You are on page 1of 16

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan 2 kumpulan. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilanga n jari mengikut senikata lagu. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9. 2. Seterusnya, susun kumpulan murid dan 9 gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan. Ahli kumpulan1

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lagu-lagu berkaitan dengan membilang nombor 2. Nombor yang ada di sekeliling kita

Ahli kumpulan 2

3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

PERBENDAHARAAN KATA Lagu Jari Kumpulan Melompat Setempat Gelung rotan Barisan Menyebut Meniup Awal Menamatkan Bergilir-gilir Membilang

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Minta murid menyanyikan lagu membilang nombor yang sesuai. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul. Setiap murid diminta menyanyikan sebaris lirik lagu secara bergilir-gilir. Kemudian bincang tentang nombor yang ada dalam rangkap lagu. 2. Murid memperihalkan nombor yang ada di sekeliling mereka, seperti nombor telefon ahli keluarga, nombor rumah, nombor kereta dan lain-lain lagi.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2. Mengenal pasti angka, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa majalah lama, surat khabar atau risalah pasar raya yang mengandungi angka atau tanda harga barangan. 2. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian guru menunjukkan kad angka secara rawak dan murid menyebut nombor. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad angka (1 hingga 9) 2. Majalah lama/Surat khabar/Risalah pasar raya 3. Kertas mahjong Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad angka (1 hingga 9) 2. Nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Lembaran Aktiviti 1.2 3. Bentukkan kumpulan (4 orang). Minta murid menggunting angka (1 hingga 9) yang dapat mereka cari dan lekatkan ke dalam buku atau kertas mahjong. 4. Edarkan Lembaran Kerja 1.2. 5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu Sayang Semuanya bersama-sama.

PERBENDAHARAAN KATA Majalah Surat khabar Risalah pasar raya Gunting Lekat Gantung Sebut Tunjuk Sekitar

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Gantung atau lekatkan kad angka pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor (1 hingga 9) secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad angka yang betul. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Perhatikan dan perihalkan tentang nombor yang ada di sekeliling mereka. 3. Edarkan Lembaran Aktiviti 1.2. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10 Lembaran Aktiviti 1.2 Dengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul. 1.

2
2.

4 5 5 3 7

6 3 9 8 4
3

7
3.

I
4.

2
5.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta murid mengeluarkan alat tulis yang mereka bawa seperti pensel, buku, pemadam dan sebagainya. Soal jawab: Guru: Siti, tunjukkan pensel/buku/pemadam yang kamu bawa. Berapa batang pensel/buah buku/buah pemadam yang awak ada? Murid: Saya ada ... (bilangannya) batang pensel/ buah buku/buah pemadam. Guru: Siapa yang ada bilangan pensel/buku/ pemadam yang sama, tunjukkan saya. 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set kad angka kepada setiap pasangan. Tunjukkan satu persatu objek maujud yang boleh dibilang. Murid perlu membilang secara senyap semasa guru menunjukkan objek tersebut. Kemudian, minta murid menunjukkan kad angka yang betul. 3. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Alat tulis yang dibawa oleh murid 2. Kad angka (1 hingga 9) 3. Objek maujud yang boleh dibilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad angka (1 hingga 9) 2. Objek yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Gam 4. Kertas mahjong 5. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Alat tulis Senyap Kumpulkan Lekat Kemas Cantik

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi sekeping kad angka. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan kumpulkan pelbagai objek yang sama jenis dalam bilangan tersebut. Contohnya, Kumpulan 1 yang mendapat kad angka 1 diminta mengumpul sehelai daun, sekuntum bunga dan sebiji batu kecil. 3. Minta murid melekatkan objek dengan kemas dan cantik di atas kertas mahjong serta menuliskan angka yang berkenaan. Pamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 3. Menulis angka, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan putih individu, pen marker dan 18 sida kepada setiap pasangan. Sebutkan nombor dan murid menunjukkan bilangan sida yang betul. Semasa membilang, pastikan murid menunjuk pada sida dan menyebut Satu sida, dua sida, tiga sida... dan seterusnya. 2. Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka tersebut di papan tulis. Murid diminta menulis angka dengan jari: di udara di atas meja di kotak berpasir di bahagian belakang pasangan 3. Ulangi Langkah 1 dan 2 untuk nombor-nombor lain. 4. Lekatkan kad bergambar di papan tulis. Murid diminta membilang jumlah objek pada kad tersebut dan menuliskan angkanya di papan putih individu. Pastikan murid menggunakan teknik yang betul untuk menulis angka. Murid diminta mempamerkan papan putih masing-masing. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan putih individu 2. Pen marker 3. Sida 4. Kotak berpasir 5. Kad bergambar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj (tali, kain perca, tanah liat, daun, kekacang, manik, labuci, kertas pasir/warna dsb.) 2. Kertas lukisan 3. Gunting 4. Gam

