You are on page 1of 12

1.

Pengenalan Tiada Kata Secantik Bahasa.

Tajuk lagu seniman agung Allahyarham P Ramlee yang bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini memberi banyak interpretasi terhadap bahasa Melayu kita. Jika kita renungi dan mendalami makna di sebalik frasa yang singkat ini, kita akan sebulat suara dan bersetuju bahawa bahasa Melayu kita mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Secara literal, bolehlah kita anggap bahawa tiada perkataan yang boleh

menggambarkan keindahan bahasa,. Bahasa merupakan satu alat yang begitu penting dalam kehidupan masyarakat. Secara amnya bahasa memainkan dua peranan penting iaitu sebagai alat untuk berkomunikasi dan juga untuk seseorang itu menimba ilmu. Bahasa juga menjadi alat untuk mengukur ketrampilan, kewibawaan serta status seseorang itu dari segi akademik, sosial dan juga ekonomi. Tidak dapat dikesampingkan, bahasa juga menjadi kayu pengukur tamadun sesebuah kaum itu. Jika sesebuah kaum itu mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi dan terbilang, maka akan kuranglah senarai kosa katanya yang berkonotasi negatif. Orang Melayu khususnya melihat bahasa sebagai satu sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Sebagai contoh, ungkapan tahu bahasa memberi erti tahu adat, manakala ungkapan tak tahu bahasa bererti tak tahu adat. Bahasa juga ialah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Bangsa tidak lagi bererti kelas sosial atau adat orang itu tetapi sebagai entiti atau kesatuan sosiopolitik atau tamadun supraetnik yang dalam bahasa Inggeris disebut nation.(+++++++)

1.1

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengkaji kelainan bahasa yang terdapat dalam bahasa melayu dan fokuskan kepada bahasa slanga. Pemerian kajian akan diberikan kepada bahasa slanga yang akan dibincangkan dengan terperinci di dalam kajian ini nanti. Perkataan slanga ini akan dikupas dan
Page 1

diuntaikan dari segi makna asalnya, asal usulnya sesuatu perkataan slanga itu dan juga makna yang tersirat dalam kekata slanga yang dipilih.

1.2

Kaedah Kajian

Kaedah kepustakaan dan data daripada sebuah filem dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini memandandangkan terdapat banyak bahanbahan kajian serta bukti-bukti yang kukuh mengenai ajian ini. Ramai sarjana yang giat menulis buku mengenai tajuk perbincangan kelainan bahasa. Dengan itu, bahan rujukan relevan dapat diakses dengan mudah di perpustakaan dan juga melalui filem-filem yang ada berkait dengan topik yang bakal disentuh bagi menghasilkan kertas kajian ini.

2.0

Bahasa Dan Masyarakat

Bahasa dan masyarakat adalah dua entiti yang saling berkait. Penggunaan bahasa oleh masyarakat akan memastikan bahasa itu terus berkembang mengikut keperluan masyarakat. Dengan perkembangan ini pula minda serta pemikiran masyarakat juga akan terus berkembang kerana perkara-perkara baru yang diketengahkan melalui perantaraan bahasa.

Perkataan sosiolinguistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik. Sosio membawa makna masyarakat dan linguistik pula ialah bahasa. Gabungan ini menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan antara sosiologi dengan linguistik. Secara mudahnya, perkara pokok dalam bidang ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.

Sarjana

terkemuka

Hudson(1980)

mendefinisikan

sosiolinguistik

sebagai the study of language in relation to society. Di sini ternyata bahawa sosiolinguitik adalah kajian terhadap hubungan bahasa dan masyarakat. Tambahnya lagi, kajian sosiolinguistik bermatlamat untuk memahami struktur

Page 2

bahasa. Dalam erti kata lain kajian sosiolinguistik sememangnya ada ikatan yang intim antara bahasa dan masyarakat.

Sebenarnya sudah lama ahli-ahli sosiolinguistik mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Bidang kajian mereka termasuklah mengenai bagaimana bahasa itu bervariasi, fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud dalam konteks sosial tertentu menerusi komunikasi. Dalam erti kata lain, kita boleh menyimpulkan bahawa sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.

