You are on page 1of 24

1.

0 Pengenalan Konsep demokrasi dalam sistem kehidupan manusia bukan hanya terbatas kepada proses pemilihan kerajaan tetapi merupakan suatu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakat. Demokrasi juga dikenal pasti sebagai satu proses yang berterusan dan bukan berbentuk produk atau penghasilan. Sehubungan itu untuk memastikan proses demokrasi wujud di dalam kehidupan, setiap orang perlu diberi hak dan peluang untuk mengemukakan pandangan yang melibatkan kepentingan mereka Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah pengelolaan UNDP (United Nations Development Programme) menggariskan program

pembangunan manusia merupakan proses penyediaan peluang daripada aspek politik, ekonomi dan so sial kepada setiap individu untuk mendapatkan peluang pendidikan, menjadi produktif, kreatif dan dihormati sebagai manusia serta mempunyai peluang membuat pilihan. Pelaksanaan dasar-dasar negara untuk mencapai dan memenuhi matlamat demokrasi dalam semua bidang merupakan tugas paling penting dan kritikal dihadapi oleh sama ada Negara maju atau sedang membangun. Kebanyakan negara membangun berdepan dengan masalah kepelbagaian (diversity) dan perbezaan latar belakang masyarakat, status sosioekonomi, sosiobudaya dan pendidikan.

2.0 Konsep Pendemokrasian Pendidikan Dalam bidang pendidikan setiap orang perIu diberi hak dan peluang untuk mendapatkan pendidikan mengikut keupayaan dan kebolehan masing - masing bagi memenuhi keperIuan di dalam kehidupan mereka (UNESCO, 1991). Walau bagaimanapun masalah pembangunan infrastruktur dan penyediaan peluang pendidikan serta pengagihan peruntukan pembangunan yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar di Negara Negara sedang mernbangun,khususnya, merumitkan keadaan untuk melaksanakan konsep pendemokrasian yang terbaik. Keadaan ini membawa kepada penerusan jurang perbezaan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat luar bandar berbanding masyarakat bandar (WorId Bank, 2000). Jurang yang wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang berpunea daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar untuk mendapat pendidikan yang berkualiti (Deepa, 2000). Darling-Hammond (1997) di dalam 0' Hair, (Foundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan yang berkualiti untuk semua sangat perIu dilaksanakan di dalam masyarakat yang mengamalkan konsep demokrasi. Konsep asas pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira etnik, latar belakang, status sosioekonomi dan geografi. Pendemokrasian pendidikan juga merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualitihidup mereka (Dewey, 1966). Darling - Hammond (1997) pula menjelaskan sekolah sebagai institusi pendidikan perIu menyediakan pelajar untuk menjadi warganegara yang demokratik dan mengamalkan nilai unggul dalam demokrasi. Justeru institusi sekolah tidak wajar diwujudkan seeara berasingan mengikut kelas sosial, kaum, budaya dan lokaliti. Kegagalan untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti telah membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar untuk maju dalarn bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran sosial (social reproduction). Sekaligus fenomena ini melebarkan jurang ketidakberuntungan
2

antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002). Dari segi perubahan dan kemajuan, banyak kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan yang diperoleh menerusi institusi persekolahan boleh membawa kepada perubahan sesebuah negara daripada kurang maju kepada keadaan lebih moden. Inkeles (1974), umpamanya, telah mengkaji modenisasi dari perspektif sosiologi pembangunan dan merumuskan bahawa terdapat hubungan seeara langsung antara institusi, nilai, sikap, dan masyarakat ke arah pembangunan ekonomi seperti di gambarkan model berikut:

Rajah 1: Model Modenisasi

Pemodenan Institusi

Nilai Moden

Sikap Moden

Masyarakat Moden

Pembangunan Ekonomi

Berdasarkan kajian di enarn negara iaitu Argentina, Bangladesh, Chile, India, Nigeria, dan Israel, Inkeles (1974) mendapati faktor institusi pendidikan dan sekolah mempunyai hubungan yang kuat dengan faktor modenisasi, bahkan mengatasi faktor-faktor lain. Walaupun modenisasi mempunyai konsep serta dimensi yang luas dan dipengaruhi pula oleh pelbagai faktor, tetapi institusi sekolah sebagai penyalur budaya ilmu (Hussein, 1993) dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat untuk membawa perubahan daripada corak hidup tradisional kepada moden.

Berdasarkan Rajah 1, pemodenan institusi pendidikan akan membawa kepada perubahan nilai dan gaya hidup masyarakat daripada bersifat statik kepada lebih dinamik. Masyarakat yang dinamik akan bersedia menerima perubahan dan produktif dari segi ekonomi (Inkeles,1974). Pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat akan dapat menukar mobiliti sosial masyarakat sarna ada secara mendatar atau menegak. Ahli-ahli sosiologi fungsionalisme seperti Comte, Durkheim dan Spencer berpendapat bahawa pendidikan yang diterima menerusi institusi sekolah memainkan peranan penting sebagai alat mobiliti sosial kerana dalam masyarakat moden struktur masyarakat adalah berasaskan kepada stratifikasi so sial (Amir, 2002).

