You are on page 1of 17

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

DISCLAIMER DAN NOTIS Semua hak-hak penerbitan ke atas panduan ini adalah hak milik Penerbit serta penulis sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian, kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada Penerbit. Apa yang terkandung di dalam ebook ini adalah bagi tujuan pembelajaran semata-mata. Tiada jaminan yang segala maklumat adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak. Edisi Pertama : 2014 Diterbitkan Oleh : Vira Bin Baharuddin Facebook : Vira Baharuddin Page Email : FormulaMindaJutawan@gmail.com
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

PENULIS ANDA
Vira Baharuddin merupakan seorang penulis bisnes yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran perniagaan. Kerana minat yang mendalam di bidang perniagaan, beliau suka mencuba menceburi pelbagai jenis perniagaan bagi menambah pengalaman diri. Beliau pernah bekerja sebagai seorang event organizer, direct selling, MLM, fasilitator, perunding kewangan dan banyak lagi yang berkaitan dengan pemasaran perniagaan. Telah banyak seminar yang beliau telah hadiri, bagi meningkatkan lagi daya ilmu perniagaan beliau. Bermacam buku telah dibeli bagi menjadi rujukan diri. Kini sudah tiba masanya beliau berkongsi pengalaman beliau bersama semua. Bak kata mentor beliau, misi hidup yang terbaik adalah menambah nilai kehidupan orang lain kepada yang lebih baik. Diharap cerita pengalaman ini dapat membantu sedikit sebanyak di dalam kehidupan anda. Like Fan Page : Vira Baharuddin Page
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

ita telah diperuntukan masa yang sama bagi setiap orang. Tidak lebih sesaat, tidak kurang

sesaat pun. Masa yang diberi ialah 24 jam sehari. Berapa ramaikah diantara kita yang menggunakan masa 24 jam ini dengan manfaat sepenuhnya?

Tidak ramai yang mampu menguruskan masa 24 jam dengan baik. Di sini saya ingin kongsikan dengan anda rahsia perkara-perkara asas yang perlu dilakukan seharian. Rahsia ini boleh digunakan sebagai panduan untuk merangka hidup dengan lebih teratur dan berdisplin. Diharap ia dapat membantu diri kita dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian ini.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#1 BANGUN AWAL PAGI

Indahnya manfaat bagi orang yang suka bangun di awal pagi. Selain solat subuh, tahukah anda

kebanyakkan orang berjaya akan memulakan kerjanya di awal pagi.

Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang tersirat dan tersurat berkaitan bangun awal pagi dari segi agama dan sains.

Dari segi agama. Terdapat beberapa hadith yang menceritakan betapa pentingnya untuk kita bangun di awal pagi.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Dari segi sains. Hasil kajian biologi Christoph Randler dari Harvard yang mengatakan orang yang bangun awal pagi lebih proaktif dari yang lain.

Golongan ini akan lebih ceria dalam melakukan tugasan seharian serta mereka akan berasa lebih mudah dalam menyelesaikan masalah yang mendatang.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#2 BERSYUKUR HARIAN

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan bersyukur juga dengan apa yang kita akan terima kemudian. Bersyukur bukan terletak kepada kebendaan sahaja, bersyukur boleh dikaitkan dengan zahir dan batin diri.

Kita boleh bersyukur kepada Tuhan dengan nafas yang diberi setiap saat yang membolehkan kita hidup di dunia ini. Bersyukur dengan kesihatan yang diberi, dimana tanpa kesihatan yang baik kita dapat meraih rezeki setiap hari tanpa halangan. Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita bersyukur seharian.

Dengan bersyukur, kita akan lebih tenang dari segi rohani dan jasmani malah kita akan sentiasa mengingati kebaikan dan kebesaran Tuhan pinjamkan kepada kita.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#3 JADIKAN HARI INI HARI YANG PENTING


Jika dilihat kebanyakan orang suka membazir masa seharian mereka dengan membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat pada diri dan orang lain. Ini terjadi kerana mereka menganggap hari seharian mereka adalah sama dan tidak penting seperti hari-hari lain.

Tukar tanggapan ini! Bermula hari ini, anggap yang setiap hari merupakan hari yang penting bagi diri kita ia umpama seperti harijadi, hari ulangtahun perkahwinan, hari sambutan perayaan dan lain-lain lagi.

Dengan menganggap hari ini hari yang penting, kita akan mula menghargai setiap masa yang diperuntukan dalam setiap aktiviti yang di laksanakan seharian. Kita akan mula bertindak secara proaktif dalam melakukan tugasan serta akan lebih berdisplin dalam

penggunaan masa.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#4 BINA SENARAI SEMAK HARIAN ( CHECKLIST )

Tulis di atas sekeping kertas tentang aktiviti-aktiviti yang hendak di lakukan hari ini. Senaraikan aktiviti mengikut kepentingan dahulu dan diikuti dengan yang kurang penting.

