You are on page 1of 0

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

1
TAKRIF PSIKOLINGUISTIK
RPsikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan
akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia. Ilmu linguistik pula ialah
bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu
manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan hariannya
Rbidang psikolinguistik merupakan
gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistic
Rdisiplin psikolinguistik meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam disiplin
linguistik dan psikologi kerana kedua-dua bidang ini adalah saling
bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan bahasa.
Psikolinguistik sebagai Satu Disiplin ilmu

DEFINISI
RGarnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental
yang membolehkan manusia menggunakan bahasa.
RMatthews (1997) berpendapat bahawa bidang ini ialah kajian bahasa
dari pada sudut psikologi
RAitchison (1998), pula mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian
bahasa dan akal budi.
RMangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai
cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk
menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku
pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang
didengarnya.
Rpsikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara
yang dikaji dalam ilmu linguistic dan psikolog
Rdikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu ini secara saintifik
menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam akal budi manusia
semasa seseorang itu berbahasa.
Matlamat Psikolinguistik
George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan
proses psikologi yang berlaku ketika orang menggunakan ayat
Rtujuan utama psikolinguistik adalah untuk mencari satu teori bahasa
yang munasabah dan unggul daripada segi linguistik dan psikologi, yakni
teori yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya
Rpsikolinguistik merupakan bidang ilmu yang berminat untuk mengetahui
hal yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu
berbahasa.
Rpsikolinguistik juga mengkaji salah satu aspek terpenting dalam disiplin
ini, iaitu cara-cara kanak-kanak menguasai bahasa.
RBerdasarkan takrif oleh Aitchison (1987), kita dapat membahagikan
kajian psikolinguistik kepada empat aspek utama, iaitu:
(a) Aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa
pertama atau bahasa ibunda.
(b) Aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input bahasa.
(c) Aspek yang berkaitan dengan proses penghasilan output bahasa.
(d) Aspek yang berkaitan dengan penyimpanan maklumat bahasa atau
pengetahuan bahasa.
TEORI PSIKOLINGUISTIK
Rteori psikolinguistik adalah sesuatu pendapat atau pandangan yang
dikemukakan dalam bidang
Psikolinguistik
Noam Chomsky
berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan
oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti
Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device
(LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk
menjana ayat gramatis dengan cara sejagat atau bebas
budaya.
setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan untuk
berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya
ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian,
akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat
yang tak terkira.
RChomsky berpendapat bahawa bahasa yang dipelajari melalui satu set
rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu itu. Di sini beliau
memperkenalkan dua istilah seperti berikut:
Kompetens
Kompetens dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu
menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens
ialah pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur
dalaman dan berada di dalam otak
Prestasi
diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna
dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbaze dengan kompetens ia
terletak di bahagian luar otak


KEDUDUKAN PSIKOLINGUISTIK DALAM
KAJIAN BAHASA
Mangantar (1987), secara amali disiplin ini cuba menerapkan
pengetahuan linguistik dan psikologi terhadap penyelesaian masalah
bahasa. Antaranya adalah seperti masalah pengajaran dan pembelajaran
termasuk pengajaran bacaan, kedwibahasaan dan multibahasaan, serta
penyakit bertutur seperti afasia dan gagap, komunikasi, pemikiran
manusia, dialek, pidginisasi dan kreolisasi dan masalah sosial lain yang
melibatkan bahasa.
RBidang psikolinguistik muncul berdasarkan kesedaran ahli bahasa
bahawa kajian bahasa tidak boleh dilakukan secara persendirian tetapi
perlu dilakukan secara kerjasama dengan disiplin lain.

Teori Huraian Bahasa
Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam
bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian
bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu
pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa.
(a) Teori Tradisional (Panini)
Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap
bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur
serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu
teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua
bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di
samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan
kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.
(b) Teori Struktural (Bloomfield
Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir,
de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa
ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan
berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara
fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat
dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula
mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri
peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan
kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

2
struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara
induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak
mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran
(c) Teori Transformasi Generatif (Chomsky) Teori yang dipelopori oleh
Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan
kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk
membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan
ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang
lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat
biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan
simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat
dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.
(d) Teori Fungsional (Halliday
Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang
pada tahun 1960- an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari
segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu,
mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal
yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik.
Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa
tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran
dan emosi penutur. Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan
bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan golongan ini
bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi
perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang
ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk
bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Topik 2 Proses Dalaman Penerbitan Bahasa PertuturandanKomunikasi
TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA
Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai
proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya.
Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-kanak menjadi
penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak
ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mangantar Simunjuntak
(1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang
berlaku di dalam otak seseorang kanakkanak sewaktu memperoleh
bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan
bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Behaviouris (Skinner)
RTeori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh
kanakkanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-
kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada
ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu
bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai
bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka
secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul.
Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang
diperoleh.
RTeori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji
dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan
diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada
operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri
manusia. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi
rangsangan dan respons. Golongan behaviouris berpendapat bahawa
pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan
perlakuan itu.
Rlatihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan
kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi
amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh

Teori Mentalis (Chomsky)
Rpemerolehan bahasa sebagai proses
pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenal
sebagai teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan
yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh itu, menurut teori ini,
bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi
manusia. N. Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat
bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa
(Language Acquisition Device) atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia
mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa
RMangantar (1987), juga berpendapat bahawa manusia memang
dilahirkanb bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan
mudah dan cepat. bBeliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani, iaitu
sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam manusia.
Sebenarnya, hipotesis ini pernah dikemukakan oleh Chomsky.
Rberpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan
keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk
ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
Rberpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens (competence)
dan prestasi (performance) bahasa. Kompetens di sini dapat
diertikan sebagai rumus-rumus yang ada dalam mental manusia.
Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur
berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal demikian, teori ini
mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
Teori Interaksionalis (Bloom)
RBloom, Bowennan, Cromer dan Halliday
Rgolongan interaksionalis kelihatan telah
berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara teori behavourisme
dan mentalis. Mereka berpendapat bahawa persekitaran luaran dan faktor
bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam
pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima
latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat
memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam
pemerolehan bahasa. Faktor-faktor seperti persekitaran sosial,
pematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak. Faktor-faktor ini saling berinteraksi
lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Terdapat dua
pendekatan utama bagi golongan interaksionalis seperti berikut:
Pendekatan kognitif
Pendekatan sosial
Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada
perkembangan kognitif; dan perkembangan bahasa juga terlahir sebagai
akibat persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi
sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting kerana memberikan
pengalaman bahasa bagi kanakkanak.
R Halliday (salah seorang tokoh interaksionalis, beranggapan bahawa
perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses
interaksi bahasa. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh
bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan
ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Halliday juga berpendapat
bahawa proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa, khususnya
dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam
situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut
dalam bentuk bahasa.

EVOLUSI PERTUTURAN
Fungsi Otak dan Mekanisme Otak
Otak manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian
bawah dan bahagian atas. Bahagian bawah dikenal dengan nama batang
otak manakala bahagian atas sebagai serebrum. Batang otak memastikan
badan kita sentiasa hidup dengan mengawal pernafasan, degup jantung,
dan sebagainya. Serebrum pula merupakan bahagian yang amat penting
bagi kehidupan kita kerana bahagian ini menjana bahasa. Selain itu,
serebrum juga mengintegrasikan manusia dengan persekitarannya.
Serebrum dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan
hemisfera kanan.

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

3

Bahagian otak yang penting ialah medula, pons, talamus, korteks, dan
korpus kalosum. Medula berperanan dalam hal seperti pernafasan, degup
jantung, pemindahan, kordinasi pergerakan, tindak balas di luar kawalan,
penghadaman dan emosi. Pons pula dikaitkan dengan refleksi manakala
talamus berkaitan dengan pertuturan dan bahasa. Korteks terdiri daripada
enam lapisan tisu yang berkedut dan bengkok-bengkok. Korpus kalosum
berperanan sebagai penyelaras proses mental bagi kedua-dua hemisfera.

Setiap hemisfera dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu cuping frontal,
cuping parietal, cuping temporal, dan cuping oksipital. Setiap msatu
hemisfera mempunyai tugas utama. Hemisfera kiri bertugas untukm
mengawal bahasa, operasi logik, analitik, dan matematik. Sementara itu,
hemisfera kanan bertugas untuk mengawal emosi, mengecam muka, dan
mengenal struktur badan. Pematangan fungsi tertentu otak, khususnya
fungsi verbal menjadi mantap di hemisfera kiri
Bahasa dan Otak
Sebenarnya, otak memberikan tugas kepada hemisfera otak, iaitu
hemisfera kiri dan kanan. Operasi bahasa, logik dan analisis, serta
matematik bertahap tinggi biasanya berlaku di hemisfera kiri.
Sementara itu, hemisfera kanan cukup berkesan dalam hal mengenal
emosi, mengecam muka, dan mengambil kira struktur perkara secara
global tanpa sebarang analisis. Kita menyebut bidang tugas hemisfera kiri
dan kanan sebagai lateralisasi. Lateralisasi otak menjelaskan bahawa otak
mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengembangkan bahasa
PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN
KOMUNIKASI
Penerbitan bahasa dapat diertikan sebagai aktiviti atau proses
mental yang terlibat dalam hal menghasilkan, memahami lalu memperoleh
bahasa oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Ketika kita menghasilkan
pertuturan atau ketika mendengar dan memahami sesuatu pertuturan,
terdapat huraian yang berlaku dalam otak kita. Aktiviti inilah yang dikenal
sebagai pemprosesan bahasa.
Levelt (1989), proses penerbitan pertuturan dapat dibahagikan kepada
tiga aspek, iaitu konseptualisasi (conceptualisation), formulasi (formulation)
dan pelaksanaan (articulation). Semasa konseptualisasi, seseorang
penutur membentuk sesuatu niat lalu memilih maklumat yang relevan
daripada ingatan atau persekitaran sebagai persediaan untuk membina
pertuturan yang dihasratkan. Inilah yang disebut sebagai proses peringkat
mesej (message-level processes). Proses formulasi pula melibatkan hal
menterjemahkan konsep yang diwakili itu ke dalam bentuk bahasa.
Akhirnya, proses pelaksanaan pula melibatkan perancangan fonetik dan
artikulasi pertuturan.

Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan
perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan. Proses
memilih kata ini disebut sebagai pengleksikalan (lexicalisation). Operasi
sintaksis pula merupakan hal pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam
pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun. Operasi fonologi
pula melibatkan tugas menerbitkan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah.
Permulaan proses penerbitan ada kaitan dengan proses pemahaman.
Oleh sebab proses pemahaman merupakan proses mental, kita perlu
membuat persepsi dan kemudian memproses bunyi-bunyi yang didengar
atau dituturkan itu. Jadi proses pemahaman melibatkan tiga gerak laku
yang berurutan, iaitu menanggapi maklumat deria dan
mengenalpastikannya, menentukan makna perkataan, dan memproses
perkataan yang telah ditentukan maknanya menurut
kaedah semantik yang betul (Zulkifli Hamid, 1994).
RUMUSAN
Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang
tanpa disedari atau dipelajari secara formal.
Teori behavourisme menegaskan bahawa manusia memperoleh bahasa
kerana terdapat rangsangan dan tindak balas. Kemudian manusia
menguasai sesuatu bahasa melalui proses pengulangan sehingga
terbentuk kebiasaan atau tabiat dalam dirinya.
Teori mentalis berpandangan bahawa manusia secara semula jadi
mempunyai keupayaan untuk berbahasa. Terdapat LAD dalam otak
manusia untuk membina bahasa mereka secara aktif.
Teori ini juga berpendapat bahawa ada dua proses dalam penguasaan
bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi.
Teori interaksionalis beranggapan bahawa pemerolehan bahasa
melibatkan dua proses, iaitu proses mental dan interaksi bahasa.
Terdapat banyak bahagian otak yang terlibat dalam fungsi bahasa.
Antara yang penting ialah hemisfera kiri.
Penerbitan bahasa merupakan aktiviti mental yang melibatkan hal
menghasilkan, memahami dan melaksanakan pertuturan dalam
komunikasi.
Penerbitan pertuturan dalam otak melibatkan tiga peringkat yang
penting, iaitu konseptualisasi, formulasi dan pelaksanaan.
Bertutur melibatkan operasi semantik, sintaksis dan fonologi.
Pengleksikalan ialah proses memilih kata semasa kita hendak
berkomunikasi dengan orang lain.

