You are on page 1of 6

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES THE MASCOT Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan te ntang seorang guru pelatih

bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak beru mur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya. Dalam masa yang sa ma, Cathy hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan `Mascot' kerana Mrs Clem berat hat i untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Masalah lain timbul apabila Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kep entingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunak an `Science Kit' sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem unt uk membawa `Science Kit' tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Scie nce kit' itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membena rkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati `Science Kit' yang diinginkan t iada di tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil `Science Kit' tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yang mengamb ilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun, Jabar tidak me mberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan ti ndakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja. Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 m init tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan i ni dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya m engapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak men yukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk m engatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak

mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan analisis cerita di atas, saya telah menggariskan bahaw a terdapat tiga model yang berkaitan iaitu Model Skinner's- Modifikasi tingkah lak u, Model Dreikurs's- Model akibat logikal dan Model Glasser's- Terapi realiti. Menur ut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang diberikan untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan ata u sikap yang baik. Tingkah laku yang diikuti ganjaran(pengukuhan) akan kerap ber laku. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan `good work t ickets' iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan cepat. Mela lui pengukuhan positif ini, sudah pasti tingkah laku murid-murid boleh dibentuk walaupun ada sesetengah tingkah laku perlu dibentuk secara berperingkat-peringka t. Pengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang selanjutnya. Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam pengajara n dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah menyebabkan Cat hy tidak diberi peluang untuk mengajar. Konflik ini berlaku sehingga memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah disiplin seterusnya meny ebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar. Ringkasnya, pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku yang berubah dalam persekitar an kini. Selain itu, penggunaan `Reverse Phsycology' dilakukan untuk menginsafkan murid yang melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Jabar sering berbua l dengan rakannya dan mengendahkan arahan Cathy ketika di dalam kelas. dalam dir i Jabar telah timbul rasa berkuasa kerana Mrs Clem sentiasa menyebelahinya dan a pabila Cathy menunjukkan kekecewaan, Jabar bertindak keluar dari kelas.

Di dalam model ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikaji. Antara ke kuatan yang ada ialah penggunaan pengukuhan positif akan membawa tingkah laku ya ng baik dan lebih berkesan berbanding pengukuhan negatif. Pengukuhan yang berter usan akan mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, penggunaan strategi mod ifikasi tingkahlaku akan menyedarkan guru agar peka dengan apa yang berlaku dala m bilik darjah. Antara kelemahannya pula ialah murid akan dimanipulasi melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran. Ia juga agak merbahaya jika digunakan oleh gu ru yang kurang peka dan tidak beretika. Model kedua iaitu Model Akibat Logikal y ang diutarakan oleh Dreikurs menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam mengi nginkan perhatian muridmurid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lai n ketika Cathy memberi kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem menc elah dengan menyuruh Jabar mengambil `science kit' itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran Cathy. Selain itu, terda pat juga keperluan dalam membalas dendam seperti yang ditunjukkan oleh Jabar. Di a bersikap kurang ajar kepada cathy kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Ko nflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar sebelum penahanannya seles ai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana Mrs Clem lebih berkuasa dari pada Cathy. Mrs clem pula menggunakan kuasa yang diberikan secara autokratik. Se gala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai ganjaran kepada murid yang menyiapkan k erja dengan cepat. Rasa berkuasa juga timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem m enyuruh dia mengambil `science kit'. Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

Model ketiga iaitu Terapi Realiti Glasser yang menekankan setiap individu supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan dan kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai Jabar. Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Sikap manusia yang ingin memiliki kuasa juga dilihat pada Jabar ketika Mrs Clem memilihnya untuk me mbantu Cathy mengeluarkan `science kit'. Setiap individu bertingkah laku mengikut ca ra tertentu agar membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing. Model i ni berkesan bagi guru permulaan untuk pelan pengurusan bilik darjah yang sistema tik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid berupaya menyelesaikan masalah ti ngkahlaku masing-masing kerana mereka belum mencapai kematangan emosi, psikologi atau perkembangan. Untuk mengatasi masalah di atas, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan. Pertama, guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif supaya dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid sesua i dengan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering berborak semasa guru mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronok dan berkesan. S esuai dengan model Terapi Realiti Glasser, terdapat sepuluh langkah yang disaran kan bagi memastikan proses p&p berjalan lancar iaitu memilih strategi yang sesua i digunakan, mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan yang menar ik dan relevan serta membina hubungan positif dengan murid, meningkatkan cara pe nyoalan, membuat perbincangan dengan murid, meminta murid membuat pelan tindakan yang positif, dan menghantar murid ke lokasi lain tetapi selesa sambil dipantau guru bertugas. Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakan mengikut kesesuaia n murid tersebut.

Bukan itu sahaja, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk memperlihatkan k emampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi kepercayaan atau kuasa kepada mereka. Pendekatan `reverse phsycology' juga sesuai digunakan bagi murid yan g suka melawan dan tidak mengikut arahan. Seterusnya, berdasarkan kes yang diber i, sebagai guru, Mrs Clem seharusnya dapat mengenal pasti masalah di dalam kelas dan membina hubungan `rapo' antara dia dan Cathy. Cathy pula seharusnya melibatkan semua murid dalam proses p&p supaya tidak ada seorang pun dianggap tersisih sepe rti Jabar. Perhatian yang lebih perlu diberi kepada murid yang sukar dikawal. Ca thy juga seharusnya sudah mahir dalam teknik menangani kemampuan murid yang berb eza-beza. Selain itu, cathy dan Mrs Clem hendaklah berbincang dengan mengenalpas ti punca masalah yang berlaku antara mereka dan berusaha mengatasinya bersama-sa ma. Disediakan oleh: (RAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM)

You might also like