You are on page 1of 13

BAB 1 PENDAHULUAN DAN KERANGKA KONSEP

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Laman web rangkaian media social pada mulanya bermula dalam bentuk teritlak komuniti di alam siber1 seperti The Well (1985)2, The Globe.com (1994)3, Geocities (1994)4 dan Tripod (1995)5. Komuniti- komuniti rangkaian social ini fokus kepada motif yang sama iaitu untuk mengeratkan masyarakat antara satu sama lain dan juga sebagai medium untuk berinteraksi, berbual, berkongsi maklumat dan idea sesama sendiri mengenai topik yang dibualkan melalui laman utama alat penerbitan pribadi yang merupakan awalan kepada fenomena berblog pada era teknologi maklumat zaman sekarang. Sesetengah masyarakat telah mengambil pendekatan yang berbeza dengan berhubung antara satu sama lain melalui alamat e-mel. Laman-laman yang dimaksudkan termasuklah Classmate.com (1995) yang memberi tumpuan kepada pengeratan hubungan dengan bekas rakan sekolah atau yang lain seperti SixDegrees.com yang lebih memberi tumpuan kepada hubungan secara tidak langsung. Profil boleh diwujudkan oleh pengguna dan mesej dapat dihantar oleh pengguna kepada siapa-siapa ahli yang memasuki rangkaian social ini. Selain itu, ahli-ahli lain yang memasuki rangkaian sosial ini juga boleh mencari ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama dengannya melalui profil mereka (Boyd & Ellison 2007, mukasurat 3). Konsep yang sama telah diwujudkan sebelum SixDegrees.com diisytiharkan di laman internet, tetapi SixDegrees.com merupakan rangkaian social pertama yang menjadikan fungsi fungsi tersebut digabungkan menjadi satu. Walaubagaimanapun, SixDegrees.com tidak menguntungkan dan akhirnya ditutup dan Amazon.com membelinya.

Niche. Social Networking Sites. http://www.bodhost.com/forum/tutorials-documentation/4183-socialnetworking-sites-niche.html. 2009. 2 Pernick, Ron (1995). "A Timeline of the First Ten Years of The WELL" 3 TheGlobe.com to Cut Staff, Fold Sites at news.com. Dated August 3, 2001 4 "Beverly Hills Internet, builder of interactive cyber cities, launches 4 more virtual communities linked to real places; SiliconValley, CapitolHill, Paris and Tokyo offer free homesteads to residents of BHI's 'GeoCities'". Business Wire. July 5, 1995 5 Elliott, Stuart. "Interpublic invests in an Internet provider aimed at 'the transition generation' of young adults ". New York Times, May 28, 1997, p. D5

Pada akhir tahun 90-an, laman web rangkaian social semakin pesat dibangunkan. Antara laman rangkaian social yang dibuka pada waktu itu adalah Epinions.com yang menggunakan sistem yang dikatakan sebagai The Web of Trust dan membenarkan penggunanya untuk membuka rangkaian sosial media sendiri yang dikhaskan hanya kepada orang-orang yang dipercayai oleh penggunanya. Sistem ini mula berkembang dengan pesat pada tahun 2002 apabila Friendster6 diisytiharkan yang menyebabkan rangkain-rangkaian sosial seperti ini menjadi laluan utama global bagi rakyat seluruh dunia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pada hujung tahun 2002, MySpace dan LinkedIn juga mengikuti langkah yang sama dan akhirnya Bedo. Apabila jejaknya tahun 2005, MySpace pula diisytiharkan sebagai rangkaian media sosial yang terbesar dan laman rangkaiannya dilaporkan dilawati oleh pengguna lebih ramai daripada yang melawat laman web Google pada waktu itu. Pada tahun 2006, Facebook menjadi satu pesaing yang hebat dan jumlah penggunanya semakin bertambah besar dalam bilangan dari hari demi hari.7 Aplikasi-aplikasi yang diperkenalkan oleh Facebook seperti membuat add-on dan berberapa aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta graphic rangkaian sendiri menjadikan Facebook sebagai suatu tarikan kepada pengguna-penggunanya. Justeru, kini laman web rangkaian sosial menjadi suatu medium untuk berinteraksi di alam maya yang terbesar dan terpantas di dunia dan tidak menghadkan seseorang itu dengan kedudukan geografinya. Dengan berkembangnya penggunaan sistem maklumat dan rangkaian siber telah meningkatkan rangkaian perhubungan seluruh dunia secara tidak langsung mewujudkan dunia tanpa sempadan. Ruangan internet merupakan suatu ruangan maya yang berfungsi seolah-olah seperti suatu ruangan sebenar untuk melakukan aktiviti samada berniaga, berpolitik dan bersosial. Internet menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna serta jalan yang mudah untuk berkomunikasi dan bersosial. Bukan itu saja, pengguna boleh mendapatkan berita terkini berkaitan dengan perkembangan semasa di dalam dan diluar Negara. Kewujudan dunia siber bukan saja memberi kesan yang positif tetapi turut memberi kesan negative. Oleh itu dalam berdepan dengan era perkembangan pesat teknologi maklumat, menuntut persediaan rapi dan penguatkuasaan sistem perundangan dalam