Tahap pendidikan yang dicapai dan jenis kemahiran yang diperoleh menerusi pendidikan formal dan tak formal mampu menukar mobiliti sosial individu sarna ada secara menegak atau mendatar. Manakala ahli-ahli sosiologi pendidikan dekad 1960an seperti Bourdieu dan Passeron di Perancis, Bernstein dan Halsy di United Kingdom, Coleman dan Jencks di United States, dan Husen di Sweden, telah mengenal pasti terdapat hubungan yang rapat antara latar belakang sosial dan budaya denganpencapaian dalam pendidikan. Bernstein misalnya telah

menzahirkan keyakinan bahawa kebolehan linguistik individu memberi banyak kelebihan kepadanya untuk menguasai pembelajaran (Kallen, 1994)

Dasar Pendemokrasian Di Malaysia Sebagai sebuah negara sedang membangun, Malaysia sedang giat memperluaskan gagasan pendemokrasian pelbagai peringkat pendidikan dengan menjadikannya sebahagian daripada dasar nasional. Selari dengan matlamat dasar pendemokrasian pendidikan, pelbagai dan program Rangka

pembangunan

pendidikan

menerusi Rancangan

Lima Tahun

Rancangan Jangka Panjang (RRJP) telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pelbagai projek penyediaan infrastruktur pendidikan telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan, 2001-2005 (RMKe-9) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke Tiga, 2001 - 2010 (RRJP3) untuk meningkatkan aksesibiliti, ekuiti dan kualiti pendidikan yang menjurus ke arah pe1aksanaan dasar pendemokrasianpendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM, 2001).

Di samping itu konsep pendemokrasian dalam pendidikan di negara ini merangkumi dasar-dasar penting seperti pelaksanaan pendidikan wajib peringkat asas, dasar sekolah jenis vernakular, pendidikan 13 tahun, (P-12), sekolah agama, sekolah swasta, kenaikan secara automatik ke tingkatan empat peringkat menengah, pendidikan jarak jauh peringkat tinggi, pendidikan sepanjang hayat (life-long learning), pendidikan untuk semua (education for all) dan tidak ketinggalan mewujudkan sekolah- sekolah bersaiz keci1 di kawasan pendalamanuntuk penduduk di kawasan terpencil. Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan dengan factor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masa1ah ini menjadi 1ebih sukar dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-kaum tertentu di dalam pendidikan. Persoa1an yang sering timbu1 dalam proses perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan be1anjawan negara untuk institusi seko1ah adalah, bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi untuk memastikan pe1uang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima oleh setiap pelajar tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan status sosioekonomi pelajar (World Bank, 1980).

3.0 Cabaran Pendemokrasian Pendidikan DI Malaysia Ekuiti Kualiti besar kepada sistem pendidikan negara sekarang ialah untuk

Cabaran

merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan bukan sahaja daripada aspek ekuiti, tetapi juga kualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status sosioekonomi, lokasi dan etnik. Penekanan kepada aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini akan menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya (KPM,

2001). Rajah 2 menjelaskan kriteria-kriteria utama bagi mencapai matlamat pembangunan sistem pendidikan, termasuk penerusan dasar demokrasi pendidikan.

KECEKAPAN Kos pembangunan Kos pengurusan Pembangunan projek dan staff

EKUITI Biasiswa, Buku Teks, Peratus guru bukan siswajah & siswajah Ekuiti fizikal & keudahan asas pendidikan

KEBERKESANAN Kajian dan Penyelidikan menilai Keberkesanan Projek fizikal Kurikulum & pengurusan pendidikan

INDIKATOR PENCAPAIAN

KUALITI 1. NISBAH Guru:Murid,Murid:Kelas, AKSES kadar penyertaan mengikut peringkat . Nisbah penyertaan mengikut jantina, etnik, kawasa & negeri kadar & nisbah penyertaan jika struktur persekolahan berubah Murid: Sekolah,Bilik darjah: Kelas Guru: Rumh Guru,Sekolah: Asrama 2. Pencapaian UPSR, SPM, STPM, Universiti

Rajah 2: Kriteria dan Indikator Pencapaian Pembangunan Pendidikan Sumber: Pembangunan Pendidikan Dalam RMKe-7
6

Rajah 2 menunjukkan bahawa peningkatan ekuiti dan kualiti input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan asas menjadi petunjuk kepada peningkatan kualiti dan kecekapan pengurusan pendidikan bagi mengurangkan fenomena keciciran di kalangan pelajar di luar bandar dan pembaziran dalam sistem pendidikan (Scioli,1975; KPM, 2001). Di Malaysia pelbagai program pembangunan pendidikan berbentuk program sokongan seperti Skim Bantuan Pendidikan (Biasiswa), Skim Pinjaman Buku Teks, dan Rancangan Makanan Tambahan, dan Skim Baucer Tuisyen telah dan sedang dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar kurang beruntung meningkatkan tahap kesediaan pembelajaran dan tahap kesihatan mereka. Pelaksanaan dasar pendemokrasian peringkat pendidikan as as juga telah dilaksanakanmenerusi aspek perundangan dengan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 dipinda untuk menguatkuasakan Pendidikan Wajib di peringkat asas. Pelaksanaan Pendidikan Wajib yang dilaksanakan mulai 2003 bertujuan untuk memastikan penyertaan 100 peratus kanak-kanak peringkat umur enam tahun ke atas hingga sebelas tahun ke atas mendapat pendidikan as as yang sempuma. Langkah ini dilakukan dalam usaha meningkatkan akses kohort persekolahan dan mengelakkan berlaku keciciran di peringkat pendidikan asas.

Statistik pada tahun 2000 (KPM, 2001) menunjukkan 97 peratus kanak- kanak berumur enam tahun ke atas mendaftar di sekolah rendah seluruh negara. Angka ini membuktikan bahawa dasar pendemokrasian pendidikan as as dari segi aksesibiliti telah hampir dicapai. Walau bagaimanapun, dari aspek ekuiti dan kualiti, masih terdapat jurang yang luas antara bandar dan luar bandar, khususnya dari sudut p encapaian pelajar (RMKe-8). Persoalan ini sering dikaitkan dengan masalah kekurangan input pendidikan yang berkualiti di luar bandar.Namun demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan aksesibiliti, ekuiti, kualiti dan kecekapan pengurusan pendidikan di luar bandar bagi mengurangkan jurang pencapaian pelajar antara bandar dan luar bandar (KPM,

2001). Usaha tersebut menjadi matlamat utama kerana pendidikan di Malaysia dan juga negara lain mampu meningkatkan mobiliti sosial dan merupakan agen pemodenan kepada masyarakat kurang beruntung di luar Bandar.

