You are on page 1of 2

E5122 : SISTEM KOMUNIKASI

BAB 1 : PENSUISAN DAN PENGISYARATAN TELEFONI


Tugasan 1

Soalan
a) Satu panggilan Sambung Jauh Terus Dail dari Tawau ke Sepang telah dibuat pada jam 10.12 minit 15
saat pagi sehingga 10.50 minit 30 saat pagi. Tempoh masa seunit bagi panggilan tersebut ialah 15
saat. Bayaran bagi seunit ialah 18 sen. Kirakan jumlah bayaran bagi panggilan tersebut.
(8
markah )

b) Talian suara komunikasi yang berjaya beroperasi penuh mempunyai trafik kendalian 20E. Dalam
tempoh 3 minit sebanyak 210 panggilan berjaya masuk ke dalam talian, manakala tempoh yang
diperlukan untuk panggilan dihantar ke destinasi lain ialah 2 minit. Kirakan :
i. Trafik masuk
ii. Trafik keluar
iii. Purata panggilan yang dibuat dalam panggilan keluar
( 9 markah )

c) Sebuah syarikat mendapati bahawa terdapat sejumlah 3500 panggilan yang ditawarkan semasa hari
bekerja. Purata tempoh panggilan yang dibuat pula adalah selama 237 saat per panggilan. Jika
daripada jumlah tersebut terdapat 1000 panggilan yang hilang, kirakan :
i. Trafik yang ditawarkan
ii. Gred perkhidmatan
iii. Jumlah Jangkamasa kesesakan
( 8 markah )
d) Semasa jam sibuk sesuatu kumpulan pensuisan membawa 100 panggilan dengan tempoh 3 minit.
Kirakan keamatan trafik
( 3 markah )

e) Trafik jam sibuk sebanyak 0.7 Erlang ditawar kepada sesuatu laluan. Kirakan tempoh dalam unit minit
laluan itu digunakan bagi 21 panggilan yang ditawarkan.
( 3 markah )

f) Kirakan keamatan trafik purata dalam jam sibuk bagi sesuatu ibusawat 300 laluan yang mempunyai
kadar panggilan jam sibuk sebanyak 1E dengan tempoh panggilan 2 minit
( 3 markah )

g) Sesuatu matriks pensuisan memberi gred perkhidmatan 0.005. Kirakan bilangan panggilan yang hilang
sekiranya 400 panggilan ditawarkan kepada matriks tersebut.
( 3 markah )

h) 1 daripada 9 panggilan yang ditawarkan kepada sekumpulan matriks pensuisan menjadi hilang.
Kirakan trafik yang dibawa jika tempoh purata panggilan ialah 3 minit
( 4 markah )

i) Trafik sebanyak 100 panggilan ditawarkan k epada sekumpulan matriks pensuisan semasa jam sibuk,.
Masa pegang purata tiap panggilan ialah 3 minit dan 5 panggilan tidak dapat mencari laluan. Kirakan
Trafik yang ditawarkan dan Trafik yang dibawa
( 4 markah )

j) Sesuatu ibusawat mempunyai 200 pelanggan dengan kadar panggilan jam sibuk dan masa pegang
purata 3 minit.
a) Kirakan Trafik jam sibuk yang ditawarkan
b) Jika panggilan tersebut dibawa oleh sekumpulan pensuisan yang memberi gred perkhidmatan
0.02, kirakan bilangan panggilan yang hilang
( 5 markah )

You might also like