6 7

Betsy Schiffman, May 9, 2008. "In Praise of Friendster", Wired. Mark Hachman (April 23, 2012). "Facebook Now Totals 901 Million Users, Profits Slip" . PCMag.com

menghadapi pelbagai bentuk jenayah yang dilakukan di alam siber. Dengan kewujudan pelbagai rangkaian rangkaian sosial di dalam internet yang membolehkan seseorang berhubung, berinteraksi dan berkongsi maklumat, datanglah beberapa individu-individu yang menyalahgunakan kemudahan ini dan menggunakan siber sebagai medium untuk melakukan pebulian kepada pengguna-pengguna lain dan secara tidak langsung merupakan jenyah siber. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer yang mempunyai talian terus atau dengan dalam erti kata lain, menggunakan perkhidmatan internet. Pelakuan jenayah jenis ini tidak terhad kepada Negara sendiri sahaja malah juga menjangkau ke Negara luar.8 Jenayah siber boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu jenayah siber terhadap harta benda, jenyah siber terhadap manusia dan jenyah keganasan siber.9 Namun, apa yang ingin ditekankan adalah berkenaan jenayah siber tehadap manusia yang lebih kepada menggunakan penggunaan siber untuk menyakiti hati seseoranag secara emotionalnya atau menindas pengguna pengguna lain dengan cara pemalsuan informasi diri, penipuan siber, dan menyebarkan maklumat peribadi seseorang kepada pengguna lain dengan niat yang jahat. Justeru, bagi tujuan perbincangan ini, penyelidikan hanya akan memberi tumpuan kepada perlindungan terhadap mangsa terhadap pembulian siber iaitu jenayah siber terhadap manusia. Istilah buli siber pertama kalinya diperkenalkan dan ditakrifkan oleh seorang pendidik dari Kanada dan aktivis anti-buli iaitu Bill Belsey, beliau mendefinisikan buli siber ini sebagai "penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong sengaja, tingkah laku yang berulang kali, dan bermusuhan oleh individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk mencederakan lain-lain.10 Buli Siber kemudiannya telah ditakrifkan sebagai "apabila telefon sel, Internet atau peranti lain yang digunakan untuk menghantar atau mengepos teks atau imej-imej yang bertujuan

Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap, Jenayah Berkaitan Dengan Komputer: Perspektif UndangUndang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 56. 9 Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap, Jenayah Berkaitan Dengan Komputer: Perspektif UndangUndang, hlm 57-64 10 Cyberbullying.org includes the first formal definition of cyberbullying by Bill Belsey. July 6, 2011

