You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKSI Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas telah menjadi salah satu subjek major yang dibimbing oleh Cik Kua Bee Hoon. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian alam semesta. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, saya dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang memerlukan saya menjalankan 2 amali dan 1 kit sumber pengajaran. Tajuk laporan amali yang perlu disediakan ialah mengenalpasti batuan untuk amali 1 dan awan dan cuaca bagi amali 2. Manakala bagi penyediaan kit sumber pengajaran pula saya telah memilih tajuk gerhana matahari yang terdapat di dalam sukatan pelajaran tahun 6. Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini. Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani amali secara berkumpulan dan individu. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya menganalisis dan membuat keputusan bagi merekabentuk kit sumber pengajaran secara individu. Tugasan amali memerlukan saya menjalankan amali dan menjawab soalan yang berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan penyediaan laporan yang lengkap. Bagi tugasan amali yang pertama ialah mengenalpasti batuan. Amali 1 telah saya jalankan secara kumpulan berdua. Kami mengumpul dan memilih sebanyak 6 jenis batu yang terdapat di persekitaran kami. Batu ini telah dianalisa dan seterusnya telah dibuat laporan. Kami juga telah membentangkan dapatan kajian kami di dalam kelas. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari tentang jenis jenis batuan yang terdapat di sekeliling kita. Amali ini dijalankan supaya pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan amali ini boleh memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini di sekolah nanti.

Tajuk amali kedua iaitu awan dan cuaca telah dijalankan secara individu. Akiviti ini memberikan pengetahuan yang mendalam berkenaan perubahan awan dan jenis sesuatu awan itu. Bagi tajuk ini, saya dikendaki untuk menangkap gambar awan selama 14 hari. Kemudian saya mengkaji perubahan awan serta jenis awan pada masa tersebut. Kesukaran mengenalpasti awan berlaku semasa saya menjalankan amali ini. Namun begitu, melalui perbincangan, idea dan pandangan pensyarah serta rakan rakan Sains 2 dapat membantu saya dalam mengenalpasti awan tersebut. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan adalah salah satu stail pembelajaran yang berkesan. Seterusnya bagi tugasan ketiga ialah merekabentuk kit sumber pengajaran. Saya telah merujuk sukatan pelajaran tahun 6 dan akhirnya saya memilih untuk membuat model gerhana matahari. Saya banyak bertanya kepada rakan rakan sekelas dan pensyarah bagi mendapatkan idea dalam pembinaan kit sumber pengajaran ini. Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya dapati bahawa kelemahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan pensyarah juga antara satu faktor, banyak keputusan dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam melaksanakan tugasan projek ini. Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka bertangguh hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap ini, saya perlu sentiasa menulis nota supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaannya. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh rakan rakan membolehkan saya menyiapkan kesemua tugasan pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sedaya upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi bersama dan sokongan serta sikap tolong menolong adalah nilai yang membantu kami menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini. Antaranya ialah setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap

menerima pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada sesiapa sahaja. Sekian, Terima kasih.

You might also like