You are on page 1of 5

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2013/2014


A. Maklumat Kursus Kod Kursus Nama Kursus Hari Waktu Tempat : : : : : KAK 3023 SAINS AWAL KANAK-KANAK SABTU (AKAN DIMAKLUMKAN) RUJUK JADUAL YANG DIEDARKAN PP KAMPUS INDUK, PP KUCHING, PP KOTA KINABALU 1. Dr. Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid (r_adawiah@usm.my) - Pulau Pinang 2. Puan Nor Asniza Hj. Ishak Kuching (asnizaishak@gmail.com) 3. Cik Fatimah Azzahra bt Ahmad Rashid (azzahra_rashid@yahoo.com) Kota Kinabalu

Penyelaras/Pensyarah:

Bilangan Pelajar Unit Kredit

: : 3

B. OBJEKTIF KURSUS Kursus ini memperkenalkan teori-teori dan pendekatan-pendekatan mengajar sains bagi pendidikan awal kanak-kanak. Kursus ini juga menyediakan kemahiran-kemahiran asas kepada guru untuk mengajar kesukaan kanak-kanak dalam sains dan persekitaran melalui pengalaman langsung. (The course introduces theories and approaches of teaching science for early childhood education. It also provides fundamental skills for teachers to inculcate childrens interest in science and environment through hands on experience.)

C. MAKLUMAT KULIAH MINGGU/ TARIKH 1 [09/09/13 15/09/13] 2 [16/09/13 22/09/13] TAJUK PENSYARAH CATATAN Perjalanan kursus dijalankan di ppgusm.com

Pengenalan Kursus Pengurusan Kursus dan pelajar dalam ppgusm.com Unit 1 Pengenalan kepada teori sains awal kanak-kanak. Teori sains untuk kanak-kanak, sains dalam kurikulum awal kanak-kanak, strategi pembelajaran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak. Unit 2 Pendekatan dan kaedah pengajaran sains awal kanak-kanak. Fokus kepada kandungan sains awal kanakkanak dan proses pembelajaran sains awal kanak-kanak berdasarkan kurikulum. Unit 3 Konsep asas dalam sains awal kanak-kanak. Proses inkuiri: pemerhatian, pertanyaan, mengumpul, mengorganisasi dan menganalisis data. Unit 4 Integrasi sains dalam kurikulum awal kanak-kanak. Melaksanakan aktiviti-aktiviti sains awal kanak-kanak berdasarkan tema dalam kurikulum dengan menggunakan teknik main. Unit 5 Perkembangan kognitif kanak-kanak menerusi sains awal. Cara mengeksplorasi sesuatu menerusi eksperimen. Unit 6 Aktiviti-aktiviti sains di luar bilik darjah. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sains awal kanak-kanak di luar bilik darjah. Unit 7 Menjelajahi bumi dan ruang angkasa. Mengenali alam seperti bumi dan ruang angkasa dengan melaksanakan projek sains secara berkumpulan. Unit 8 Kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti sains. Penggunaan teknik drama dan projek sains untuk kanak-kanak.
2

3 [23/09/13 29/09/13] 4 [30/09/13 06/10/13] 5 [07/10/13 13/10/13] 6 [14/10/13 20/10/13]

Perjumpaan Bersemuka 1 (28/09/13)

Perjumpaan Bersemuka 2 (12/10/13)

7 [21/10/13 27/10/13]

Perjumpaan Bersemuka 3 (26/10/13)

8 [28/10/13 03/11/13]

Cuti Pertengahan Semester [4/11/13 17/11/13] 9 [11/11/13 17/11/13] Perjumpaan Bersemuka 4 (16/11/13)

Unit 9 Penyelesaian masalah dalam sains awal kanak-kanak. Mereka dan mencabar aktiviti sains yang kompleks.

10 [18/11/13 24/11/13]

Unit 10 Penggunaan teknologi dalam pengajaran sains awal kanak-kanak. Penggunaan computer, CD-Rom dan melayari internet untuk pembelajaran sains awal kanakkanak.