untuk menyakiti atau memalukan orang lain".11 Penyelidik lain juga menggunakan bahasa yang hampir sama untuk menerangkan tentang fenomena ini.12 Buli Siber boleh terjadi sama ada dengan penghantaran e-mel secara berterusan kepada seseorang yang telah berkata berulangkali yang dia enggan berhubung dengan penghantar, penghantaran email yang berbaur mengancam, menghantar kata-kata berbentuk seksual, melabelkan seseorang dengan cara menindas mangsa seperti penhantaran kata-kata benci atau hate message atau sama-sama ahli forum berpakat menjadikan seseorang sebagai subjek cemuhan dalam forum-forum dan juga menghantar kenyataan palsu dan menyatakan seolah olah ianya sesuatu fakta yang benar dengan tujuan untuk meghina mangsa. Pembuli siber juga mungkin mendedahkan data peribadi mangsa '(contohnya, nama sebenar, alamat, atau tempat kerja / sekolah) di laman web atau forum atau menyamar sebagai identiti mangsa untuk tujuan menerbitkan sesuatu di dalam ruangan forum dalam nama mangsa yang akan mencemarkan nama baiknya atau dengan tujuan menfitnah mangsa. Sesetengah pembuli siber juga akan menghantar e-mail dan mesej segera yang menggangu dan sebagai suatu untuk menakutkan mangsa, manakala yang lain akan mengepos khabar angin atau gossip yang tidak benar bagi tujuan untuk menghasut orang lain untuk tidak menyukai atau menjauhi mangsa sasaran pembuli.13 Bedasarkan laporan, kanak-kanak mula adanya sikap membuli terhadap satu sama lain bermula dari seawal kanak-kanak itu berusia 8 tahun. Menurut kajian, kanak-kanak lelaki mula menunjukkan sikap membuli lebih awal daripada seorang kanak-kanak perempuan.14 Walau bagaimanapun, apabila sampai ke sekolah menengah kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam pembulian siber berbanding dengan lelaki. Tidak kira pembuli lelaki atau perempuan, niat mereka adalah sama iaitu untuk mengaibkan orang lain dengan sengaja, mengganggu, mengugut, atau membuat ancaman dalam talian untuk membuli mangsa. Pembulian siber ini boleh berlaku melalui penghantaran e-mel, mesej teks dan juga memposkan benda-benda memalukan tentang mangsa ke dalam blog dan di lamanlaman web. Walaupun penggunaan kata-kata dan ancaman seksual kadang-kadang hadir di
11 12

National Crime Prevention Council. Ncpc.org. Retrieved on July 6, 2011. Bullying Beyond the Schoolyard: Preventing and Responding to Cyberbullying, by J.W. Patchin and S. Hinuja; Sage Publications, (Corwin Press, 2009) 13 Patchin, J. W. & Hinduja, S. (2006). Bullies move beyond the schoolyard: A preliminary look at cyberbullying Youth Violence and Juvenile Justice, 4(2), 148 169. 14 Cyberbullying defies traditional stereotype: Girls are more likely than boys to engage in this new trend, research suggests September 1, 2010

dalam sesuatu pembulian siber, ia tidak sama seperti gangguan seksual secara nyata dan tidak semestinya melibatkan pemangsa seksual.

1.2

KENYATAAN MASALAH

Masalah buli siber adalah tidak wajar dipandang remeh. Sungguhpun perbuatan membuli di dalam talian ini tidak dilihat seperti sesuatu yang serius kerana tiada kesan cedera atau lebam di badan atau muka mangsa tetapi kesan yang dikenakan oleh pembuli kepada mangsanya adalah bersifat kekal dan meninggalkan impak emosi yang sangat mendalam. Pengawalan terhadap kes kes buli siber di Malaysia banyak dipandang remeh oleh masyarakat namun tanpa mereka sedari gejala buli siber ini adalah dibagaikan penyakit yang akan merosakkan masyarakat dari dalam. Jaringan internet yang boleh melangkaui sempadan tanpa mengira Negara ataupun negeri boleh menyebabkan sesiapa jua boleh terdedah dengan perlakuan ini.Justeru, memiliki undang-undang yang komprehensif serta penguatkuasaan yang efisiem mampu untuk membanteras masalah buli siber atau buli dalam talian. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak mempunyai undang-undang yang khusus bagi membanteras masalah ini dan undang-undang yang sedia ada juga tidak mencukupi untuk melindungi mangsa. Malah undang-undang juga tidak menyediakan remedi kepada mangsa bulian yang telah mengalami tekanan mental dan emosi akibat daripada bulian ini. Kajian lebih sukar untuk dilakukan kerana kurang kes-kes yang berkaitan denga buli siber ini dilaporkan, contoh-contoh kes yang dapat dilihat hanya pada kes-kes yang tidak dilaporkan atau daripada aduan yang ditulis is laman web Cyber Security Malaysia. Namun, kes-kes yang dilaporkan juga sukar diberi penghakiman daripada mahkamah kerana definisi buli siber itu sendiri adalah kurang jelas.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu obejektif am dan juga objektif khusus. Penerangan mengenai kedua-dua objektif adalah seperti berikut:

1.3.1 Objektif Am

Penyelidikan dijalankan bagi mengenalpasti tanggungan pembuli siber dan sejauh manakah perundangan yang dikuatkuasakan di Malaysia melindungi mangsa pembuli siber dan akibat yang akan terjadi jika masalah pembulian siber ini tidak dibendung serta cadangan penambahbaikan oleh perundangan kepada masalah pembulian siber.

