You are on page 1of 13

ISL MINGGU 1

1. Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan

Teori Konstruktivisme
Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada

Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk

Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 1

ISL MINGGU 1

Verbal-linguistik

Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan

Muzik

Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar.

Naturalis

Murid mencari cara menggunakan bahan alam semula jadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.

Logik-matematik

Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid.

Kinestetik

Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama.

Visual - Ruang

Murid melukis sesuatu menggunakan stail,media atau bahan baru.

Interpersonal

Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama.

Intrapersonal

Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan sendiri.

Rajah 1: Perkaitan Teori Konstruktivisme Dengan SDP

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 2

ISL MINGGU 1

Teori Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Teori Otak Kiri dan Otak Kanan * Edward Gardner ( 1983), Robert M. Gagne ( 1967), dan Herman ( 1991 ) otak mempunyai fungsi yang perbagai an perlukan penyuburan untuk membentuk insan yang baik. * Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Teori Pemprosesan Maklumat * Gagne (1975), pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru. * Fasa-fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran : i. Motivasi ii. Kefahaman iii. Penyimpanan iv. Ingatan kembali v. Generalisasi vi. Prestasi vii. Maklum balas Melalui teori ini, murid dapat : ~ Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil ~ Berinteraksi dengan orang lain ~ Dapat maklum balas dari orang lain ~ Elak perlakuan yang tidak diingini ~Kekalkan perlakuan yang diingini

Rajah 2: Perkaitan Teori Kecerdasan Pelbagai Dengan SDP

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 3

ISL MINGGU 1
2. Faedah SDP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Menjadikan proses P&P di sekolah menjadi lebih seronok.

Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Membantu memahami diri sendiri.

FAEDAH

Memotivasikan dan menjadikan guru itu kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti seimbang, berketrampilan dan profesional.

Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 4

ISL MINGGU 1

3. Faedah SDP Dalam Kehidupan Seharian

Guru dapat mempelbagaika n teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

FAEDAH

Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.

Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.

Penghubungkait , gerah hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 5

ISL MINGGU 1

a) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

b) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

c) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012 Page 6

ISL MINGGU 1
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. d) Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

e) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 7

ISL MINGGU 1
f) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

g) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

h) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 8

ISL MINGGU 1
4. Kepentingan Imaginasi, Emosi, Ekspresi Dan Kreativiti.

IMAGINASI

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil dalam kehidupan seharian. Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

EMOSI

Emosi mempengaruhi ingatan. Konsep IQ dan EQ

EKSPRESI

Aktiviti SDP memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi. Meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik(penghargaan kpd keindahan) murid.

KREATIVITI

Meningkatkan daya kemahiran kreativiti seseorang. Menjadi asas yang mendorong seseorang murid berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu perkara.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 9

ISL MINGGU 1
5. Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu Dan Menyeronokkan.

PEMERHATIAN

Sensitiviti deria manusia Penyediaan aktiviti secarabersepadu Contoh : melukis gambar pemandangan Penggunaan bahan konkrit Penggunaan bahan yang menarik

PENEROKAAN

Dikaji dan dilihat secara menyeluruh Dilihat secara dekat dan dinilai daripelbagai segi Contoh : aktivit seni reka, muridmeneroka bahan yang dipamerkanoleh guru Dapat menghasilkan kerja yang kreatif dan kritis. Penggunaan bahan yang menarik

PENGHASILAN ATAU PEMBUATAN

Membuat penghasilan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang betul. Guru menerangkan tatacara, langkah dan membuat dengan cara yang betul. Guru juga menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan aktiviti,keselamatan dan membantu murid dalam penyampaian kandungan subjek dan idea.

ASPRESIASI

Melibatkan penyataan dan unsur afektif. Dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti dirancang khas dan aktiviti mudah dirancangan di akhir setiap pembelajaran. Merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni di dalam kelas.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 10

ISL MINGGU 1
6. Unsur-Unsur Kebudayaan Dalam Pendidikan.

BAHASA

Alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi dengan tulisan, lisan ataupun bahasa isyarat dengan tujuan menyampaikan keinginan atau perasaan kepada orang lain.

SENI

Kesenian mengacu kepada nilai keindahan ataupun estetika yang berasal daripada eksperasi hasrat manusia akan keindahan yang dinikmati melalui mata ataupun telinga.

TEKNOLOGI

Cara-cara atau teknik-teknik dalam mengguna serta memelihara segala peralatan dan perlengkapan. Muncul dalam cara-cara manusia mengorganisasikan masyarakat, dalam cara mengekspresikan rasa keindahan atau dalam meperlihatkan hasil-hasil kesenian.

AGAMA

Agama dan sistem kepercayaan seringkali diintegrasikan dengan kebudayaan. Sebuah unsur yang penting dalam sejarah manusia. Agama juga dapat mempengaruhi kesenian.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 11

ISL MINGGU 1
7. Hasilkan 3 Aktiviti Irama Dengan Pelbagai Objek Dan Pelbagai Cara Pergerakan. AKTIVITI 1 Nama Objekti f : Musical Chair : Murid-murid dapat menguji kemahiran mendengar dan bertindak balas dengan cepat. Langkah Pengajaran 1. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk mengambil kerusi dan menyusun dalam bentuk bulatan. 2. Guru menerangkan cara bermain. 3. Muzik dimainkan. Murid-murid mula bergerak mengelilingi kerusi. Apabila muzik dihentikan, murid yang tidak mendapat tempat duduk akan disingkirkan. Sebuah kerusi dikeluarkan. 4. Langkah 3 diulang sehingga tinggal seorang murid sahaja dan dia dikira pemenang. 5. Guru menerangkan tujuan melaksanakan aktiviti tersebut.

AKTIVITI 2 Nama Objektif : Muzik dan Abjad : Murid-murid dapat menghasilkan bentuk abjad menggunakan badan mereka

dengan bantuan muzik. Bahan : kertas, pensel, muzik

Langkah Pengajaran: 1. Guru menerangkan kepada murid apa yang hendak dilakukan pada hari tersebut. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang ahli. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan seberapa banyak bentuk-bentuk abjad mengikut kreativiti mereka masing-masing dengan menggunakan badan mereka. Muzik dimainkan.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 12

ISL MINGGU 1
4. Jumlah abjad yang dapat dibentuk dicatat dan kumpulan yang menghasilkan abjad terbanyak dikira sebagai pemenang. 5. Guru memuji murid dan seterusnya menerangkan tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan.

AKTIVITI 3 Bahan Objektif : Bola, muzik : Menguji kemahiran pengamatan murid.

Langkah Pengajaran 1. Guru menerangkan cara-cara aktiviti dijalankan kepada murid-murid. 2. Muzik dimainkan dan bola tenis diberikan kepada setiap orang murid. 3. Murid hendaklah memberikan bola tersebut pada orang di sebelah kanan mereka dan orang di sebelah kanan akan memberi bola mereka pada rakan mereka di sebelah kanan sehingga muzik dihentikan. 4. Murid hendaklah mengikut tempo muzik. Sekiranya gagal, murid tersebut akan dikeluarkan dari permainan. 5. Guru menerangkan tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan.

ALICE UBONG LIAN,MILAH GASIKUL, SANDRA YOHANA UKOH; PISMP PML 2012

Page 13

You might also like