You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2013

ETIKA PROFESIONAL OUMH 3203

NAMA NO. METRIK NO. KAD PENGENALAN

: : :

SANIAH BT KHALID 771219065788001 771219-06-5788

PUSAT PEMBELAJARAN

PPW KOTA BHARU

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Rasuah 1.2 Sejarah Rasuah

2 3 5

2.0 ANALISIS EKONOMI

3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG

4.0 ANALISIS ETIKA 4.1 Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi) 4.2 Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism) 4.3 Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism) 4.4 Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat) 4.5 Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Abadi)

10 11 11 12 12 12

5.0 KESIMPULAN

13

RUJUKAN

15

1.0 Pengenalan Rasuah wujud sejak wujudnya tamadun manusia. Senario rasuah ini berbeza di antara sebuah negara dengan negara yang lain. Gejala yang menjadi parasit ini belaku dalam semua negara tanpa mengira tahap pembangunan sosial dan ekonominya. Negara mundur, sedang membangun, mahu pun negara maju tidak terlepas dilanda gejala rasuah. Walau bagaimanapun, tahap perluasan gejala rasuah itu adalah berbeza. Ada negara yang rasuah dikatakan sudah sebati dengan segala aspek pekerjaan dan kehidupan sehingga dikatakan rasuah itu sudah menjadi budaya dan amalan masyarakatnya. Namun begitu, secara keseluruhannya, kebanyakkan negara di dunia melihat gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sebagai satu perbuatan tidak beretika, sangat jijik, keji dan abnormal. Kebanyakkan negara di dunia meletakkan rasuah sebagai kesalahan, tetapi ada negara yang sukar untuk menepis gejala rasuah yang telah berleluasa dalam masyarakatnya. Namun dari segi pengalaman dan kajian yang dilakukan, ada negara yang walaupun memang ada kadangkalanya berlaku gejala negatif ini, tetapi kewujudannya dianggap sebagai unthinkable act jika dilakukan oleh seseorang individu, baik anggota perkhidmatan awam, bahkan oleh masyarakat umum dalam negara itu. Ancaman rasuah wujud dalam apa juga sistem kehidupan. Ia menyerap dalam struktur dan aspek sosial, ekonomi, politik dan pentadbiran sesebuah negara. Rasuah juga berlaku dalam apa juga corak dan fahaman sama ada yang mengamalkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya. Justeru, rasuah bukan lagi satu masalah berasingan yang dihadapi oleh sesebuah negara sahaja, tetapi ia merupakan satu masalah di peringkat global.

Berlawanan dengan perkataan rasuah, seseorang yang tidak mudah kalah dengan temptation atau penawaran kebendaan, keistimewaan atau kebesaran yang diperoleh lantaran rasuah dikatakan orang yang beretika dan berintegriti. Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen (Pelan Intergasi Nasional, 2007). Integriti pula kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Intergriti berkaitan erat dengan etika dan merupakan pencerminan etika dalam tindakan. Amanah dalam pengurusan, umpamanya, adalah sebahagian daripada etika yang baik. Sesuatu pentadbiran tidak boleh diuruskan dengan baik jika tidak ada amanah kerana tanpa amanah pengurusan dan pentadbiran kerajaan tidak dapat dilaksanakan, malah boleh menyebabkan huru- hara dan keruntuhan kuasa kerajaan. Sebagai
2

contoh, memberi tender kepada kontraktor yang tidak sepatutnya, mungkin menghasilkan kualiti aset yang rendah. Seterusnya, akan berlaku peningkatan kos seandainya hasil yang diperoleh adalah tidak mencapai standard yang dikehendaki. Akibatnya belanjawan akan meningkat. Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan dengan satu laporan kajian persepsi yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih. Antara kerjaya yang dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik. Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas. Pada masa yang sama juga responden soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh mempercayai ahli politik dan tokoh korporat (http://www.ikim.gov.my ). Walaubagaimanapun di Malaysia, menurut Zulkifli bin Mat Noor (2005), rasuah masih berada di tahap yang rendah. Ia bukan merupakan satu budaya.

