You are on page 1of 16

3.

Program Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu muridmurid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak dengan aktiviti pengayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru biasa, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Matlamat kaunseling akan dapat dicapai jika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapat kerjasama dan sokongan padu guru-guru yang dapat membekalkan matlamat berkaitan dengan tingkah laku bermasalah murid-murid mereka. Oleh yang demikian, dalam tugasan kali ini, kami diminta untuk mendapatkan satu set kertas kerja program / aktiviti yang dijalankan di sekolah dan dikehendaki mengenal pasti jenis pendekatan kaunseling yang digunakan dalam program tersebut. Selain itu, kami telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti bimbingan yang berkaitan dengan Mata pelajaran bahasa Melayu kepada murid yang disasarkan. Oleh itu, setelah selesai menjalankan program, satu laporan lengkap perlu disediakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Kesemua maklumat tugasan tersebut boleh didapati dalam penulisan ilmiah ini.

3.1

Laporan

sebelum

Program

Sehari

Bersama

Murid

Ke

Arah

Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk. Bimbingan dan kaunseling ini adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya, seterusnya melayan

keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan. Program ini berhasrat untuk melaksanakan satu sesi kaunseling kelompok di dua buah kelas Tahun 4 SK Kebun Baharu. Idea ini telah dicetuskan berdasarkan penilaian dan pemerhatian guru semasa

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian guru di dalam kelas, terdapat beberapa murid yang kelihatan kurang berkeyakinan dan tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu, murid-murid juga menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan ataupun rakan-rakan dari kelas yang berlainan. Di samping itu, rata-rata murid hanya memberikan kerjasama dan mahu berkomunikasi bersama rakan yang akrab sahaja. Oleh itu, satu

program telah dirancang bagi memenuhi tuntutan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak sekali gus diharapkan dapat membantu murid-murid yang berhadapan dengan masalah dinyatakan. Sebelum pelaksanaan program, beberapa kali pertemuan telah diadakan. Pada pertemuan kali pertama, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi membuat pengagihan tugas dan penyelarasan program. Oleh itu, kami telah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa yang dibuat secara undian dengan adil. Pada mulanya kami hanya membentuk jawatankuasa pelaksana sahaja yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua jawatankuasa Aktiviti. Oleg itu bagi memudahkan perbincangan jarak jauh, segala maklumat berkaitan program ini disampaikan melalui perbincangan dan perhubungan melalui telefon atau email yang diketuai oleh pengerusi program yang telah dilantik. Pada pertemuan pertama juga kami telah berbincang mengenai program yang akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Semua jawatankuasa yang terlibat mencadangkan beberapa aktiviti yang bertepatan dengan matlamat program dan bersesuaian dengan tahap kognitif muridmurid yang dipilih. Segala perancangan dan tentatif program yang dirancang dinyatakan dalam draf kertas kerja sebelum diproses ke peringkat akhir dan dihantarkan kepada Guru Besar untuk penyemakan dan pengesahan kebenaran melaksanakan program tersebut. Bagi memastikan segala perancangan yang dibuat menepati

kehendak soalan dan bersesuaian dengan pendekatan, teori dan amalan

dalam kaunseling yang dikehendaki, kami telah membuat beberapa kali rujukan bersama guru kaunseling SK Kebun Baharu. Dengan kata sepakat dan penelitian masalah yang dihadapi murid, kami telah memilih jenis perkhidmatan kaunseling kelompok yang mengaplikasikan pendekatan pemulihan dan perkembangan. Pada peringkat seterusnya kami terus menghantar kertas kerja kepada Guru besar untuk mendapat kebenaran dan pengesahan sebelum melaksanakan program yang dirancang. Setelah mendapat pengesahan daripada Guru Besar, pertemuan kali kedua dilakukan bagi pembahagian tugasan semasa program dijalankan. Ahli jawatankuasa alatan, persiapan tempat dan fasilitator dibentuk untuk setiap kumpulan murid yang telah dipilih bagi memudahkan segala urusan dan aktiviti setiap slot yang dijalankan. Setiap jawatankuasa yang dilantik memainkan peranan dengan baik dan dapat melancarkan perjalanan program yang dirancang. Sekiranya tiada kata sepakat dan kerjasama jawatankuasa dalam sesuatu program, tidak mungkin program tersebut dapat dijalankan dengan jaya. Bak kata pepatah, bulat hati kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