Peruntukan masa bagi setiap aktiviti yang hendak dilakukan, ini bagi memastikan waktu seharian kita dapat digunakan dengan bijak.

Dengan menggunakan sistem senarai semak, kita dapat mengawal aktiviti harian dengan lebih teratur dan pada waktu yang sama kita mendidik diri menjadi lebih peka dan berdisplin.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#5 DEKLASI HARIAN

Dalam

sebulan

mempunyai

sekurang-kurangnya

30 hari kecuali bulan Febuari. Setiap awal bulan cuba sediakan deklarasi harian selama 30 hari pada bulan itu.

Deklarasi dapat membantu dalam menaikan semangat harian diri. Ia juga dapat mendidik pemikiran kita untuk menjadi lebih yakin dan positif terhadap diri sendiri. Contoh deklarasi :

.1hb Febuari 2014 : Saya menerima cabaran dengan bijak 2hb Febuari 2014 : Saya kaya dan berjaya 3hb Febuari 2014 : Saya magnet kekayaan 4hb Febuari 2014 : Fast Action Fast Result 5hb Febuari 2014 : Apa yang kita fikir, apa kita cakap dan apa kita rasa, semuanya adalah doa. Dan seterusnya.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#6 30 MINIT MENIMBA ILMU

Luangkan masa kita sekurang kurangnya 30 minit sehari untuk menimba ilmu. Berikan 200% fokus apabila menimba ilmu disaat ini.

Carilah ilmu yang berkaitan tentang pembanggunan diri, perniagaan dan pemasaran. Ilmu ini boleh diperolehi dari segi pembacaan buku, majalah, audio, video, internet, dan lain-lain lagi.

Dengan hanya 30 minit sehari, kita mampu membina idea-idea perniagaan yang hebat dan unik bagi menghadapi cabaran dunia perniagaan yang semakin sengit ini.

Sehari 30 minit , ini bermaka sebulan (30 hari) kita telah peruntukan 900 minit khas untuk menimba ilmu.
Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#7 SEDEKAH HARIAN ( KEBAJIKAN )

Lakukan aktiviti sedekah setiap hari. Amalkannya, kita pasti akan lebih tenang dan insya-Allah aktiviti seharian yang dijalankan oleh kita akan lebih diberkati.

Sedekah tidak bermaksud kita kena keluarkan duit, terdapat pelbagai cara untuk sedekah salah satunya melalui senyuman yang ikhlas dimana senyuman kita akan menceriakan hati kepada yang melihatnya dan ini adalah sedekah.

Lagi banyak kita sedekah lagi banyak malah berlipat ganda kita akan menerima ganjaran dari sedekah itu.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#8 RAIKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN HARIAN

Kehidupan ini mempunyai pasang surutnya. Kita boleh jadi berjaya dan waktu yang sama kita boleh

jadi gagal juga.

Kebiasaannya kita akan meraikan kejayaan dengan membeli hadiah, makan mewah dan banyak lagi. Kerana kejayaan memberikan kegembiraan di hati kita.

Manakala bila kita menempuhi kegagalan, kita akan bertukar rupa menjadi seorang yang muram dan pasif.

Berubah! Bermula hari ini, jika kita berjaya kita akan raikannya dengan gemilang dan jika kita gagal kita perlu raikannya dengan gemilang juga.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Ini kerana, dengan kegagalan kita akan mula membina jalan-jalan proses penyelesaian yang lebih efektif bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Dengan proses ini, kita tidak perlu menghadapi kegagalan yang sama di kemudian hari. Ini bukan kegagalan tetapi ini merupakan proses kejayaan. Bila sudah berjaya menyelesaikan masalah tersebut, jangan lupa raikannya sekali lagi.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

#9 MEMAAFKAN DIRI & ORANG LAIN

Jangan bersifat dendam dengan orang lain jika mereka membuat kejahatan terhadap diri kita. Sentiasa

memaafkan mereka, doakan mereka semoga mendapat hidayah untuk berubah menjadi lebih baik di

kemudian hari.

Dengan perasaan berdendam, kita akan menghadapi rintangan untuk melakukan kerja seharian dengan sempurna.

Ia juga akan menjejaskan kesihatan mental dan badan kita jika ia tidak di bendung dengan serta merta. Jangan lupa juga memaafkan diri sendiri, ini akan membantu kita mendapat ketenangan jiwa dan rohani.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Jika anda merasa maklumat di dalam buku ini berguna untuk diri anda, tidak keberatan jika saya meminta sedikit maklumbalas dari anda berkenaannya. Tuliskan apa yang anda rasa sewaktu membaca buku ini. Cerita anda akan dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi kualiti ilmu di dalam penulisan buku yang akan datang. sila emailkan cerita anda ke : FormulaMindaJutawan@gmail.com

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

You might also like