Topik3 Struktur Dalaman Penglahiran Bahasa
PEMENDAMAN DAN PENGGUNAAN LEKSIKAL
Asosiasi Perkataan
Dalam otak kita ada leksikon atau leksikon mental (mental lexical).
Leksikon di sini bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata yang
disimpan dalam akal budi kita dalam bentuk entri leksis bagi setiap item.
Item-item leksis disusun dalam leksikon dengan cara yang demikian untuk
membolehkan kita mendapatkan semula perkataan dengan pantas. Hal
menyimpan leksikon dalam otak disebut sebagai pemendaman leksikal
(lexical storage). Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai
kata yang terpendam dalam leksikon kita untuk bercakap atau menulis.
Manakala akses leksikal (lexical access) adalah proses mendapatkan kata
daripada leksikon mental.
Asosiasi perkataan lazimnya mula berlaku apabila seseorang itu bertindak
balas terhadap sesuatu rangsangan, iaitu kata yang dilihat atau didengar.
Asosiasi atau kaitan berlaku untuk mendapatkan makna perkataan, dan
bukannya bentuk perkataan tersebut. Asosiasi makna dengan leksikon
adalah lebih kuat berbanding dengan asosiasi kesamaan bunyi atau
tulisan. Oleh hal demikian, asosiasi perkataan di sini merujuk kepada tugas
otak kita meneliti kata-kata yang terpendam dalam jaringan semantik untuk
membuat pilihan perkataan. Makna asosiasi perkataan lazimnya adalah
berdasarkan pengelompokan semantik, iaitu cara kata-kata dihimpunkan
dalam kumpulan berdasarkan pertalian makna.
Kebanyakan model asosiasi perkataan yang terkini mengandaikan bahawa
katakata
dikaitkan dalam satu jaringan yang kompleks. Jaringan ini
menggambarkan
hubungan semantik seperti berikut:
Sinonimi
Antonimi
Hiponimi

Model Penglahiran Leksikal

Peringkat ini merupakan pencarian semula (retrieval) entri leksis daripada
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

4
leksikon. Sebaik sahaja entri leksikal bagi sesuatu perkataan diakses,
maka maklumat tentang kata tersebut sudah sedia wujud. Terdapat
beberapa model penglahiran leksikal. Antara model tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Model Serial
Model ini berpendapat bahawa kita akan mencari padanan bagi perkataan
yang kita dengar atau baca. Oleh yang demikian, jelas bahawa kata-kata
yang kerap digunakan akan cepat dikenal pasti berbanding dengan yang
kurang kerap. Model ini mencadangkan bahawa kata-kata tidaklah
terpendam begitu sahaja dalam leksikon tetapi mengikut urutan kekerapan
penggunaannya. Model ini disokong oleh model Search yang dipelopori
oleh Forster (1979).
(ii) Model Search
Model search merupakan satu lagi model bagi mengakses leksis. Model ini
berpendapat bahawa kata-kata yang dipendam dalam leksikon mental
diteliti secara serial, iaitu satu per satu item untuk menemui padanannya
dalam isyarat bahasa, iaitu yang didengar atau dilihat.
(iii) Model Verifikasi
Satu lagi model search dipelopori oleh Becker (1979) yang dikenal sebagai
model verifikasi. Model ini menghadkan subset perkataan yang dicari
dengan menggunakan kriteria semantik (makna), iaitu item dikaitkan
dengan konteks tertentu dan kriteria ortografi, iaitu item yang mempunyai
bentuk yang sama dengan kata sasaran.
PEMPROSESAN BAHASA
Usaha memproses bahasa, lazimnya melibatkan empat kemahiran, iaitu:
Kemahiran bertutur
Kemahiran mendengar
Kemahiran membaca
Kemahiran menulis
Selain itu, pemprosesan bahasa juga melibatkan hal mendapatkan item
leksikal daripada leksikon mental.. Pemprosesan bahasa merujuk kepada
caramanusia memproses pertuturan atau tulisan, lalu memahami proses
tersebut sebagai bahasa. Kebanyakan teori terbaharu menyokong idea ini
dan berpendapat bahawa proses ini dijana keseluruhanya oleh otak kita.
Terdapat dua model pemprosesan bahasa. Model tersebut adalah seperti
berikut:
(a) Model Bawah ke Atas (bottom-up processing)
(b) Model Atas ke Bawah (up-bottom processing)
Model pemprosesan bahasa atas ke bawah merujuk kepada pengaruh
pengetahuan peringkat tinggi (konsepsi) terhadap pemprosesan peringkat
bawah tanggapan). Misalnya, ketika kita merancang untuk
bertutur atau menulis, kita mengalami proses atas bawah. Proses ini
bermula dengan proposisi yang adalah besar, iaitu peringkat konsepsi.
Kemudian proses ini bergerak ke bawah dan berakhir dengan
yang kecil, iaitu tanggapan. Tanggapan di sini ialah kata-kata lisan atau
tulisan pada halaman buku bagi orang yang merancang pertuturan atau
tulisan. pemprosesan atas ke bawah merujuk kepada proses konsepsi
manakala pemprosesan bawah ke atas merujuk kepada tanggapan atau
persepsi
Daya Ingatan dan Bahasa.
Menurut Noor Aina Dani (2007), daya ingatan merupakan gudang untuk
menyimpan fakta dan pengetahuan am yang dipelajari seseorang. Semua
perkara itu secara tidak langsung digunakan untuk menyimpulkan makna.
Noor Aina menyatakan bahawa ingatan mempunyai empat jenis makna
seperti
berikut:
sebagai produk yang merujuk kepada jumlah perkara yang tinggal dalam
akal budi kita sebagai peristiwa yang dialami.
diumpamakan seperti tempat
sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan
kita sesuatu produk.
diibaratkan sebagai satu kuasa
Danial Schacter (1996), berpendapat bahawa otak kita dilengkapi dua jenis
ingatan untuk memproses maklumat, iaitu ingatan yang bekerja dan
ingatan jangka panjang. Ingatan yang bekerja memproses maklumat masa
sekarang, manakala ingatan jangka panjang menyimpan maklumat bagi
jangka masa yang lama. Ingatan yang bekerja membolehkan kita
melakukan perkara-perkara yang mudah, seperti mengingat nombor
telefon bimbit rakan kita. Oleh hal demikian, ingatan jenis ini terlibat dalam
proses penyimpanan dan pemprosesan maklumat secara serentak
(Salthouse et.al, 1989). Semasa memproses sesuatu maklumat, ingatan
jenis ini perlu menyelenggarakan beberapa maklumat. Antara fungsinya
ialah mentafsir dan menghasilkan bahasa. Ingatan jangka panjang
mencatat pengalaman lepas dalam daerah otak yang dikenal sebagai
serebral korteks. Kita boleh memendamkan beberapa fakta dalam ingatan
jangka panjang jika pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu fakta
berlaku secara berulang-ulang.

Penggunaan Daya Ingatan
Ingatan merupakan faktor penting dalam pemerolehan keupayaan
memahami dan menghasilkan pertuturan dalam bahasa. Tanpa keupayaan
ingatan, kita tidak dapat mempelajari perkataan dan nahu sesuatu bahasa.
Bagi ingatan jangka panjang, seseorang cenderung menyimpan isi atau
makna ayat didengar. Isi atau makna dapat disimpan dalam ingatan untuk
jangka waktu yang lama. Kebolehan ini berbeza antara individu. Lazimnya,
perkataan yang terkandung dalam ayat akan dibuang daripada ingatan.
Kajian yang dibuat antara kedua-dua jenis ingatan menunjukkan bahawa
perkataan atau ayat yang dihafal secara harfiah hilang dengan cepat,
sedangkan makna atau konsep masih bertahan dalam ingatan dengan
lebih lama. Keadaan ini menjelaskan bahawa perkataan dan ayat yang
dihafal secara harfiah disimpan dalam ingatan jangka pendek. Tafsiran
semantik, isi atau makna yang biasanya bertahan lama akan disimpan
dalam ingatan jangka panjang.
RUMUSAN
Dalam otak kita terdapat leksikon mental, iaitu kosa kata dalam keadaan
yang tersedia untuk digunakan.
Leksikon umumnya merujuk kepada perbendaharaan kata, iaitu
sejumlah perkataan yang dimiliki oleh seseorang penutur.
Pemendapan leksikal merujuk kepada penyimpanan perkataan dalam
otak untuk digunakan ketika kita memerlukannya.
Ketika kita mendapatkan semula perkataan daripada leksikon, proses itu
dinamakan akses leksikal atau mendapatkan semula perkataan.
Terdapat banyak model penglahiran leksikal. Antaranya ialah model
Serial, model Search, dan model Verifikasi.
Pemprosesan bahasa merujuk kepada cara kita memproses pertuturan
atau tulisan dalam otak kita.
Dua model pemprosesan bahasa ialah model bawah ke atas dan model
atas ke bawah.


Topik4 Pengenalan Semantik

Takrif Semantik dan Makna
Palmer (1992), istilah semantic merujuk kepada kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini
sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos,
yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula
diperkenalkan oleh M. Bral daripada kata Perancis semantique. Kini,
istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam
bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang
makna atau erti. Kini, makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.

RUllmann (1962) mentakrifkan semantik sebagai kajian makna perkataan.
RLyons (1981) pula mendefinisikan semantik sebagai kajian makna,
sementara semantic linguistik ialah kajian tentang semua jenis makna
yang ditetapkan dalam bahasa.
RKreidler (1998) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna
secara sistematik, manakala semantik linguistik ialah kajian cara
bagaimana makna disusun dan dinyatakan dalam bahasa.
RNathesan (2001) pula menyatakan bahawa semantik ialah suatu bidang
ilmu yang mengkaji makna perkataan dan
ayat dalam bahasa.
R Secara umum, kata makna membawa
erti maksud atau erti.
Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:
1. erti yang didukung oleh kata atau kumpulan
kata,
2. Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
atau frasa bertulis oleh pembaca.
Asal Usul Istilah Semantik
Menurut Lyons (1968), Micheal Brel, ahli bahasa Perancis, mencipta
istilahsemantik pada tahun 1883. Kemudian, beliau memperkenalkan
istilah ini dalam ilmu linguistik (Ullmann, 1966). Istilah ini juga pernah
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

5
digunakan dalam sebuah kertas kerja yang berjudul Reflected meanings:
a point of semantics pada tahun 1894. Walau bagaimanapun istilah ini
tidak digunakan secara meluas selepas itu.
Dewasa ini, semantik menjadi sebahagian daripada linguistik dan
merupakan bidang yang mengkaji makna dalam bahasa secara saintifik.
Semantik dan Linguistik

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi
sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting
dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau
melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya
tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.
Sejarah Semantik
pada mulanya istilah semantik digunakan untuk
merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa.
Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah memberi fokus kepada aspek
kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930,
perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah
deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1966).
Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Ini
kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stern yang berjudul
Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English
Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam
bidang semantik. Menurut Ullmann (1966), kajian semantik selepas tahun
1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-
sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang
perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian
bahasa yang tertentu.
Nor Hashimah (1994), terdapat dua tahap perkembangan dalam ilmu
semantik. Kedua-dua tahap tersebut adalah seperti berikut:
(a) Semantik falsafah
(b) Semantik linguistic

SKOP SEMANTIK
Penamaan
Biasanya, kita memberi nama kepada semua benda. Jadi kata-kata ini
telah memperoleh nama atau label untuk merujuk kepada orang, benda,
dan lain-lain. Kanak-kanak pun mempelajari bahasa melalui proses
penamaan kerana semua benda yang dilihat akan diberi nama oleh ibu
bapa mereka. Oleh yang demikian, kata-kata ialah nama atau label yang
diberikan kepada benda-benda tersebut. Umpamanya, meja dan Rama
merupakan nama atau label yang diberikan kepada benda dan orang
tersebut. Jadi meja ialah nama bagi sejenis perabot yang digunakan untuk
menyimpan kain. Sementara itu, Rama ialah nama orang. Oleh hal
demikian, kata meja dan Rama ialah nama yang menggantikan atau
merujuk kepada perabot dan orang tersebut. Walau bagaimanapun,
terdapat masalah dalam teori penamaan ini. Dapatkah semua perkataan
dirujuk kepada sesuatu benda tertentu? Bolehkah kata sifat
seperti comel dan kata kerja seperti bergerak dapat dirujuk kepada
sesuatu benda atau orang? Nampaknya, teori penamaan ini tidak dapat
diaplikasi bagi semua golongan kata. Kita tidak boleh menghubungkan
semua perkataan dengan benda-benda secara langsung. Dengan
demikian kita perlu ada cara lain untuk mengatasi masalah tersebut.
Justeru ahli bahasa telah mengemukakan beberapa pandangan
atau teori lain untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu caranya
adalah melalui perantaraan konsep pemikiran.