PERBENDAHARAAN KATA Menulis dengan hujung jari Udara Pasir Kolaj

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj. 2. Setiap murid diberi angka yang berlainan. Murid diminta menghasilkan kolaj angka tersebut pada kertas lukisan. 3. Pamerkan hasil kenyataan. kerja yang terbaik di papan

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 4. Membaca nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Paparkan senikata dengan Power Point. Satu, satu saya sayang ibu, Dua, dua saya sayang bapa, Tiga, empat sayang adik kakak, Satu, dua, tiga, empat, sayang semuanya. Lima, lima saya sayang cikgu, Enam, tujuh saya sayang kamu, Lapan, sembilan saya sayang dia, Satu hingga sembilan sayang semuanya. 5. Murid diminta menunjukkan nombor dalam perkataan dalam senikata lagu yang dipaparkan, mengeja dan menyebutnya. 6. Gantung atau lekatkan kad nombor dalam perkataan pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor (1 hingga 9) secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad nombor dalam perkataan yang betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 3. Projektor LCD 4. Kad nombor dalam perkataan (satu hingga sembilan) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor dalam perkataan (satu hingga sembilan) disusun secara rawak

PERBENDAHARAAN KATA Nombor dalam perkataan Mengeja Menyebut Menyusun Urutan Pantas

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). 2. Edarkan kad nombor dalam perkataan kepada setiap kumpulan. 3. Dalam kumpulan, murid diminta menyusun semula kad nombor dalam perkataan mengikut urutan, daripada satu hingga sembilan. 4. Kumpulan yang paling pantas menyusun kad tersebut dikira sebagai pemenang.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.6
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 7. Menulis nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan kad nombor dalam perkataan bermula dari satu kepada murid yang pertama. Murid tersebut perlu menulis dengan jari di atas perkataan itu lalu mengeja dan menyebutnya. Kemudian, kad itu diberikan kepada murid yang kedua sehingga ke murid terakhir. Kertas pasir Kad manila

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 5. Nombor dalam perkataan (perkataannya diperbuat daripada kertas pasir, tali, hasilan kolaj dsb.) yang dilekatkan di atas kad manila 6. Kad bergambar 7. Papan putih individu 8. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Puzzle nombor dalam perkataan 2. Kad huruf

2. Ulang Langkah 1 dengan kad perkataan dua hingga sembilan.

nombor

dalam

3. Edarkan papan putih individu dan pen marker kepada setiap murid. 4. Pamerkan kad bergambar. Soal jawab: Berapa ekor burung yang kamu nampak? Bolehkah kamu mengejanya? Tuliskan perkataan itu di atas papan putih kamu. 5. Ulang Langkah 4 dengan kad bergambar yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

PERBENDAHARAAN KATA Mengeja Menyusun Puzzle

AKTIVITI PENGUKUHAN Murid diminta menyusun semula puzzle atau kad huruf yang disusun secara rawak untuk membentuk perkataan, seperti berikut:

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.7(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 8. Menyusun nombor, 1 hingga 9 a) Membilang satu- satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 7. Edarkan satu set kad bertitik kepada setiap murid. 8. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling sedikit hingga yang paling banyak (daripada 1 hingga 9). Perkenalkan perkataan tertib menaik. 9. Minta murid menulis angka di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 9. Kad bertitik yang telah digunting dan disusun secara rawak Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Dadu 2. Sida 3. Permainan Dam Ular 10. Edarkan set kedua kad bertitik kepada setiap murid. 11. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling banyak hingga yang paling sedikit (daripada 9 hingga 1). Perkenalkan perkataan tertib menurun. 12. Minta murid menulis angka di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut. 13. Edarkan Lembaran Kerja 1.7(a).