3.2

Laporan

Semasa

Program

Sehari

Bersama

Murid

Ke

Arah

Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi Pada 6 Mac 2014 yang lalu, sebuah program Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi telah dijalankan dengan jayanya bagi memenuhi tuntutan tugasan subjek EDU 3107. Sehubungan itu, seramai 68 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 Arif dan 4 Bestari dan enam orang guru pelatih telah mengikuti program tersebut. Matlamat program dilaksanakan adalah untuk menyedarkan murid tentang kepentingan perhubungan antara individu dalam pembelajaran. Pada pagi tersebut, seawal 7.30 pagi, semua murid Tahun 4 Arif dan 4 Bestari berkumpul di hadapan Balai Islam SK Kebun Baharu untuk

pendaftaran dan minum pagi yang telah disediakan oleh guru dan terus bergerak masuk dan duduk dalam kumpulan kelas masing-masing. Tepat 7.45 pagi pula semua murid telah bersedia untuk mendengar taklimat ringkas oleh guru fasilitator dan seterusnya mendengar ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pn. Norkhaida binti Supeno, Guru Kanan Hel Ehwal Murid SK Kebun Baharu bagi mewakili Tn. Hj Kamalul Azam Bin Mohammad Guru Besar SK Kebun baharu yang tidak dapat hadir merasmikan program yang dilaksanakan. SLOT 1: Permainan BINGGO

Usai majlis perasmian dan taklimat ringkas, program diteruskan lagi dengan slot 1 iaitu aktiviti suai kenal antara fasilitator bersama murid. Aktiviti pertama ini dinamakan Permainan BINGGO dan alatan yang diperlukan dalam aktiviti ini hanyalah pen marker. Dalam permainan ini setiap peserta memilih satu huruf yang terdiri daripada A-Z. Kemudian, murid hendaklah menulis huruf yang dipilih pada tapak tangan kiri masing-masing

menggunakan pen marker yang disediakan. Guru menyebut satu perkataan dan murid diminta mencari rakan lain yang mempunyai huruf yang sesuai supaya dapat membentuk perkataan yang disebut oleh guru. Murid yang berjaya membentuk perkataan yang disebut dipanggil ke hadapan untuk satu ujian. Ujiannya ialah, guru bertanyakan latar belakang murid daripada kumpulan yang dibentuk. Permainan diteruskan lagi untuk dua perkataan lain yang disebut guru. Apabila selesai permainan, murid diminta untuk menyatakan pengalaman mereka tentang aktiviti yang dijalankan.

Berdasarkan aktiviti slot pertama ini, fasilitator telah menggunakan satu kemahiran asas dalam kaunseling iaitu kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini digunakan oleh fasilitator sebelum memulakan sesuatu aktiviti agar murid terus memberikan kerjasama yang meyakinkan dalam proses kaunseling agar sesi kaunseling berjalan dengan lancar. Kemahiran ini boleh juga dianggap sebagai set induksi dalam memulakan pembelajaran yang bertujuan untuk memberi rangsangan kepada murid untuk sentiasa tenang dengan memberi persepsi pertama yang positif sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Dalam membina hubungan bersama antara guru dan murid terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu suasana alam sekeliling, suasana teraputik dan jarak komunikasi. Bagi keadaan ini, guru menyediakan ruang yang sesuai, mencukupi dan selesa diduduki oleh murid. Selain itu bilik yang digunakan haruslah tidak terlalu panas dan bukan kawasan yang berbau seperti dekat dengan tandas. Jarak komunikasi antara guru dan murid juga harus diperhatikan. Bagi yang berbeza agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang kaum, jarak untuk berkomunikasi haruslah tidak terlalu rapat supaya murid lebih selesa untuk berbincang bersama rakan sebaya ataupun bersama guru. Selain kemahiran asas, satu teknik juga telah digunakan semasa melaksanakan aktiviti suai kenal yang berkaitan dengan pendekatan kaunseling tingkah laku ini. Oleh itu teknik main peranan dirasakan sesuai dalam menangani masalah interaksi sepanjang aktiviti berlangsung. Semasa aktiviti membentuk perkataan, terdapat beberapa orang murid yang gagal mencari pasangan huruf seperti yang diminta disebabkan rasa malu untuk bertanya secara terus secara rakan lain. Melalui aktiviti ini, guru dapat mengenal pasti masalah induk yang dihadapi kebanyakan murid dalam berinteraksi sesama mereka, selanjutnya guru telah cuba mengubah tingkah laku tersebut dengan meminta murid untuk berkumpul dalam kumpulan huruf yang sama dengan huruf yang tertulis pada tapak tangan kiri masing-masing. Kesan daripada aktiviti pertama ini ialah murid dapat menghilangkan rasa malu dan ketegangan dalam diri semasa berkomunikasi dan bekerjasama bersama rakan lain. Selain itu ia telah memberikan peluang kepada mereka untuk berkenalan sesama mereka. Jika sebelum ini mereka hanya belajar di dalam kelas yang sama tetapi tidak mengenali antara satu sama lain. Sehingga pada suatu hari, guru bertanyakan bilangan murid di dalam kelas sendiri pun mereka masih tidak pasti berapa ahli di dalam kelas.