Konsep
RKonsep pemikiran dianggap pandangan yang menarik dan lebih
dipercayai
dalam kajian makna. Ahli-ahli falsafah dan bahasa sejak zaman dahulu
sehingga sekarang telah berpegang pada pandangan ini. Terdapat dua
teori yang mendukung pandangan ini. Ferdinand de Saussure dan Ogden
dan Richards merupakan tokoh-tokoh yang memperkenalkan teori yang
terkenal ini. De Saussure (1916) memperkenalkan teori tanda untuk
menunjukkan gabungan petanda dan penanda.
RMenurutnya, bahasa mempertalikan suatu imej (makna) dengan satu set
lambang (bunyi bahasa atau simbol dalam teks tertulis). Jadi, lambang
linguistik atau bahasa terdiri daripada penanda dan petanda. Petanda ialah
perkara yang dijelaskan manakala penanda ialah perkarayang
menjelaskan. Penanda ialah makna atau mesej daripada petanda yang
wujudnya daripada bunyi-bunyi bahasa. Misalnya, kata meja ialah penanda
manakala bunyi kata meja ialah petanda. Kedua-dua penanda dan
petanda menjadi satu kesatuan yang merujuk kepada referen atau rujukan.
RRujukan ialah benda atau hal yang berada di luar bahasa. Kedua-dua
bunyi dan benda membentuk konsep, iaitu tanggapan yang terbentuk
dalam fikiran. Sementara itu, Ogden dan Richard (1923) pula telah
mengajukan teori klasik mereka, iaitu teori `segi tiga semiotik. Dalam
teorinya, Ogden dan Richard melihat perhubungan antara simbol dan
perujuk dengan rujukan atau fikiran


Simbol di sini merujuk kepada unsur linguistik atau bahasa, iaitu kata, ayat
atausebagainya. Perujuk ialah benda dan sebagainya, manakala fikiran atau rujukan
ialah konsepnya. Menurut teori ini, tidak terdapat hubungan langsung antara simbol
dan perujuk. Kaitannya adalah melalui fikiran atau rujukan, iaitu konsep fikiran kita.
Ada kalanya, simbol diertikan sebagai perkataan, perujuk sebagai objek atau benda,
dan rujukan sebagai konsep oleh sesetengah ahli bahasa.

ERTI DAN RUJUKAN

Erti
Hubungan erti atau pengertian (sense) menjadi sebahagian yang penting dalam
kajian bahasa. Dalam semantik, terdapat berbagai-bagai jenis hubungan erti, seperti
sempit dan luas, mati dan hidup, dan jual dan beli. Dalam kamus, sesuatu kata
mendapat hubungan erti dengan kata yang dirujuknya. Oleh yang demikian, kamus
memberikan makna rujukan kepada penggunanya. Hal ini dapat dilakukan dengan
menghubungkannya melalui hubungan erti. Maksudnya, kamus menyediakan rujukan
bagi kata yang tidak diketahui maknanya. Misalnya, kamus akan memberikan makna
`luas bagi kata `besar di dalamnya. Makna ini disebut sebagai makna rujukan
Rujukan dan Denotasi
Istilah rujukan dalam semantik telah pun digunakan sebagai kontras kepada istilah
denotasi. Istilah denotasi telah digunakan dalam pengertian yang lebih luas untuk
berkontras dengan erti untuk membezakan dua aspek makna yang amat berlainan
tetapi saling berkaitan.
RRujukan ialah kaitan antara pernyataan bahasa seperti buku ini, dan orang lain
dengan apa jua pernyataan dalam situasi penggunaan, termasuk apa yang
digambarkan oleh perucap. Denotasi pula ialah potensi perkataan seperti buku atau
orang untuk dinyatakan sesuatu pernyataan bahasa. Maksudnya, rujukan ialah cara
perucap dan pendengar menggunakan pernyataan bahasa, manakala denotasi ialah
ilmu yang dimiliki mereka untuk membolehkan mereka menggunakannya
dengan jayanya.
RRujukan juga melibatkan hubungan antara unsur-unsur linguistik, ayat dan lainlain
dengan dunia pengalaman bukan linguistik. Erti adalah berkaitan dengan sistem
hubungan yang kompleks yang berlaku antara unsur linguistik itu sendiri, iaitu
melibatkan hubungan intralinguistik sahaja

Perkataan
Perkataan merupakan unit bahasa yang terkecil yang mengandungi makna. Oleh itu,
perkataan merupakan salah satu unit asas dalam ilmu semantik kerana merupakan
satu binaan yang membawa makna.
Ayat
Ayat ialah unit tatabahasa yang mempunyai makna. Lazimnya, kita faham
bahawa ayat merupakan pengungkapan pemikiran yang sempurna. Bidang yang
mengkaji struktur ayat ialah bidang sintaksis. Selain mengkaji struktur ayat,sintaksis
juga mengkaji klausa dan frasa. Umumnya, ayat terdiri daripada dua konstituen, iaitu
subjek dan predikat. Subjek dan predikat pula mengandungi frasa tertentu. Dalam
bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif (FA), dan frasa sendi (FS). Keempat-empat frasa ini mendukung makna
tersendiri ketika digunakan dalam ayat.
Makna ayat akan menjadi jelas jika ayat tersebut sempurna. Misalnya, ayat cantik
tidak membawa apa-apa makna jika kita mengeluarkan ayat tersebut. Sebenarnya,
ayat cantik sudah mengalami pengguguran konstituen subjeknya. Ayat ini menjadi
sempurna dan lengkap makna jika ditambah dengan frasa nama rumah itu. Dengan
demikian terbentuklah ayat Rumah itu cantik, iaitu gabungan rumah itu dan cantik
(FN + FA).
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

6
Oleh hal demikian, makna ayat amat bergantung kepada makna yang didukung oleh
perkataan dalam ayat tersebut. Dua ayat yang mengandungi perkataan yang sama
tidak semestinya membawa makna yang sama.
Rmakna ayat terjelma berdasarkan perkataan-perkataan yang
termuat dalamnya.

RUMUSAN
Semantik ialah cabang linguistik yang memberi tumpuan kepada
persoalan makna dalam bahasa.
Oleh itu, semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan
dan ayat dalam bahasa.
Bidang semantik amat penting dalam kajian bahasa kerana tanpa unsur
makna, bahasa tidak akan menjadi bermakna.
Teori penamaan merujuk proses memberi nama atau label kepada
benda,orang dan lain-lain yang terdapat di sekeliling kita.
Teori makna tiga segi semiotik menerangkan bahawa hubungan makna
dapat dijelmakan melalui kata, konsep dan objek.
Erti (sense) merupakan inti bagi bentuk bahasa. Sementara itu, denotasi
merujuk kepada golongan orang, benda dan lain-lain. Biasanya ia diwakili
oleh perkataan atau ungkapan. Rujukan pula menunjukkan orang atau
benda sebenarnya yang dirujuki dalam satu-satu konteks tertentu.
Makna kata dapat difahami dalam hubungannya dengan perkataan lain.
Makna ayat akan menjelma berdasarkan kata-kata yang dimuatkan
dalamnya.

Topik5 Konteks dan Rujukan
RELATIVITI LINGUISTIK
RMenurut Asmah Hj Omar (1986) relativiti bahasa menyatakan bahawa
bahasa mempengaruhi cara penuturnya mempersepsi dan memahami
alam sekilingnya.
RKamus Linguistik (1997) menerangkan relativiti bahasa sebagai
fahaman linguistik yang menyatakan bahawa bahasa penutur menentukan
pandangan dunianya melalui katagori tatabahasa dan klasifikasi semantik
yang wujud dalam sistem bahasa dan budaya yang diwarisinya.
Maksudnya, cara kita melihat dunia amat bergantung pada bahasa yang
kita gunakan. Kita menggolongkan pengalaman kita melalui bahasa kita.
Oleh itu, pembelajaran tentang dunia dan pembelajaran bahasa
merupakan aktiviti yang tidak boleh dipisahkan. Jadi, dunia kita adalah
sebahagiannya ditentukan oleh bahasa.
Ringkasnya, bahasa menentukan cara orang memahami dan menyusun
dunia mereka.
Humbolt, ahli bahasa dan falsafah Jerman merupakan orang yang
mempelopori teori relativiti bahasa. Kemudian pada abad ke-20, teori ini
menjadi lebih terkenal sebagai hipotesis Sapir-Whorf kerana diperkembang
oleh dua orang ahli antropologi, Sapir dan Whorf berdasarkan teori relativiti
bahasa. Teori ini menerangkan hubungan antara bahasa dan fikiran.
Hipotesis ini juga menyatakan bahawa struktur bahasa kita menentukan
cara kita memahami dunia pada kadar tertentu. Ketika kita membicarakan
hubungan bahasa dan fikiran, maka aspek semantik menjadi amat penting.
Sapir dan Whorf
Edward Sapir, ahli antropologi dan ahli bahasa Amerika serta Benjamin
Lee Whorf, pengikut Sapir, amat tertarik dengan soal hubungan bahasa
dan fikiran. Mereka berhujah bahawa ada kaitan rapat antara bahasa dan
fikiran kita; dalam erti kata lain kedua-duanya adalah sama. Pandangan
inilah kemudian menjadi hipotesis relativiti bahasa atau yang lebih terkenal
sebagai hipotesis Sapir-Whorf.
Hipotesis ini sebenarnya mencakupi dua prinsip, iaitu:
(a) Penentuan bahasa (linguistic determinism)
(b) Relativiti bahasa (linguistic relativity)
Prinsip penentuan bahasa (linguistic determinism) menerangkan bahawa
bahasa menentukan cara kita berfikir. Prinsip relativiti bahasa (linguistic
relativity) pula menerangkan bahawa perbezaan yang dikodkan dalam
sesuatu bahasa tidak dapat dikodkan dalam bahasa yang lain. Whorf
berhujah bahawa perbezaan ini menyebabkan seorang penutur sesuatu
bahasa tidak boleh memahami penutur bahasa lain kerana perbezaan
konsep yang terdapat dalam bahasa-bahasa tersebut. Whorf yang meneliti
beberapa bahasa peribumi Amerika mendapati bahawa bahasa yang
berbeza-beza ini membahagikan dunia secara berbeza-beza. Sesuatu
konsep yang mewakili sesuatu benda dalam satu bahasa barangkali
mewakili satu peristiwa, atau proses dalam bahasa yang lain.
Perbezaan bahasa ini, kata beliau, mewakili perbezaan sebenar cara
seorang penutur pelbagai bahasa memahami dunia
Pengetepian Konteks
Dalam bahasa, konteks memainkan peranan amat penting untuk
memahami bahasa yang dilafazkan. Tetapi, kita mendapati bahawa ada
sebilangan ahli bahasa yang selalu mengetepikan konteks dalam kajian
semantik dengan beberapa alasan tertentu. Salah satu sebab adalah
kerana terdapatnya kesukaran yang cukup rumit dari segi teori dan praktik
dalam hal mengendalikan konteks dengan memuaskan.
Mereka berhujah bahawa kita selalunya sedia memaklumi makna sesuatu
ayat yang diujarkan atau dibina sebelum menggunakannya dalam satu-
satu konteks. Sama ada makna sesuatu ayat itu taksa atau menyimpang,
kita dapat mengetahuinya secara terpisah daripada konteks. Justeru,
makna dianggap bebas daripada konteks dan oleh hal demikian kajian
bahasa tidak perlu merujuk kepada konteks.
KONTEKS KEADAAN
Konteks keadaan mempunyai peranan penting Konteks keadaan
mempunyai peranan penting dan amat relevan dalam kajian
semantik. Ada juga ahli bahasa yang mentakrifkan konteks keadaan
sebagai keperihalan keadaan. (Sila rujuk topik 7, Rencana Linguistik, hlm.
159-164.) Ketika kita membincangkan tentang keperihalan keadaan, kita
perlu mengenal dua orang sarjana yang sering dikaitkan dengan konsep
tersebut. Mereka adalah Brainslou Malinowski, ahli antropologi, dan John
Rupert Firth, ahli linguistik.
Mereka berdua pernah menegaskan bahawa makna dalam bahasa
menjadi jelas dalam konteks bahasa itu digunakan.
Malinowski dan Firth
Istilah keperihalan keadaan (context of situation) pertama kali digunakan
oleh Beliau menghasilkan kaedah ini untuk mentafsir dan memahami
pertuturan masyarakat peribumi sepenuhnya ketika menjalankan
kajiannya. Hujah Malinoswki ini adalah berdasarkan pemerhatiannya
terhadap bagaimana bahasa masyarakat yang dikaji disesuaikan dengan
aktiviti seharian mereka. Firth lebih gemar melihat keperihalan keadaan
sebagai sebahagian alat linguistik. Keperihalan keadaan ini paling sesuai
digunakan sebagai suatu kerangka tersusun yang baik bagi memahami
peristiwa bahasa. Firth menggunakan keperihalan keadaan sebagai satu
cara untuk menganalisis makna dengan sepenuhnya secara abstrak.
Beliau berpendapat bahawa kaedah ini sesuai digunakan sebagai rangka
untuk memahami makna sesuatu pertuturan. Hal ini kerana bahasa
merupakan susunan daripada konteks, yakni situasi penggunaan bahasa.
Dengan demikian, konteks merupakan suatu aspek yang
amat penting untuk dipelajari. Justeru, Firth mencadangkan kategori yang
berikut untuk memahami keperihalan keadaan:
(a) Ciri-ciri relevan mengenai peserta; orang, keperibadiannya
(i) gerak ujaran peserta
(ii) gerak bukan ujaran peserta
(b) Objek-objek yang relevan
(c) Kesan gerak ujaran tersebut
Dengan cara yang demikian, dapatlah keperihalan keadaan dikumpulkan
dan digolongankan sebelum analisis bahasa dapat dijalankan. Hal ini
merupakan amat penting dalam analisis bahasa. Malinowski. Ketika
membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh masyarakat peribumi
di Kepulauan Triobriand, Pasific Selatan, beliau mendapati bahawa ujaran
akan menjadi bererti jika dilihat dalam konteks penggunaannya