PERBENDAHARAAN KATA Sedikit Banyak Tertib menaik Tertib menurun

AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan Dam Ular secara berkumpulan.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.7(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyusun nombor, 1 hingga 9 a) Membilang satu- satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar di atas papan tulis. Perkenalkan garis nombor kepada mereka susunan nombornya, arah susunan tersebut dan kaitannya dengan nilai nombor. Kaitkan garis nombor tersebut dengan kad bertitik pada sesi sebelumnya (Unit 1.7(a)). 2. Minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9, dan membilang satu-satu secara tertib menurun daripada 9 hinggga 1. Soal jawab: Nombor apakah selepas nombor 5? Nombor apakah selepas nombor 3? Nombor apakah sebelum nombor 6? Nombor apakah sebelum nombor 2? 3. Seterusnya, lukis garis nombor kosong (berskala tanpa nombor) di atas papan tulis dengan hanya menanda nombor 1 dan 9 sahaja. Contohnya: 1 9

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Garis nombor bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad angka (1 hingga 9)

4. Sebutkan satu nombor dan minta murid menulis nombor yang disebutkan pada tanda yang betul. Soal jawab: Di manakah nombor 5 pada garis nombor ini? Tuliskan. Mengapakah kamu menuliskannya di situ? (Gunakan perkataan di tengah-tengah, hampir/jauh dengan, sebelum, selepas dan sebagainya untuk menerangkan kedudukan nombor yang disebutkan.) 5. Ulang Langkah lingkungan 9. 6. 4 dengan nombor lain dalam

Edarkan Lembaran Kerja 1.7(b).

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


PERBENDAHARAAN KATA Garis nombor Selepas/seterusnya Sebelum Tengah-tengah Hampir Jauh Pegang Sambung AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan kad angka secara rawak kepada setiap murid. 2. Murid yang memegang kad angka, contohnya 5, diminta berdiri di hadapan kelas. Soal jawab: Mari kita bina garis nombor. Nombor 5, berdiri di sini. Siapakah yang memegang nombor sebelum (selepas) nombor 5? Di manakah kamu sepatutnya berdiri ? (Murid tersebut diminta berdiri sebelum atau selepas nombor 5 mengikut urutan nombor.) Teruskan garis nombor ini! (Mereka perlu berdiri sebelah menyebelah mengikut urutan nombor.) 3. Ulang Langkah lingkungan 9. 2 dengan nombor lain dalam

4. Permainan ini boleh juga dijadikan suatu pertandingan di antara kumpulan (9 orang). Kumpulan yang paling pantas membina garis nombor dengan susunan nombor yang betul dikira sebagai pemenang.

10

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.8(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor 0 2. Mengenal pasti angka 0 dalam membilang 3. Menulis angka 0 4. Membaca nombor dalam perkataan sifar 5. Menulis nombor dalam perkataan sifar BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Cawan plastik 2. Guli 3. Kad angka 0 4. Kad nombor dalam perkataan sifar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan 3 biji cawan berlabel A, B dan C. Cawan A dan B mengandungi beberapa biji guli yang berbeza kuantiti, manakala Cawan C dibiarkan kosong. 2. Pilih 3 murid dan berikan cawan tersebut setiap seorang. 3. Minta setiap orang murid itu untuk mengeluarkan guli satu persatu dan bilang bersama-sama dengan murid-murid lain. Soal jawab: Ada berapa biji guli di dalam Cawan A? 4. Ulang soalan bagi Cawan B dan Cawan C. Untuk Cawan C, murid mestilah dapat menyatakan cawan tersebut kosong, tiada apa-apa atau tiada guli di dalamnya. Perkenalkan tiada apa-apa sebagai sifar. 5. Tunjukkan kad angka 0 dan minta mereka menulis angka tersebut di udara, di belakang badan kawan dan sebagainya. 6. Tunjukkan kad nombor dalam perkataan sifar dan minta mereka membaca, mengeja dan menulis perkataan tersebut. 7. Bincangkan tentang nombor sifar. Berikan contoh contoh yang tiada dalam dunia ini, seperti sifar pisang berwarna biru, sifar durian berwarna merah jambu dan sebagainya. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(a). PERBENDAHARAAN KATA Cawan Guli Kosong Tiada Sifar AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor (1 hingga 9) yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor 0. Bincangkan bahawa nombor tersebut adalah kurang daripada nombor 1 hingga 9 kerana kedudukannya yang paling jauh ke kiri.

