You are on page 1of 8

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2011 DI TAPAK PERKHEMAHAN ULU BENDUL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN PADA

1 HINGGA 3 APRIL 2011

Pada 1 april 2011 telah diadakan satu Perkhemahan

Bersepadu Unit

Beruniform di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 april 2011 hingga 3 april 2011 yang lalu. Jumlah peserta yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan yang merupakan pelajar tahun 5 dan tahun 6.Jumlah guru yang terlibat pula adalah seramai 13 orang.
Hari Pertama : Jumaat (1 April 2011)

Masa : 7.30 a.m 8.00 a.m


y

Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di kantin sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum bertolak ke tapak perkhemahan.

Taklimat itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Azaman B in Musa. Pelajar telah diberikan tanda nama untuk dikalungkan di leher sepanjang perkhemahan dijalankan.

Masa :8.00 a.m 2.00 pm


y

Bertolak ke Tapak Perkhemahan Ulu Bendul menaiki 2 buah bas yang telah disediakan.

Semua peserta dan guru tiba ke destinasi yang ditujui agak lewat daripada waktu yang telah dijangkakan. Hal ini kerana berlakunya perkara yang tidak dapat dielakkan dimana salah sebuah bas iaitu Bas Satu yang dinaiki mengalami kerosakan di pertengahan jalan.

Bas Dua terpaksa menunggu bas satu terlebih dahulu sebe lum mendapat arahan untuk meneruskan perjalanan terlebih dahulu. Kem Komanden memberikan arahan supaya bas dua bergerak ke destinasi terlebih dahulu.

Bas satu bergerak menuju ke destinasi setelah masalah yang dialami dapat diatasi tidak lama kemudian.

Masa : 2.00 p.m 5.00 p.m

Bas dua sampai ke destinasi pada pukul 2.15 petang manakala bas satu yang mengalami masalah sampai ke destinasi tapak perkhemahan pada pukul 2 .35 petang.

Pada pukul 3.00 p.m, semua pelajar berkumpul di tapak perkhemahan untuk mendengar taklimat lebih lanjut oleh Kem Komanden.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Kem Komanden adalah memastikan jumlah pelajar dan guru bagi mengelakkan masalah kehilangan pelajar atau tidak cukup pelajar.

Para peserta mula mendirikan khemah masing -masing dan dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon A untuk Tapak Perkhemahan Lelaki dan Zon B bagi Tapak Perkhemahan Perempuan.

Aktiviti mendirikan khemah dan mengemas berjalan dengan baik dengan bantuan guru. Cuaca juga cukup baik, redup dan berangin pada hari tersebut.

Masa : 5.00 pm 6.00 pm


y

Selepas

memasang khemah, pelajar

menunaikan solat

asar secara

berjemaah di dewan terbuka .


y

Para pelajar dan guru makan tengahari bersama -sama di tempat makan. Dan diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti water confident .

Masa : 6.00 p.m 7.00 p.m


y y y y

Aktiviti water confident diketuai oleh En. Adam Bin Azam Aktiviti water confident berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Para peserta juga memberikan kerjasama yang baik dan mendengar arahan. Semua pelajar kelihatan begitu seronok sekali.

Masa : 7.00 p.m 9.00 p.m


y y

Semua peserta makan malam dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Selepas itu, semua pelajar beredar ke surau untuk menunaikan SolatMaghrib dan Isyak berjemaah dan menghadiri kuliah Maghrib disampaikan oleh guru pengiring yang mengikuti perkhemahan itu yang merupakan seorang Ustaz di sekolah.

Masa : 9.00 p.m 10.00


y

Tepat jam 9.00 malam, para peserta berkumpul di dewan terbuka untuk menjalankan aktiviti LDK iaitu latihan dalam kumpulan. Para peserta

berkumpul mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan masing-masing sempena dengan nama buah -buahan tempatan. Kumpulan tersebut ialah Kumpulan Pulasan (Pengakap), Kumpulan Limau Bali (Puteri Islam), Kumpulan Delima (Tunas Puteri), Kumpulan Naga (Kadet Remaja Sekolah), dan Kumpulan Mengkudu (Persatuan Bulan Sabit Merah).
y

Setiap kumpulan telah melant ik seorang ketua dan seorang penolong ketua. Setiap kumpulan dimintamemberikan nama kumpulan, rasional memilih kumpulan tersebut, melakar benderakumpulan dan sorakan identiti kumpulan.

Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untukmembentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulantersebut jika terdapat sebarang persoalan. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan sekali. Aktiviti dikelolakandengan baik oleh Puan Nur Arrushdah Arifin dan dibantu oleh Encik Azaman Bin Musa.

Akhir sesi, Cikgu Azaman bin Musa selaku Kem Komandenmemberikan kesimpulan dan memuji penglibatansemua peserta. Sesi ini berakhir jam 10.00 malam.

Masa : 10.00 p.m 11.00 pm

Aktiviti berkumpulan diteruskan oleh Puan Arrushdah Arifin yang dinamakan Ikatan Kasih Integrasi di manapeserta akan diikat hujung ibu jari masing masing. Setiap kumpulan dimintamerungkaikan ikatan tersebut walau apa cara sekali pun asalkan tali tidak putus atautercabut. Akhirnya mereka

akanmengetahui pasangan masing -masing setelah kedua-duapunca tali berjaya dileraikan.


y

Aktiviti tersebut begitu menyeronokkan dan membukaminda peserta agar kreatif dan berfikir dalam kumpulan Aktivitiberakhir jam 11.00 malam. untuk menyelesaikan masalah.

Hari Kedua : Sabtu (2 April 2011)

Masa : 6.00 a.m 8.00


y

Peserta dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah. Selepas solat Subuh berjemaah telah diadakan tazkirah bagi senaman minda di pagi hari.

Kemudian, peserta bersiap sedia untuk senaman pagi. Aktiviti senaman pagi berjalan baik dengan bantuan radio dan peserta nampak gembira sambil bersenam robik.

Seterusnya, para pelajar menikmati sarapan pagi terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Menu pada pagi itu adalah nasi lemak telur goreng.

Masa : 8.00 a.m 1.00 p.m


y

Peserta perkhemahan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbuka untuk aktiviti Jung le trecking.

Pada jam 9.30 pagi, pelajar memulakan aktiviti kembara yang diketahui oleh En. Firdaus Bin Azlan.

Setiap peserta diminta membawa telur ayam mentah dan diamanahkan supaya menjaga telur tersebut seperti menjaga nyawa sendiri. Ini dapat melatih peserta supaya bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan sesuatu.

Perjalanan memakan masa 4 jam dan kesukaran yang dihadapi ialah menyusur paya dan mendaki bukit. Aktiviti turut disertai oleh Kem Komandan dan guru-guru yang lain.

Sepanjang perjalananpeserta telah di tunjukkanjenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di sepanjang kembara.Semua peserta basah kuyup d an ada diantara

mereka yang menyatakan bahawa ianya merupakan pengalaman kali pertama melakukan aktiviti Jungle Trecking atau Kembara ini.

Masa : 1.00 p.m 2.00 p.m

Pengurusan diri, makan tengahari dan solat.

Masa : 2.00 p.m 5.00 p.m


y

Aktiviti Orientaring dilaksanakan oleh Puan Lisda bin Razlan dan setiap kumpulan telah diberikan sebuah kompas sebagai panduan bagi aktiviti ini.

Aktiviti Orientaring ini juga telah dijalankan dengan lancar. Semua peserta yang terlibat kelihatan begitu gembira pengalaman yang baharu. sekali kerana dapat menimba

Aktiviti Orientaring ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Masa : 5.00 p.m 6.00 p.m


y

Peserta kemudiannnya terus menuju ke tempat makan untuk minum petang. Selepas minum petang, para peserta menguruskan diri mereka untuk menunaikan solat Asar pula.

Masa : 6.00 p.m 7.00 p.m


y

Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi refkleksi pada jam 6.00 petang. Dalam sesi ini para peserta memberikan pandangan atau refleksi masing -masing mengenai aktiviti yang telah dijalan kan pada hari tersebut iaitu aktiviti kembara hutan dan Orientaring.

Semua peserta menyatakan perasaan dan pandangan yang amat positif mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Sesi refleksi berakhir pada jam 7.00 malam.

