You are on page 1of 5

PEMAKLUMAN PENTING : MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PANDUAN KURSUS HBEF3603 AMALAN PROFESSIONAL TUTOR PENYELIA / PELAJAR Untuk makluman,

pihak fakulti ada menerima aduan dan pertanyaan daripada pelajar berkenaan dengan responden yang dipilih dalam HBEF2503 Kajian Penyelidikan dalam Pendidikan dan syarat pemilihan guru pembimbing.

PEMILIHAN RESPONDEN Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5.

Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden. Responden yang dipilih boleh digunakan untuk HBEF3603 dan HBEF4303. CARA PERLAKSANAAN Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing. Bagi tujuan rakaman audio pelajar (guru) boleh membuat penyuntingan rakaman yang menunjukkan aplikasi terhadap strategi / teknik PdP yang dicadangkan . Pemilihan waktu ini adalah bergantung kepada perancangan pelajar (guru) dalam tempoh praktikum dilaksanakan. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING 1. Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau 2. Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah, atau 3. Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau 4. Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, EOS dan Pelajar-pelajar sekalian

PER : PEMAKLUMAN KURSUS EPiC (TERKINI) Untuk makluman, Kursus EPiC merupakan kursus yang WAJIB pelajar ambil dan LULUS BERGRED bagi membolehkan pelajar bergraduat. Kursus EPiC merupakan kursus yang mudah untuk pelajar SKOR A sekiranya pelajar membuat dan menghantar tugasan mengikut kriteria penilaian yang diberikan dan aktif online dalam forum. JANGKA MASA PERLAKSANAAN KURSUS EPiC KOD KURSUS HBEF2703 HBEF2803 HBEF3503 HBEF3603 NAMA KURSUS KO KURIKULUM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PENDIDIKAN INKLUSIF AMALAN PROFESIONAL TEMPOH 2 semester 6 semester 2 semester 3 semester JUMLAH TUGASAN 1 2 1 1

Jumlah tugasan merujuk tempoh pelaksanaan kursus. Contohnya : HBEF2703 ditawarkan kepada pelajar pada semester Januari 2014 Mei 2014, maka akan ada 1 tugasan sahaja. Tugasan tersebut akan dipecahkan kepada beberapa aktiviti dan tarikh penghantaran yang berlainan. Pemakluman ini juga telah dimuat naik dalam portal EPiC dan myVLE di ruangan announcement. Sebarang persoalan berkaitan kursus EPiC, YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/Puan boleh rujuk kepada staf Fakulti Pendidikan dan Bahasa iaitu; 12345Nur Aniza Binti Zainal (03-2773 2108) Farah Akmar Binti Anor Salim (03-2773 2339) Mohd Fadhli Bin Awang @ Baharum (03-2773 2125) Zulazwan Bin Jamaludin (03-2773 2124) Zuraini Binti Che Abdullah (03-2773 2502)

ATAU, Emelkan terus kepada epic_feedback@oum.edu.my Sekian, terima kasih.

RATIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN EPiC

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia ( atau Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.

Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus seperti:

kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS, MBMMMI, TITAS, PENDIDIKAN INKLUSIF; Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan, PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU); Kursus major Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah AMALAN PROFESIONAL Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:

1. 2. 3. 4.

HBEF2703 HBEF3503 HBEF2803 HBEF3603

Kokurikulum Pendidikan Inklusif Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru) Amalan Profesional (Praktikum)

BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF 2803) yang mewajibkan semua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para pelajar.

BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF 3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang digabungkan dengan kursus HBEF 2503 dan HBEF 4303.

Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.

Bagi perlaksanaan kursus HBEF3603, pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam e-portfolio dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUMBPG-KPM. Guru Pembimbing yang dipilih mestilah dikalangan guru besar/ guru panitia/ ketua bidang atau guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah. Maklumat ini penting sebagai rujukan pihak OUM bagi tujuan sesi pemantauan pihak BPG, kelak. Mohon klik pautan dibawah ini untuk dapatkan kaedah kemaskini maklumat tersebut. User Manual How to Key in Practicum Information Untuk makluman, semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping tugasan hakiki sepanjang tempoh praktikum (6-8 minggu). Praktikum hendaklah dijalankan antara bulan Januari April 2014. Dalam tempoh ini, SETIAP pelajar dikehendaki: 1. Menyerahkan Borang Pemantauan Pelajar kepada guru pembimbing yang dilantik supaya pemantauan dan pemberikan markah dapat dilakukan. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui portal EPiC > Assignment > Tugasan 1 Aktiviti 1 (T1A1). 2. Pelajar WAJIB muat naik borang yang lengkap diisi oleh Guru Pembimbing dan disahkan oleh Guru Besar di bahagian Aktiviti 1 dalam portal EPiC untuk EOS kemaskini markah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar kehilangan 20 markah. Sebarang pertanyaan, mohon emel kepada epic_feedback@oum.edu.my Sekian

You might also like