Rajah 3: Kerangka Teori

REPRODUKSI SOSIAL DEPRIVASI SOSIAL

Kurang Berkesan

INSTITUSI SEKOLAH

MOBILITI SOSIAL

Berkesan

MODENISASI SOSIAL

Masalah Dasar Sekolah Kecil Di Luar Bandar Isu Sekolah Kecil Input pendidikan terhad Kemudahan asas terbatas Kos pengurusan tinggi Akses pendidikan berkualiti terbatas Pencapaian rendah Alternatif Dasar Konsep Sekolah Berpusat Apa, mengapa, siapa, bila,dimana, dan bagaimana Sejauhmana Memenuhi hasrat kebolehlaksanaan kemampuan laksana berdaya maju setuju

Perubahan Keadaan dan Struktur Institusi Sekolah (Transformation of The School Condition and Structure) Saiz, Lokasi,Guru,Kemudahan asas,Peruntukan kewangan, dan Pengelompokan pelajar

Menurut teori reproduksi sosial, keadaan tidak beruntung dalam satu generasi akan mewariskan keadaan tidak beruntung dalam generasi berikut. Dalam konteks ini, merujuk kepada Rajah 3 di atas, sekolah-sekolah kecil yang mempunyai prasarana yang serba berkurangan dari segi kuantiti dan kualiti boleh menjadi faktor institusi yang menyumbang ke arah pengekalan fenomena reproduksi sosial. Kawasan luar bandar menghadapi fenomena deprivasi sosial kerana tumpuan projek-projek pembangunan dan pembekalan prasarana sosial asas (elektrik, air, telefon dan kesihatan) banyak berfokus di kawasan bandar.

Justeru itu, kawasan luar bandar terpinggir daripada arus perubahan dan pemodenan. Pelajar yang tinggal di kawasan sedemikian kekal terpinggir dan besar kemungkinan akan menghadapi persekitaran yang lebih daif daripada pelajar-pelajar di bandar. Justeru, pelajar-pelajarsekolah kecil di luar bandar sedemikian akan lebih cenderung ke arah sosial reproduction (Bourdieu & Passeron, 1977) atau social deprivation (Rees, 1968) sekiranya tidak dilakukan intervensi polisi secara radikal yang inovatif dan berkesan. Rees (1968) menjelaskan teori deprivasi merangkumi juga dimensi utama: educationally, culturally, socially disadvantaged. Manakala UNESCO (1990) menjelaskan: Educational disadvantage refers to the adverse situation experienced by a particular group of people in society whereby their access to (and enrolment in) school and/or non-formal education is affected in a negative way by socio -economic and cultural c haracteristics such as their gender, race, ethnicity, occupational status of family and geographic locations. Walau bagaimanapun, mengikut hasil kajian Inkeles (1974) dengan pelaksanaan dasar intervensi yang terancang, tersusun dan berstrategik sebagai imbuhan kepada pelajar-pelajar kurang beruntung proses kitaran ganas terhadap masyarakat kurang beruntung akan dapat dikurangkan dan dig anti dengan proses mobilisasi sosial melalui pendidikan berkualiti yang boleh melahirkan perubahan nilai dan pemodenan masyarakat luar bandar. Secara perbandingan
9

banyak analisis empirikal telah menunjukkan sekolah-sekolah di Negara Negara sedang membangun yang mempunyai kemudahan asas dan input pendidikan yang berkualiti memperlihatkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding sekolah yang tidak memiliki kemudahan asas yang sempuma (Marope,1996). Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa tempoh pendidikan yang diterima oleh golongan petani di negara membangun mempengaruhi produktiviti mereka. Sebagaicontoh ,kajian Psacharopoulos dan Woodhall (1985) yang berdasarkan data Bank Dunia mendapati petani yang mendapat pendidikan lebih tinggi bijak menggunakan sumber seperti baja dan racun serangga berbanding petani yang kurang mendapat pendidikan. Secara umumnya Bank Dunia pada 1980 telah menggariskan beberapa strategi pelaburan dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan peluang pendidikan yang sama rata di pelbagai peringkat kepada semua untuk memenuhi konsep pendemokrasian di dalam pendidikan seperti berikut Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalamjangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan; Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi; Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan, pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan; Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain; dan Untuk memenuhi objektif di atas, negara-negara sedang membangun perlu membina dan mengekalkan kedudukan institusi untuk merekabentuk, menganalisis, mengurus dan menilai program untuk pendidikan dan latihan.

10

4.0 KESAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN PADA MASA HADAPAN

Kesan pendemokrasian pendidikan dalam Negara sangat penting untuk pembangunan generasi pada masa hadapan. Antara impak pendemokrasian pendidikan Negara ialah: Penghasilan modal insan yang berkualiti dan berminda kelas pertama Dengan peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar potensi dan bakat mereka dapat dimaksimumkan. Ini sekaligus dapat mengurangkan peratus gejala sosial yang kurang sihat seperti mencuri, menagih dadah dan sebagainya. Masa depan Negara untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber sangat cerah. Seorang pemimpin yang mempunyai ilmu yang cukup merupakan tonggak utama kekuatan Negara.

Ikatan perpaduan yang kukuh Seperti yang kita ketahui bahawa dalam Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu bumiputra dan bukan bumiputra. Golongan bumiputra terdiri daripada orang Melayu, orang Asli dan juga etnik Sabah dan Sarawak manakala golongan bukan bumiputra pula ialah orang India, Cina. Dengan pendidikan ikatan perpaduan antara dua golongan ini akan berterusan dan bertambah baik pada masa hadapan. Jurang komunikasi antara kaum akan dapat dikurangkan dan seterunya ihapuskan pada masa akan datang. Pendidikan merupakan satu jentera yang akan membuat semua kemungkinan tersebut dapat dicapai kerana, pelajar akan memahami erti komunikasi dari sudut yang lebih positif.