3.0

Kelainan Bahasa

Bahasa standard tidak mempunyai kelainan. Bidang sosiolinguistik mula dikaji apabila para pengkaji dapati ada kelainan bahasa selain bahasa standard. Dalam sesebuah komuniti bahasa, bahasa dan variasi bahasa boleh dikategorikan dengan menggunakan faktor formal dan faktor

sosiolinguistik. Kepelbagaian bahasa adalah perbezaan atau perubahan dalam ujaran seseorang atau di tengah komuniti bahasa tertentu. Perbezaan yang terdapat dalam sistem bahasa ini yang mengakibatkan wujudnya kelainan bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali sebagai kelainan bahasa ataupun variasi bahasa. Kepelbagaian bahasa ini merangkumi banyak aspek seperti keadaan geografi, dialek, kelas sosial dan gender dan juga zaman penggunaannya.

Sebagai contoh, dialek di Kelantan tidak sama dengan dialek di Kedah ataupun di Terengganu. Perkara ini mungkin berlaku kerana faktor kelompok masyarakat itu ingin mencipta identiti diri antara mereka serta faktor-faktor lain seperti faktor geografi dan juga faktor kebiasaan tatkala berbicara. Satu lagi contoh kelainan bahasa ialah status ekonomi serta status sosial seseorang itu. Jika seorang yang berstatus tinggi seperti seorang hakim dan seorang nelayan berkomunikasi, besar kemungkinan perbendaharaan kata yang ada pada mereka akan berbeza. Satu lagi contoh yang boleh
Page 3

diketengahkan ialah bahasa yang mengikut zaman. Bahasa yang digunakan dalam filem P Ramlee seperti 'Nujum Pak Belalang' dengan filem 'Ombak Rindu' pastinya terdapat perbezaannya. Jika dibandingkan kededua filem yang dinyatakan itu, ternyata perbezaan yang ketara dari segi sebutan yang menampakkan kelainan dari segi bahasa.

Kelainan bahasa ini juga berjenis-jenis mengikut kategori dan keperluan penggunanya. Akrolek adalah sejenis bahasa yang dianggap sejenis variasi sosial yang dianggap lebih tinggi daripada variasi sosial yang lain. Contohnya ialah bahasa bagongan iaitu bahasa Jawa yang khusus digunakan oleh golongan bangsawan di kraton atau istana Jawa. Basilek pula adalah variasi bahasa yang rendah. Satu contoh ialah bahasa broken english yang sering digunakan di Singapura. Isitilah penggunaan broken english di Singapura ini juga disebut sebagai Singlish. Satu lagi kategori bahasa yang juga berlainan adalah vulgar. Ianya merujuk kepada variasi bahasa yang

digunakan oleh golongan yang tidak bertamadun. Variasi bahasa jenis ini memperlihatkan ciri-ciri penggunaan bahasa oleh golongan tidak terpelajar. Sebagai contoh, bahasa Latin pada zaman dahulu digunakan oleh golongan bangsawan sementara rakyat jelata menggunakan bahasa Inggeris atau Jerman.

4.0

Bahasa Slanga

Menurut Fischer (1996) slanga muncul pada abad ke-18 yang ertinya origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata slanga berasal dari kata sling yang dihubungkaitkan dengan beggar language and rogues language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Bahasa Slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa slanga memiliki ciriciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi untuk membentuk identiti kumpulan (Asmah, 1993:85). Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998),
Page 4

berpendapat key word atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya. Bahasa jenis ini sering diguna pakai oleh kumpulan rok, pelajar-pelajar universiti dan golongan profesional semasa berkomunikasi bagi mengelak daripada diketahui oleh kumpulan komuniti bahasa yang lain. Kata-kata jenis ini muncul dengan tiba-tiba dan ianya juga mudah hilang dengan cepat. Perkataan bahasa ini dicipta daripada bahasa dialek atau kaum tertentu termasuklah penjajah. Namun dalam kajian ini, bahasa slanga yang akan dibincangkan ialah perkataan slanga yang juga ada dalam bahasa standard.