1.1 Definisi Rasuah 1. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah yang digolongkan dalam kata umum batil, meliputi juga perbuatan jenayah seperti merompak, memeras ugut dan menipu. 2. Istilah Inggeris iaitu corrupt berasal daripada dua perkataan Latin iaitu cor bermakna bersama dan rupt bermakna kehancuran. 3. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi rasuah ialah dengan memberikan atau menawarkan apa-apa ganjaran kepada mana-mana orang untuk mempengaruhi kelakuannya, atau menerima apa-apa hadiah. Ada pendapat kedua daripada John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi rasuah dengan mengambil atau memberi wang untuk prestasi atau tidak prestasi terhadap kewajipan awam mereka sendiri. 4. Istilah rasuah yang digunapakai dalam bahasa melayu yang bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok dan menyuap.

5. Bagi Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed (1986) dalam penulisannya mentafsirkan rasuah sebagai suatu perbuatan yang mana seseorang memperoleh pendapatan atau pemberian melalui jalan yang salah. Menurut beliau, rasuah secara umumnya difahami sebagai memberi sesuatu kepada seseorang yang berkuasa dan berpengaruh supaya orang berkenaan menyalahgunakan kuasanya dan memberi keistimewaan kepada si pemberi. 6. Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a) (b) dan 4 (a) (b), Akta Pencegahan rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah: menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya. Suapan pula menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya. 7. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya (http://seramgiler-hidupsegan.blogspot.com/). 8. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 1. Meminta / menerima rasuah (Seksyen 16 & 17 (a) ASPRM 2009) 2. Memberi suapan ) Seksyen 17(b) ASPRM 2009) 3. Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 ASPRM 2009) 4. Salah guna kuasa (Seksyen 23 ASPRM 2009)

Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbagai cara, tetapi maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan
4

perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, individu tersebut tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya. 1.2 Sejarah Rasuah Rasuah merupakan amalan yang sudah menjadi darah daging orang-orang Yahudi sejak zaman berzaman. Al-Quran al-karim telah menyentuh persoalan ini dalam beberapa ayatnya ketika menjelaskan sifat-sifat orang Yahudi. Firman Allah S.W.T dalam surah AlMaidah ayat 5 bermaksud, Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Menurut Ibn Jarir al-Tabari dalam Muhammad Zaini Yahaya, et.al. (2010) segala yang haram pada ayat tersebut membawa maksud rasuah. Pendapat ini disokong oleh Zulkifli Mat Noor yang mengatakan rasuah wujud sejak wujudnya tamadun manusia. Selain itu, jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akanmendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlakunya revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan. Bagi Syed Husin Al Attas (1980) pula, amalan rasuah di Malaysia sebenarnya wujud sejak masyarakat tradisional lagi. Ini kerana, masyarakat tradisional dahulu telah mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang sebagai penghormatan. Di Malaysia, rasuah wujud bersama wujudnya Malaysia. Kewujudan rasuah telah bermula sejak sejarah peradaban manusia dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba.

2.0 Analisis Ekonomi Kajian yang dilakukan oleh Saradina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail menunjukkan bahawa rasuah yang berleluasa tidak baik untuk perkembangan ekonomi

negara. Oleh itu, para penggubal dasar perlu memikirkan dan melaksanakan usaha pembanterasan rasuah untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Negara yang mempunyai indeks rasuah yang rendah mempunyai hubungan yang positif antara rasuah dan pertumbuhan ekonomi. Manakala, bagi negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi, rasuah memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun secara
5