Ini menunjukkan masalah yang dihadapi oleh murid, mereka tidak mengenali dan tidak mempedulikan rakan lain selain diri mereka sendiri sahaja.

SLOT 2: Aktiviti Bicara Hati Kemudian pada jam 8.45 pagi, aktiviti pemecahan kelompok untuk slot kedua dilaksanakan. Aktiviti ini dinamakan Bicara hati yang meminta murid mencari 4 orang rakan yang dikenali untuk membentuk kumpulan bagi menjalankan aktiviti seterusnya. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (satu kumpulan 12 hingga 13 orang). Untuk lebih selesa, guru mewujudkan kelompok atau kumpulan yang berasingan antara lelaki dengan perempuan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru dan dibawa ke ruangan yang dirasakan sesuai dan selesa untuk menjalankan aktiviti perbincangan mengenai masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah. Soalan ditumpukan kepada perasaan murid terhadap guru, terhadap sesama rakan dan pandangan mereka daripada orang lain terhadap diri sendiri. Semasa menjalankan aktiviti, fasilitator telah menggunakan dua teknik kaunseling iaitu perkaitan bebas dan tranferens. Teknik perkaitan bebas selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik ini memerlukan murid untuk meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan fasilitator. Teknik ini juga digunakan bagi tujuan mengingatkan semula murid akan pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami murid selama berada dalam bilik darjah. Fasilitator akan memberikan satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya murid boleh bertindak secara bebas tantang perkara yang hendak diluahkan. Asas kepada teknik ini ialah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisme bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi membuka ruang kepada murid melepaskan diri ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan. Contohnya semasa perbincangan, terdapat murid yang meluahkan rasa ketidakselesaan murid terhadap guru yang sering menengking dan memarahi mereka di dalam kelas walaupun kesalahan yang dilakukan hanya sedikit. Mereka juga sering didenda oleh guru tersebut apabila tidak menyiapkan tugasan yang diberikan ataupun tidak membawa buku latihan kerja ke sekolah.

Kemudian, fasilitator menggunakan teknik tranferens yang juga selalu digunakan dalam pendekatan psiko analisis. Teknik ini digunakan bagi memberi galakan kepada murid bahawa fasilitator sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan murid (client) dalam satu keadaan minda bahawa fasilitator (kaunselor) sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. Dalam proses Bicara Hati iaitu sesi meluahkan perasaan, seseorang murid itu sebenarnya telah menghidupkan semua tingkah laku lampaunya tanpa disedari segala kepada fasilitator. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh fasilitator bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisme bela diri murid sebelum sesi penyelesaian masalah. Impaknya, setelah selesai sesi luahan perasaan, murid kelihatan lebih tenang dan berasa lega apabila dapat berkongsi masalah bersama fasilitator. Selain itu mereka kelihatan bersikap lebih terbuka untuk berkomunikasi dan berkongsi masalah bersama rakan dan juga guru. Di samping itu, mereka juga dapat membuang perasaan malu untuk berkongsi pengalaman tentang perhubungan mereka sesama rakan dan hubungan antara murid dan guru.