Konteks dan Makna
Dalam bahasa, konteks merupakan factor yang amat penting untuk
memudahkan berlakunya komunikasi yang jelas. Ada masa kita rasa
bingung akan makna bahasa yang diujarkan kerana ujaran tersebut kurang
maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira unsur konteks, kita dapat
mengelakkan unsur ketaksaan makna dalam ujaran atau tulisan kita.
ayat yang berikut, konteks menjadi amat mustahak. Dalam ayat, Ayah
menghantar kawat kepada abang di Sandakan, konteks amat penting
untuk membezakan makna kata kawat. Hal ini kerana kata ini bersifat
homonimi, iaitu kata yang mendukung dua makna, iaitu dawai dan
telegram.
Dalam hal ini, Wittgenstein (1953), ahli falsafah yang terkenal, pernah
menegaskan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat
dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Ullmann
(1954) juga sependapat dengan berhujah bahawa makna perkataan hanya
dapat ditentukan berdasarkan penelitiaan terhadap penggunaannya.
BEHAVIORISME, KONTEKS, KEBUDAYAAN DAN GAYA
Behaviorisme
Malinowski dan Firth mempercayai bahawa huraian sesuatu bahasa itu
tidak akan lengkap, sekiranya kita tidak merujuk kepada keperihalan
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

7
keadaan peristiwa bahasa itu berlaku. Oleh itu, makna unsur bahasa itu
mengambil kira seluruh keadaan bahasa yang digunakan. Hal ini
menjelaskan bahawa kita melihat bahasa dalam konteks behaviorisme,
yakni konsep yang diperkenalkan oleh Bloomfield dalam bidang linguistik.
Bloomfield merupakan ahli bahasa yang mula-mula memasukkan kajian
makna dalam linguistik (Nor Hashimah, 1994). Walaupun tidak
mempelopori sebarang teori makna, namun dalam tulisan-tulisannya,
Bloomfield lebih menekankan hubungan bentuk dan makna kerana bentuk
selalunya melahirkan makna.
Dengan kata lain, beliau memberi perhatian kepada bentuk-bentuk ujaran
yangmelibatkan keadaan penutur dan pendengar berdasarkan rangsangan
dan tindak balas, iaitu amalan behaviorisme. Oleh itu, Bloomfield
merupakan orang pertama yang pertama kali menghubungkan konsep ini
dalam bidang linguistik. Bloomfield berpendapat bahawa makna kepada
sesuatu bentuk bahasa ialah situasi ketika penutur mengeluarkan ujaran
dan tindak balas yang ditimbulkannya kepada pendengar. Beliau
mengatakan bahawa bahasa adalah satu tingkah laku manusia yang sama
dengan tingkah laku yang lain. Sehingga tingkah laku manusia yang lain
itu berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa dapat dilahirkan
sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu. Oleh yang demikian,
menurut Bloomfield, yang harus dikaji ialah tingkah laku
yang terjadi ketika ucapan itu terlahir daripada mulut seseorang hingga
ucapan itu diterima dan difahami oleh pendengar, dan demikian
sebaliknya.
RMenurut Bloomfield, rangsangan (stimulus) (S) menyebabkan seseorang
untuk memberi respons (r), yang juga merupakan lakuan bahasa (speech
act). Kepadapendengar, lakuan bahasa ini merupakan rangsangan (s)
yang melahirkan gerak balas (R). Gerak balas ini barangkali boleh jadi
suatu tindakan atau pemahaman. Oleh itu, behaviorisme menganggap
bahasa sebagai satu set kebiasaan yang diserapkan ke dalam sistem saraf
penutur ibunda.
Konteks, Kebudayaan dan Gaya
Walaupun kita tidak perlu mentafsirkan makna menurut konteks, namun
ciri-ciri konteks dapat dikenal pasti melalui sistem deiksis. Kaitan paling
penting antara bahasa dan konteks dapat ditafsirkan oleh penutur bahasa
melalui system deiksis. Kebanyakan bahasa mempunyai kategori deiksis
yang berfungsi untuk menentukan jenis deiksis. Misalnya, dalam bahasa
Inggeris sistem deiksis dapat dibahagikan kepada empat kategori seperti
yang berikut:
(a) kata ganti diri orang pertama dan kedua seperti I, we dan you yang
disebut sebagai deiksis orang. Deiksis ini digunakan untuk membolehkan
penutur mengaitkan apa yang disampaikan kepada peserta dalam sesuatu
peristiwa bahasa.
(b) sistem kala (tenses) dan adverba temporal (temporal adverbs) yang
membolehkan penutur mengaitkan hal yang dikatakan merujuk kepada
masa peristiwa bahasa itu berlaku.
(c) adverba lokasi (location adverbs) seperti here dan there, dan kata
tunjuk seperti this dan that yang membolehkan perucap dapat mengenal
pasti objek yang relatif kepada kedudukan sendiri.
(d) kedudukan status sosial melalui deiksis sosial.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga jenis deiksis yang utama, iaitu orang,
benda, dan idea atau peristiwa dalam kebanyakan bahasa. Dengan
demikian, melalui kategori deiksis, kita dapat mengenal pasti orang, benda
dan peristiwa berdasarkan hubungannya dengan penutur dari segi ruang
dan masa. Umpamanya, dalam satu wacana, penutur hendaklah mengenal
pasti pesertanya, iaitu dirinya sendiri, dan orang atau mereka yang dilawan
cakap. Lazimnya kita menggunakan kata ganti nama orang pertama
seperti saya, kita atau engkau. Pilihan ganti nama ini bergantung pada
faktor sosial. Misalnya, penutur akan berengkau dengan orang yang
dilawan cakap jika orang itu muda daripadanya, atau mempunyai
kedudukan sosial yang rendah daripadanya. Keduanya, kita biasa
menggunakan kata tunjuk sini dan sana dan kata ganti
tunjuk itu dan ini dalam bahasa Melayu untuk membezakan jarak
kedudukan penutur dengan sesuatu, dan kedudukan lain atau jarak yang
lebih jauh. Hubungan ruang tepat yang dapat ditunjukkan oleh perkataan-
perkataan tadi akan berubah mengikut bahasa-bahasa tertentu. Ketiga,
terdapat beberapa kata adverba seperti sekarang, kemudian, serta kata
adverba yang lebih khusus seperti kelmarin dan esok, lusa, tulat dalam
bahasa Melayu untuk menerangkan hubungan masa. Oleh hal demikian,
kita tidak boleh mengabaikan penggunaan deiksis dalam kajian makna
kerana bahasa penuh dengan penggunaan deiksis. Penggunaan
memahami konteks penggunaan bahasa.

RUMUSAN
Makna sebahagian besarnya adalah berkenaan hubungan antara
bahasa, serta dunia bahasa itu digunakan.
Konteks pula dirujuk kepada situasi penggunaan bahasa dalam satu-
satu keadaan.
Relativiti bahasa merujuk kepada cara kita melihat dunia berdasarkan
pengalaman bahasa kita.
Terdapat hubungan erat antara bahasa dan fikiran. Hipotesis Sapir-
Whorf menerangkan hubungan antara pertuturan orang dengan fikirannya.
Keperihalan keadaan merujuk kepada penggunaan bahasa berdasarkan
sesuatu konteks bahasa itu digunakan.
Konteks merupakan faktor penting untuk menghilangkan kekaburan atau
ketidakjelasan makna sebarang ujaran dan tulisan.
Behaviorisme dalam linguistik menerangkan bahawa ujaran bahasa
yang berlaku antara penutur dan pendengar adalah berdasarkan
rangsangan dan tindak balas.
Sistem deiksis dalam bahasa menjadi faktor penting untuk membantu
memahami konteks penggunaan bahasa.
Umumnya, terdapat tiga jenis deiksis dalam bahasa. Deiksis merupakan
kata yang berfungsi untuk menentukan orang, benda, atau idea dalam
satu-satu konteks bahasa.

Topik 6 Semantik dan Leksikal
MEDAN DAN KOLOKASI
Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian rapat
yang boleh dikenal pasti, seperti set tetikus, papan kekunci, monitor,
pencetak dan sistem unit (Finegan, 2004: 195-196). Kajian lanjutan oleh
Trier telah menghasilkan konsep medan (O Grady, 2000: 213). Beliau
menjelaskan bahawa dalam medan makna ada makna inti dan makna
sampingan. Makna sampingan adalah bertindih dengan bahagian makna
perkataan-perkataan lain.

Medan Makna
Wujudnya lapisan perbendaharaan kata sedemikian berlaku kerana setiap
perkataan tidak wujud secara terpencil tetapi mempunyai hubungan antara
satu sama lain berdasarkan jalinan perkataan yang mungkin ada kaitan
dengan tatabahasa atau kedua-duanya sekali. Konsep jalinan perkataan
juga boleh menjurus kepada makna sahaja dengan berdasarkan satu
lingkaran yang mengelilingi lambang.
Satu lagi gagasan penting tentang konsep jalinan perkaitan bagi perkataan
ialah konsep lingkungan pengertian. Konsep medan makna juga timbul
berdasarkan gagasan bahawa perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu
mempunyai struktur tatabahasa dan fonologi. Dalam perbendaharaan kata
sesuatu bahasa terdapat medan atau lingkungan konsep yang mesti
bertindih kerana adanya perkaitan dan pergantungan. Jika medan cukup
besar, maka lapangan itu akan membentuk subperbendaharaan kata.
Medan mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci sebagai
pusatnya atau kata fokus. Kata kunci merupakan sejumlah perkataan
dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat
mempengaruhi pembentukan fikiran konsep sesebuah masyarakat tentang
kewujudan, alam, realiti dan kehidupan. Kata kunci bertindak sebagai
kata fokus apabila perkataan itu menampakkan lapangan semantik yang
ketara dan penting serta sangat rapat hubungannya dengan makna pusat
bagi sesuatu perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa.
Kata kunci atau kata fokus ialah konsep makna asasi dan makna
perkaitan.. Konteks pula ialah situasi yang mendahului dan membentuk
medan, tetapi tidak semua yang menghasilkan medan.