Masyarakat luar Bandar akan semakin maju

Komuniti yang tinggal di luar Bandar akan menyedari kepentingan ilmu pengetahuan. Pendedahan pendidikan kepada masyarakat luar Bandar akan
11

memberikan mereka kesedaran tentang kepentingan kemajuan dalam kehidupan. Dengan ilmu pengetahuan tahap kecekapan dan kemahiran mereka dalam melakukan kerja seperti industri perladangan dapat ditingkatkan contohnya mereka pandai mengaplikasi sains dalam cara mereka seperti penggunaan baja yang sesuai untuk mendapat hasil yang lebih baik. Pelahiran insan minda kelas pertama dapat diwujudkan di luar Bandar dengan adanya peluang pendidikan diberikan kepada mereka. Transformasi budaya luar Bandar, dengan berbekalkan pendidikan mereka akan dapat menerapkan budaya menuntut ilmu. Transformasi minda segenap aspek, iaitu cara hidup, pembawaan diri, pencarian ekonomi, dan sebagainya. Masyarakat ini tidak lagi menjadi beban kepada Negara kerana mereka sudah mempunyai pendidikan bahkan mereka ini adalah antara golongan yang akan menyumbang kepada Negara pada suatu masa kelak. Mencapai Negara maju dan wawasan 2020

Dengan terlahirnya masyarakat yang berpendidikan ini Negara akan mencapai taraf Negara maju dan wawasan 2020. Dengan adanya modal insan minda kelas pertama iaitu insan yang mempunyai ilmu yang tinggi dari pelbagai aspek Negara kita akan dapat merealisasikan matlamat untuk mencapai Negara maju menjelang 2020.

12

5.0 Penutup Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidak harus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Sebaliknya, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan. Dalam konteks negara, persaingan tersebut adalah terutamanya ialah antara bandar dan luar bandar dan antara kaum. Tugas kita ialah memastikan bahawa kita menggunakan peluangpeluang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, kita haruslah memperluaskan skopnya kerana daya saing yang mesti ada pada kita bukan sekadar daya saing atau competitiveness dalam kalangan kita sama sendiri. Daya saing itu harus diperluas dalam konteks kawasan, dalam konteks rantau, dan dalam konteks dunia yang menjadikan persaingan itu global sifatnya, iaitu persaingan yang ada hubungkaitnya dengan competitive advantage negara kita dengan negara -negara lain. Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan manusia kerana pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masa kini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu akan menjadikan manusia dapat menjalani kehidupan yang baik dan sejahtera. Namun begitu, dalam keghairahan menyediakan pembangunan sumber manusia melalui sistem pendidikan negara kita mestilah memastikan pendekatan, pelaksanaan dan amalannya adalah mengikut acuan kita sendiri iaitu berasaskan matlamat pendidikan negara. Matlamat pendidikan negara yang wujud sekarang yang berpunca dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah merupakan cita-cita murni yang hendak dicapai melalui proses pendidikan Demikianlah suatu pentafsiran tentang pendemokrasian pendidikan dan kesannya kepada Negara pada masa akan datang.
13

Walaupun agak banyak perkara yang berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dihuraikan, masih terdapat beberapa isu lagi yang belum disentuh. Namun begitu, adalah diharapkan hasil penulisan ringkas ini dapat memenuhi keperluan untuk memberi gambaran asas tentang pendemokrasian pendidikan khususnya dalam konteks sistem pendidikan di negara kita Malaysia.

6.0 Refleksi

Pendemokrasian pendidikan ini secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa ia adalah satu usaha untuk mewujudkan peluang pendidikan kepada semua golongan dengan kerjasama dari semua pihak bermula dari peringkat atas sehinggalah ke peringkat bawah. Apabila kita membahaskan aspek ini saya terfikir tentang apakah respon yang sepatutnya diberikan oleh mereka yang menjadi kumpulan sasaran kepada pendemokrasian ini, adakah mereka hanya menunggu sahaja ia dilaksanakan oleh pihak kerajaan?. Kumpulan sasaran yang utama bagi pendemokrasian ini adalah rakyat Negara Malaysia. Oleh itu, pada pendapat saya kesedaran di peringkat bawah harus

digiatkan supaya perancangan yang dibuat di peringkat atasan tidak sia-sia. Peringkat bawah yang utama ialah ibu bapa dan mereka ini harus bekerjasama dengan kerajaan. Antara tindakan yang boleh dibuat oleh ibu bapa ialah memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk belajar, dan menghadiri sebarang program anjuran pihak sekolah supaya mereka juga dapat didedahkan dengan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang perlu diatasi oleh kerajaan untuk merealisasikan pedemokrasian pendidikan ini antaranya ialah akses masyarakat luar Bandar. Setakat ini semua sekolah yang berada di Bandar telah mendapat tumpuan dan prasarana yang mencukupi bahkan terdapat sekolah berasrama penuh, sekolah bestari dan sekolah pendidikan khas. Namun pada masa kini masyarakat luar Bandar tidak lagi menjadi masalah yang kritikal bagi Negara, cabaran yang menjadi fokus utama ialah pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak. Hal ini demikian kerana akses untuk ke kawasan pedalaman masih terbatas, kemudahan infrastruktur masih belum lengkap lagi contohnya jalan raya masih belum ada,

