You are on page 1of 2

AKU SEBUAH KERETA PROTON

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku di kilang proton di Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah di bilik pameran kereta. Sempena kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami. Aku dan rakan-rakan . pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi . yang terbaik buat tuanku. Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat .. dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya. Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku.. seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku. Pada suatu hari,tuanku telah bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam .. ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

dilahirkan

ditempatkan

pelancaran menjadi

memandu

umpama

perkhidmatan bangga

terlewat

kemalangan

Aku Sepasang Kasut

Nama saya ialah puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai. Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat. Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah. Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya. Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera. Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.

You might also like