teknikalnya, dengan kewujudan rasuah, pekerjaan akan jadi tidak produktif sekaligus memberi sumbangan kepada kemerosotan ekonomi. Begitu juga penyelewangan akan banyak berlaku dengan rasuah dan turut menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi. Jadi, secara keseluruhannya rasuah tetap menjadi salah satu elemen dalam menghalang dan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Rajah 1 Hutang Kerajaan Malaysia Rajah 1 di atas menunjukkan hutang Negara yang mingkat sepanjang tahun. RHB Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini sebenarnya dan hakikatnya akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau begitu, apa akan jadi akan Malaysia? Akibatnya..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan, Malaysia dijangka akan menerima tempias kemelesetan ekonominya dua kali ganda. Mengapakah situasi ini berlaku? Adakah negara sedang di landa amalan rasuah pada organisasi tertinggi dalam barisan kabinet pentadbir negara kita.

David Ng (2006) mengatakan, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporak- perandakan undang-undang dan juga melemahkan
6

institusi asas dalam pembangunan ekonomi. Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu boleh terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut. Menurut Mohd Shauki Abd. Majid (2004) pula, budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Oleh yang demikian, Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Malaysia dalam membanteras rasuah akan menumpukan pada tiga bidang

utama yang paling mudah terdedah kepada rasuah iaitu agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan, perolehan kerajaan dan rasuah besar (politik). Berdasarkan sumber daripada perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Melalui konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana menteri Malaysia yang k eenam, Yang Amat Berhormat, Dato Seri Najib Tun Razak sejak perlantikan rasminya sebagai perdana menteri pada 3 April 2009. Gagasan 1 Malaysia ni merujuk kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan oleh kerajaan untuk memastikan ekonomi negara berada pada tahap yang boleh meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah satu program terbesar bagi negara Malaysia dalam usaha untuk membanteras rasuah yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan kesinambungan dari rancangan membanteras rasuah oleh Perdana Menteri sebelum ini. Dua objektif GTP adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini juga sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya. Dan salah satu daripada bidang keberhasilan utama negara (NKRA) nya ialah mentransformasikan negara kepada negara bebas rasuah dengan pelbagai aktiviti membanteras rasuah. amalan rasuah ini haruslah segera kerana kesannya amat buruk kepada ekonomi negara. Rajah 1 di bawah menunjukkan statistik tangkapan rasuah di Malaysia dari tahun 2002 hingga 2012. Peningkatan hasil tangkan dari tahun 2002 hingga tahun 2011 menunjukkan bahawa kerajaan sedang berusaha mengenalpasti kegiatan yang sedang berleluasa ini. Bagaimanapun terdapat penurunan pada hasil tangkapan pada tahun 2012. Data ini membuktikan bahawa terdapat kesedaran dalam masyarakat, apabila mereka telah mula mengamalkan etika dan integriti dalam sebarang tindakan yang di ambil. Jika keadaan ini berterusan, negara kita akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat. Jika keadaan
7

ini berterusan mungkin negara akan mencapai CPI yang lebih baik. Dengan itu pelaburpelabur akan berani untuk melabur di negara kita yang seterusnya memacu ekonomi negara.

Hasil Tangkapan Rasuah Dari Tahun 2002 hingga 2012

Rajah 2 Hasil Tangkapan Rasuah Dari Tahun 2002 hingga 2012 Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Rumusannya , kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi.

3.0 Analisis Undang-undang Malaysia mempunyai undang-undang yang berkaitan dan mekanisme tertentu untuk membasmi rasuah. Sejak penubuhan Special Crime Unit di dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas merdeka, kemudian dijadikan sebuah jabatan penuh yang dinamakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada tahun 1997, pendirian kerajaan terhadap membasmi rasuah adalah konsisten dan sentiasa dipertingkatkan. BPR selaku
8

jabatan yang menerajui usaha pencegahan rasuah di negara ini mengambil pendekatan yang holistik dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. BPR mengambil pendekatan tolenransi sifar terhadap rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi

memperkukuhkan lagi peranan BPR, kerajaan yang ketika itu di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menaik taraf BPR kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula pada Januari 2009. SPRM mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah ini. Malah sejak mula mentadbir negara beliau telah mewujudkan Institut Intergriti Malaysia pada tahun 2004 untuk mempermudahkan pelaksanaan Pelan Intergriti Nasional. Sebuah pasukan khas peringkat atasan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan kewangan yang didedahkan oleh laporan itu juga ditubuhkan. Tindakan-tindakan ini merupakan satu langkah bijak untuk meletakkan negara di landasan yang tepat untuk mencapai tahap intergriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020. Meskipun begitu, prestasi CPI Malaysia telah jatuh merudum. Laporan yang dikeluarkan oleh Transparensy International (TICPI), kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang berada pada kedudukan ke 23 pada tahun 1995 telah jatuh ke tangga ke 59 pada tahun 2009. Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam membanteras rasuah. Tinjauan yang dilakukan oleh Kajian Global Corruption Barometer 2009 mendapati bahawa 67% daripada warga Malaysia

percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang rasuah adalah tidak berkesan (laporan Pelan Hala Tuju Program Transformasi kerajaan) . Walaubagaimanapun, Pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah

Antarabangsa (CPI) 2012 bertambah baik dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun lalu. Pencapaian terbaru dikeluarkan Transparency International (TI) dalam laman sesawang
http://www.bharian.com.my

menunjukkan skor CPI Malaysia pada 49 mata daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 mata pada 2011. Kejayaan Presiden TI Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low, berkata kejayaan itu menyaksikan kedudukan negara sebaris dengan Republik Czech, Latvia dan Turki yang turut meraih 49 mata. Beliau berkata, Malaysia juga mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura yang memungut 87 mata dan
9

Brunei (55 mata). Katanya, kedudukan itu menunjukkan Malaysia mengatasi Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105) dan Indonesia (118). Penurunan CPI ini mungkin kerana langkah bijak yang dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datu Seri Abdullah Badawi. Usaha-usaha yang digerakkan sejak tahun 2004 lagi telah mula membuahkan hasil. Sedikit sebanyak masyarakat telah mula mempunyai etika dan integriti ketika menjalankan tugas mereka. SPRM sebenarnya telah memulakan program transformasi yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh institusi yang tujuannya antara lain memperbaiki usaha forensik dalam mengendalikan keskes yang rumit. SPRM sentiasa bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasa dan badanbadan pendakwaan dalam mengendali isu rasuah dari sudut penguatkuasaan.

4.0 Analisis Etika Etika dalam Pelan Integriti Nasional ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah kalu individu, organisasi dan profesyen. Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun semasa berinteraksi dengan pihak lain. Etika organisasi pula bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhhi Piagam Pelanggan. Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang diprakrikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan. Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang
10

berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan betul atau salah dalam keputusan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Walaubagaimanapun, tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:1. Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi) 2. Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism) 3. Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism) 4. Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat) 5. Personal Liberty Theoory (Teori Kebebasan Abadi)

4.1 Eternal Law ( Teori Undang-undang Abadi) Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-mana pihak yang membuat research atau mempelajari mana-mana sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah self-evident iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. 4.2 Classical Teleological Ethical Theory ( Teori Utilitarianism) Teori ini lebih menumpukan kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal

menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu
11

diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum. 4.3 Classical Deontological Ethical Theory (Teori Universalism) Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. Deontology berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang memberangsangkan.

4.4 Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Sejagat) Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau individu. 4.5 Personal Liberty Theoory (Teori Kebebasan Abadi) Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain.
12

Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah. Berdasarkan teori yang dinyatakan di atas, strategi dan pendekatan yang di ambil bagi membina dan memantapkan etika dan integriti untuk memerangi rasuah memerlukan usaha yang sistematik, terancang, bersepadu, dan berterusan melibatkan pelbagai pihak. Kejayaan atau kegagalan usaha-usaha ke arah mewujudkan masyarakat dan budaya kerja individu dan organisasi yang berintergriti, menghayati nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik serta cemerlang banyak bergantung kepada komitmen, kesungguhan dan keazaman pemimpin serta semua warga organisasi. Tiada satu teori yang benar-benar boleh digunakan untuk membuat keputusan yang tepat namun pilihan yang terbaik mengikut kesesuaian boleh dilakukan untuk menjadi seorang pengurus yang beretika ketika menjalankan tugas.