14

elektrik, bekalan air bersih. Masalah ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan pendemokrasian pendidikan ini masih belum sepenuhnya terlaksana. Kerajaan telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang berada di kawasan pedalaman ini supaya mereka juga tidak ketinggalan dari segi kemajuan dalam pendidikan, antara usaha yang telah dibuat ialah menubuhkan school net (internet), dan memberikan kemudahan kepada sekolah dari segi prasarana iaitu sumber tenaga solar. Semoga usaha ini akan dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang menjelang tahun 2020, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 7.0 Bibliografi

Deepa Narayan (2000).Voices of the poor: Can anyone hear us?New York: World Bank. Dewey, J. (1916).Democracy and education.New York: Macmillan. Dewey, J. (1958).Philosophy of education.New Jersey: Littlefield, Adam Inkeles, A., & Smith, D.H. (1974).Becoming modern: Individual change in six developing countries.Cambridge, MA: Harvard University Press Rees, H. E. (1968).Deprivation and compensatory education: Boston, MA: Houghton Mifflin UNDP (1990). Human development report 1990. New York: Oxford University Press. UNESCO (1990). Education in a rural environment: Education and development. (2nded.).Paris:UNESCO. UNESCO (1991).World education report 1991.Paris: UNESCO. Inkeles, A., & Smith, D.H. (1974). Becoming modern: Individual change in six developing countries. Cambridge, MA: Harvard University Press

Bourdieu, P., & Passeron, J. C. (1977). Reproduction in education, society and culture.London: Sage

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(1996).Pembangunan

pendidikan

dalam

rancangan Malaysia ketujuh.Kuala Lumpur: KPM.

15

Kementerian Pendidikan Malaysia (1973). Lapuran Jawatankuasa Kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Lapuran Keciciran}. Kuala Lumpur: KPM.

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(2001).Pembangunan

pendidikan

2001-

2010:Perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan. Kuala Lumpur: KPM.

LAMPIRAN

REKOD KOLABORASI

TARIKH

ISI PERBINCANGAN

TANDATANGAN

16

TAJUK : 1.0 KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 6 NOVEMBER 2001. 2.0 Sinopsis isu - Gagal daftar anak sekolah ibu bapa mungkin didenda.

Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia ( 6 Nov. 2001 ) Kementerian Pendidikan kini sedang merangka undang-undang untuk mewajibkan kanak-kanak berusia tujuh tahun bersekolah dan meneruskan pelajaran sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 tahun. Undang-undang ini dirangka berdasarkan perangkaan kementerian itu bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga peratus setiap tahun kanak-kanak yang tidak didaftarkan di sekolah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Terdapat juga sebilangan murid yang berhenti atau diberhentikan oleh penjaga mereka sebelum menamatkan persekolah rendah. Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad matlamat utama undangundang itu adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di negara ini dan memastikan mereka berpelajaran. Menurutnya lagi apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, ibu bapa yang gagal mendaftar anak mereka di sekolah tanpa sebab yang munasabah akan didakwa di mahkamah. Mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (1989) yang telah diratifikasikan oleh 177 negara, Artikel 28 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berasaskan prinsip peluang yang sama ( equal opportunity). Dalam artikel 29 pula ada menjelaskan matlamat sebenar pendidikan yang berhak diperolehi oleh kanak-kanak iaitu membangun jati diri, membangun kemampuan fizikal dan mental ke tahap potensinya yang maksimum, dan menyediakan kanak-kanak itu untuk mampu hidup aktif dan penuh tanggungjawab semasa dia dewasa. Belanda ( Netherlands ) Mempunyai Akta Undang-Undang pendidikan wajib ( Compulsory Education Act ) hampir seratus tahun. Matlamat asal undang-undang itu ialah memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan rendah ( primary education ) di antara usia 6 hingga 12 tahun. Mulai tahun 1969, undang-undang itu disemak semula dan penekanan diberi kepada hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan walaupun ibu bapa mereka mungkin tidak peka atau tidak sedar betapa perlunya kanak-kanak itu terus bersekolah. Di China, di bawah undang-undang pendidikan wajib negara itu yang
17

dikuatkuasakan mulai 1 Julai 1986, setiap kanak-kanak wajib diberi pendidikan selama 9 tahun di antara usia 6 hingga 15 tahun. Walauapapun hasrat kerajaan untuk memastikan dan menjamin semua kanakkanak di negara ini mendapat pendidikan harus diberi pujian. Namun demikian, corak penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang masih lagi di peringkat perancangan. Pendidikan Wajib Menurut teori Fungsionalisme 3.1.0 Definisi teori fungsionalisme