1.3.2 Objektif Khusus

1. Membandingkan undang undang berkaitan pembulian siber di Malaysia dan Negara Negara luar disamping menganalisis secara kritis kes kes yang terdapat di dalam Negara dan juga diluar negara.

2. Mengenal pasti sejauh manakah tanggungan kanak-kanak dalam kesalahan jenayah buli siber di Malaysia.

3. Mengemukakan cadangan penambahbaikan yang dapat memberi perlindungan undang-undang terhadap mangsa pembulian siber supaya penguatkuasaan undangundang dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang akan dikaji dalam kajian ini adalah:

1. Apakah peruntukan undang-undang yang ada dalam perundangan Malaysia dalam menyelesaikan kes pembulian siber?

2. Apakah tanggungan yang akan dihadapi oleh pembuli siber yang melanggari Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Jenayah Komputer?

3. Adakah peruntukan dalam Kanun Keseksaan memadai untuk menghukum seseorang pembuli siber?

4. Apakah masalah yang akan dihadapi oleh penguatkuasaan undang-undang di Malaysia dalam menangani isu pembulian siber?

5. Apakah cadangan penambahbaikan dalam menangani masalah pembulian siber?

1.5 KEPENTIGAN KAJIAN

1.

Kajian ini menekankan berkaitan prospek masa depan rakyat Malaysia pada masa hadapan tentang jenayah pembulian siber. Supaya undang-undang kita seiring dengan arus teknologi maklumat dan bersedia untuk membela mangsa-mangsa pembulian siber dan menangani masalah-masalah berkaitan dengan jenayah pembulian siber ini.

2.

Kajian ini dapat menjadi panduan serta peringatan kepada semua rakyat Malaysia agar berwaspada sebelum teragak-agak melangkah kaki dalam melakukan jenayah pembulian di alam maya ini.

3.

Kajian ini dapat membuka mata para mangsa pembulian siber tentang hak hak mereka jika mereka dibuli di alam siber dan tanggungan-tanggugan yang akan dipikul oleh pembuli jika mereka melakukan jenayah tersebut.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

1.6.1 Skop Kajian

Sepertimana yang telah diketahui, buli siber adalah murapakan gejala yang semakin lama semakin merebak bukan sahaja di Malaysia malah juga di merata-rata dunia kerana penggunaan internet dan teknologi yang begitu maju kini. Namun begitu, skop kajian terhadap buli siber ini lebih fokus terhadap kegiatan buli siber yang telah berlaku di dalam Malaysia dan bagaimana perananan undang-undang sedia-ada untuk menangani masalah jenayah ini. Selain itu, kajian juga akan menyentuh tentang peranan undang-undnag bagi menangani masalah buli siber yang dilakukan oleh kanak-kanak bawah umur dan setakat mana undang-undang Malaysia boleh mengawal perbuatan kanak-kanak ini. Begitu juga seterusnya akan mengulas kembali apa undang-undang yang patut dilakukan bagi mambaik pulih gelaja buli siber ini.

Limitasi kajian adalah seperti berikut:

(a) Kajian ini akan mengkaji perlindungan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Kanun Keseksaan dengan akta-akta negara luar yang berkaitan untuk di bandingkan dengan akta sedia ada,

(b) Kajian ini akan berkisar hanya kepada kajian perpustakaan dan internet sahaja.

(c) Kajian ini akan memberi cadangan dalam membantu pembaca dalam memahami perundangan yang semakin berkembang.

1.6.2 Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data dilakukan secara berperingkat iaitu:

(a) Analisa bahan bercetak banyak merujuk Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan sebagai sumber utama. Manakala sumber sekunder pula diperoleh daripada artikel-artikel yang relevan dalam jurnal, kertas-kertas seminar, internet serta kertaskertas kajian dan perbincangan yang dilihat bersesuaian dengan topik. Sebagai contoh laman sesawang yang berkaitan adalah seperti laman web Cyber Scurity Malaysia dan juga undang-undang di United Kingdom (UK) serta Amerika Syarikat dan lain-lain laman sesawang yang berkaitan.

(b) Dari aspek kajian kes banyak merujuk kepada kes-kes yang berlaku di Amerika Syarikat memandangkan tiada kes yang dilaporkan di Malaysia walaupun ada kes yang berlaku tetapi ianya hanya berkisar di peringkat masyarakat sahaja.

