You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan yang bercorak sistem demokrasi berparlimen sejak kemerdekaan sehingga hari ini di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan iaitu sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen merupakan satu sistem kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara bebas melalui pilihan raya. Pilihan raya di Malaysia merupakan satu sistem atau proses pemilihan pemimpin untuk mentadbir negara. Salah satu ciri sistem ini ialah rakyat akan memilih pihak pemerintah. Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pemerintah, artikel 114 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agar pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali melalui pilihan raya umum. Justeru, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin negara melalui proses pembuangan undi. Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak untuk memilih wakil-wakil mereka untuk memerintah di peringkat pusat atau negeri. Pilihan raya dianggap sebagai suara atau pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan bagi kepentingan mereka.1 Pilihan raya berfungsi untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi yang adil dan harmoni. Oleh itu, pilihan raya merupakan satu saluran bagi rakyat untuk mengubah atau mengekalkan pucuk pimpinan yang ada dan memberi kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan-jawatan khas dalam pentadbiran negara.

http://halimunanman.blogspot.com/2013/04/konsep-pilihan-raya-halimunanman.html

2.0 PILIHAN RAYA DI MALAYSIA Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi yang menggunakan undi untuk memilih calon yang berperanan sebagai wakil rakyat di parlimen. Tambahan pula, pilihan raya juga merupakan suatu sistem atau mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang paling sesuai bagi memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Malahan, untuk memenuhi tuntutan sistem demokrasi, sesebuah kerajaan juga dipilih melalui pilihan raya. Rakyat akan diberi hak untuk memilih kerajaan yang diingini. Di Malaysia terdapat dua jenis pilihan raya yang diadakan iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum merupakan pilihan raya yang diadakan untuk Dewan Rakyat dan semua Dewan-dewan Undangan Negeri. Selain itu, pilihan raya umum diadakan setelah Dewan Rakyat atau Dewan dewan Undangan Negeri dibubarkan dalam tempoh 60 hari. Manakala, Sabah dan Sarawak pula tempohnya tidak lebih daripada 90 hari. Pilihan raya kecil pula diadakan apabila terdapat kekosongan akibat kematian, peletakan jawatan, perlucutan jawatan atau sebab-sebab lain yang menyebabkan kekosongan bagi mana-mana kerusi di kawasan parlimen atau negeri. Proses pilihan raya melibatkan tiga pihak penting iaitu badan yang bertanggungjawab mentadbir pilihan raya, calon dan pengundi. Di Malaysia, pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditubuhkan pada 4 September 1957 setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. SPR dianggotai oleh lima orang ahli yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

You might also like