You are on page 1of 10

Bil 4 2013:

MALAYSIA

LANCARKAN

RABIA

Dari Kiri: Dato Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Negeri Selangor),Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden ABIM Amidi Abdul Manan melancarkan Malaysia 4 Rabia bersama-sama para hadirin.

6 September 2013:- ABIM beserta barisan NGO Islam dan Kemanusiaan Malaysia telah melancarkan inisiatif Malaysia 4 Rabia pada 6 September lalu. Kempen ini merupakan lanjutan dari kempen yang digerakkan umat Islam seluruh dunia. Perlancaran program ini merupakan kemuncak daripada Perhimpunan Solidariti Kemanusiaan: Mengangkat Karamah Insaniah, Membela Maruah Umat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Simbol Malaysia 4 Rabia yang merupakan logo rasmi inisiatif tersebut merupakan simbolik terhadap perjuangan umat Islam di Mesir, Syria, Palestine, serta Rohingya untuk mengatasi kezaliman dan ketidakadilan. (sambungan ke muka dua).

Sambungan muka hadapan

Dalam ucapan ketika pelancaran Malaysia 4 Rabia, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim (Gambar Atas) menggesa umat Islam seluruh dunia meneruskan perjuangan menentang kezaliman dan menuntut keadilan. Terdahulu, Menteri Besar SelangorTan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa Solidariti adalah penjelmaan rasa prihatin dan sikap tidak mementingkan diri, yang menjamin wujudnya kesejahteraan bersama, Dalam ucapan beliau itu juga beliau menekankan dasar mempertahan dan mengembalikan hak dan kemuliaan sebagai manusia sambil menambah, Hal yang berlaku di Syria, Mesir, Palestin dan Burma menunjukkan manusia semakin hilang kemanusiaannya. Nyawa manusia tidak bernilai lagi. Orang awam, lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peluru, gas beracun dan senjata kimia, katanya.

Hayya Bil Jihad dan Satu Perjuangan dendangan Brothers turut menyemarakkan semangat di kalangan para penonton yang hadir

Perhimpunan didahului dengan solat jamaah serta munajat perdana.

GALERI PERHIMPUNAN SOLIDARITI KEMANUSIAAN:


MENGANGKAT KARAMAH INSANIAH, MEMBELA MARUAH UMAT

Perhimpunan Solidariti turut disertai warga Mesir, Palestin, Syria serta Rohingya yang berada di Malaysia.

Pelancaran Malaysia 4 Rabia turut mendapat liputan inisiatif antarabangsa platform for R4BIA

Abim Ketengah Garis-Garis Besar Haluan Kebangkitan Islam


7 September 2013:- Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam (World Conference on Islamic Resurgence) yang berlangsung pada 7 September 2013/ 1 Zulkaedah 1434H di Shah Alam dengan tema Kebangkitan Islam: Prospek, Cabaran dan Masa Depan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dengan kerjasama telah mengemukakan Garis-Garis Besar Haluan Kebangkitan Islam sebagai dasar untuk mencorak masa depan umat Islam. Dalam ucaptamanya, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim (gambar Bawah) menegaskan Nahdah Islamiyyah memerlukan proses Islah dan Tajdid Yang berterusan. Sebelum kita berbicara tentang perubahan, inilah hakikatnya dan intisarinya, kesedaran dimeratakan, usaha menyampaikan kefahaman. Seruan dakwah dan anjuran ke arah kebaikan dan pencegahan kemungkaran, jelas beliau sambil menambah Reformasi tidak akan bermakna jika tidak ada dawah yang berkesan, pemugaran keimanan, pemupukan nilai dan kesedaran umat menuntut kepada perubahan yang bermakna.

GALERI WORLD CONFER ENCE ON ISLAMIC RESURGENCE;

CHALLENGES, PROSPECT, AND A WAY FORWARD

Y.A.B Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, merasmikan World Conference On Islamic Resurgence, di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Dr. Syed Khairuddin Al-Junied dari National University Singapore (NUS) mengulas mengenai fenomena kesedaran dan gerakan Islam di sekitar Nusantara.

Gugusan harapan yang kita himpunkan lewat doa kepada Allah buat saudara seakidah yang teruji, nilainya tersangat mahal, bahkan jauh lebih mahal berbanding harta kekayaan, Prof Dr Ahmed Totonji (Gambar Atas), dari Institute of International Islamic Thought, IIIT.

DEMI UMAT, ABIM PERKUKUH GARIS-GARIS HALUAN BESAR PERJUANGAN


8 September 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Muktamar Sanawi kali ke- 42 pada 8 September 2013 yang lalu di Shah Alam. Dengan mengangkat tema Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh Khittah, ucapan dasar ABIM pada kali ini mengetengahkan blue print utama untuk memperkukuh kekuatan ABIM ke arah memenuhi tuntutan semasa umat.