5.0 Kesimpulan Rasuah memang sukar untuk dihapuskan sama sekali. Walaubagaimanapun, apa yang boleh dizahirkan adalah toleransi sifar terhadap gejala yang berupaya menjadi barah dalam masyarakat. Langkah penting dan utama membendung apa juga elemen negatif seperti

rasuah ini adalah dengan membina dan mempertingkat integriti yang berkait rapat dengan etika. Di Malaysia, pelbagai pendekatan dan strategi telah diambil ke arah pembinaan dan pemantapan integriti. Rukun Negara boleh dilihat sebagai satu asas kukuh membawa masyarakat agar hidup dalam keadaan yang bermoral. Lima prinsip yang digariskan mampu memberi asas kukuh kepada masyarakat yang berwibawa dan patuh kepada undang-undang. Kerjasama orang ramai juga merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini. Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Tindakan ini juga merupakan satu tindakan yang beretika. Kesimpulannya, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang masih boleh dibendung jika semua ahli masyarakat, pemimpin, dan pentadbir sesebuah negara mengamalkan amalan beretika dalam menguruskan sesuatu. Undang-undang pencegahan rasuah diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Orang awam yang melaporkan kejadian rasuah akan

13

dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Ini bagi menyakinkan dan menggalakkan orang awam agar melaporkan kejadian rasuah yang berlaku di tempat mereka. Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

Sehubungan itu , ialah kerajaan perlu memperketat undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Namun, pemantauan terhadap ketelusan siasatan harus ditingkatkan lagi. Hasrat yang yang dinyatakan Kerajaan dalam Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan dalam bab 7 iaitu Membanteras Rasuah diharapkan menjadi kenyataan. Hukuman beratuntuk pesalah rasuah diharap dapat menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada perbuatan yang tidak beretika ini. Usaha kerajaan melaksanakan Kempen Kepimpinan Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilainilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke arah menghapuskan jenayah rasuah. Justeru itu, penulis mengesyorkan agar budaya Katakan Tidak kepada rasuah dilaksanakan dalam masyarakat. Sehubungan itu, peranan setiap individu dan ibu bapa dilihat suatu yang amat berkesan dalam mewujudkan budaya menolak rasuah dalam kehidupan masyarakat.

14

RUJUKAN _________(2011). Kesan Rasuah. http://seramgiler-hidupsegan.blogspot.com/. [dalam talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013. _________(2012). Indeks Rasuah Negara Menurun. http://www.bharian.com.my [dalam talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013. Kerajaan Malaysia. (2004). Pelan Intergriti Nasional. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia Mahathir Mohamad. (1986). The Challenges. Kuala Lumpur:Pelanduk Publications. Mohammad Zaini Yahaya, et.al. (2010). Etika Perniagaan Dalam Islam. Kajang: Soul Excellent Training & Consultancy. Muhammad Hisyam Bin Mohamad. (2013). Rasuah Penghalang Kemajuan Negara . http://www.ikim.gov.my. [dalam talian]. Dicapai pada 10 Julai 2013. Mustafar Ali. (2005). Membina Intergriti Untuk Memerangi Rasuah dalam Etika Dan Intergriti Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Intergriti Malaysia. Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/0307-4358.htm. 30(10): 822-836. Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics. 29: 66-79 Saradina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail . (2013). Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Swalehen, Mushfiq.( 2007). Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics (2007). 1-23 Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifli Mat Nor. (2005). Badan Pencegah Rasuah (BPR) Dalam Membasmi Rasuah Di Malaysia dalam Etika Dan Intergriti Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Intergriti Malaysia.

15

You might also like