You are on page 1of 10

AMALI 1 TAJUK TEORI : HABA PENEUTRALAN :

Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Tindakbalas peneutralan adalah sentiasa dalam tindak balas eksotermik dan jumlah haba peneutralan, H = ( ve).

Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan garam. Sebagai contoh, HCl(aq)+NaOH(aq) NaCl(aq)+H20(l). Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah dipanggil sebagai peneutralan. Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion hidrogen, H+ daripada asid akan bergabung dengan io hidroksida, OH- daripada alkali untuk membentuk H20. Ion-ion lain adalah tidak terganggu.

Tenaga haba yang dihasilkan adalah apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H20. Semua haba peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan -57.0kJmol-1. Ianya terhasil apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada :

a)Kepekatan asid dan alkali b)Kuantiti asid dan alkali yang digunakan c)Kebesan asid

OBJEKTIF: Menentukan haba peneutralan bagi: i. ii. iii. Asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) Asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) Asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH)

BAHAN-BAHAN: EC1 merupakan 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik (HCl) EC2 merupakan 1.0 mol dm-3 asid sulfurik (H2SO4 ) EC3 merupakan 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida (NaOH) EC4 merupakan 1.0 mol dm-3 asid nitrik (HNO3) EC5 merupakan 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida (KOH)

PERALATAN:
3

25cm3 pipette,

Termometer

(OC -110C)

0.2C,

100cm silinder penyukat, Cawan plastic, Air suling PROSEDUR: 1. 25.0 cm3 larutan EC1 dipipette ke dalam cawan plastik. Suhu bagi larutan EC1 telah direkodkan sebagai suhu awal bagi larutan campuran R dalam jadual seperti di bawah. 2. Dengan menggunakan silinder penyukat, 60cm3 larutan EC3 telah ditambahkan ke dalam cawan plastik yang mengandungi larutan EC1. 3. Campuran R dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan

termometer dan suhu tertinggi direkodkan seperti dalam jadual di bawah. 4. Kemudian campuran R dicampurkan dari cawan plastik. Kemudian, ianya dibersihkan dan dikeringkan dengan air suling. 5. Langkah-langkah di atas diulang dengan menggunakan larutan seperti di bawah berikut:

6. 25cm3 larutan EC2 untuk menghasilkan larutan campuran S. 7. 25cm3 larutan EC4 dan 60cm3 EC5 untuk menggantikan masingmasing larutan campuranEC1 dan EC3 untuk memperoleh larutan campuran T.

KEPUTUSAN: Keputusan : Larutan R EC1 + EC3 Suhu tertinggi ( Suhu permulaan ( Peningkatan suhu ( 4 10 4 26 24 24 30 Larutan S EC2 + EC3 33 Larutan T EC4 + EC5 28

PENGIRAAN BAGI NILAI HABA PENEUTRALAN CAMPURAN R, S dan T: Pengiraan bagi nilai haba peneutralan larutan R, S dan T : Larutan R EC1 + EC3 Haba yang terbebas HCl + NaOH NaCl + H2O H = mc (25+60) 4.2 4C = 1428 J = 1.428kJ Bilangan mol HCl = 1 = 0.025 mol NaOH = 1 = 0.06 mol Larutan S EC2 + EC3 H2SO4 + 2NaOH Na2SO4 + 2H2O H = mc (25+60) 4.2 10 C = 3570J = 3.57kJ H2SO4 = 1 = 0.025 mol NaOH = 1 = 0.06 mol Larutan T EC4 + EC5 HNO3 + KOH KNO3 + H2O H = mc (25+60) 4.2 4 C = 1428J = 1.428kJ HNO3 = 1 = 0.025 mol KOH = 1 = 0.06 mol

Haba terbebas apabila 1 mol air terbentu k daripada tindak balas dengan 1 mol asid dan 1 mol bes (Haba peneutra lan ) = 57.12 kJ mol-1

1 = 142.8 kJ mol-1 = 57.12 kJ mol-1

Gambar rajah aras tenaga

PERBINCANGAN: i. Nilai haba peneutralan yang terdapat dalam amali ini adalah biasanya lebih rendah berbanding dengan nilai secara teori. Ini kerana sebahagian daripada haba peneutralan tersebut telah dibebaskan ke persekitaran atau telah diserap oleh termometer dan juga plastik cawan semasa tindak balas berlaku. ii. Larutan asid dan alkali yang kuat telah digunakan dalam amali ini . Oleh itu, semasa tindak balas haba peneutralan, asid kuat tersebut bertindak balas ion (ionize) secara keseluruhan di dalam air. iii. Asid dan alkali akan bertindak balas untuk menghasilkan garam dan air. Sebagai contoh dalam amali ini, Asid + alkali garam + air

EC1 + EC3 : HCl (aq) + NaOH (aq) NaCl(aq) + H2O(l) EC2 + EC3 : H2SO4 (aq) + 2NaOH (aq) NaSO4 (aq) + 2H2O(l) EC4 + EC5 : HNO3 (aq) + KOH (aq) KNO3 (aq) + H2O(l) iv. Dalam tindak balas ini, ianya dipanggil sebagai tindak balas peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah merupakan haba peneutralan. v. Semasa tindak balas haba peneutralan, ion H+ daripada asid telah bergabung dengan ion OH- daripada alkali untuk menghasilkan molekul air iaitu H2O seperti persamaan yang ditunjukkan di atas.

vi.