Kolokasi
Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu
perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam susunan (Kamus
Dewan, 2000). Bagi memudahkan anda menaakul maksud kolokasi, anda
perlu mengetahui hubungan tentang ketepatan sesuatu ayat, iaitu antara
sifat dan nama.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

8

Dalam kolokasi, anda perlu memfokuskan kepada sesuatu perkataan yang
mempunyai kaitan dengan
sesuatu situasi sahaja.
Paradigmatik dan Sintagmatik
Lazimnya, para pengkaji selalunya berkelompok-kelompok dengan cara
berpegang kepada idea-idea atau prinsip-prinsip tertentu yang didukung
dan diperjuangkan bersama. Fahaman menyalurkan idea dan prinsip yang
diterima bersama oleh sekelompok penyelidik atau ilmuwan ini dikenali
sebagai paradigmatik dan sintagmatik.
Pendapat Kuhn (1970:11) Maksud
Paradigmatik dan sintagmatik merupakan kerangka ilmu bahasa yang
didukung sekumpulan ahli bahasa dengan berasaskan prinsip. Fungsi
Paradigmatik dan sintagmatik membantu penyelidikpenyelidik bahasa
dalam membentuk metodologi kajian, selain mentafsirkan perolehan data.



SISTEM WARNA
Sistem warna adalah berdasarkan konsep hiponim dan hipernim. Selain
itu, sistem warna juga berpandukan konsep perlambangan.

Konsep Hiponim dan Hipernim
Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh
mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan
sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan
yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120).
Konsep Perlambangan
Konsep perlambangan menunjukkan bahawa warna membawa maksud
tertentu. Terdapat warna yang melambangkan sesuatu yang positif dan
negatif. Misalannya, warna kuning bermaksud raja; hijau adalah subur;
merah adalah garang atau berani; biru adalah perpaduan; putih adalah
suci; dan hitam adalah kegelapan.
KOLOKASI DAN PERIBAHASA
Peribahasa ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan
atau juga disebut bahasa kiasan. Terdapat penggunaan kata-kata yang
membawa kolokasi dengan makna asalnya. Contohnya, tulang apabila
digunakan dalam peribahasa menjadi ringan tulang atau berat tulang.
Dalam contoh tersebut, anda dapati makna ringan tulang berkolokasi
dengan rajin.

peribahasa boleh mencakupi perumpamaan, pepatah dan bidalan.
Peribahasa juga boleh mencakupi perbilangan dan lidah pendeta.
Peribahasa yang dipilih hanyalah merujuk kepada beberapa peribahasa
yang mengandung unsur-unsur pemilihan gender atau jantina dalamnya.
Selain itu, ada beberapa lagi simpulan bahasa ataupun peribahasa dalam
bahasa Melayu yang turut mencerminkan unsur jantina, seperti puteri
berkolokasi dengan lilin, suri berkolokasi dengan rumah, orang berkolokasi
dengan dapur dan sebagainya. Contoh-contoh yang diberikan ini sering
kali digunakan untuk kaum perempuan sahaja. Sebagai contoh, puteri lilin
yang merujuk kepada seorang perempuan yang tidak tahan berpanas.
Menurut Crosby dan Nyquist (1977: 57), bahasa perempuan itu
didefinisikan sebagai 'laras bahasa wanita'.

RUMUSAN

Dalam semantik, medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai
pertalian rapat yang boleh dikenal pasti.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

9
Dalam medan, ada makna inti dan makna sampingan. Makna
sampingan adalah bertindih dengan bahagian makna perkataan-perkataan
lain.
Wujudnya lapisan perbendaharaan kata kerana setiap perkataan tidak
wujud secara terpencil, tetapi mempunyai hubungan antara satu sama lain
berdasarkan jalinan perkataan yang mungkin ada kaitan dengan
tatabahasa atau kedua-duanya sekali.
Kata kunci atau kata fokus ialah konsep makna asasi dan makna
perkaitan. Jika anda merujuk kepada lambang, maknanya ialah pemikiran
atau konsep tentang sesuatu benda atau perkara.
Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu
perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam susunan.
Fahaman penyaluran idea dan prinsip yang diterima bersama oleh
sekelompok penyelidik atau ilmuwan ini dikenali sebagai paradigmatik.
Dalam ilmu psikolinguistik, terdapat dua kategori pendapat tentang
paradigmatik, masing-masing berasaskan teori behavioris dan mentalis.
Sistem warna adalah berasaskan konsep hiponim dan hipernim. Selain
itu, sistem warna juga membabitkan konsep perlambangan.
Konsep perlambangan menunjukkan bahawa warna membawa maksud
tertentu. Terdapat warna yang melambangkan sesuatu yang positif dan
negatif.
Peribahasa ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan
atau juga disebut bahasa kiasan. Terdapat penggunaan kata-kata yang
membawa berkolokasi dengan makna asalnya.
Peribahasa boleh mencakupi perbilangan dan lidah pendeta. Peribahasa
yang dipilih hanyalah merujuk kepada beberapa peribahasa yang
mengandung dalamnya unsur-unsur pemilihan gender atau jantina.

Topik 7 Semantik Leksikal
Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan
dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk
struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali
dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim,
hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita
akan membincangkan kaedah mengkaji makna perkataan menerusi
perbandingan dengan struktur makna bagi perkataan-perkataan yang
sama.
SINONIM DAN ANTONIM
Sinonim
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi
tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama (O Grady, 2000:
118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang
terutama. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau
bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004:
57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna
ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa
skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling
melengkapi, iaitu hidup lawannya mati. Bagi contoh antonim berhubungan
pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah
berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat
juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja.
Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya
perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang
mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada
perkataan-perkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar,
tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama
dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.
Antonim
Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-
jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan,
HONMONIM, HOMOFON DAN
HOMOGRAF
Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-
196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O
Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi
sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195).


Hiponim dan Hipernim
Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh
mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan
sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan
yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120).
Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas
bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam
sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas
maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya.


POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN
Polisem
Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna
yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah
Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi
mempunyai banyak makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem,
saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk
menentukan polisem.
(a) Polisem Tulen
Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai
makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata
masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara
pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus
Dewan, 2000: 999).
Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada
situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan
atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka
perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai
banyak makna.
(b) Polisem Konteks
Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat
perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada
konteks.

Pertindihan



Ketaksaan
Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai
struktur makna berdasarkan teori semantik.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

10


(a) Ketaksaan Struktural
Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu
konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang pelajar
menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti
(b) Ketaksaan Leksikal
Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu
perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam
kamarnya
(c) Ketaksaan Metafora
Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur
unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya

RUMUSAN
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi
tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim
pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi
tetapi mempunyai makna yang berlawanan.
Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-
jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan.
Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula
bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan
sama tetapi sebutan berlainan.
Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh
mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan
sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan
yang superordinat.
Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama
kelas bagi segolongan perkataan.
Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna
yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai
banyak makna.
Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi
suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang
pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama
universiti
Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi
sesuatu perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di
dalam kamarnya
Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi
unsurunsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh,
Perbuatan rakan anda itu biadab
Topik 8 Hubung Kait Semantik dengan Tatabahasa
TATABAHASA
Tatabahasa merupakan sebahagian daripada kajian bahasa yang meliputi
kata, frasa, klausa dan ayat (Abdullah Hassan & Ainon Mohd., 1994:11)
.-memberikan perhatian terhadap pembentukan kata, selain proses
penerbitan ayat.
-Kajian tatabahasa adalah dalam dua cara, iaitu morfologi (cara
pembentukan perkataan) dan sintaksis (cara penyusunan ayat).
Perkataan - terbina daripada gabungan bunyi-bunyi yang bermakna
yang digabungkan menjadi suku kata.
Ayat -terbina daripada rentetan perkataan yang bermak
Tatabahasa Formal
Tatabahasa formal merujuk kepada penggunaannya dalam ujaran atau
tulisan yang lengkap dari segi morfologi dan sintaksis (Vinacke, 1952:37).
Morfologi mengandung konsep asas, iaitu morfem dan perkataan.
(a) Morfem
Morfem unit tatabahasa terkecil yang menjalankan tugas nahu.

(b) Perkataan
Perkataan ialah unit ujaran bebas yang mempunyai makna.

Sintaksis - mengandung konsep asas, iaitu ayat, klausa dan frasa.
Ayat
Ayat ialah unit pengucapan paling tinggi yang mempunyai makna lengkap.

Klausa
Klausa ialah unit gabungan yang mengandung subjek dan predikat serta
menjadi konstituen dalam ayat

(c) Frasa
Frasa ialah satu susunan yang mengandung sekurang-kurangnya satu
atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. Ia tidak mengandung subjek atau predikat seperti
klausa tetapi boleh menjadi unsur dalam klausa
Kategori Tatabahasa
Dalam bahagian ini, anda akan diberi pendedahan tentang kategori
tatabahasa, iaitu morfologi dan sintaksis.
(a) Morfologi
bidang kajian tentang aspek kata dari segi:
Struktur kata
Binaan kata
Golongan kata
Bentuk kata

Bentuk kata ialah unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil menerusi
proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Bentuk kata juga
terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:
Kata tunggal
Kata terbitan
Kata majmuk
Kata ganda
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

11

Proses pembentukan kata melibatkan pengimbuhan (awalan, akhiran,
sisipan dan apitan), pemajmukan (pengimbuhan kata majmuk > ambil alih
mengambil alih dan penggandaan kata majmuk > alat tulis alat-alat
tulis) dan penggandaan (penuh, separa dan berentak).

Golongan kata terdiri daripada kata nama, iaitu nama am, nama khas dan
kata ganti nama; kata kerja, iaitu kata kerja transitif (perbuatan + objek,
seperti frasa menanak nasi) dan kata kerja tak transitif (tanpa pelengkap,
seperti ayat Dia ketawa) dan (dengan pelengkap, seperti ayat Dia tinggal di
Puchong), kata adjektif (seperti rajin, kuat dan pantas), kata tugas; kata
penyambung ayat (tetapi), kata praklausa (amboi, kenapa, arakian dan
hatta), kata prafrasa (seperti sedang bantu, pun penegas, terlalu
penguat, tidak nafi, ialah pemeri, antara arah, satu bilangan dan
tentang sendi nama).
(b) Sintaksis
bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Dalam sintaksis, wujud hukum atau rumus tatabahasa yang berdasarkan
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membina
sesuatu ayat.
(i) Pola Ayat Dasar
Terdapat empat pola ayat dasar:
Frasa Nama + Frasa Nama (Saya + guru)
Frasa Nama + Frasa Kerja (Pelajar itu + sedang membaca)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (Syahirah + sangat pandai)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (Bunga itu + di atas meja)
(ii) Susunan Ayat
Susunan Biasa: Bas itu telah berlepas.
Susunan Songsang: Yang Sedang menulis artikel itu Encik Sarbini.
(iii) Ragam Ayat
Ayat Aktif: Pihak tentera melancarkan peluru berpandu itu.
Ayat Pasif: Peluru berpandu itu dilancarkan oleh pihak tentera.
(iv) Jenis Ayat
Ayat Penyata: Rumah besar itu milik Ali.
Ayat Tanya: Dia mengarang novel itu?
Ayat Perintah: Baca arahan dengan teliti (suruhan); Dilarang
berniaga di kawasan ini (larangan); Sila masuk (silaan); dan Harap
dapat bersabar (permintaan).
(v) Bentuk Ayat
Ayat Tunggal: Pelajar tersebut sedang menulis.
Ayat Majmuk: Dia menulis sambil membaca (gabungan); Salimah
sedang makan ayam goreng yang ayah beli itu (pancangan relatif);
Kerajaan mengumumkan bahawa semua kakitangan awam akan
menerima kenaikan gaji (pancangan komplemen); Kita mesti
bersatu demi keamanan negara (pancangan keterangan); dan
Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan
perhatian kepada sektor pelancongan kerana sumbangan
pentingnya untuk meningkatkan pendapatan negara (campuran).
(vi) Proses Penerbitan Ayat
Proses Pengguguran: Anda baca arahan dengan teliti. > Baca arahan
dengan teliti (pengguguran frasa nama sebagai subjek); Adik
membaca buku. Adik menulis. > Adik membaca buku dan menulis
(pengguguran frasa kerja); Cincin itu untuk ibu. Rantai itu untuk ibu.
> Cincin dan rantai itu untuk ibu (pengguguran frasa sendi nama);
Ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak. > Ibu bapa perlu dihormati
(pengguguran sebahagian frasa predikat); Faiz membaca novel. Novel
itu ditulis oleh Sarbini. > Faiz membaca novel yang ditulis oleh
Sarbini (pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif); dan
Aktiviti membaca sangat berfaedah. > Membaca sangat berfaedah
(pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
nama).
(vii) Analisis Ayat
Analisis ayat merupakan ayat yang diberikan penanda frasa atau
rajah pohon yang bertujuan untuk menganalisis penggolongan frasa
atau kata yang membina ayat.

