You are on page 1of 6

BUSINESS PLAN MAKSUD 1.

Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. 2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan. 3. . Rancangan Perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan. 4. . Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran. 5. Rancangan Perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan. 6. Penyediaan Rancangan Perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan. KEPENTINGAN Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuantujuan tertentu seperti berikut : 1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal. 2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. 3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya. 4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. 5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik. Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang

kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut: 1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan. 2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran. 3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan. 4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan. 5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding perancangan yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pelabur

Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.

Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Pembekal Kredit

Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang tersebut.

Pihak lain

Rancangan perniagaan juga dapat meyakinkan pihak-pihak lain mengenai daya maju perniagaan yang dirancang. Sebagai contoh, pihak yang menawarkan tender untuk bekalan sesuatu produk atau perkhidmatan memerlukan maklumat mengenai kemampuan usahawan untuk membekal produk atau perkhidmatan tersebut. Usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan yang membentangkan maklumat yang boleh meyakinkan pihak yang mengeluarkan tender tersebut. Di samping itu, rancangan perniagaan juga boleh menarik minat pekerja yang berkebolehan untuk berkhidmat dengan usahawan. Kebanyakan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana menghadapi masalah mendapatkan pekerja yang berkebolehan. Pekerja lebih berminat untuk berkhidmat dengan perniagaan besar kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perniagaan besar mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan masa hadapan yang lebih baik berbanding perniagaan kecil dan sederhana. Oleh itu, rancangan perniagaan boleh meyakinkan bakal pekerja mengenai prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan pada masa hadapan.

RANCANGAN PERNIAGAAN MERANGKUMI: 1. PERANGANGAN STRATEGIKkeputusan tentang pengagihan sumber prioriti syarikat dan langkah untuk menuju matlamat 2. PERANCANGAN TAKTIKAL -perancangan jangka pendek untuk melaksanakan perancangan strategik.

3. PERANCANGAN OPERASI-penetapan target jangka pendek .

Oleh itu,anda sebagai bakal usahawan harus mengambil kira aspek penting dalam perancangan perniagaan anda agar dapat melaksanakan pengurusan yang sistematik dan efisien.Aktiviti

merancang perniagaan harus menjadi fokus utama dalam menentukan matlamat samaada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang dalam sesebuah syarikat.Sesungguhnya perancangan perniagaan yang bijak mampu menjadi meteor yang kental bagi menaikkan prestasi sesebuah organisasi.

KANDUNGAN DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN 1. Jadual kandungan Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah. 2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan. 3. Pengenalan Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan. 4. Tujuan Penyediaan RP Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain? 5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan? 6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini. 7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat

dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan. 8. Rancangan & Strategi Pemasaran Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya). Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana? 9. Rancangan Pengeluaran/Operasi Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan? Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat? 10. Rancangan Kewangan Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik. Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

You might also like