11

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.8(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor 10 2. Mengenal pasti angka 10 dalam membilang 3. Membilang objek dalam kumpulan hingga 10 4. Menulis angka 10 5. Membaca nombor dalam perkataan sepuluh 6. Menulis nombor dalam perkataan sepuluh BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sida 2. Kad angka 10 3. Kad nombor dalam perkataan sifar 4. Objek di sekitar bilik darjah Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor) 2. Sida LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 9. Edarkan sida secukupnya kepada setiap murid. 10. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tarik perhatian mereka kepada perkataan sepuluh di dalam lirik lagu tersebut. Soal jawab: Dalam lagu ini, nombor apakah selepas 8? Tunjukkan saya 9 keping sida. Tulis angka 9 di udara. Eja nombor 9 dalam perkataan. Dalam lagu ini, nombor apakah selepas 9? Siapa boleh tunjukkan 10 sida? Yang manakah lebih banyak, 9 atau 10? Bagaimanakah kamu tahu? 11. Tunjukkan kad angka 10 dan minta murid menulis angkanya. Tunjukkan kad nombor dalam perkataan sepuluh dan minta murid membaca, mengeja dan menulisnya. 12. Bentuk kumpulan (4 orang). Minta murid mencari 10 objek di sekitar bilik darjah. Banding bezakan penemuan mereka walaupun bendanya berbeza tetapi bilangannya tetap sama. Tunjukkan melalui padanan 1-1. 13. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(b).

PERBENDAHARAAN KATA Sepuluh Lebih banyak Jauh Kanan Lebih daripada Lompatan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor (1 hingga 9) yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor 10. Bincangkan bahawa nombor tersebut adalah: Lebih banyak daripada nombor 0 hingga 9 kerana kedudukannya yang paling jauh ke kanan. Lebih 1 daripada 9, lebih 2 daripada 8 dan seterusnya. Tunjuk dengan lompatan anak panah sepanjang garis nombor. Buktikan ini dengan menggunakan sida melalui padanan 1-1.

12

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.9
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyusun nombor, 0 hingga 10 a) Membilang satu-satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 10. Gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai 11. Keratan daun teratai bersaiz besar dengan angka (0 hingga 10) tertulis pada setiap helai Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Wisel LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 14. Bentukkan kumpulan (4 orang). Paparkan dengan Power Point gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai atau melompat dari sehelai ke sehelai daun teratai yang lain.

15. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga boleh diminta beraksi seperti seekor katak. 16. Edarkan keratan daun teratai kepada setiap kumpulan. Minta mereka meletakkan keratan tersebut di atas lantai secara rawak. 17. Secara berkumpulan murid bergilir-gilir melompat (menurut tertib menaik yang betul) di atas keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis padanya. Ahli kumpulan yang lain memerhati dan menyemak sebutan rakan mereka. 18. Edarkan Lembaran Kerja 1.9.

Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk: a) membilang satu-satu secara tertib menurun b) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun

13

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


PERBENDAHARAAN KATA Katak Daun teratai Aksi Keratan Lompat Wisel Tertib menaik Tertib menurun AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Adakan permainan Dengar dan Bilang Dengan Betul. Maklumkan kepada mereka bagaimana permainan itu dimainkan. a) Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. b) Apabila wisel ditiup sekali sahaja, murid perlu membilang secara tertib menaik. c) Apabila wisel ditiup 2 kali, murid perlu membilang secara tertib menurun. 2. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau juga bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas. 3. Tunjuk cara permainan ini bersama beberapa orang murid. Tiup wisel sekali dan mereka memulakan membilang secara tertib menaik daripada 0. Sebelum urutan itu selesai, tiup wisel 2 kali dan mereka memulakan membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Contohnya: (Tiup wisel sekali.) 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 (Tiup wisel 2 kali.) 6, 5, 4, 3, 2 (Tiup wisel sekali.) 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (Tiup wisel 2 kali.) 9, 8, 7, 6, 5, 4