Tatabahasa dan Leksikon
Leksikon juga mengandung maklumat yang sama, malah ditambah dengan
kata leksikal dalam bahasa. Maklumat itu terdiri daripada makna dalam
bentuk ciri-ciri semantik, maklumat sintaksis seperti posisi kata dalam ayat,
ciri-ciri morfologi dan fonologi. Dalam tatabahasa transformasi, leksikon
mengandung ciri-ciri morfologi, fonologi, semantik dan sebagainya. Suatu
kelompok ciri-ciri bagi sesebuah item leksikal kemudiannya disisipkan
bawah kategori simbol yang selaras dengannya. Leksikal dengan secara
automatis menggantikannya melalui transformasi penyisipan .
HUBUNGAN GRAMATIS
-merujuk kepada penggunaan ejaan,tatabahasa, susunan struktur dan
makna yang tepat. Dalam konteks yang lebih ilmiah, sesuatu ayat yang
mengandung kesemua aspek tersebut dikatakan mempunyai aspek
kegramatisan.
Komponen dan Ayat

HUBUNGAN PREDIKAT DAN HUJAHAN
Hubungan predikat dan hujahan merujuk kepada aspek berpelengkap atau
berketerangan dengan objek atau frasa sendi nama+objek atau frasa kerja
(transitif dan tak transitif) + objek dan frasa adjektif.
Hujahan adalah berdasarkan keadaan yang logik, teratur dan sistematik
menerusi fikiran. Hakikat ini mentafsir sesuatu kejadian dalam suasana
huraian yang dapat difahami dan diterima umum serta selaras dengan
hukum alam yang benar-benar berlaku secara nyata.
Logik Predikat
Logik predikat berdasarkan dua ciri. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
(a) Predikat Keterangan atau Rujukan Sebenar dan Bukan Keterangan
atau Rujukan Sebenar
(i) Predikat Keterangan atau Rujukan Sebenar
Ayat 1: Rosli nak jadi macam Mawi, iaitu artis paling popular yang
berasal dari Johor.
(ii) Predikat Bukan Rujukan Sebenar
Ayat 2: Rosli nak jadi macam Mawi.
Ayat 1 adalah lengkap kerana ada predikat yang mempunyai unsur
keterangan dan rujukan.
Ayat 2 tidak dapat ditentukan siapa sebenarnya Mawi kerana tiada
unsur keterangan atau rujukan sebenar.
(b) Predikat Umum dan Khusus
Ayat: Tenggiling mempunyai kulit keras.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

12
Ayat tersebut di atas adalah umum dan khusus dengan merujuk kepada
ciri sebenar yang memang ada pada tenggiling, iaitu berkulit keras.
Tatabahasa Kasus
Tatabahasa Kasus diperkenalkan oleh Fillmore melalui buku beliau The
Case for Case (1968). Tatabahasa Kasus sering dijadikan rujukan oleh
ahli-ahli semantikatau psikolingusitik dalam beberapa kajian linguistik.
Menurut Steinberg(terjemahan Azhar Simin: 1990: 75):
Sebenarnya, Fillmore layak digelar ahli Nahu Hubungan Asal kerana
beliau merupakan ahli linguistik pertama yang sedar dan lantas mahu
mencuba untuk menyelesaikan masalah memperinci pertalian semantik
antara konstituen konstituen asasnya.
Analisis Tatabahasa Kasus boleh dilakukan dengan melihat kepada dua
aspek, iaitu:
(a) Kelas Kata atau Kategori Kata
(b) Bentuk Jelmaan Kasus
Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Indo Eropah mempunyai kasus-
kasus yang nyata, malah boleh wujud dalam setiap kelas kata, iaitu sama
halnya dalam bahasa Arab. Namun tidak begitu kedudukannya dalam
bahasa Melayu. Sebabnya, kasus dalam bahasa Melayu paling ketara
wujud dalam kelas kata kerja. Dalam bahasa Melayu juga, kasus tergolong
dalam gramatika dependensi atau diistilahkan sebagai Valensi Verba
(Harimurti, 1984). Secara amnya, mengikut peraturan, kesesuaian kasus
tatabahasa wujud untuk mengelakkan kesulitan dalam pengkajian
tatabahasa. Misalnya, kata kerja dalam sesuatu ayat tidak berubah tanpa
mengira bilangan dan kata nama ganti diri pertama bagi sesuatu subjek
(Thomson, 1959). Dari segi bilangan dan kasus, setiap kata adjektif harus
mempunyai hubungan secocok dengan kata nama yang digunakan dalam
ayat. Sebagai contoh, kotak kotak Besar mengandung kata adjektif yang
menggunakan bentuk jamak bersama-sama dengan kata nama jamaknya.
Dalam situasi lain, sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris memerlukan
imbuhan akhiran pada kata nama untuk menunjukkan penggunaan kasus
aksuatif. Berhubung dengan penggunaan kasus tatabahasa berikutnya,
bahasa Melayu menggandaikan penggunaan perkataan yang
menunjukkan jantina adalah langsung dalam penyebutan kata-kata
perhubungan mesra bagi keluarga.

RUMUSAN
Tatabahasa merupakan sebahagian daripada kajian bahasa yang meliputi
kata, frasa, klausa dan ayat. Bidang ini memberikan perhatian terhadap
pembentukan kata, selain proses penerbitan ayat.
Kajian tatabahasa adalah dalam dua cara, iaitu morfologi (cara
pembentukan perkataan) dan sintaksis (cara penyusunan ayat).
Tatabahasa formal merujuk kepada penggunaannya dalam ujaran atau
tulisan yang lengkap dari segi morfologi dan sintaksis.
Proses pembentukan kata melibatkan pengimbuhan (awalan, akhiran,
sisipan dan apitan), pemajmukan (pengimbuhan kata majmuk > ambil alih
mengambil alih dan penggandaan kata majmuk > alat tulis alat-alat
tulis) dan penggandaan (penuh, separa dan berentak).
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan
ayat. Dalam sintaksis, wujud hukum atau rumus tatabahasa yang
berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk
membina sesuatu ayat.
Hubungan gramatis merujuk kepada penggunaan ejaan, tatabahasa,
susunan struktur dan makna yang tepat. Dalam konteks yang lebih ilmiah,
sesuatu ayat yang mengandung kesemua aspek tersebut dikatakan
mempunyai kegramatisan.
Hubungan predikat dan hujahan merujuk kepada berpelengkap atau
berketerangan dengan objek atau frasa sendi nama + objek atau frasa
kerja (transitif dan tak transitif) + objek dan frasa adjektif.
Hubungan predikat dan hujahan merujuk kepada aspek berpelengkap
atau berketerangan dengan objek atau frasa sendi nama + objek atau
frasa kerja (transitif dan tak transitif) + objek dan frasa adjektif.
Leksikon mengandung maklumat yang lebih luas. Jika anda teliti kamus,
anda akan mendapati bahawa kamus mengandung banyak maklumat
seperti sebutan, ejaan, golongan kata dan makna.
SEMAK KENDIRI 8.3
Topik 9 : Makna Ujaran, Semantik dan Logik
BAHASA
RUllmann (1975:95) menjelaskan bahawa makna dalam bahasa
bergantung pada cara penggunaannya dalam sesuatu pertuturan. Sesuatu
kata juga mempunyai makna kabur dan jelas yang hanya diperoleh
dengan cara melihat tentang penggunaannya terlebih dahulu. Justeru,
situasi penggunaan sesuatu bahasa pertuturan merupakan fakta utama
dalam menentukan makna bagi sesuatu perkataan, frasa, klausa dan ayat.
RIni bermaksud bahawa erti sesuatu ayat tidak semata-mata ditentukan
oleh makna bagi setiap perkataan. Dalam pengertian lain,
R makna ayat tidak hanya ditentukan oleh pertalian struktur antara
perkataan-perkataan dalam pembinaan sesuatu ayat, tetapi bergantung
pada bahasa pertuturan, iaitu intonasi pengucapan, keperihalan situasi,
kewujudan ayat dan penutur dan tujuan sesuatu ayat diujarkan oleh
penutur.

Bahasa Pertuturan

(i) Penyaluran Bunyi atau Tulisan
R, bahasa menyalurkan ujaran bunyi atau tulisan. Tegasnya, menerusi
saluran bunyi dan tulisan, penyebaran bahasa berlaku.
(ii) Penganalisisan dan Pemahaman
Kita juga boleh menganalisis dan memahami bahasa pertuturan yang kita
dengar atau baca. Berdasarkan penganalisisan dan pemahaman minda,
kita mampu untuk bertindak balas.
(iii) Penguasaan Kemahiran Berasaskan Konteks
Pemindahan sistem komunikasi juga adalah dengan berteraskan bahasa.
Penguasaan kemahiran tentang sesuatu bahasa pertuturan turut
berasaskan pendedahan kepada penggunaan bahasa dalam sesuatu
konteks. Konteks di sini bermaksud budaya masyarakat yang
menggunakan bahasa.
Lakuan Pertuturan dan Performatif
Lakuan ujaran merupakan satu teori yang membicarakan kata kerja yang
maknanya menunjukkan implikasi. Sesuatu ujaran berdasarkan
penggunaan kata kerja telah memaparkan pelakuan tingkah laku yang
terdiri daripada pelbagai jenis. Kata kerja yang tergolong dalam kategori ini
dinamakan performatif. Contoh ayat yang menggunakan kata kerja
performatif adalah seperti berikut:
(a) Secara rasmi saya melantik anda sebagai ketua kumpulan
(b) Pelajar itu memohon kebenaran untuk melanjutkan pengajian
Dalam ayat (a) dan (b), contoh kata kerja performatif ialah melantik dan
memohon. Austin (1962) menamakan ayat-ayat seperti di atas sebagai
ayat performatif. Searle (1969) pula menamakannya sebagai lakuan ujaran
Lakuan ujaran yang tergolong dalam kategori ini dinamakan lakuan ujaran
tidak langsung atau indirect speech-acts.
RGranham (1985), bahagian-bahagian ujaran berasaskan golongan ini
bermula dengan satu contoh yang merupakan ayat penyata yang diujarkan
sebenarnya dalam ayat perintah. Dalam ujaran selepas itu, tiada lagi kata
kerjaperformatif digunakan. Ujaran berbentuk seperti ini dinamakan lakuan
ujaran tidak langsung
Penggunaan ujaran memudahkan untuk menginterpretasikan lakuan
pertuturan. Ia juga memberikan panduan kepada anda untuk mempelajari
caracara mentafsirkan lakuan pertuturan dengan berdasarkan penggunaan
beberapa ujaran,

Proposisi
RAyat merupakan ujaran yang sempurna dari segi makna dan tatabahasa.
Selain itu,
R ayat ialah susunan perkataan-perkataan yang dibentuk berdasarkan
hukum tatabahasa yang betul
RProposisi atau penegasan bagi sesuatu ayat adalah berbeza daripada
binaan ayat. Ayat ialah lambang, manakala proposisi ialah rujukan
lambang. Justeru, ayat adalah salah dari segi proposisinya, tetapi betul
dari segi strukturnya. Sebenarnya, proposisi dalam sesuatu ayat
melambangkan beberapa perkara, iaitu:
(i) Makna Berfakta
Makna berfakta menunjukkan benar atau salah.
(ii) Makna Situasi
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

