You are on page 1of 3

Bismillahirrahmannirrahim Yang berbahagia: Yang Berusaha: Turut berusaha: Seterusnya: Tidak dilupakan: Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

salam 1 Malaysia , Salam 1 PPD Semporna. Kualiti dijunjung Pendidikan disanjung. Sebelum saya meneruskan ucapan alu-aluan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak BTP Negeri Sabah ,khususnya pihak pengurusan PKG Semporna kerana memberikan kepercayaan kepada Sekolah Kebangsaan Bugaya bertindak selaku tuan rumah dalam mengendalikan majlis yang gemilang ini.

Jajaran mengkudu berbaris kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan aluan pembuka bicara Dalam Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

Tuan-tuan dan puan-puan, Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program ini mula dipekenalkan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) pada tahun 2010. Adalah diharapkan pada tahun ini sekali lagi kita akan mencipta satu rekod yang membanggakan. Pada hari ini Program KM1M dan Kempen Read 2013 dilancarkan secara serentak di semua sekolah dalam negara Malaysia.Program ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 28/10/2013 -30/10/2013. Sepanjang Program ini pelbagai aktiviti yang menarik telah dirangka . Saya berharap aktiviti-aktiviti ini akan dapat menyumbang terhadap kemenjadian muridmurid di sekolah kebangsaan dan juga pelajar-pelajar di sekolah menengah. Insyaallah. Kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang talah disediakan saya menyeru ambillah peluang untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk dibawa balik ke sekolah masing-masing dan seterusnya kongsikan ilmu dan pengalaman tersebut bersama rakanrakan di sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga sekolah kebangsaan Bugaya dengan penuh rasa rendah hati ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemaham di mana-mana sepanjang pengendalian majlis ini. Sesungguhnya yang baik dan yang sempurna itu hanya daripada Allah dan kelemahan itu daripada pihak kami. Indah senja berbalam warna, Anak dara duduk di tepi wadi; Hajat hati inginkan yang sempurna, Dengan izin Allah jua semuanya terjadi. Sekian wabilahi taufik walhidayahAssalamualaikum.

You might also like