3.0

Teori Fungsionalisme juga dikenali sebagai teori konsensus atau keseimbangan. Ini kerana setiap kumpulan adalah bersatu dan bersetuju dengan objektif atau matlamat kumpulan secara keseluruhan. Segala polisi dan amalan dalam masyarakat seperti sistem pendidikan, ekonomi dan politik adalah hasil persetujuan kumpulan demi untuk kestabilan negera. Menurut Ting Chew Peh (1993), perkataan dasar fungsionalisme iaitu fungsi adalah merujuk kepada kesan objektif sesuatu fenomena sosial terhadap fenomena yang lain iaitu sistem keseluruhannya. Manakala menurut Emily Durkheim (1858), teori ini merupakanperspektif makro yang melihat dunia pendidikan sebagai satu kemestian untuk kelangsungan masyarakat bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kepentingan pendidikan terutamanya dirumah dalam proses sosialisasi dilihat sebagai proses mendidik anak-anak supaya dapat mengekalkan nilai-nilai dan norma-norma serta segala peraturanperaturan dalam sesuatu masyarakat. Pendidikan untuk masyarakat menjadi agenda kepada sistem pendidikan masa kini. Pendidikan secara saintifik menjalankan fungsi-fungsinya mengembangkan nilai-nilai dan keupayaan intelektual yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk menjalankan peranan dalam masyarakat. Adalah menjadi andaian fungsionalisme bahawa semua murid mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan. Sistem pendidikan adalah untuk semua. Menurut Erving Goffman ( 1959 ) masyarakat ibarat pentas kehidupan. Sosial ibarat pemain teater, setiap individu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan cerita. 3.2.0 Peranan Anggota Yang Terbabit Dalam Isu Ini 3.2.1 Peranan kerajaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia ) Di dalam isu ini, kerajaan ( Kementerian Pendidikan ) cuba menjalankan tanggungjawab seperti yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak BangsaBangsa Bersatu untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dinegara ini. Untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan hasrat kerajaan ini, satu undang-undang sedang di rangka. Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Utusan Malaysia 8 Nov 2001), biasanya penalti sebanyak RM3000 atau penjara tiga bulan boleh dikenakan kepada penjaga atau ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak mereka.Walaubagaimanapun bentuk tindakan masih belum diputuskan kerana isu ini masih dalam perbincangan. Bagi memastikan hasrat kerajaan ini berjaya, semua pihak perlu memainkan peranan terutamanya pihak penguasa tempatan, Jabatan Pendaftaran, ketua kampung atau penghulu perlu memantau dan memastikan semua kanak-kanak yang berumur 7 tahun didaftarkan di sekolah di kawasan masing-masing. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak didaftarkan, mereka harus melapurkan kepada pihak berwajib yang dilantik kelak.. Kerajaan juga perlu lebih kerap menjalankan kempen kesedaran tentang pentingnya pendidikan kepada penduduk di kawasan pedalaman terutamanya orang asli. Pelbagai usaha
18

perlu dilakukan supaya mereka sedar akan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak mereka. Ini termasuklah mengadakan ceramah oleh anak-anak orang asli yang telah berjaya dalam pendidikan dan memperolehi peluang pekerjaan yang baik. 3.2.2 Peranan Pentadbir/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah dan Guru Pihak pentadbir atau pengetua dan guru besar pula perlu menghantar senarai murid yang mendaftar di sekolah masing-masing kepada pihak jabatan pendidikan untuk tindakan mengesan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Guru Besar atau pengetua hendaklah memantau mengapa kanak-kanak itu enggan bersekolah adakah ianya disebabkan oleh faktor dalaman sekolah, iklim persekolahan atau faktor luaran. Sekiranya ianya disebabkan oleh faktor dalaman, maka Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengatasi masalah tersebut. 3.2.3 Peranan Ibu Bapa Ibu bapa dan penjaga juga perlulah sedar dan peka akan tanggungjawab mereka untuk memberi pendidikan kepada anak-anak di bawah jagaan mereka. Mereka juga perlu sedar bahawa pendidikan merupakan aset penting untuk membangunkan sesebuah keluarga atau masyarakat dalam sesebuah negara. Ilmu pengetahuan adalah mobiliti asas untuk menggerakkan ekonomi keluarga. Ibu bapa juga perlu berani untuk menghadapi kenyataan bahawa anak mereka boleh lebih maju dalam bidang pendidikan daripada mereka dan tanggapan bahawa anak petani mesti menjadi petani, atau anak mereka harus mengikut jejak langkah mereka dan mewarisi setiap kemahiran yang diperolehi secara turun temurun sebagai sumber ekonomi. Jika hal ini berlaku, maka pendidikan moden yang disarankan oleh kerajaan akan menjadi sia-sia. Bagi masyarakat orang asli, mereka perlu didedahkan dengan dunia luar. Mereka perlu dibawa melihat dunia sekeliling mereka, melihat kemajuan yang telah dicapai oleh negara dan mereka perlu diberi keberanian untuk hidup di luar kepompong mereka. Pemikiran yang menyatakan bahawa anak orang asli tidak boleh berjaya harus dikikis. Mereka harus diberi pelbagai kemudahan dan keberanian untuk hidup di luar seperti tempat tinggal, pekerjaan dan pelbagai frasarana yang diperlukan. Di sini ketua mereka atau tok batin harus memainkan peranan untuk menyedarkan anak buahnya perihal kepentingan pendidikan. 3.2.4 Peranan Masyarakat Masyarakat setempat perlulah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha merapatkan diri dengan sekolah. Semua ahli masyarakat boleh memberi sumbangan, pandangan, idea bagi memajukan pendidikan anak-anak mereka menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Semua aktiviti yang dirancangkan oleh persatuan hendaklah dilaksakan bersama demi kepentingan anak-anak yang bersekolah. 4.0 Analisis Berdasarkan 3 Konsep Sosiologi Pendidikan. 4.1.1 Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Di Malaysia, pendidikan percuma dari 7 tahun hingga ke 15 tahun telah diperkenalkan untuk semua kanak-kanak bermula pada tahun (1962) selepas Akta Pelajaran 1961 dibentuk. Mengikut akta ini, semua kanak-kanak tidak kira bangsa atau keturunan serta darjat berhak menerima pendidikan awal secara percuma dari darjah 1 hingga tingkatan 3. Ibu bapa atau penjaga seharusnya mengambil peluang ini untuk
19

memberi pendidikan yang sempurna kapada anak mereka. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf dikalangan rakyat terutamanya mereka yang tinggal dikawasan pedalaman. Mulai tahun 1999, peluang untuk memasuki tingkatan 4 telah diperluaskan kepada semua pelajar. Mereka yang kurang berkemampuan telah diberikan bantuan seperti penubuhan sekolah-sekolah berasrama, khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. Kerajaan juga telah membina sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak cacat. Mereka akan dididik dan dilatih oleh guru-guru yang dilatih khas oleh Kementerian Pendidikan. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak mereka yang cacat terbiar tanpa memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Mereka harus membuang perasaan malu kerana mempunyai anak cacat dan menyalahkan takdir sebaliknya berusaha supaya anak tersebut boleh menjadi seorang insan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat dengan kemahiran yang diperolehi. Kerajaan juga ada menyediakan asrama khas untuk anak-anak orang asli bersekolah. Kesemua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Mereka diberikan tempat tinggal percuma, makanan percuma, pengangkutan percuma dan persekolahan percuma. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu memainkan peranan yang lebih aktif lagi dalam menjayakan agenda pendidkan ini. Kerajaan juga telah mengambil usaha untuk memperbaiki keadaan murid-murid di kawasan luar bandar dengan mengadakan program kesihatan, pemakanan, skim bantuan biasiswa, skim pinjaman buku teks percuma dan lain-lain.Ini secara tidak lansung akan mengurangkan perbelanjaan mengurus ibu bapa. Mereka tidak lagi perlu membeli buku teks. Mereka juga boleh memohon bantuan biasiswa jika benar-benar tidak berkemampuan.