Presiden, Amidi Abd Manan (gambar atas) ketika menyampaikan ucapan dasar ABIM tersebut, mengatakan organisasi dakwah seperti ABIM, perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri mendepani cabaran. Justeru disiplin harakiy dan budaya organisasi yang kompeten seharusnya menjadi tunjang kepada gerak kerja ABIM. Kita bermula dari cetusan kesedaran untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal terhadap segala kemelut permasalahan ummah. Ia mesti diteruskan dengan mempraktikkan budaya merencana, ketekunan melaksana dan sikap yang terbuka dalam melakukan introspeksi, tegas Amidi dalam ucapan dasar tersebut yang turut mengimbau beberapa perkembangan semasa yang dihadapi umat Islam pada ketika ini.

Gambar: Para perwakilan ABIM di setiap lapangan bertekad untuk memperkukuhkan Khittah perjuangan selaku jurubicara umat!

AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT ABIM 2013-2015


8 September 2013:- Di penghujung, Muktamar Sanawi ke-42 ABIM yang mengangkat tema Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh Khittah, Sdr. Amidi Abdul Manan (gambar di atas) telah dipilih semula sebagai Presiden ABIM bagi sesi 2013-2015. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) Kanan ABIM bagi sesi 2013-2015 untuk makluman semua;

IJTIMAK HARAKIY KALI KE-2

WADAH-ABIM-PKPIM
Rangkaian Gerakan WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Ijtimak Harakiy kali ke-3 pada 8 September lalu. Himpunan ini merupakan kesinambungan daripada Ijtimak Harakiy yang dianjurkan sebelum ini pada 2010 dan 2011. Ijtimak dimulakan dengan penyampaian ucapan dasar oleh Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Shamsuddin yang membentangkan ucapan dasar PKPIM Menjiwai Misi Tahririy, Tanwiriy & Taghyiriy Dalam Citra Nahdah Islam dari kaca mata gerakan pelajar Islam. Ia disusuli pula dengan pembentangan ucapan dasar ABIM bertemakan Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh, oleh Presidennya Amidi Abd Manan. Dato Dr Siddiq pula, mengetengahkan Gerakan Islam Dan Politik Perubahan: Optimis Dalam Waspada sebagai amanat pimpinan kepada 1,000 warga WADAH-ABIM-PKPIM yang menghadiri Ijtimak Harakiy tersebut. KPIM mengetengahkan tema Menjiwai Misi Tahririy, Tanwiriy & Taghyiriy Dalam Citra Nahdah Islam menerusi presidennya, Ahmad Fahmi Samsudin.

Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan. Demikianlah hakikat gerakan Iqra yang mengawali kebangkitan Islam, revolusi keintelektualan berintikan kesedaran tauhidik yang menghasilkan keberanian bersikap menolak kebatilan dan kezaliman, dan berhujung dengan kepatuhan mutlak kepada Allah. Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH.

Ummah yang merangkul gelaran ummat yang terbaik adalah ummat yang membudayakan gerak kerja dakwah dalam segenap aspek kehidupan. Dakwah ini bertitik tolak daripada manifestasi keimanan yang tulen. Ia adalah jelmaan dari sistem nilai yang hakiki dan diyakini dengan sebenar-benarnya. - Amidi Abd Manan, Presiden ABIM.

Generasi Penggerak Dakwah Memeriahkan Penganjuran Ijtimak Harakiy Kali Ke-3.

Antara bahan terbitan Wadah, ABIM, & PKPIM yang mendapat sambutan pembeli ketika Ijtimak.

DISKUSI BUKU

INSIDE IKHWAN MUSLIMIN BERSAMA PENULIS

DOUGLAS THOMPSON
5 September 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan diskusi Buku Inside Ikhwan Muslimin yang menampilkan penulis bersama buku tersebut, Douglas Thompson (Gambar Atas). Buku Inside Ikhwan Muslimin merupakan biografi tokoh gerakan tersebut di peringkat antarabangsa, Youssef Nada, di mana buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan para pembaca antarabangsa. menjadi pendiriannya, jelas beliau ketika menggambarkan keperibadian tokoh utama Ikhwan Muslimin tersebut. Diskusi buku tersebut turut diisi oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, selaku Penolong Setiausaha Agung Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (UNIW). Diskusi buku tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Sepanjang sessi tersebut, Douglas Inovasi, Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Thompson yang pernah menulis biografi Dr. Daroyah binti Alwi. untuk beberapa tokoh-tokoh serta selebriti antarabangsa, turut berkongsi pengalaman peribadi bersama dengan Youssef Nada. Saya tidak tahu dari mana datangnya sosok peribadi seperti itu melainkan formula rahsianya adalah daripada keimanan dan keyakinannya. Saya hanya memperakukan segala yang

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Dr. Daroyah binti Alwi, merasmikan wacana tersebut.

You might also like