1.7

ULASAN LITERATUR

I really don't see the reason of trying, or for talking, or for breathing. I'm just done- Taylor in Cyberbully Drama

Itulah kata-kata seorang mangsa buli siber yang telah dibuli, dihina dan difitnah oleh rakan rakannya di akuan laman sosialnya bedasarkan drama Cyberbully yang dilakukan khas bagi mangingati penonton tentang impak sesuatu pembulian siber itu terhadap seseorang. Namun, kes yang sebenar seperi kes Megan Miere dan juga Ryan Hilligan adalah jauh lebih menyayat hati daripada apa yang diceritakan di dalam drama tersebut dan mangsa yang dibuli sehingga menggambil keputusan untuk membunuh diri. Aktiviti buli siber seperti menyerang mangsa secara berkumpulan di alam siber dan menulis kata-kata yang menghina atau memalukan mangsanya telah membuatkan mangsa mengalami tekanan emosi dan trauma untuk bertemu dengan sesiapa pun. Aktiviti pembuli siber serperti menfitnah mangsa dengan perkara-perkara yang tidak benar dan juga mengedit gambar mangsa menjadikan gambar tersebut suatu yang memalukan dan menyiarkan kepada berjuta-juta pegguna internet dapat menghancurkan hidup seseorang atau kerier dan kredibility seseorang. Perbuatan pembuli siber adalah tidak berperikemanusiaan dan adalah sesuatu perbuatan yang keji sama sekali. Amerika Syarikat mula sedar tentang bahayanya buli siber selepas terjadinya kes Megan Miere ini. Sejurus selepas itu, undang-undang berkaitan dengan buli siber telah dibuat bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa. Namun perundangan Malaysia masih tidak mengambil apa-apa tindakan dalam menangani masalah ini. Hal ini telah menyukarkan pihak mahkamah untuk membuat keputusan jika kes-kes buli siber ini berlaku dan kerana terdapatnya lompangan dalam perundangan kita tentang definisi buli siber yang sebenar, adalah sukar bagi pihak mahkamah untuk memberikan definisi yang tepat tentang apa itu aktiviti buli siber. Begitu juga dengan kes-kes di mana kanak-kanak yang telah melakukan aktiviti tersebut yang semangnya bedasarkan statistic yang telah dilakukan ternyata kanak-kanak adalah golongan yang paling banyak melakukan aktiviti buli siber. Perundangan Malaysia adalah senyap tentang hal ini menyebabkan buli siber yang dilakukan olek kanak-kanak lebih bertambah dan berleluasa dari hari ke hari. Lebih menyedihkan bagi pihak mangsa kerana undang-undang tidak

menyediakan apa-apa remedi bagi mangsa-mangsa yang telah di buli siber dan mengalami trauma atau tekanan emosi yang mendalam. Konklusinya, pihak perundangan haruslah melakukan suatu akta yang khusus bagi mengendalikan masalah buli siber di Malaysia bagi memudahkan pihak mahkamah membuat keputusan dan memberikan hukuman yang sepatutnya kepada pembuli-pembuli siber ini. Pihak perundangan haru tahu yang walaupun, kesan buli siber tidak terlihat pada lebam lebam pada badan atau muka, namun kesan yang terjadi adalah lebih mendalam dan merosakkan minda dan member tekanan kepada emosi mangsa dengan begitu kuat sekali.

1.8

KERANGKA KONSEP

1.8.1 Konsep Buli Siber Perbincangan ini adalah menjurus kepada buli yang berlaku di dalam talian yang berbeza dengan buli tradisional. Buli di dalam talian tidak seperti buli tradisional yang bersifat fizikal namun, kesannya kepada mangsa adalah sama sahaja. Perbezaan yang diutarakan di dalam kes ini adalah walaupun dua dua jenis buli mampu menyakiti mangsa tetapi membuli secara tradisional hanya terbatas di sekolah atau diluar rumah tetapi buli di dalam talian mampu menembusi rumah dan menyakiti mangsa secara berulang-ulang.dan bukan sahaja terbatas kepada beberapa orang malah berjuta-juta orang pengguna internet. Buli Siber boleh terjadi sama ada dengan penghantaran e-mel secara berterusan kepada seseorang yang telah berkata berulangkali yang dia enggan berhubung dengan penghantar, penghantaran email yang berbaur mengancam, menghantar kata-kata berbentuk seksual, melabelkan seseorang dengan cara menindas mangsa seperti penhantaran kata-kata benci atau hate message atau sama-sama ahli forum berpakat menjadikan seseorang sebagai subjek cemuhan dalam forum-forum dan juga menghantar kenyataan palsu dan menyatakan seolah olah ianya sesuatu fakta yang benar dengan tujuan untuk meghina mangsa. Pembuli siber juga mungkin mendedahkan data peribadi mangsa '(contohnya, nama sebenar, alamat, atau tempat kerja / sekolah) di laman web atau forum atau menyamar sebagai identiti mangsa untuk tujuan menerbitkan sesuatu di dalam ruangan forum dalam

