You are on page 1of 6

Surat Panggilan:

Taklimat Dan Penubuhan Jawatankuasa Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Peringkat Daerah Miri 2013

Rujukan

JPS(W)/PPDM(Hem)/153/02/03/06/01/Jld.8 (28)

Perkara

Taklimat Dan Penubuhan Jawatankuasa Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Peringkat Daerah Miri 2013

Anjuran

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

Tarikh Tempat

: :

30 Ogos 2013 (Jumaat) Bilik Seminar, Sekolah Kebangsaan Miri

Tarikh

30 Ogos 2013

i : Pengenalan Kepada GM1M Penceramah : Masa : Pn.Judith Kalven 3.00 petang hingga 3.15 petang

a.

Tujuan: Penubuhan GM1M adalah untuk merapatkan dan mengukuhkan barisan guru muda di peringkat daerah seluruh negara untuk bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memacu Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) b. Definisi: Program GM1M ini didefinisikan sebagai suatu program yang

mensasarkan guru-guru yang berumur antara 23 hingga 40 tahun. c. Tujuan pemilihan guru muda: Penubuhan GM1M ini berikutan kerana sebilangan besar guru yang berkhidmat merupakan guru-guru muda yang mempunyai tempoh masa perkhidmatan yang panjang. Guru muda juga dilihat memiliki idea dan daya pemikiran yang kreatif, inovatif, kritis dan bertenaga. Guru-guru muda ini juga disifatkan sebagai guru yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara. d. Konsep: Pemangkin aspirasi nasional bidang pendidikan (PPPM) negara. Program ini merupakan medium pengantara antara guru-guru untuk sama-sama berkongsi idea dengan guru-guru lain. Ruang dan peluang GM1M mengemukakan, mempersembahkan

idea,kreativiti, inovasi, bakat, buah fikiran dan penampilan dalam bidang masing-masing. Penghargaan dan pengiktirafan pembudayaan inovasi GM1M dalam memacu PPPM. Guru muda dilihat mempunyai keterujaan untuk bergelar guru yang dedikasi, rajin, penyayang, penyabar, komited, berinovasi serta sentiasa mengambil peduli (care and concern) kepada murid dengan keinsafan sayang kepada masa depan anak bangsa dan negara.

Penubuhan

GM1M

ini

merupakan

suatu

tindakan

penyesuaian,

penyerasian serta merapatkan jurang pemahaman, pandangan, idea, pemikiran serta persepsi dalam mempertahankan aspirasi nasional seperti yang terkandung dalam PPPM. Selain itu, GM1M adalah pelopor dan memimpin kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru. Guru muda turut menjadi agen sosiolisasi yang memimpin dan menggerak aktiviti kesukarelawan dalam kalangan guru seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat selain menjana dan meningkatkan semangat patriotisme. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran profesional GM1M menerusi bina upaya yang berterusan. Hal ini termasuklah yang berkaitan dengan kepimpinan serta pengajaran dan pembelajaran. e. Rasional: Rasional penubuhan GM1M ini adalah selaras dengan usaha KPM mentransformasi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Program ini juga merupakan suatu program penyediaan golongan pelapis sebagai peneraju kepimpinan pendidikan negara masa depan. Guru muda ini merupakan penggerak yang akan melaksanakan pelan aspirasi nasional. Guru muda juga dilihat sebagai agen sosialisasi yang memimpin dan menggerak aktiviti kesukarelawan dalam kalangan guru seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat selain menjana dan meningkatkan semangat patriotisme. f. Strategi: Program ini dianggap sebagai perantara perhubungan (khususnya secara maya-facebook GM1M) dengan guru-guru muda dalam daerah masingmasing bagi menyampai dan menjelaskan maklumat dan dasar-dasar KPM khususnya berkaitan PPPM Program ini menggalakkan guru-guru muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti kepimpinan, kesukarelawan termasuk semangat patriotisme, inovasi dan pembangunan diri (sahsiah) dalam kalangan guru serta masyarakat dan komuniti di peringkat daerah. Hal ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti bersama.