14

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.10
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 14. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 19. Murid duduk secara berpasangan. 20. Tunjukkan sebuah bakul yang mengandungi bola berwarna merah dan biru, dengan bilangan yang berbeza. 21. Minta seorang murid membilang bola merah, dan seorang murid lagi membilang bola biru. 22. Kedua-dua murid tersebut menyebut bilangan bola merah dan bola biru kepada keseluruhan kelas. Soal jawab: Yang mana lebih (kurang), bola merah atau bola biru? Bagaimana kamu tahu? Berapakah yang lebih (kurang)? (Untuk mengetahui yang mana lebih/kurang, mereka perlu membuat padanan 1-1. Setiap bola merah dipadankan dengan bola biru secara berpasangan. Akan terdapat bola yang tiada pasangan.) 23. Bimbing mereka untuk menyatakan: ... lebih daripada ... ... kurang daripada... 24. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulang Langkah 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 25. Edarkan Lembaran Kerja 1.10.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 12. Bakul 13. Bola merah 14. Bola biru 15. Sida Bagi aktiviti pengukuhan: 2. Pembilang 3. Garis nombor

PERBENDAHARAAN KATA Padankan Pasangan Lebih daripada Kurang daripada Kanan Kiri Besar

AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan pembilang dan garis nombor untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep nombor, iaitu: semakin ke kanan letaknya suatu nombor, semakin besarlah nilai nombor itu. Contohnya: 10 adalah lebih daripada semua nombor daripada 0 hingga 9. semakin ke kiri letaknya suatu nombor, semakin kuranglah nilai nombor itu. Contohnya: 1 adalah kurang daripada semua nombor daripada 2 hingga 10. suatu nombor itu adalah lebih daripada nombor sebelumnya. Contohnya: 7 adalah lebih daripada 6. suatu nombor itu adalah kurang daripada nombor selepasnya. Contohnya: 7 adalah kurang daripada 8.

15

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.11
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 15. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 26. Murid duduk secara berpasangan. 27. Tampalkan garis nombor di papan tulis. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. 28. Minta murid pertama setiap pasangan untuk menunjukkan 3 sida dan murid yang kedua menunjukkan 4 sida. Soal jawab: Yang mana lebih, 3 sida atau 4 sida? Bagaimana kamu tahu? 4 adalah lebih daripada 3. Lebih berapa? 4 adalah lebih 1 daripada 3. 29. Gunakan garis nombor untuk menunjukkan kedudukan nombor. Libatkan beberapa orang murid. Soal jawab: 4 adalah lebih 1 daripada 3. Bulatkan 3 pada garis nombor. Sekarang, bulatkan 4 pada garis nombor. Berapa langkah perlu kamu lompat dari 3 ke 4 ? (Lukiskan 1 lompatan anak panah dari 3 ke 4. Mereka harus lihat bahawa lebih 1 bermakna 1 lompatan ke kanan atau nombor berikutnya pada garis nombor.) 30. Ulang Langkah 3 dan 4 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 31. Edarkan Lembaran Kerja 1.11. Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk Menentukan Kurang Satu Daripada Suatu Nombor. Ia adalah 1 lompatan ke kiri atau nombor sebelumnya pada garis nombor. PERBENDAHARAAN KATA Kanan Kiri Lompatan Berikutnya Sebelumnya Lebih 1 Kurang 1 AKTIVITI PENGUKUHAN 5. Edarkan satu kad angka secara rawak kepada setiap murid. Soal jawab: Siapa yang lebih (kurang) 1 daripada 4? Tunjukkan kad kamu! 6. Ulang Langkah lingkungan 10. 1 dengan nombor lain dalam

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 16. Garis nombor bersaiz besar 17. Sida Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad angka (0 hingga 10)

16

You might also like