4.1.2

Pendidikan dan Hubungan Etnik

Etnik atau ethnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang karib. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan kumpulan etnik berkenaan dalam masyarakat. Di Malaysia, semua kanak-kanak dari pelbagai kaum cuba disatukan melalui sistem persekolahan yang sama. Mereka diberi peluang bercampur-gaul di dalam sekolah yang sama dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan. Selain itu, mereka juga menggunakan buku teks yang sama, kurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Ini memperlihatkan kepada kita bahawa sekolah adalah acuan untuk membentuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Perkara sebegini sukar dilakukan dalam aktiviti seharian masyarakat. Kerjasama mungkin sukar untuk diterapkan tetapi di sekolah mereka bersama-sama menyapu membersihkan kelas, menyusun perabot, dan mengikut arahan ketua yang dilantik. Pengalaman sebeginilah yang hendak diterapkan dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat mempraktiknya apabila menyertai masyarakat. Fikirkanlah apa akan berlaku pada masyarakat kita akan datang jika ramai dikalangan anak-anak kita tidak bersekolah. Adakah mereka akan faham konsep kerjasama, toleransi, tolong-menolong dan bertolak ansur. Polisi kerajaan juga membenarkan setiap etnik menubuhkan sekolah dan menguruskan pendidikan anak mereka. Kaum Cina dengan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India dengan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Walaubagaimanapun mereka masih
20

mengikuti kurikulum yang sama kecuali mata pelajaran bahasa ibunda. Ini akan mengurangkan tekanan bagi kanak-kanak yang sebelum ini hanya didedahkan dengan dunia etnik mereka sahaja terutamanya bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak pernah berkomunikasi dengan kanak-kanak dari bangsa lain. Ada juga di antara mereka tidak fasih berbahasa Malaysia. Jadi kekhuatiran ibu bapa tentang masalah ini akan selesai dengan memasukan anak mereka ke sekolah pilihan mereka. Maka dengan ini, ibu bapa bebas untuk mendaftarkan anak mereka dimana-mana sekolah yang difikirkan sesuai dan baik buat anak mereka. Pengusaan bahasa Malaysia akan dapat diperkukuhkan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah dan bercampur semula.

4.1.3

Pendidikan dan Budaya Sekolah

Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Menurut Tylor (1871) mengatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu lahir dari keperluan masyarakat. Di sekolah kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatnya. Budaya formal sekolah adalah melalui aktiviti kurikulum. Contohnya apabila seseorang pelajar itu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, dia akan disanjung dan diberi pujian dan akan dihormati oleh rakanrakan. Dalam kegiatan kokurikulum, pelajar yang berjaya menaikkan nama sekolah dengan memenangi acara yang disertainya biasanya akan memperolehi status yang tinggi dengan diberi jawatan sebagai pemimpin dalam persatuan yang disertainya. Selain itu pembentukan budaya tidak formal berlaku apabila sekolah mengadakan aktiviti gotong- royong, hari sukan, hari terbuka sekolah, majlis penyampaian hadian dan sebagainya. Bagai kanak-kanak yang tidak bersekolah mereka mungkin akan mengalami dan menempuh aktiviti yang diadakan oleh masyarakat berkenaan seperti gotong-royong tetapi mereka tidak memahami kenapa mereka perlu menyertainya, adakah kerana desakan ibu bapa atau tanggungjawab sosial yang terpaksa dilakukannya. Mereka tidak memahami konsep gotong-royong dan bekerjasama. Apa yang mungkin terjadi ialah apabila mereka dewasa nanti, mereka mungkin akan disisihkan oleh masyarakat kerana tidak berpendidikan kerana masyarakat akan menyanjung mereka yang berpendidikan apatah lagi berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi. Mereka ini mungkin akan hidup lebih malang daripada bapa mereka. Mereka juga akan rasa disisihkan dan akan mengambil sikap mengasingkan diri dari masyarakat. Akhirnya mereka ini akan terbiar tanpa ada sesiapa yang hendak membantu mereka. Sekolah juga akan membentuk sikap mereka supaya berani, patuh pada undangundang, hormat-menghormati dan belajar menguruskan diri. Jika kanak-kanak ini tidak diberi pendedahan tentang perlunya mematuhi undang-undang, mereka mungkin akan bertindak mengikut naluri dan keperluan mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Mereka juga mungkin gagal untuk menguruskan diri sendiri serta berdikari. Mereka akan bergantung hidup kepada bantuan keluarga dan ibu bapa sepanjang hayat tanpa perlu memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadaapan. Oleh sebab itu pendidikan amat perlu kepada setiap kanak-kanak demi untuk mengharungi kehidupan di masa hadapan.