4.1

Definisi Slanga

Kamus Dewan mendefinisikan slanga sebagai kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku (Kamus Dewan Edisi Keempat). Kata-kata tersebut biasanya digunakan dalam percakapan tidak formal dan tidak boleh digunakan dalam penulisan atau dalam keadaan yang formal. Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim komunikasi dalaman untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.

4.2

Komuniti Bahasa Slanga

Dalam sesebuah kumpulan manusia terdapat pelbagai jenis jati diri. Jati diri yang dimaksudkan termasuklah kendiri, jantina, keluarga, wilayah, daerah, negeri, pekerjaan, bahasa, negara dan sebagainya (Wan Halim 1992:9). Jati diri digunakan manusia untuk membentuk kelompok tertentu. Isitilah komuniti bahasa dalam bahasa inggeris, iaitu speech community, masih agak baru usianya kerana istilah ini digunakan pada tahun 1993 oleh Bloomsfield.

Page 5

Patridge(1998:34)

menyenaraikan

beberapa

tujuan

penggunaan

slanga oleh semua golongan masyarakat. Slanga digunakan untuk berjenaka, untuk menyatakan sesuatu yang abstrak, untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan jelas, menunjukkan keintiman dalam kalangan ahli, dan menyembunyikan sesuatu perkataan yang menjadi rahsia daripada

pengetahuan umum. Selain Patridge, Drake(2000:78) turut berpendapat bahawa slanga ialah tabiat berbahasa dalam konteks biasa. Drake mengemukakan pendapatnya bahawa slanga ialah fenomena berbahasa dalam kumpulan tertentu dan fenomena ini ada kaitannya dengan identiti kumpulan penutur slanga tersebut.

Dalam masyarakat Melayu, bahasa slanga selalunya digunakan oleh golongan atau kumpulan yang mahu berkomunikasi secara dalaman dan tidak mahu orang luar dari kumpulannya mengetahui atau memahami isi perbualan mereka. Penggunaan bahasa slanga ini dapat menghindarkan rahsia mereka daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain.

5.0

Data Kajian

Bagi tujuan kajian ini, data yang dipilih adalah dari filem "KL Gangster 2" arahan Syamsul Yusof. Filem keluaran Skop Production Sendirian Berhad dan GB Production, terbitan Datuk Yusof Haslam selama 119 minit ini ditayangkan di pawagam serata Malaysia pada 3 Oktober 2013 dan filem ini dijangkakan bakal menjadi filem blockbuster seperti filem-filem genre samseng yang berjaya meraih kutipan sebanyak sepuluh juta ringgit. Slanga yang digunakan dalam filem ini memaparkan kumpulan samseng yang 'menguasai' Kuala Lumpur.

6.0

Slanga KL Gangster 2

Kumpulan gangster juga seperti komuniti bahasa lain mempunyai beberapa kata-kata kode yang hanya difahami oleh komuniti itu sahaja. Bahasa slanga yang digunakan di kalangan komuniti gangster sebenarnya membantu mereka untuk menyampaikan maksud dan berkomunikasi secara
Page 6

rahsia supaya kegiatan haram mereka tidak dikesan oleh orang di luat komuniti mereka. Di bawah ini adalah contoh perkataan yang digunakan dalam perbualan di antara mereka yang diambil daripada filem 'KL Gangster 2' yang akan dijadikan bahan kajian.

azan pijak

abang besar longkang

langgar sayur

rembat baju

dalam sentuh

Senarai ini memaparkan beberapa kekata slanga yang digunakan dalam perbualan mereka. Jika dikategorikan perkataan-perkatan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja dan kata nama.

Kata Kerja Azan Rembat Sentuh langgar pijak

Kata Nama abang besar longkang baju sayur

Kata Adjektif dalam

6.1

Perkataan 'Azan' Lu jangan nak azan wa pulak Dalam slanga gangster panggilan saya, aku dan dia diubah menjadi

lu dan gua. Kekata lu dan gua sebenarnya berasal dari golongan Nyonya

Page 7

Baba Melaka yang menggunakan panggilan kata ganti diri lu dan gua dalam percakapan mereka.