Masa : 7.00 p.m 9.00 p.m


y

Kemudian, peserta menguruskan diri masing -masing dan menuju ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Semua peserta

makan malam dalam kumpulan dan bersiap sedia untuk aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Masa : 9.00 p.m- 11.00 p.m
y

Aktiviti LDK bermula pada jam 8.00 malam dan dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk Peranan Seorang pemimpin. Dalam sesi ini, pihak pengurusan telah menjemput seorang penceramah khas bagi menyampaikan sesi LDK kepada para peserta iaitu Enci k Tajol bin Embong.

Tajuk LDK pada sesi kedua pula bertajuk Pembinaan Jati Diri. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan dapat dilihat para peserta memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang berin teraksi dengan penceramah tersebut. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ini berakhir pada jam 11.00 malam.

Peserta yang kepenatan terus pulang ke khemah masing -masing dan tidur kerana kepenatan.

Hari Ketiga : Ahad (3 April 2011)

Masa : 6.00 a.m 8.00 a.m


y

Seperti biasa, para peserta dikejutkan pada jam 6.00 pagi dengan membunyikan siren untuk menguruskan diri dan bersiap sedi untuk solat Subuh secara berjemaah dan sesi tazkirah pagi yang akan disampaikan oleh guru yang bertugas.

Selesai sahaja tazkirah pagi, para peserta dan guru-guru memakan sarapan pagi yang telah disediakan.

Masa : 8.00 a.m 1.00 p.m


y

Kemudian para peserta dihendaki berkumpul untuk aktiviti yang terakhir iaitu aktiviti ikatan dan simpulan.

Aktiviti ini dilaksanakan dengan memberi tali kepada setiap pelajar dan guru guru yang mengendalikan aktiviti ini iai tu Puan Kamariah bt Yusof.

Antara ikatan yang ditunjukkan ialah ikatan buku sila, simpul manok, bunga keti dan lain-lain lagi. Aktiviti ini berakhir pada jam 1.00 petang. Para peserta kelihatan penat dan dapat dilihat hanya dengan melihat riak wajah mereka.

Masa : 1.00 p.m 2.00 p.m


y

Pengurusan diri, makan tengahari dan solat.

Masa : 2.00 p.m 5.00 p.m


y

Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang terbaik dan lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang.

Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan buah pulasan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Kem Komanden iaitu Encik Azaman bin Musa.

Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.

Semua

peserta

dikehendaki

melakukan

gotong -royong

membersihkan

kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan. Masa : 5.00 p.m
y

Para peserta dan guru-guru bertolak pulang ke sekolah selesai sahaja aktiviti gotong-royong tepat jam 5.00 petang. Para peserta sampai di sekolah pada jam 10.00 malam.

Di sekolah, semua pelajar dikehendaki untuk bermalam di sekolah. Pelajar lelaki tidur di perpustakaan manakala pelajar perempuan t idur di surau. Keesokan pagi, barulah semua peserta pulang ke rumah masing -masing.

Strength :
y y

Dapat menerapkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Memupuk nilai murni saling bekerjasama dan saling bantu -membantu sesama pelajar.

y y y y y

Mengajar pelajar supaya menepati masa. Membolehkan pelajar mencuba atau menimba pengalaman yang baharu. Meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Menerapkan sifat saling hormat menghormati. Mengajar pelajar untuk sentiasa beribadat tidak kira dimana mereka berada.

Weakness :
y y

Sistem pengurusan bas yang bermasaalah. Permulaan aktiviti yang dijalankan dengan lambat akibat pelajar lambat sampai kerana kerosakan bas.

Opportunity :
y y y

Pelajar dapat pengalaman yang baru. Pelajar dapat belajar sesuatu yang baru. Pelajar dapat menikmati keseronokan yang dialami sepanjang aktiviti dijalankan.

y y y

Pelajar berpeluang untuk mengenali rakan -rakan dengan lebih dekat. Pelajar berpeluang untuk mengenali guru -guru dengan lebih dekat. Pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Threat :
y

Halangan seperti kerosakan bas tidak menghalang daripada aktiviti untuk dijalankan seperti biasa.

Halangan di kawasan hutan semasa aktiviti kembara tidak menjejaskan semangat peserta-peserta perkhemahan untuk meneruskan perjalanan.

You might also like