nama mangsa yang akan mencemarkan nama baiknya atau dengan tujuan menfitnah mangsa. Sesetengah pembuli siber juga akan menghantar e-mail dan mesej segera yang menggangu dan sebagai suatu untuk menakutkan mangsa, manakala yang lain akan mengepos khabar angin atau gossip yang tidak benar bagi tujuan untuk menghasut orang lain untuk tidak menyukai atau menjauhi mangsa sasaran pembuli.15 Pembulian siber juga boleh jadi dari kalangan kanak-kanak bedasarkan kes-kes yang terdapat di luar Negara dan juga kajian yang telah dijalankan oleh Cyber Security Malaysia yang dengan jelas menunjukkan kanak-kanak juga berupaya melakukan buli siber seperti mana dewasa melakukannya dan hal ini adalah sangat membimbangkan. Namun, kes-kes yang berkaitan buli siber di Malaysia tidak banyak yang dilaporkan banyak yang telah menyelesaikan kes secara persendirian.

1.9

SUMBANGAN KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA

Dengan pembangunan teknologi baru negara memerlukan garis panduan bagi mengawal penggunaannya. Pembulian siber bukan lagi menjadi suatu yang baru bagi kita dan banyak Negara lain-lain telah mula menyedari tentang keburukan dan kesannya kepada masyarakat. Memandangkan tiada peruntukan atau peruntukannya tidak sesuai untuk menyelesaikan permasalahan kes buli siber dalam akta yang sedia ada contohnya dalam Akata Komunikasi dan Multimedia dan juga Akta Jenayah Komputer 1997 walaupun kegiatan buli siber sering dikaikan dengan jenayah komputer. Maka adalah digalakkan untuk memahami isu-isu teknologi dari kaca mata perundangan dengan membekalkan aplikasi teknikal dalam masa yang sama agar garis panduan yang bakal disediakan selari dengan keadilan yang menjadi tunggak setiap percaturan. Kajian ini bertujuan membantu pembaca supaya lebih memahami aktiviti buli siber dan aspek perlindungan serta pembulian di dalam talian yang akan cuba diasimilasikan dengan peruntukan yang sedia ada di Malaysia.

15

Patchin, J. W. & Hinduja, S. (2006). Bullies move beyond the schoolyard: A preliminary look at cyberbullying Youth Violence and Juvenile Justice, 4(2), 148 169.

1.10

KESIMPULAN

Walaupun kes berkaitan dengan buli siber kurang dibincangkan di mana-mana mahkamah di Malaysia namun persediaan adalah perlu bagi menangani masalah ini dengan lebih berkesan. Hal ini adalah kerana dengan teknologi yang berkembang pesat dengan begitu pantas pembuli telah mengambil kesempatan ini untuk memudahkan lagi dirinya untuk melakukan aktiviti pembulian seperti menggunakan photoshop dan sebagainya. Sebelum terlambat adalah lebih baik untuk kita bersedia dengan undang-undang yang cukup untuk menangani masalah ni sebelum nasi menjadi bubur seperti yang terjadi di dalam kes Megan Meier di Amerika Syarikat. Bedasarkan kajian yang telah dijalankan adalah wajar untuk dikatakan yang dengan undang-undang yang sedia ada, adalah wajar untuk pembuli siber ini dikenakan hukuman yang sejajar dengan perbuatannya. Malah, perbuatan membuli ini juga adalah wajar dikenakan hukuman jenayah terhadapnya. Akta Komunikasi dan Multimedia juga haruslah memberikan tafsiran yang lengkap dan jelas mengenai jenayah pembulian siber ini atau dengan cara yang lebih berkesan ialah dengan membuat satu akta khusus untuk mengendalikan kes-kes buli siber ini.Perlu diingatkan yang badan perundangan janganlah jadi seperti peribahasa sedah terhantuk baru terngadah kerana pada masa itu, sudah pun terlambat untuk menyelamatkan mangsa tersebut.

You might also like