Kekata slanga yang ingin diketengahkan di sini adalah perkataan 'azan'. Makna 'azan' ditakrifkan sebagai panggilan untuk sembahyang(Kamus Dewan Edisi 4). Di sini ternyata makna azan itu memberikan satu makna yang positif iaitu mengajak seseorang itu bersolat.

Dalam hal ini, makna 'azan' dalam slanga gangster pula telah berubah dari segi maknanya. 'Azan' di sini mencerminkan ketidakselesaan seseorang itu apabila rakannya memberikan nasihat kepadanya. Apabila seorang rakan mengajak rakan sekumpulannya untuk berhenti melakukan kerja-kerja jenayah seperti merompak atau sebagainya, ini dianggap seperti dia sedang mengazankan ke telinga rakannya.

6.2

Frasa 'Abang Besar' Abang Besar sudah keluar

'Abang Besar' adalah satu lagi ungkapan yang terdapat dalam slanga kumpulan gangster. Kekata 'abang besar' memberi makna saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang. Selalunya panggilan 'abang' diungkapkan untuk menunjukkan sifat hormat kepada seseorang yang lebih tua. Ini juga menunjukkan bahawa ada jurang umur di antara pemanggil dan orang yang dipanggil. Dalam bahasa slanga gangster pula, 'abang besar' menunjukkan kedudukan serta pangkat seseorang itu di dalam kumpulan gangster itu tadi. Dalam filem KL Gangster ini, ketua samsengnya digelarkan 'abang besar'. Panggilan ini diberikan kepada ketua samseng untuk menunjukkan rasa hormat yang amat sangat sehingga boleh dianggap taksub kepada ketuanya.

6.3

Kekata 'pijak Lu pijak sama wa sekarang


Page 8

Perbualan ini tercetus kerana penuturnya marah dan ingin mencabar seseorang itu agar bertarung dengannya. Makna asal pijak dalam Kamus Dewan menerangkan dengan rakannya yang katanya tidak boleh dipercayai lagi. Frasa lu tangkap lentok itu memberi erti bahawa Mat Rok sememangnya suka duduk-duduk bersembang dan tidak membuat apa-apa dan itu merupakan aktiviti harian mereka setiap hari. Port pula adalah tempat mereka selalu duduk bersembang-sembang. Jika di Singapura, port selalunya di kolong flat, di bangku sesebuah taman ataupun di kedai kopi. Port merupakan tempat pertemuan yang tidak diiktiraf dan menjadi tempat mereka duduk menghabiskan masa bermain gitar atau pun bersembang-sembang. Port ini juga melambang identiti dan juga unsur kekitaan untuk komuniti Mat Rok. Mat Rok daripada kumpulan lain tidak diizinkan duduk bersembang-sembang di port sesebuah kumpulan Mat Rok yang lain. Itu melanggar etika Mat Rok. Ungkapan lu langgar wire gua, pula memberi maksud bahawa kawannya itu telah masuk campur urusannya. Ini adalah salah satu peraturan yang harus dihormati oleh semua ahli Mat Rock, iaitu jangan mencampuri hal kawan selagi tidak diminta berbuat demikian. Ungkapan lu kencing kat muka wa lagi. Rabak laa lu! merupakan satu ungkapan yang paling berat jika digunakan. Ungkapan kencing kat muka wa menggambarkan bahawa seseorang Mat Rok itu rasa dia dikhianati oleh rakannya. Perbuatan kawannya itu dianggap sebagai satu perbuatan yang paling rendah atau yang paling dikeji oleh komuniti Mat Rok. Ditambah lagi dengan ungkapan Rabak laa lu!, di mana ungkapan ini menggambarkan perasaan hampa yang amat sangat atas perbuatan kawannya itu.

Slanga Mat Rock Bahasa Baku

: Dok lu ada sen tak. Chambers wa mintak makan ah. : Awak ada duit tak. Teman wanita aku minta belanja makan la.