13
Makna situasi menunjukkan ada atau tiada. Sesuatu situasi memang sukar
wujud. Mungkin juga sesuatu situasi boleh wujud jika terdapat sesuatu
keluarbiasaan.
(iii) Makna Bukan Penegasan
Makna bukan penegasan menunjukkan penegasan berasaskan soalan,
perintah atau seruan.
(iv) Makna Perasaan
Selain jenis-jenis proposisi yang dinyatakan tersebut, ayat juga mempunyai
makna perasaan. Makna ini wujud apabila keadaan faktual yang
dilambangkan adalah tidak jelas.
(viii) Makna Penggambaran
Makna ini dihuraikan dengan menggunakan gambaran khayalan.
Khayalan adalah untuk menjadi sindiran yang tajam terhadap tingkah laku
manusia yang menimbulkan kesan psikologi yang kuat.
Implikatur
Implikatur merupakan suatu bentuk pentafsiran makna yang melewati
batasbatas makna yang tersurat atau literal dalam sesuatu ayat (Grice,
1975:45). Tegasnya, logik makna yang berasaskan pendekatan makna
yang lebih luas akan wujud, di samping terbentuknya komunikasi yang erat
secara berkesinambungan antara penutur dan pendengar. Anda juga perlu
memastikan bahawa implikatur boleh beroperasi dengan kepatuhan pada
maksim-maksim ujaran serta saling bekerjasama.
LOGIK
Logik merupakan tatacara menghubungkan situasi kecil dengan situasi
yang lebih luas (Ellis, 1966: 33). Jelasnya, berdasarkan pengalaman dan
makna, logik adalah berkaitan dengan tesis situasi. Kedua-duanya
memberikan maklumat tentang situasi atau situasi-situasi yang sedang
diberikan oleh bahasa. Pada sesuatu ketika, berdasarkan pengalaman dan
makna, logik dikelompokkan di bawah tajuk makna dengan berpandukan
gagasan.
Logik dan Bahasa
RHashim Hj Musa (2006: 10) berpandangan bahawa
logik adalah berdasarkan benda-benda yang dialami pancaindera di dalam
alam ini yang diterima akal (menerima sesuatu perkara yang ada dan
wujud secara objektif dan tersendiri dan realistik seperti adanya), benar
dan bebas daripada pengkonsepsian akal fikiran kita. Manakala itu, makna
ialah gambaran akal yang memberikan pengenalan tentang kedudukan
dan tugas sesuatu perkara dalam sesuatu sistem yang diperoleh apabila
hubungan sesuatu perkara dengan yang lain dalam sistem itu dapat
dijelaskan dan difahami.
RMakna juga merujuk kepada denotasi bagi sebarang tanda atau simbol
yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis, misalnya warna, bentuk, gerak-
geri bunyi dan sebagainya. Darwis Harahap (1994) pula menyatakan
makna sebagai sumber perkataan.
(a) Pancaindera
Pancaindera merangkumi deria penglihatan, pendengaran, pembauan,
pengecapan dan penyentuhan untuk pengesanan. Walau bagaimanapun,
pentafsiran adalah pada fakulti akal dalaman (perlambangan) bagi objek
luaran, daya pengukuran, daya ingatan dan daya imaginasi yang
mewujudkan pengenalan terhadap hubungan antara logik dan bahasa.
(b) Hujahan
Hujahan adalah berdasarkan keadaan yang logik, teratur dan sistematik
menerusi fikiran. Hakikat ini mentafsir sesuatu kejadian dalam suasana
huraian yang dapat difahami dan diterima umum serta selaras dengan
hukum alam yang benar-benar berlaku secara nyata.
(c) Intuisi
Intuisi ialah ilham yang bertempat dalam hati yang dapat menanggapi
secara terus dan spontan makna dalam bahasa bagi sesuatu perkara
menerusi resapan. Intuisi dibahagikan kepada dua jenis, iaitu intuisi pada
tahap kesedaran dan manusia istimewa. Intuisi pada tahap kesedaran
adalah berasaskan penyelidikan, pengalaman dan penghujahan yang
membuka ruang kepada kewujudan ilham secara spontan. Manakala
intuisi pada tahap manusia istimewa pula wujud berdasarkan pemahaman
tentang realiti kerana berjaya menemukan kehidupan dengan berasaskan
kebenaran.
(d) Laporan
Laporan adalah berdasarkan autoriti yang sah dan absah (legitimate) yang
membabitkan kesahan majoriti dengan berasaskan pengalaman. Laporan
berikutnya melibatkan kesahan mesti yang berkonsepkan ketuhanan.
Hubungan antara logik dan bahasa melibatkan dua laluan proses, iaitu:
(a) Pengertian Imbasan
Berdasarkan penggunaan pancaindera, manusia mengetahui
hubungan logik dengan makna dengan berpandukan proses
pembentukan pengertian secara imbasan.
(b) Pengkonsepsian
Pengertian akan menjadi lebih tekal dan stabil kerana diperkukuh
dengan pengalaman secara berulang kali yang lazimnya didukung
oleh penggunaan istilah, perkataan atau ungkapan tertentu.
Logik Proposisional
Logik proposisional melibatkan dua asas iaitu:
(a) Konsep Ayat
Proposisi atau penegasan ialah penyusunan konsep-konsep yang
kebiasaannya didukung oleh sesuatu ayat atau beberapa ayat. Proposisi
boleh berbentuk pendapat atau pengadilan atau hipotesis atau teori
apabila merujuk kepada andaian tentang dasar, keadaan, sifat, kedudukan
sesuatu perkara atau benda, perlakuan dan kejadian alam.
(b) Hukum Alam
Proposisi atau juga dinamakan pengertian mempunyai keselarasan
dengan hukum alam. Contohnya api membakar, pisau memotong dan
benda yang berat akan jatuh ke bawah (hukum graviti alam).
Logik Predikat
Rberdasarkan dua ciri. Ciri-ciri tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Predikat Keterangan atau Rujukan Sebenar dan Bukan Keterangan atau
Rujukan Sebenar
(a) Predikat Keterangan atau Rujukan Sebenar
(b) Predikat Bukan Rujukan Sebenar
(ii) Predikat Umum dan Khusus
KEBENARAN
Praandaian ialah perkara yang penutur jangkakan sudah diketahui oleh
pendengar, iaitu sesuatu keadaan yang telah diketahui pendengar tanpa
diujarkan oleh penutur. Karttunen (1973) menyatakan bahawa dengan
berasaskan perhubungan semantik, praandaian ialah keadaan yang tidak
menunjukkan ketidaktentuan. Dari sudut perhubungan pragmatik pula,
praandaian bermaksud keadaan yang menunjukkan kebenaran.
Kebenaran Bersyarat
Rbermaksud ayat dilengkapi maksim kualiti, kuantiti,
hubungan dan perlakuan.. Aspek kualiti menunjukkan
kebenaran ujaran, kuantiti memaparkan keperluan ujaran, hubungan
adalah tentang perkaitan ujaran dan perlakuan pula melibatkan
penggunaan bahasa yang padat, ringkas dan ketidakjelasan serta
ketaksaan ujaran pula dinyahkan
Syarat Kebenaran dan Linguistik
Terdapat beberapa syarat tentang kebenaran dan linguistik dalam
menentukan makna sesuatu ujaran, semantik dan logik. Syarat-syarat
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Wacana perlu mendahului sesuatu frasa, klausa dan ayat
(ii) Sesuatu ungkapan perlu ditafsirkan secara jelas
(iii) Maklumat ujaran hendaklah diringkaskan dan dipadatkan
(iv) Sesuatu komen perlu menjelaskan sesuatu topik yang diutarakan
(v) Ungkapan perlu mempunyai rujukan tentang sesuatu unsur predikat
(vi) Maklumat perlu cukup dan relevan serta terdapat maksim kualiti
RUMUSAN
RMakna dalam bahasa bergantung pada cara penggunaannya dalam
sesuatu pertuturan.
RPengertian ayat tidak hanya ditentukan oleh pertalian struktur antara
perkataan-perkataan dalam pembinaan sesuatu ayat, tetapi bergantung
pada bahasa pertuturan, iaitu intonasi pengucapan, keperihalan situasi
ayat dan penutur dan tujuan sesuatu ayat diujarkan oleh penutur.
R Lakuan ujaran merupakan satu teori yang membicarakan kata kerja
yang maknanya menunjukkan implikasi.
R Implikatur merupakan suatu bentuk pentafsiran makna yang melewati
batasbatasmakna yang tersurat atau literal dalam sesuatu ayat.
R Proposisi atau penegasan bagi sesuatu ayat adalah berbeza daripada
binaan ayat. Ayat ialah lambang, manakala proposisi ialah rujukan
lambang.
R Ayat pula adalah dimensi kedua dalam makna. Dalam komunikasi
harian kita menggunakan ayat untuk menyampaikan maksud dan mesej
kita. Ayat merupakan ujaran yang sempurna dari segi makna dan
tatabahasa. Selain itu, ayat ialah susunan perkataan-perkataan yang
dibentuk berdasarkan hukum.
R Logik merupakan tatacara menghubungkan situasi kecil dengan situasi
yang lebih luas.
R Logik adalah berkaitan dengan tesis situasi. Kedua-duanya memberikan
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

14
maklumat tentang situasi atau situasi-situasi yang sedang diberikan oleh
bahasa. Pada sesuatu ketika, berdasarkan pengalaman dan makna, logik
dikelompokkan bawah tajuk makna dengan berpandukan gagasan.
R Praandaian ialah perkara yang penutur jangkakan sudah diketahui oleh
pendengar, iaitu sesuatu keadaan yang telah diketahui pendengar tanpa
diujarkan oleh penutur.

Topik 10 Aplikasi Dalam Pengajaran
APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN
RMenurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu
tabiat berbahasa. Ciri utama strategi adalah seperti yang dinyatakan oleh
Steinberg (terj. Azhar M. Simin, 1990: 264), iaitu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa, Ahli bahasa lebih suka menggunakan latih
tubi.
RKepentingan latih tubi adalah berfokus kepada prinsip rangsangan dan
gerak balas. Manakala itu, prinsip-prinsip berasaskan pandangan
Chomsky dan pengikut pengikutnya adalah tertumpu kepada pengetahuan
nahu. Ini adalah selaras dengan pandangan Chomsky bahawa aspek nahu
atau sintaksis adalah penting dalam menghuraikan berbagai-bagai aspek
kebahasaan. Pada dasarnya, strategi ini melibatkan dua komponen, iaitu:
kajian terperinci terhadap rumus nahu; dan
perbendaharaan kata dan penggunaan terjemahan.

Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar Sekolah Rendah
Untuk pengetahuan anda, pendekatan teori kognitif adalah sesuai dengan
pelajar sekolah rendah. Kognitif ialah kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris, iaitu cognitive. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang membawa
makna yang serupa ialah akal , pemikiran atau Ingatan
Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar
dengan perubahan kognitif. Perubahan bentuk lakuan adalah bergantung
pada kuantiti maklumat-maklumat baharu yang telah diterima oleh
manusia. Ahli-ahli kognitif juga turut mengambil kira proses persepsi yang
terlibat dan pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada dalam akal
budi. Hakikatnya, proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu
mempelajari bahasa sedikit demi sedikit. Ahli-ahli kognitif berpandangan
bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan teori-teori kognitif ialah
pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau
perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya
apabila berlaku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya
maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Ahli-ahli kognitif
menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek
pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan
bacaan. Berikut merupakan beberapa pendekatan proses oleh ahli-ahli
kognitif dalam mengaplikasikan pengajaran:
R Guru menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran dengan
unsurunsur yang bermakna.
R Unsur-unsur yang lebih kecil daripada morfem diperkenalkan kemudian
selepas dipaparkan unsur-unsur yang bermakna.
R Contohnya, pengajaran membaca permulaan mengikut pendekatan ini
bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang
lebih kecil.
R Pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat,
frasa, atau perkataan, selain memperkenalkan suku kata dan abjad.


Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar
Sekolah Menengah
Pendekatan teori kesahan psikologi sesuai dengan pelajar
sekolah menengah. Kesahan psikologi ialah konsep keilmuan
yang mengandaikan bahawa huraian yang dikemukakan untuk
menjelaskan sesuatu perkara, sewajarnya menepati perkara sebenarnya
yang berlaku yang harus bertepatan dengan realiti. Jika anda merujuk
kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang dikemukakan oleh nahu
tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan psikologi (Steinberg,
1982: 188). Dalam memberikan huraian tentang proses penggunaan
bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari
sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan
secara wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau
pemikiran kepada bunyi-bunyi bahasa semasa proses penghasilan output
bahasa. Chomsky (1985: 101) menerangkan bahawa secara teknikal, teori
linguistik adalah teori mentalisme kerana teori ini terlibat dalam hal
menemukan hakikat mentalisme yang mendasari gerak laku sebenarnya.
Berasaskan pendekatan ini, pengetahuan akan memungkinkan pengguna
bahasa menggunakan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu
bahasa secara tepat dan berkesan. Maksudnya, akal budi pengguna
bahasa telah dibekalkan dengan pengetahuan bahasa yang bersifat utuh
atau menyeluruh dalam jumlah berpada. Berdasarkan pendekatan teori
yang sesuai bagi sekolah menengah, pelajar memerlukan pengetahuan
tentang dua aspek kebahasaan, iaitu:
pengetahuan tentang rumus-rumus nahu; dan
kemahiran untuk mengemukakan output bahasa, selain mentafsir input
bahasa dengan wajar dan tepat. Aspek kenahuan merujuk kepada
kebolehan menyusun unsur-unsur bahasa dalam urutan linear atau dalam
susunan selari secara betul, manakala kemahiran mengutarakan output
dan mentafsir input merujuk kepada keupayaan untuk membuat pilihan
yang tepat daripada pelbagai pilihan yang ada. Dengan pengertian lain,
aspek pertama melibatkan pengetahuan tentang struktur atau bentuk ayat,
manakala aspek kedua tentang kecekapan memilih unsur-unsur atau kosa
kata yang tepat yang bersesuaian dengan keperihalan keadaan
sesebuah ayat. Untuk memastikan wujud kesahihan tentang kesahan
psikologi, sesuatu program pengajaran bahasa seharusnya mengambil
kira beberapa aspek pengajaran seperti berikut:
(i) Pengetahuan nahu dan kekangan-kekangan sosial semasa berbahasa.
(ii) Akal budi pelajar sekolah menengah sewajarnya mengandung kedua-
dua aspek pengetahuan bahasa. Selain kemahiran lisan, seseorang
pelajar yang unggul harus dapat menyampaikan hasratnya secara bertulis.
Ini kerana dalam dunia yang serba moden, budaya berbahasa lisan dalam
proses penyampaian maklumat semakin hari semakin diganti oleh budaya
bertulis. Jika kemudahan telekomunikasi semakin hari semakin
mementingkan kemahiran penulisan, setiap pelajar menengah seharusnya
menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kemahiran berbahasa di
peringkat ayat belum mampu memungkinkan seseorang pelajar sekolah
menengah menjadi pengguna bahasa berkesan. Ini kerana bahasa tidak
digunakan dalam suatu lowongan atau vacuum, tetapi bahasa adalah alat
komunikasi dalam keperihalan keadaan yang pelbagai. Ketaksaan makna,
sama ada yang bersifat leksikal atau struktur boleh wujud jika ayat-ayat
dianalisis secara tunggalan atau terpisah daripada keperihalan
keadaannya. Ketaksaan sering kali terjelas apabila ayat diamati dan
difahami dalam keperihalan keadaan dengan berdasarkan kewujudannya
(Brown, 1980:190).
PEDAGOGI PENGAJARAN
Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang baik harus sentiasa
memikirkan kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dengan pencapaian
pelajar yang maksimum. Ini juga menggambarkan bahawa guru perlu
mempunyai satu prinsip tentang pedagogi pengajaran. Berhubung dengan
prinsip-prinsip tersebut, anda akan menerima paparan
tentang dua sudut pengajaran yang berasaskan aliran Behaviorisme,
Kognitif dan Interaksionalisme. Prinsip pengajaran bahasa berasaskan
aliran Behaviorisme adalah berhubung dengan teori-teori pemerolehan
bahasa yang berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:
1. Bahasa lisan menjadi keutamaan.
2. Bahasa adalah suatu tabiat.
3. Pengukuhan adalah penting dalam pengajaran.
4. Mengutamakan model bahasa yang baik.
5. Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas
dalam pengajaran.
6. Latihan pembelajaran diperkukuh.
Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung
dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam
prinsip yang lebih umum, iaitu:
1. Pembelajaran merupakan proses mental.
2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah
dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.
3. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi
kanakkanak dalam peringkat kematangan yang sama.
4. Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.
5. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.
6. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
disampaikan secara formal.
Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Interaksionalisme adalah
berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang hanya berkisar
kepada tiga prinsip yang lebih umum, iaitu:
1. Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna diutamakan.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

15
2. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
3. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugastugas atau aktiviti-aktiviti bermakna.

Pedagogi yang Sesuai dengan Tahap Pelajar
Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
pengamal linguistik Amerika, Anthony (1963), pendekatan ialah satu set
andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran yang diamalkan
dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap
pelajar.

Induktif
RMelibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.
R Pelajar digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari.
R Pelajar mengemukakan rumusan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan membuat generalisasi.
Deduktif
RMengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada
hukum-hukum tertentu.
RMenggunakan proses penaakulan yang tinggi.
R Pembelajaran dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau
mempelajari peraturan-peraturan tertentu, menganalisis dan
mengaplikasikannya.
Eklektik
R Gabungan beberapa pendekatan.
R Menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada beberapa
pendekatan.
R Tujuan pendekatan adalah untuk menghasilkan strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan.
R Sesuai digunakan bagi kelas-kelas yang terdiri daripada
pelajar-pelajar pelbagai kebolehan.
Komunikatif
R Berpusatkan bentuk-bentuk komunikatif seperti bercerita,
melapor dan menyampaikan maklumat.
R Memberikan penekanan kepada penyerapan bentuk-bentuk
gramatikal untuk tujuan berkomunikasi.
R Menyerapkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya.

Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa
pendek. Kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti
dan rapi. Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada ikhtiar
keseluruhanN yang terbentuk dalam satu set prosedur tersusun dengan
berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih. Anthony juga membuat
rujukan bahawa teknik ialah satu strategi yang digunakan oleh guru untuk
mencapai objektif pelajaran yang optimum
Tatabahasa Terjemahan
R Dirancang untuk memberikan kemahiran menulis.
Terjemahan Menentukan perbendaharaan kata diberikan pada awal
pelajaran.
R Kata-kata disusun dalam ayat menerusi hukum tatabahasa.
R Isi atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, tetapi hanya
sebagai latihan tatabahasa untuk menentukan terjemahan
dalam bahasa ibunda.

Terus
R Membolehkan pelajar menguasai kempat-empat kemahiran
berbahasa.
R berlandaskan empat asas, iaitu perhubungan langsung antara
perkataan dan benda, mengaitkan pengalaman, menimbulkan perasaan
ingin tahu anak-anak dengan berpandukan lunas-lunas berbahasa.
Audiolingual
R Sistem mengekod makna.
R Digunakan secara linear.
R Bahasa dianalisis secara deskriptif.
R Bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, klausa
dan ayat.
Situasional
R Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan.
R Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah.
RAspek bahasa dilatih mengikut situasi.
RMematuhi perbendaharaan kata.
R Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas
leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan
sepenuhnya.


Persediaan Pengajaran Mikro
pengkhususan haruslah berkisar kepada faktor-faktor berikut:
R Pemilihan bahan-bahan pengajaran
R Pengolahan bahan pengajaran
R Pembinaan bahan pengajaran
R Penggunaan bahan pengajaran
(a) Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran
(i) Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran.
(ii) Bahan mengandung unsur-unsur falsafah pendidikan.
(iii) Menggunakan bahasa secara efektif.
(iv) Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses pengajaran
dan pembelajaran.
(b) Pengolahan Bahan Pengajaran
(i) Menjadikan dialog bersifat komunikatif.
(ii) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun
psikologi.
(iii) Menggunakan bahasa autentik.
(c) Pembinaan Bahan Pengajaran
(i) Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa.
(ii) Bahasa digunakan secara tepat.
(iii) Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk mendedahkan
pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas
dalam masyarakat.
(iv) Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan
satu strategi pembelajaran bermakna.
(d) Penggunaan Bahan Pengajaran
(i) Mengikut keperluan pancaindera pelajar.
(ii) Pastikan bahan berasaskan sukatan pelajaran bahasa.
(iii) Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isi semasa.
(iv) Kaji jumlah dan kualiti bahan.
PROSES PENILAIAN
R aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat
berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Berikut merupakan tatacara pelaksanaan penilaian:
(i) Penilaian Formatif adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung
dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru.
(ii) Tujuan penilaian formatif adalah untuk membantu dan membaiki proses
pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Keputusan penilaian adalah untuk pemeringkatan dan perbandingan
antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK HBML 3303SMP

http://oumclub.blogspot.com

16
(iv) Penilaian Sumatif pula adalah untuk mengesan secara menyeluruh
tentang taraf pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Matlamat
utama penilaian jenis ini adalah untuk memberikan markah atau gred
kepada seseorang pelajar supaya dapat membandingkannya dengan
markah pelajar lain dalam kumpulannya
Soalan-Soalan untuk Menilai Penguasaan Pelajar
Soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar hendaklah berasaskan
kepada jenis-jenis ujian bahasa. Ujian bahasa yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
(a) Ujian Pencapaian -ujian sumatif. Tujuan ujian ini
adalah untuk menilai hasil pengajaran berdasarkan pengukuran
pencapaian pelajar secara menyeluruh.
(b) Ujian Penempatan -menempatkan pelajar dalam kursus atau
kumpulan tertentu. Pelajar diasingkan mengikut kumpulan.
(c) Ujian Bakat -menilai prestasi seseorang pelajar
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa yang akan dipelajarinya.
(d) Ujian Diagnostik -mengesan kelemahan-kelemahan atau
masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuannya
adalah untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan merancang serta
menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.
(e) Ujian Formatif -menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa
sepanjang pembelajaran. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan
tujuannya adalah untuk mempercepat proses
pembelajaran.

Ujian Objektif:
Ujian ini ialah ujian yang pendek-pendek yang melibatkan proses
menanda, membulat, menggaris, mengisi tempat kosong dan gerak balas
ringkas yang lain. Ujian ini dibentuk daripada beberapa
item objektif yang boleh diperiksa secara objektif, iaitu pemeriksa-
pemeriksa berlainan untuk memperoleh skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa.
(a) Item jawapan pendek.
(b) Item jenis pilihan.
(c) Item beraneka pilihan.
(d) Item betul-salah.
(e) Item padanan.
(f) Item key list.
(g) Item aturan terbaik.
(h) Item objektif kloz
Ujian Subjektif:
Ujian ini lazimnya berbentuk esei. Calon diminta membuat huraian tepat
dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi. Ujian ini memberikan
peluang kepada calon untuk memberikan gerak balas dalam tulisan
dan perkataan mereka sendiri.
(a) Gerak balas terhad (jawapan mengingat kembali dan pendek).
(b) Gerak balas lanjutan (memerlukan jawapan kepada perkataan seperti
terangkan, huraikan dan bezakan).


Langkah-Langkah Membina Ujian


Kesahan:
RSejauh manakah satu-satu bahan ujian dapat mengukur tentang apa-
apayang hendak diukur.
Kebolehpercayaan:
RMelihat ketekalan markah satu-satu ujian dalam mengukur apa-apa yang
hendak diuji. Maksud ketekalan ialah markah yang dihasilkan dalam satu-
satu ujian telah diperoleh pengambil ujian tanpa sebarang gangguan.
Gangguan adalah seperti keletihan, ketegangan, kebimbangan atau faktor-
faktor lain yang menjejaskan pengambil ujian.
Langkah-Langkah Pemulihan dan Pemantapan
Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas
untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di
sekolah.
Rdilakukan dalam tempoh jangka masa pendek.


RUMUSAN
R Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan dalam tingkah laku manusia
adalah
sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam kognitif.
R Proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa
sedikit demi sedikit.
R Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang
dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria
psikologi.
RDalam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula,
sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan
psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara wajar lakuan
penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada
bunyibunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa.
R, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
supaya sesuai dengan tahap pelajar.

R Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa
pendek.
R Penilaian merupakan aktiviti atau proses yang bersistematik untuk
mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran atau pembelajaran.
R Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas
untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di
sekolah.

You might also like