21

5.0

Rumusan dan Cadangan

Setelah diteliti dan dikaji, maka wajarlah kerajaan melaksanakan hukuman denda kepada ibu bapa yang gagal mendaftar atau menyekolahkan anak mereka apabila berumur tujuh tahun. Ini perlu kerana penjaga atau ibu bapa berkenaan gagal menjalankan tanggungjawab atau boleh dianggap tidak rasional dalam tindakannya kerana mereka telah mencabuli hak kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan pendidikan. Mereka seolah-olah dianiaya dan dimusnahkan masa depan mereka sebelum mereka boleh menentukan hala tuju mereka. Undang-undang ini bolehlah dianggap sebahagian daripada undang-undang yang telah termaktub seperti kes penderaan kanak-kanak. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah bentuk hukuman yang wajar dikenakan kapada ibu bapa atau penjaga berkenaan. Mereka mungkin mempunyai alasan yang berbeza seperti kurang keupayaan, pendidikan dianggap tidak wajib dan sebagai keperluan kedua selepas tanggungjawab kepada keluarga, anak yatim yang tinggal bersama abang atau kakak yang tidak bersekolah dan sebagainya.Ada juga kanak-kanak yang tidak mahu bersekolah kerana fobia dengan institusi sekolah kerana kononnya cikgu garang, takut dirotan atau didenda. Dalam situasi begini patutkah ibu bapa atau penjaga dipersalahkan? Dilihat dalam situasi persekolahan sekarang, ibu bapa sering dibebankan dengan bayaran buku latihan, buku kerja, yuran PIBG, aktiviti kokurikulum di luar sekolah, yuran asrama dan tambang pengangkutan yang kian naik saban tahun. Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini.Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM 500 dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan ? Dilihat pula pada keperluan lain misalnya, harga kasut sekolah sepasang sekitar RM 15 keatas, baju sekolah sepasang hampir RM 50, kelengkapan alatulis, beg melebihi RM 20, Yuran sekolah melebihi RM 15. Jika dihitung, perbelanjaan keperluan seorang anak melebihi RM 100 pada peringkat awal persekolahan. Bagaimana jika ibu bapa itu mempunyai lebih daripada 5 orang anak yang bersekolah. Tidakkah ini menjadi sesuatu yang membebankan walaupun mempunyai pendapatan melebihi RM 1000. Apa yang diharapkan kelak apabila kerajaan melaksanakan undang-undang sekolah wajib atau pendidikan wajib, kerajaan dapat menyediakan persekolahan yang percuma dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan setakat memberi bantuan buku teks, rancangan makanan tambahan, susu percuma, sebaliknya menyediakan frasarana yang lebih baik kepada kanak-kanak miskin seperti asrama percuma, wang belanja harian, bantuan kelengkapan sekolah dan pengangkutan percuma. Undang-undang ini hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh bukan setakat gagal mendaftarkan anak sahaja tetapi kanak-kanak yang menamatkah persekolahan sebelum tamat pendidikan wajib( 6 tahun ) atau sekolah rendah. Ini perlu kerana setiap tahun kira-kira 4000 murid berhenti sebelum tamat darjah tiga ( mengikut perangkaan Kementerian Pendidikan ). Bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, kerajaan harus menyediakan lebih banyak lagi sekolah lengkap dengan kemudahan seperti sekolah di bandar. Ini dapat menarik minat ibu bapa dan murid untuk ke sekolah. Begitu juga dengan anak-anak orang asli, pendedahan alam persekolahan amat penting terutamanya prasekolah. Berapa ramai anak orang asli yang mengikuti prasekolah? Ini juga harus difikirkan bersama. Sikap ibu bapa atau penjaga yang menganggap tanggungjawab mereka telah selesai apabila sudah mendaftarkan anak mereka di sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang benarbenar mengambil berat perihal persekolahan anak mereka. Berapa ramai ibu bapa yang datang meminta penjelasan dari guru apabila anak mereka gagal dalam sesuatu mata pelajaran atau peperiksaan? Berapa ramai ibu bapa yang mengajar anak mereka di rumah? Sikap ibu bapa sebegini akan menyebabkan anak mereka rasa terabai. Mereka hilang
22

semangat hendak bersekolah dan hilang keyakinan diri apabila sering diejek oleh kawankawan apabila gagal dalam ujian atau peperiksaan yang akhirnya membawa kepada pemberhentian persekolahan . Kehadiran seorang pelajar itu ke sekolah merupakan satu petanda bahawa pelajar itu ingin belajar. Pelajar yang tidak hadir juga ingin dirinya menjadi pandai, tetapi ketidakhadiran mereka itu mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tiada kenderaan dan keadaan sekolah. Kehadiran juga mempunyai pertalian dengan pencapaian akademiknya. Apabila pelajar sering gagal, mereka akan putus harapan untuk belajar, maka dengan sendirinya mereka merasakan bahawa susah tiada erti lagi mereka meneruskan persekolahan. Akibatnya mereka seringkali ditemui ponteng sekolah. Ini akan ditambah kusut lagi apabila ibu bapa seringkali melemahkan semangat anak dengan cemuhan dan membanding-banding mereka dengan pelajar yang cemerlang. Apa yang lebih dahsyat lagi ialah ibu bapa bertindak memberhentikan anak mereka kerana dianggap membazirkan wang dan masa sahaja. Ibu bapa sebeginilah yang wajar dikenakan tindakan undang-undang. Secara amnya niat Kementerian Pendidikan hendak mengadakan undang-undang persekolahan disambut baik. Sebaliknya Kementerian Pendidikan hendaklah memikirkan cara yang terbaik untuk melaksanakan undang-undang baru ini, supaya satu pendekatan baru ditemui agar pendidikan negara mampu mencapai matlamat yang dicita-citakan di bawah Artikel 29 Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu 1989 itu.

BIBLIOGRAFI Amir Hassan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Pendidikan. Tanjong Malim. Quantum Books. Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Saad. 1986. Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Lebar. 1992. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise. Omar Mohd. Hashim. 1999. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia. 6. November 2001. Utusan Malaysia. 8 November 2001

23

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN PEDALAMAN

24

You might also like