Dalam amali ini, persamaan ion adalah seperti berikut: Persamaan ion: Campuran R (EC1 + EC3) : Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + Cl- (aq) Na+ (aq) + Cl- (aq)+ H20 (l) Campuran S (EC2 + EC3) : Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + SO42-(aq) Na+ (aq) + SO42-(aq) )+ H20(l) Campuran T (EC4 + EC5) : K+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + NO3- (aq) K+ (aq) + NO3- (aq) + H20(l)

LANGKAH BERJAGA-JAGA i. Suhu awal perlu diambil selepas termometer dicecah ke dalam larutan untuk seketika bagi memastikan suhu dalam larutan tersebut telah stabil. ii. Campuran larutan asid dan alkali di dalam cawan plastik perlu dikacau sebaik selepas dicampurkan bersama. Ini adalah untuk mengurangkan kehilangan haba secara pantas ke persekitaran. iii. Selain itu, campuran yang bertindak balas tersebut juga perlulah dikacau agar percampuran secara homogenous dapat diperoleh. iv. Di akhir prosedur, hanya suhu yang tertinggi pada termometer yang perlu diambil.

KESIMPULAN: Haba peneutralan bagi campuran asid dan alkali adalah berbeza antara satu sama lain. i. Haba peneutralan bagi asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah 57.12 kJmol-1. ii. Haba peneutralan bagi asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah 142.80kJmol-1.

iii.

Haba peneutralan bagi asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH) adalah 57.12kJmol-1.

SOALAN: 1.Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang terlibat dalam campuran R, S dan T. (2m) Persamaan ion: Campuran R : Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + Cl- (aq) Na+ (aq) + Cl- (aq)+ H20 (l) Campuran S: Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + SO42-(aq) Na+ (aq) + SO42-(aq) )+ H20(l) Campuran T: K+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + NO3- (aq) K+ (aq) + NO3- (aq) + H20(l)

2.Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi a)Campuran R dan S b)Campuran R dan T c)Campuran S dan T Terangkan mengapa berbeza atau sama di antara dua nilai yang diperolehi. (6m) Perbandingan nilai haba peneutralan bagi ketiga-tiga campuran: a) Campuran R dan S Larutan R Haba peneutralan (kJ mol-1) 57.12

142.80

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi campuran S adalah lebih tinggi berbanding dengan campuran R. Hal ini kerana bilangan mol asid dan alkali yang bertindak balas dalam kedua-dua larutan adalah berbeze. Dalam dalam larutan S , 1 mol asid sulfurik perlu bertindakbalas dengan 2 mol natrium hidroksida untuk menghasilkan 2 mol air manakala bagi larutan R pula 1 mol asid hidroklorik bertindakbalas dengan 1 mol natrium hidroksida.

b) Campuran R dan T Larutan R T Haba peneutralan (kJ mol-1) 57.12 57.12

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi keduadua campuran R dan T adalah sama iaitu 57.12kJmol-1. c) Campuran S dan T Larutan S T Haba peneutralan (kJ mol-1) 142.80 57.12

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi campuran S adalah tinggi berbanding dengan campuran T. Ini kerana dalam larutan S , 1 mol asid sulfurik perlu bertindakbalas dengan 2 mol natrium hidroksida untuk menghasilkan 2 mol air manakala bagi larutan T pula 1 mol asid nitrik bertindakbalas dengan 1 mol kalium hidroksida.

3.Haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali kuat ialah -57.3 kJmol1.Cadangkan dua cara untuk meningkatkan prosedur agar semasa amali anda dapat memperoleh nilai -57.3 kJ mol-1 tersebut. (4m) Cara 1: Dengan menggunakan cawan polistirena bagi menggantikan cawan plastik bagi mengurangkan haba yang yang terbebas ke persekitaran berbanding dengan menggunakan cawan plastik. Cara 2: Dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengambil bacaan awal termometer setelah ianya dicecah ke dalam cawan plastik untuk seketika. Ini adalah bagi memastikan suhunya telah stabil bagi mendapat suhu yang tepat. Selain itu, proses untuk mencampurkan asid dan alkali juga perlu dijalankan dengan cepat. Ini adalah bagi mengurangkan kadar pembebasan haba ke persekitaran.

4.Adakah haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali lemah adalah tinggi atau rendah daripada -57.3 kJmol-1 ? Terangkan. (3m) Haba peneutralan adalah tenaga haba yang dihasilkan apabila 1 mol ion hidroksida (OH) bergabung dengan 1 mol ion hidrogen (H+ ) bagi membentuk 1 mol air (H2O). Haba peneutralan bagi asid kuat adalah bersamaan dengan -57.3 kJ mol-1. Ini kerana asid kuat akan mengion secara lengkap di dalam larutan air. Kesemua ion hidrogen H+ terion dan dineutralkan oleh ion hidroksida OH- tanpa menggunakan haba yang terhasil daripada tindak balas. Manakala dalam peneutralan bagi asid lemah pula, asid lemah hanya mengion secara separa di dalam air. Hanya sebilangan kecil ion hidrogen, H+akan terhasil. Ini adalah kerana kebanyakan molekul asid lemah masih wujud sebagai molekul tak terion. Tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan molekul asid tersebut supaya pengionan lengkap berlaku. Maka sebahagian daripada haba peneutralan yang

terhasil digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah tersebut. oleh yang demikian, haba peneutralan bagi asid lemah akan lebih rendah atau kurang daripada -57.3 kJmol-1.

BIBLIOGRAFI

Kooi F. Y & Ponnampalam J (2006), Excel in STPM Chemistry, First Edition, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Heat of Neutralization. http://www.chm.davidson.edu/Chemistryapplets/calorimetry/HeatOfNeu tralization.html diakses pada 21 Januari 2014

You might also like