Di sini juga memberikan satu contoh perbualan Mat Rok dengan rakannya. Frasa lu ada sen tak merujuk kepada jika kawannya itu ada
Page 9

mempunyai duit untuk diberikan kepadanya. Satu kekata menarik yang termaktub di dalam senarai kata Mat Rok ialah chambers. Sebenarnya chambers merujuk kepada ekszos motosikal. Pada ketika ini juga ramai pemauda-pemuda yang tertarik dengan motosikal. Malahan pada suatu ketika dahulu mencantikkan motosikal dengan aksesori menjadi aktiviti kegilaan pemuda-pemuda Mat Motor. Motosikal yang mempunyai ekszos yang paling mahal berjenama Yoshimura pasti akan diperkatakan dan dipuji di kalangan komuniti ini. Makanya teman wanita Mat Rok ini juga dianggap seperti chambers kerana Mat Rok memandang tinggi teman wanita mereka. Berikut adalah beberapa senarai perkataan yang sering digunakan oleh komuniti Mat Rok;

Slanga mat kampau jaga air selak barang angkat supply tukar baju mata-mata

Baku anggota polis tengok-tengok ada orang tak ambil dadah ambil dadah dari sumbernya tukar kumpulan kongsi kos barangan

Ternyata penggunaan slanga Mat Rok ini ada kepentingan mereka sendiri. Daripada contoh yang diberikan, dapatlah kita ungkapkan bahawa slanga mereka itu adalah untuk mereka menutup kegiatan gelap yang mereka lakukan. Harus dijelaskan juga bahawa slanga ini bersifat temporal dan ianya berubah dari masa ke semasa mengikut kehendak dan keperluannya pada masa itu. Dalam slanga Mat Rok kita lihat bahawa ciri-ciri lisan lain seperti kewujudan makna yang lain dari perkataan asalnya. Sebagai contoh, tukar baju, jika diterjemahkan secara literal tukar baju merupakan satu perlakuan di mana seseorang itu menyalin baju. Tetapi di kalangan Mat Rok pula, ianya bermakna menukar ke kumpulan yang lain. Jadi mereka menggunakan baju untuk menyatakan identiti kumpulan masing-masing.

Page 10

5.0

Kesimpulan Bahasa ialah sesuatu yang tidak dapat kita pisahkan daripada

penghidupan kita. Penggunaan bahasa slanga bukanlah satu fenomena baru yang melanda bahasa melayu kita. Sedikit sebanyak bahasa slanga telah mewarnai dan memberikan nafas segar dalam bidang bahasa walaupun dalam tempoh penggunaannya yang singkat. Malahan bahasa slanga inilah yang dapat membawa kesan nostalgik kepada seseorang itu. Namun begitu satu perkara yang tidak boleh dikesampingkan ialah kesan negatif penggunaan bahasa slanga yang begitu meluas di kalangan remaja yang sedang dalam pengajian. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Bahasa slanga menyebabkan wujudnya fenomena di mana bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan formal di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hal ini tentunya boleh menjejaskan kedaulatan bahasa. Dengan itu setiap individu berperanan untuk memastikan bahasa melayu kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Malahan misi yang lebih penting ialah untuk memastikan bahawa bahasa Melayu kita kekal relevan di masa akan datang, Insya Allah.

Bibliografi Ab Razak Ab Karim, 2012, Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Disember 2006, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Rencana Slanga Milik Siapa?

Page 11

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=952&IID=(( (diakses 7 April 2013) Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz, 2007, Evolusi Bahasa Melayu 200 Tahun dari Zaman Purba Ke Budaya Elektronik, Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nor Hisham Osman, 2002, Sosiolinguistik dan Kepelbagaian Bahasa, Selangor darul Ehsan, Al-Hikmah Sdn Bhd Noriah Mohamed, 2003, Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik, Selangor Darul Ehsan, Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd Paitoon M Chaiyanara, 2006, Bahasa : memeluk akar menyuluh ke langit,Singapore, Conference Publication Contoh

03

Lu pijak sama wa sekarang

04 Mulut lu macam longkang la 05 Sekarang mau kasi langgar dia punya tempat la 06 Sayur kita satu kilo 4 ribu lo 07 Lu rembat malik wa rembat lu 08 Wa tak takut baju mana lu pakai 09 Lima tahun wa kat dalam 10 Kalau kau sentuh dia, aku cium lu

Page 12

You might also like