You are on page 1of 2

Nama No KP

: Luqman Nul Hakeem bin Abdul Rahim : 911120-04-5711

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN KHAS

Tugasan pada semester ini bagi Unit Persatuan GERKO adalah untuk melakukan satu lawatan akademik. Jadi, saya telah pun ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas bagi sesi pengajaran mikro bersama murid murid istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. Sepanjang tiga hari saya berada di sini, banyak kelebihan yang saya dapat iaitu pengalaman yang saya timba daripada program ini. Pertama, saya dapat mengenali murid murid istimewa ini dengan lebih dekat. Saya amat kagum dengan kesungguhan mereka dalam menjalani kehidupan seharian meskipun mereka tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar. Kedua, saya amat kagum dengan kebolehan mereka dalam menulis, membaca, menggunakan alat Braille dan membaca teks yang ditaip menggunakan alat Braille. Mereka tidak boleh melihat dan mendengar mahupun bercakap, namun dengan keazaman yang tinggi, mereka mampu melakukannya dan hidup seperti orang biasa. Ketiga, saya dapat memahami bagaimana pendekatan yang perlu dilakukan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi murid murid istimewa ini. Melalui program ini, saya dapat belajar bagaimana untuk merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid murid ini menjalani aktiviti fizikal dalam kelas Pendidikan Jasmani seperti murid murid lain. Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan kerana setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kelemahan yang saya dapati dalam program ini ialah daripada aspek pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pertama, saya kurang mahir dalam pembahagian masa untuk pengajaran dan

pembelajaran selama 1 jam. Hal ini kerana, sepanjang saya menjalani praktikum, saya sudah pun terbiasa mengajar selama 30 minit. Namun begitu, saya cuba sedaya upaya untuk membuat perubahan secara drastik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu, kelemahan yang saya dapati ialah ruang kawasan permainan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah kecil dan terhad. Hal ini kerana, ruang yang digunakan adalah ruang makan iaitu kantin yang tidak digunakan. Ruang yang sempit membuatkan aktiviti aktiviti yang dijalankan menjadi terhad dan berisiko. Murid murid berisiko dalam aktiviti berlari misalnya, murid mungkin akan merempuh dinding, meja mahupun kerusi yang ada di sekitar ruang kawasan permainan meskipun ianya telah disusun dengan baik. Penambahbaikan yang dapat saya cadangkan di sini ialah, ruang kawasan permainan yang lebih besar. Hal ini kerana, saiz ruang adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Apabila ruang kawasan besar, murid berkebolehan melakukan pergerakan yang lebih dan ini akan membolehkan keseronokan dapat dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Seperti semua sedia maklum, keseronokan adalah antara perkara penting dalam sesuatu pengajaran bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak suram dan membosankan. Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dapat menimba satu ilmu yang berguna dan sukar untuk didapati di mana mana. Hal ini kerana, bersama dengan murid murid istimewa ini sangat menyeronokkan dan menginsafkan. Melalui program ini, saya belajar bagaimana menjadi manusia yang bersyukur dan beriltizam tinggi dalam hidup. Sesungguhnya, jika kita merasa hidup ini sukar, kita perlu ingat, ada yang lebih sukar hidupnya dari kita dan kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bersukur.

You might also like