Program ini juga dilihat mampu merapatkan jurang pemikiran dalam kalangan GM1M seperti menjelaskan isu, mendamai, berkongsi idea, kepakaran dan pengalaman termasuk sebagai pendengar yang baik. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada menerusi laman facebook GM1M atau perjumpaan-perjumpaan yang berpusat di PPD.

g.

Bidang aktiviti: Aspirasi Nasional GM1M aspek penjanaan budaya kerja cemerlang, selaras aspirasi bidang pendidikan negara seperti aktiviti rekacipta (kreativiti dan inovasi), perkongsian ilmu dan kemahiran termasuk yang boleh meningkatkan tahap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Bina Upaya GM1M aspek kepimpinan, penampilan diri, kemahiran komunikasi, inovasi, latihan dan kemahiran-kemahiran seperti membuat dan melaksanakan perancangan strategik. Sosial dan Kesukarelawan GM1M penerapan semangat perpaduan dan patriotisme menerusi penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan komuniti, aktiviti menceriakan sekolah termasuk aktiviti-aktiviti menghargai warga emas.

h.

Facebook GM1M medium interaksi: Medium perhubungan dan interaksi Medium penyampaian maklumat KPM Medium percambahan fikiran, idea, inovasi dan pandangan Medium aktiviti kesukarelawan guru

i.

Strategi jangka pendek: Program ini berfungsi untuk menggembleng tenaga penggerak GM1M di peringkat negeri yang berhubung secara maya (cyber interaction) bagi bersama-sama terlibat menggerak dan melaksanakan program Seramai 10 orang dalam kalangan GM1M setiap negeri telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan salah seorang daripadanya akan dilantik sebagai ketua oleh pihak admin. Jumlah penggerak GM1M seluruh negara adalah seramai 160 orang. Perhubungan antara semua ahli GM1m adalah menerusi Facebook GM1M.

BPSH merupakan urus setia di peringkat induk manakala JPN pula merupakan urus setia di peringkat negeri. Maklumat yang disebarkan menerusi facebook GM1M diselaraskan oleh urus setia tersebut.

j.

Strategi jangka panjang: Stesen Maya (Cyber Station) GM1M semua maklumat berkaitan pendidikan di post pihak admin (BPSH dan JPN) ke Stesen Maya. BPSH akan menentukan sektor mana di JPN yang akan menjadi admin di peringkat negeri. Penggerak GM1M menggunakan maklumat daripada stesen maya untuk di post kepada rakan-rakan Facebook GM1M yang lain serta menghantar semula maklumbalas yang diperoleh. Penggerak GM1M akan berhubung dan berinteraksi menerusi maya melalui Facebook GM1M. Pihak admin akan memantau interaksi tersebut dan menentukan maklumbalas yang diterima perlu diedit, dipadam atau terus disebarkan. Buletin GM1M buletin ini disediakan oleg penggerak GM1M yang akan memaparkan maklumat aktiviti GM1M di seluruh negara. Buletin ini ditempatkan di stesen maya GM1M dan terkawal. Bagi guru muda yang berkehendakkan buletin tersebut perlu like kepada penggerak GM1M di setiap negeri menerusi gm1monline.blogspot.com. Buletin ini dicadangkan untuk dikeluarkan pada setiap 2 bulan sekali

bermula Februari 2013. Semua maklumat berkaitan aktiviti GM1M seluruh negara akan dimuatkan dalam buletin ini.

2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengerusi Masa : Pn.Judith Kalven : 3.15 petang hingga 3.30 petang : Judith Kalven (SMK Dato Permaisuri)

Pengerusi

Naib Pengerusi : Vun Kong (SJK Chung Hwa Lutong) Setiausaha : Atikah (SMK St. Joseph)

Naib Setiausaha : Phire Marvin (SK Miri) Bendahari : Yusniza (SMK Pujut)

Naib Bendahari : Lina (SK. Kg. Luak)

3. Lain-Lain Tindakan yang perlu diambil : menubuhkan GM1M di sekolah.

Disediakan Oleh:

______________________ (ARBAIEYAH BT DRAOH) SK Jalan Bintang, Miri

You might also like