11 [25/11/13 1/12/13]

Unit 11 Pemakanan, nutrisi dan kesihatan. Menjamin kesejahteraan hidup kanak-kanak dan cara menjauhi penyakit kanak-kanak.

Perjumpaan Bersemuka 5 (30/11/13)

12 [2/12/13 08/12/13] 13 [09/12/13 15/12/13] [20/12/13 22/12/13]

Unit 12 Penilaian untuk sains awal kanak-kanak. Penilaian berbentuk informal yang merangkumi pemerhatian dan aktiviti rutin.

Rumusan Hasil Pembelajaran, Perbincangan dan Perundingan Atas Talian

PEPERIKSAAN AKHIR

D. RUJUKAN Anne, G. (1999). Science in the Classroom. United Kingdom: Oxford University. Johnston, J. (1996). Early Exploration in Science. England: Open University Press. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. (2003). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Karen, K. L. (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. 4th Edition. United State: Thomson Delmar Learning. Zurida., Sharifah., & Maznah. (2004). Pendidikan Sains Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

E.

TUTORIAL

Dilakukan semasa perjumpaan bersemuka. F. PENILAIAN KURSUS

Kerja Kursus (60%) Mod 1. Kuiz - Individu 2. Tugasan Berkumpulan 3. Tugasan Berpasangan Pemberatan 30% 15% 15% Tarikh Setiap Minggu Sepanjang Semester Perjumpaan Bersemuka 3 26/10/2013 Perjumpaan Bersemuka 5 30/11/2013

Catatan: 1. Kuiz Individu (30%) Kuiz berjalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran; bermula minggu kedua semester sehingga minggu kedua belas semester berkenaan iaitu selama 10 minggu. Kuiz dijalankan secara mingguan. Pelajar dikehendaki menjawab 3 soalan kuiz setiap minggu menerusi moodle.

2. Tugasan Berpasangan (15%) Setiap pasangan perlu memilih salah satu daripada bahan maujud tertentu. Antara pilihan bahan maujud tersebut adalah seperti berikut: a. Tepung b. Daun c. Bunyi (Loceng/Jam/ lain-lain) d. Pasir e. Air f. Replika Tulang Manusia g. Roda/tayar h. Kipas Rancangkan satu aktiviti berdasarkan tunjang sains dan teknologi menggunakan bahan maujud tersebut. Jelaskan aktiviti anda secara terperinci, lengkap dengan hasil pembelajaran, penjelasan berpandukan kaedah langkah demi langkah serta gambar. Anda bebas menggunakan sebarang teknik dan kaedah pengajaran bagi menghasilkan aktiviti tersebut. Pastikan aktiviti anda adalah unik dan asli.

3. Tugasan Berkumpulan (15%) Setiap kumpulan perlu mempunyai antara 5-6 orang ahli. Tugasan 1 (10%) Setiap kumpulan perlu membawa bahan-bahan terpakai dari tempat tinggal masing-masing, atau mencari bahan-bahan terpakai sekitar kampus (Perbincangan dan jenis bahan perlu dilakukan dengan ahli kumpulan sebelum hari pertemuan). Pada hari pertemuan iaitu perjumpaan bersemuka 3, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunakan di dalam pengajaran bagi topik 'Menjelajahi Bumi dan Ruang Angkasa'. Setiap kumpulan bebas menggunakan seberapa banyak bahan terpakai yang dijumpai. Markah akan diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan BBM yang kreatif, unik dan asli hasil daripada penggunaan bahanbahan terpakai.

Tugasan 2 (5%) Setiap kumpulan perlu menyediakan satu esei yang bertajuk 'Pemanasan Global dan Peranan Guru Pra Sekolah Terhadap Pelestarian Alam Sekitar'. Panjang esei adalah tidak melebihi 1000 patah perkataan. Esei ini perlu dihantar semasa perjumpaan bersemuka 3.
Peperiksaan Akhir (40%) Jawab TIGA (3) soalan esei. Soalan 1 WAJIB dijawab dan PILIH 2 daripada 3 soalan.

You might also like