You are on page 1of 3

Rancangan pengajaran harian Numerasi Tahun : 2 Topik : Wang Hingga RM100 Tarikh : 19 September 2012

Langkah Subtopic / standard pembelajaran

Perdana Perdana : 1) Menambah dua nilai wang yang melibatkan a) Ringgit dan jumlahnya tidak melebihi RM100

LINUS Linus : 1) Menambah dua nilai wang yang melibatkan a) Ringgit dan jumlahnya tidak melebihi RM50

Set induksi (3 minit)

1) Paparan gambar not Malaysia dan not asing. 2) Murid mengenalpasti dan menyatakan not Malaysia serta cirri-cirinya.

Langkah 1 ( 10 minit)

1) Paparan beberapa kad gambar beserta harga. 2) Murid mengenalpasti dan menyatakan harga yang tertera pada kad gambar yang ditunjukkan guru. 3) Langkah diulang untuk beberapa gambar dan beberapa orang murid.

Langkah 2 (15 minit)

1) Salah satu kad gambar beserta harga yang telah dipamerkan dilekatkan di papan putih. (cth : RM20) 2) Beberapa murid tampil dan menampal not contoh yang menyamai nilai pada kad gambar tersebut. 3) Proses tersebut diulang bagi gambar yang sama oleh beberapa orang murid lain dengan menggunakan not yang berbeza tetapi nilai yang sama. (RM10) 4) Guru menerangkan bahawa gabungan beberapa jenis wang kertas boleh menyamai nilai yang sama. (cth : RM5+RM5, RM5+RM1x5, RM10x1)

5) Guru menunjukkan cara operasi tambah bagi tajuk wang dalam bentuk lazim di papan tulis. 6) Langkah operasi tambah dilakukan satu per satu dengan melibatkan aktiviti sumbang saran daripada murid.

Langkah 3 (20 minit)

1) Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. 2) Guru memberi arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3) Kumpulan perdana diberi beberapa jenis not sehingga nilai RM100.

4) Kumpulan LINUS diberi beberapa jenis not sehingga nilai RM50.

5) Setiap kumpulan diberi beberapa keping kad gambar beserta harga. 6) Kumpulan 1 bergerak ke kumpulan 2 dan membeli 2 jenis item sahaja. Mereka membuat bayaran dengan menggunakan not yang telah diberikan. 7) Proses jual beli yang sama berlaku di kalangan kumpulan-kumpulan lain. Kumpulan 2 bergerak ke kumpulan kumpulan 3. Kumpulan 3 bergerak ke kumpulan 4 dan kumpulan 4 ke kumpulan 1. 8) Wakil setiap kumpulan tampil dan menyatakan jumlah pembelian yang telah dibuat. 9) Peneguhan diberikan dan guru menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Langkah 4 (10 minit)

1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

2) Menambah 2 nilai wang bagi 2 item yang dibeli tidak melebihi RM100. 3) 7 soalan tambah dalam lingkungan RM100.

4) Menambah 2 nilai wang bagi 2 item yang dibeli tidak melebihi RM50. 5) 5 soalan tambah dalam lingkungan RM50.

Penutup

1) Guru bersoal jawab mengenai kepentingan nilai wang dalam kehidupan harian.

(2 minit)

6) Murid memberikan respon tentang kepentingan nilai wang.

You might also like