menurut Rohaty (2005), Education for sunstainable development is a way ensuring a better quality of life for everyone now and the future generation to come. It is a dynamic process which enables all people to realize their potential and improve their quality of life in ways simultaneously protect and enhances the earths support system. (m.s.175)

Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Amalan-amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara berkesan, koloboratif dan rakan kongsi secara silang sector, visi secara holistic, komitmen antara intra-generasi dalam menangani isu-isu keadilan sosial, kepelbagaina budaya bagi kelestarian akan dating, menyemak semula peranan sains dan pendidikan, serta menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi mencapai hasrat tersebut (Mohammad Zohir 2003). Manakala pendidikan lestari pula merujuk kepada satu proses pembelajaran seumur hidup yang dapat menghasilkan masyarakat bermaklumat dan mengambil bahagian dengan cirri-ciri kemahiran dalam penyelesaian masalah, berliterasi saintifik dan sosial serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dan kumpulan. Proses ini dilihat dapat membantu menghasilkan sebuah masyarakat yang mapan daripada aspek ekonomi, sosial dan persekitaran. Pendidikan lestari dapat membantu pelajar-pelajar: Mendapatkan pengetahuan dan makna tentang perkembangan lestari secara umum dan dalam bidang profession mereka. Dilatih dalam kemahiran-kemahiran, cara-cara dan teknik-teknik untuk membantu pekerjaan dan bidang profession mereka. Mengembangkan sikap positif kea rah kepentingan pembangunan lestari.

Secara kesimpulannya, pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari bertujuan untuk membentuk dan memupuk sikap keperihatinan terhadap alam sekitar. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Pemeliharaan Alam Sekitar

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju. Pemeliharaan alam semulajadi amat penting. contohnya kerajaan memberikan tumpuan bukan sahaja kepada kepesatan pembangunan tetapi juga kepada aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan agar negeri ini terus aman. Banyak fakta telah membuktikan pencemaran berpunca daripada musim. Misalnya penanaman semula selepas aktiviti pembalakan, menanam pelbagai tumbuhan untuk mengindahkan halaman rumah, tidak membunuh binatang liar untuk kepentingan diri semata-mata serta tidakmelakukan pembakaran terbuka. Kita boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam, contoh mengadakan kempen mengindahkan alam, lawatan ke Taman Negara dan sebagainya.

Pemuliharaan Alam Sekitar Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan pencemaran atau bahan kontaminasi dari: bahan-bahan alam sekitar (seperti tanah, endapan, dan air bumi) demi perlindungan am kesihatan manusia dan alam sekitar; atau kawasan perindustrian terbiar yang bertujuan untuk dibangun semula.

Jika kita meneliti kefahaman terhadap alam sekitar yang difahami oleh masyarakat masa kini pastinya ianya ditakrifkan dalam pelbagai perspektif yang berbeza-beza. Bagi golongan pencinta alam, pembuat dasar dan ahli perniagaan tentunya akan memberikan makna kepada alam sekitar mengikut perspektif dan nilai masing-masing. Umpamanya, alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai bahagian muka bumi yang memiliki nilai kebudayaan dan saintifik yang tinggi dan perlu dipulihara; ia juga boleh dilihat sebagai komponen bumi yang penting untuk kesejahteraan manusia dan perlu diurus dan dimanfaatkan untuk keperluan pembangunan negara; manakala daripada perspektif yang lain pula, alam sekitar boleh dianggap sebagai sumber asli yang memiliki nilai ekonomi yang tinggi yang perlu dimanfaatkan. Dari sudut mana sekalipun alam sekitar itu difahami, ianya tetap dianggap sesuatu yang penting, sama ada penting untuk kesejahteraan manusia seluruhnya ataupun menyumbang kepada kepentingan peribadi seseorang.

Kemelut yang melanda antara usaha memulihara alam sekitar dengan aktiviti memugar-punah alam menjadi lebih meruncing apabila kita telah meletakkan tahun 2020 sebagai tarikh akhir untuk mencapai status negara maju. Ini bermakna kita hanya mempunyai sekitar sepuluh tahun sahaja lagi untuk merancang strategi yang mantap untuk pembangunan negara dan alam sekitar serta memperbaiki apa yang telah rosak dan lemah sebelum ini. Apakah mungkin bagi kita mencapai status tersebut dengan tidak mengorbankan kepentingan alam sekitar? Ini adalah persoalan yang perlu diberi perhatian serius.

Dalam cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu mengatasi pelbagai cabaran yang umumnya tertumpu kepada peningkatan kesejahteraan hidup. Ini bermakna pembangunan di Malaysia akan bersandarkan kepada pembangunan ekonomi sambil memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik. Pastinya penekanan pembangunan yang dicita-citakan itu akan tertumpu kepada kepelbagaian gunatanah, perumahan, perindustrian, perhutanan, pertanian dan sebagainya yang kesemuanya membabitkan kepentingan alam sekitar. Apakah kita memiliki keupayaan dan kebijaksanaan untuk mengimbangi arus pembangunan ini? Iaitu keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar, dan antara kemajuan fizikal dengan perkembangan rohaniah. Apakah tanggungjawab kita dalam perkara ini?

TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Masyarakat hari ini harus berani tampil untuk mengemukakan bantahan terbuka dan kritikan yang membina. Komuniti masyarakat kita kini mampu bekerjasama dan bekerjamasa demi pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, golongan ibubapa juga memainkan perana penting dalam pemuliharaan alam sekitar. Dimana peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai satu sikap yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar menjadi asas yang penting. Ibubapa harus menjadi contoh terbaik dalam memimpin keluarga. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna. Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan glokal.

Kesimpulan Kejayaan penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum sekolah amat bergantung bukan sahaja kepada kepada komitmen guru sebagai pelaksana malah kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Matlamat akhir pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar mudah tercapai jika semua pihak seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolahsekolah dan para guru mengambil tanggungjawab untuk mendidik dengan serius.

RUJUKAN Arbaat Hassan. (2008). The adult non formal environment education (EE): A scenario in Sabah, Malaysia. Procedia Social Sciences, Science Direct. Elsevier Ltd. Callicott, J. B. (2000). Harmony between man and land: Aldo Leopold and the foundation of ecosystem management. Journal of Forestry, 98(5), 4 - 13. Hungerford et. al. (1998). Investigating and Evaluating Environmental Issue and Actions Skill Development Modules. A Curriculum Development Project Designed to Teach Students How to Investigate and Evaluate Science-Related Social Issues. Moroye, C.M. (2005). Common ground: an ecological perspective on teaching and learning. Curriculum and Teaching Dialogue 7(1/2): 123- 139. Rosnani Ibrahim (2007), Warga Alam. Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Keluaran 3:2007 Grove, R. (2002). Climatic fears: Colonialism and the history of environmentalism. Harvard International Review, 23(4), 50 - 55. Mohammad Zohir bin Ahmad @ Shaari. 2003 Geografi Sebagai Medium Pendidikan Alam Sekitar, Diges Pendidik,3(2):51:60.

Rohaty Mohd Majzub.2005. Model Latihan Perguruan Glokal Untuk Pembangunan Lestari,Prosiding Seminar Pendidikan JJPG 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia. Internet http://pengajianam900.forumotion.com/isu-alam-sekitar-f21/ekologi-ekosistem-t335.htm
http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id5.html

http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2009/09/tema-sistem-hidrologi-konsepkitaran.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Pencinta_Alam_Malaysia http://www.ikim.gov.my/v5/index.php? lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679&cmd=resetall

You might also like