You are on page 1of 2

PANDUAN KURSUS HBEF3603 AMALAN PROFESSIONAL

Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional. Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. OUM telah merangka kursus HBEF3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG. Tiga Fasa tersebut adalah: Fasa 1: HBEF2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan Fasa 2: HBEF3603 Amalan Profesional Fasa 3: HBEF4303 Projek Kajian Tindakan

A. KATEGORI PELAJAR Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu: 1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM. 2. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM. 3. Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum. 4. Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

B. CARA PERLAKSANAAN

1. Pelajar harus melaksanakan inovasi P & P sepertimana yang dicadangkan dalam HBEF2503. 2. Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu). Praktikum ini mestilah dibuat antara bulan Januari April 2014. 3. Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar. SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi P & P bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM. Peringatan: Setelah melaksanakan inovasi P & P; pelajar (guru) perlu mengumpul data untuk penyediaan laporan lengkap kajian di Fasa 3 HBEF4303 mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.

C. KEPERLUAN KURSUS Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan semua aktiviti tugasan 1. Aktiviti 1 (T1A1) - Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Audio Sesi Praktikum/Amali 10 Markah Aktiviti 3 (T1A3) - Pelaporan 40 Markah Aktiviti 4 (T1A4) - Reflektif Jurnal 20 Markah Forum - Penglibatan atas talian 10 Markah

You might also like