You are on page 1of 7

PLOT NOVEL MERENANG GELORA

Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. Perkembangan 1. Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. 2. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian. 3. Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. 4. Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut. 5. Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri. 6. Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira. 7. Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. 8. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan. 9. Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil. Klimaks 1. Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran. 2. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua astas kesalahan yang dilakukan. 3. Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang. 4. Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama. 5. Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri. Peleraian 1. Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. 2. Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan. 3. Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM. 4. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur. 5. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel kereta. 6. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan diploma fesyen di UITM yang dimilikinya. 7. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. 8. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.

Teknik Plot 1. Pemerian - Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan. 2. Dialog - Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi. 3. Imbas kembali - Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort Jamil. 4. Imbas Muka - Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil telefon bimbit dari kotak baharu ayahnya pasti akan mengesyaki sesuatu. 5. Saspens - Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri. 6. Kejutan - Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang jualan telefon bimbit. 7. Monolog dalaman Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya

TEMA NOVEL MERENANG GELORA


Novel ini bertemakan ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya. Persoalan 1. Persoalan ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat gejala sosial. Contohnya, Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya terlibat masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor. 2. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Encik Tan memohon kepada pihak pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan. 3. Persoalan hasad dengki dalam persahabatan. Persoalan ini digambarkan melalui watak Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama. 4. Persoalan melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas. Contoh, Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin seperti Jamil. 5. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh Siew Mei memberikan maklumat tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansurans kepada pelajar. 6. Persoalan sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Contoh Badri, Siew Mei dan taufik mengadakan kumpulan belajar dan akhirnya berjaya dengan mendapat 9A dan 7A dalam SPM. 7. Persoalan buruk sangka dalam masyarakat pelajar. Contoh, Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbah air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah. 8. Persoalan gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Contoh, Shahrul terlibat perlubaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis. 9. Persoalan berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

Watak Utama
Badri

Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul. Seorang pengawas sekolah Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.

Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran. Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah. Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar. Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan
Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo. Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama. Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks belibelah. Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas. Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran. Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal. Mementingkan diri sendiri Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya. Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama. Pendendam Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.

Nadira

Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur. Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari. Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri. Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng. Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya. Tidak menghormati orang lain meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata. Suka membazirkan masa sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit. Rakan kepada Shahrul dan Kumar

Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya. Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit. Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya. Kumar

Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas. Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani. Mata duitan atau materialistik Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih. Mudah dipergunakan oleh orang lain Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul. Insaf akan kesalahan yang dilakukan Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn. Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Jamil

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas. Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar. Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya. Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar. Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.

Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah. Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas. Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri. Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Latar Tempat i Tepi tasik Badri berjoging untuk latihan pertandingan bola sepak ii. Pondok kecil Shahrul, Kumar dan Meng hong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar. iii. Rumah Badri Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan pagi. iv. Tempat menunggu bas Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah v. Blok C bagunan sekolah Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan. vi. Tandas sekolah Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas. vii. kelas 5 Bestari Jamil dan Badri belajar bersama-sama. viii. Kedai telefon bimbit Encik Tan Idham, abang Jamil bekerja sebagai pembantu kedai. ix. Stor dan kedai telefon bimbit Meng Kong mencuri telefon bimbit x. Rumah Pak alang Badri ke rumah pak alang. xi. Kompleks beli-belah Tempat lepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong. xii. Resort Jamil Badri dan Jamil bertemu semula setelah Badri menjadi doktor . Latar Masa i. Pagi Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong ii. Waktu selepas rehat Para pengawas diberikan kelonggaran untuk makan selepas tamat waktu rehat kerana bertugas pada waktu rehat. iii. Selepas waktu sekolah Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah. iv. Hari Sabtu Meng Kong pergi ke kedai telefon bimbit bapanya untuk membantu. v. Pukul 4.00 petang Badri sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei. vi. Petang Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang prihatin terhadap anak Contoh, Encik Tan menguruskan kemasukan anaknya, Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

ii. Masyarakat yang bijak menguruskan masa Contoh, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak tertinggal bas. iii. Masyarakat pelajar yang rajin belajar Contoh, Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. iv. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas Contoh, Badri sebagai seorang pengawas membuat rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi. v. Masyarakat guru yang tegas dan adil Contoh, Cikgu Jalani dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar dengan berkesan. vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dengan gejala sosial Contoh, Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah dan Shahrul bercampur dengan budak-budak motor. vi. Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah Contoh, Lokman dan badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar. vii. Masyarakat yang emosional Contoh, Shahrul cepat melenting apabila ditegur.

Pengajaran i. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah. Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar. ii. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya. iii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. iv. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri. v. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar. vi. Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi. Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon bimbit dari kedainya. vii. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah. viii. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh, Shahru tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangan dan dikenakan hukuman rotan di sekolah oleh pengetua.

NILAI i. Nilai Kasih Sayang Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira. ii. Nilai Ketabahan Badri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah iii. Nilai Kegigihan Badri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM iv. Nilai bertanggungjawab Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya v. Nilai Prihatin En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. vi. Nilai Sayang akan seni bangsa Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada. vii. Nilai keberanian Badri tetap ingin berjumpa seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya. viii. Nilai Persahabatan Walaupun Badri,Jamil,Shahrul,Meng Kong,Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing

You might also like