You are on page 1of 6

Laporan Penuh Analisis Kes.

Asas pengurusan disiplin yang kukuh membawa kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. Perkataan disiplin berasal daripada bahasa Latin iaitu disciplina yang membawa maksud mengajar. Disiplin mengikut kamus bahasa pula adalah kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Disiplin juga membawa erti kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Bagi konteks bilik darjah pula, disiplin bermaksud satu set peraturan yang dikenakan kepada murid murid bagi mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Pengajaran dan tingkah laku turut memainkan peranan dalam pembentukan disiplin ini di mana pengajaran mampu mempengaruhi tingkah laku dan tingkah laku mampu mempengaruhi pengajaran. Oleh kerana itu, disiplin bilik darjah dan pengajaran amat saling berkaitan dan pengajaran di sini termasuklah araha, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid (Charles, 2008). Berdasarkan kes The Phantom Pregnancy ini, masalah disiplin murid Barbara Thompson iaitu Teri Leigh berpunca daripada institusi kekeluargaan yang tidak stabil. Teri pernah didera oleh teman lelaki ibunya. Teman lelaki ibunya telah ditangkap dan dipenjarakan namun nasib masih tidak menyebelahi Teri dan dua orang adik lelakinya yang lain apabila ibunya memilih untuk mengahwini teman lelakinya dan menghantar anak anaknya ke rumah anak angkat yang berbeza. Sejak daripada itu, Teri mula menunjukkan simptom simptom masalah pembelajaran dan gangguan emosi. Dia sering menangis apabila berada di dalam kelas. Lebih malang lagi, Teri telah didiagnosis sebagai pesakit psychotic. Bermula dari saat ini, Barbara mula menyedari bahawa beliau bertanggungjawab untuk membantu Teri memandangkan pihak pentadbiran dan guru pendidikan khas sendiri tidak mengambil berat tentang masalah ini.

Masalah sebenarnya bermula apabila Barbara mula mengajar tajuk Pendidikan Seks dan Pendidikan Asas Kehamilan serta Melahirkan Anak kepada pelajarnya. Dua hari kemudian, Barbara diberitahu oleh tiga orang anak muridnya bahawa Teri mengaku bahawa dia telah mengandung. Berdasarkan pemerhatian Barbara juga, Teri seringkali membawa baju baju bayi ke sekolah. Teri pernah memberitahu Barbara yang dia mengandung akibat perbuatan teman lelaki ibunya. Barbara telah mengatakan bahawa perbuatan teman lelaki ibunya itu tidak akan menyebabkan Teri mengandung kerana ianya telah lama berlaku namun Teri tetap dengan pendiriannya. Selepas itu, muncul pula masalah lain iaitu Teri sendiri menyebarkan gambar dia tidak memakai pakaian yang diambil oleh kakak angkatnya kepada dua orang pelajar lelaki sekolah menengah. Namun, pelajar pelajar tersebut telah menyerahkan gambar tersebut kepada pengetua, Bob Farris melalui pemandu bas. Untuk menyelesaikan masalah ini, Bob menelefon ibu angkat Teri tetapi beliau menolak untuk berbincang mengenainya. Barbara telah dipanggil dan diberitahui tentang masalah ini. Lantas beliau mengambil langkah untuk berbincang secara hati ke hati bersama Teri. Teri memberitahu Barbara bahawa tujuannya melakukan penyebaran gambar tersebut adalah kerana dia menginginkan bayi dan pelajar lelaki menyukainya. Sebagai langkah untuk menyedari Teri bahawa tindakannya itu salah, Barbara memberitahu Teri tanggungjawab sebagai seorang ibu bukannya mudah. Barbara juga menekankan bahawa bagi membesarkan seorang bayi bukanlah satu perkara yang mudah malah memerlukan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya untuk membentuk mereka sebagai seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kesimpulannya, banyak pengorbanan diperlukan dalam membesarkan seorang bayi Tambahan lagi, Barbara turut menggunakan pendekatan lain untuk menyedarkan Teri iaitu dari segi kesihatan. Beliau mengingatkan Teri bahawa dengan mengadakan hubungan intim bersama sesiapa sahaja boleh mengundang kepada penyakit yang berbahaya seperti AIDS, sifilis, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Teri masih juga dengan pendiriannya iaitu dia yakin bahawa dia telah mengandung akibat daripada perbuatan teman lelaki ibunya dan Barbara sedar bahawa beliau telah gagal untuk menyedarkan Teri yang perbuatannya adalah salah. Barbara turut sedar bahawa perkembangan dan kematangan Teri Leigh memainkan peranan serta mengatasi penderaan seksual yang pernah dialami olehnya. Hal ini kerana usia Teri yang terlalu muda sewaktu perbuatan teman lelaki ibunya itu dan membuatkannya trauma. Kekurangan kasih sayang dan perhatian juga menyebabkan Teri bertindak sedemikian. Berdasarkan kes ini, saya dapat mengenal pasti Barbara telah menggunakan pendekatan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku, murid perlu dibimbing bagi memahami peraturan di dalam bilik darjah dan kepercayaan serta tanggungjawab guru adalah penting bagi murid untuk bersama sama menjaga disiplin di dalam kelas. Mengikut Dreikurs (1968), tingkah laku bermasalah berlaku kerana murid ingin mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Selain itu juga, Model Terapi Realiti William Glasser turut ada dipraktikkan. Model ini menekankan keperluan keperluan asas murid di mana keperluan ini akan mendorong kepada tingkah laku mereka. Hal ini demikian kerana setiap tingkah laku yang ditunjukkan berasaskan pilihan yang dibuat. Melalui pembacaan dan perbincangan bersama rakan rakan, didapati bahawa Model Terapi Realiti William Glasser adalah model yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut Glasser, beliau memberi lebih perhatian kepada langkah perbincangan. Langkah pertama adalah Barbara perlu meyakinkan Teri tentang keburukan mengadakan hubungan intim dan melahirkan anak pada usia muda. Barbara juga perlu menyedarkan Teri untuk memilih keputusan yang bijak. Langkah kedua pula adalah melalui perbincangan bersama, hal ini selaras dengan hal yang difokuskan oleh Glasser iaitu melalui perbincangan akan menghasilkan disiplin. Seterusnya, Barbara turut menjalankan pemerhatian ke atas Teri dan merekod untuk mengenal pasti sebab berlakunya masalah tersebut. Berdasarkan langkah ini, terbukti bahawa Barbara merupakan seorang guru yang amat mengambil berat tentang anak muridnya.

