You are on page 1of 8

Simpulan Bahasa

angkat
Maksud: meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab Contoh Ayat:Sebelum dipukul oleh ayahnya, budak nakal itu pun angkat kaki.

berat
Maksud: orang yang malas bekerja Contoh Ayat:Orang yang berat tulang susah hendak mencari rezeki.

berat
Maksud: susah hati Contoh Ayat:Berat kepala saya memikirkan langkah-langkah untuk meninggikan mutu matapelajaran Matematik.

terbuka
Maksud: murah hati Contoh Ayat:Ahli parlimen sentiasa melayan anak buahnya dengan tangan terbuka.

lintah
Maksud: orang yang tajam pendengarannya. Contoh Ayat:Anjing yang bertelinga lintah dilatih oleh pakar pelatih untuk membantu pihak polis.

senyum
Maksud: senyum dibuat-buat Contoh Ayat:Abu hanya senyum kambing bila bertemu dengan saya.

puteri
Maksud: orang yang tidak menahan panas Contoh Ayat:Anak gadis yang mukanya pucat itu jatuh pengsan ketika menati bas . Dia itu memang puteri lilin.

rabun
Maksud: tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja/ penglihatan tidak jelas pada waktu malam. Contoh Ayat:Datuk saya sudah rabun ayam sejak beberapa tahun yang lalu.

sehari
Maksud: pengantin baru Contoh Ayat:Ahmad dan Minah akan menjadi raja sehari bulan depan.

nyawa-nyawa
Maksud: hamper-hampir mati Contoh Ayat:Orang tua yang dilanggar lori itu tinggal nyawanyawa ikan sahaja.

mandi
Maksud: mandi dengan tidak menggosok badan Contoh Ayat:Budak yang selalu mandi kerbau di dalam sungai itu mendapat penyakit kulit.

khabar
Maksud: berita atau khabar yang belum sah lagi Contoh Ayat:Pihak polis sedang mencari orang yang menyebarkan khabar angin.

kaki
Maksud: kuat minum arak Contoh Ayat:Keluarga Mak Minah menderita kerana suaminya, Pak Dollah menjadi kaki botol.

Hati
Maksud: penakut Contoh Ayat:Dia tidak berani berjumpa dengan guru besar kerana dia berhati tikus.

kosong
Maksud: pandai bercakap tetapi tidak tahu membuatnya. Contoh Ayat: Orang benci kepadanya kerana dia tin kosong.

You might also like