Sikap ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada Teri untuk melakukan keputusan yang bijak. Langkah yang terakhir adalah melalui kaedah kaunseling untuk menguatkan emosi serta psikologi Teri dan meyakinkan dia untuk membuat keputusan yang betul. Barbara boleh mencadangkan kepada Teri untuk menghadiri sesi kaunseling dan beliau boleh hadir bersama untuk menemaninya.

Refleksi. Nurshabirah binti Sudin (920907 13 6152) Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia Nya saya dapat melengkapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Sekalung

penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya, pensyarah, rakan rakan dan semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung. Subjek ini iaitu Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3105) menyediakan banyak konsep, model dan contoh situasi di dalam bilik darjah bagi memudahkan para guru apabila berhadapan dengan sikap murid yang pelbagai. Setelah saya menerima tugasan ini daripada pensyarah, saya akui bahawa saya berasa agak teruja untuk menyiapkannya kerana kes yang kami dapat agak menarik. Tugasan ini memerlukan kerja berkumpulan dan individu. Sepanjang penyiapan tugasan ini, berbagai bagai pengetahuan baru telah saya perolehi daripada kes The Phantom Pregnancy ini. Sebagai contoh, tindakan yang patut diambil oleh guru kelas tersebut bagi menyelesaikan masalah yang berlaku disebabkan oleh muridnya. Selain itu, saya juga dapat menghubungkaitkan antara model dan keadaan serta masalah yang berlaku di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, bekerja secara berkumpulan ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kami turut ada mengalami masalah dan cabaran semasa melakukan tugasan ini. Antaranya ialah lambakan kerja serta tugasan yang diberikan kepada kami. Namun begitu, masalah ini telah kami atasi dengan membahagikan tugasan tugasan yang dilakukan secara berkumpulan secara adil. Hal ini untuk mengelakkan kesuntukkan masa dan berlakunya salah faham antara ahli kumpulan. Selain daripada itu, kami juga ada menjalankan perbincangan bersama ahli kumpulan untuk berbincang dan merungkai masalah yang telah timbul. Pembacaan melalui bahan ilmiah dan bahan internet turut membantu dalam perbincangan dan penyiapan tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini amat membantu saya dan rakan rakan dalam persediaan sebelum melangkah ke alam pengajaran nanti.

Saya juga berasa amat bersyukur kerana diberi pendedahan awal tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Dengan berbekalkan ilmu serta pengalaman ini, saya berharap agar saya dapat mempraktikkannya apabila berada di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

You might also like