SLOT 3 : Permainan Di mana Aku? Pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum di kantin sekolah sebelum slot seterusnya dijalankan. Tepat jam 10.35 pagi, bermula slot ketiga iaitu Terapi Seni. Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan. Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai

kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor. Satu aktiviti terapi seni yang difikirkan sesuai digunakan iaitu permainan Di mana Aku? dilaksanakan dalam program ini. Dalam aktiviti ini, membolehkan ahli kelompok berkongsi pengalaman tentang perhubungan dirinya di dalam kelas. Cara bermain aktiviti tersebut ialah Setiap individu diberikan sehelai kertas kosong dan sebatang pensel. Di atas kertas tersebut, murid-murid diminta melukiskan diri mereka sendiri berserta guru dan rakanrakan. Kedudukan tersebut hendaklah berdasarkan HUBUNGAN antara mereka di dalam kelas. Misalnya jika gambar diri mereka begitu rapat dengan guru atau rakan, ini bererti bahawa hubungan mereka adalah sangat rapat. Begitulah juga sebaliknya. Setelah semua pelajar menyiapkan gambar rajah mereka, guru memungut kertas tersebut dan diproses satu persatu. Teknik kaunseling yang diguna pakai sepanjang aktiviti melukis suasana dalam bilik darjah, ialah teknik gambaran imej. Teknik ini boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada murid tentang pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau, sekarang, atau pada masa akan datang sepanjang keberadaan mereka di dalam bilik darjah. Cara ini dapat menyenangkan murid menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya. Di samping itu, fasilitator juga akan dapat persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah atau perasaan murid setelah aktiviti menceritakan pengalaman yang dialaminya dalam gambaran imej secara lisan. Kesannya guru dapat menilai perasaan dan pengalaman murid ketika berada di dalam kelas secara individu melalui lukisan yang dihantar kepada guru. Selain itu murid yang pemalu dan pasif di dalam kelas juga dapat menzahirkan perasaan mereka terhadap rakan-rakan dan guru di dalam kelas secara lukisan.

SLOT 4 : Terapi Muzik Suara Kami Tepat jam 10.30 pagi, slot keempat dimulakan dan berjalan selama 1 jam 15 minit. Terapi yang dijalankan dalam slot ini ialah terapi muzik.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah

pertumbuhan. Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka. Aktiviti yang dijalankan diberi nama Suara Kami di mana murid dikehendaki menyanyikan lagi patriotik yang telah diberikan oleh fasilitator berdasarkan undian oleh ketua kumpulan. Lagu tersebut haruslah

dinyanyikan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing untuk melakukan gaya dan cara nyanyian yang lebih kreatif dan menarik. Walau

bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti nyanyian ini, terdapat masalah yang dikenal pasti iaitu, terdapat murid yang tidak bersetuju dan merasakan pergerakan yang dicadangkan oleh ahli kumpulan tidak bersesuaian dengan lagu mereka. Namun dengan kata sepakat dan bimbingan daripada fasilitator, mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menggabungkan beberapa idea daripada ahli kumpulan. Teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah menghilangkan rasa malu. Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Tambahan lagi teknik ini memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain. Kesan daripada aktiviti ini, murid dapat membina rasa keyakinan diri untuk tampil ke hadapan bagi mempersembahkan nyanyian lagu patriotik kumpulan masing-masing mengikut kreativiti dan hasil perbincangan bersama ahli kumpulan. Selain itu, melalui aktiviti ini dapat mengukuhkan semangat

kerjasama antara ahli dalam memilih cara nyanyian dan pergerakan kreatif untuk kumpulan masing-masing walaupun pada mulanya mereka tidak sependapat dan berasa malu untuk tampil ke hadapan kelas.

SLOT 5 : Permainan Telefon Rosak Berbakikan masa selama 1 jam ini, dua slot tambahan masih sempat dijalankan. Dalam slot yang kelima, aktiviti permainan bahasa yang dikaitkan dengan subjek Bahasa Melayu dinamakan sebagai permainan Telefon Rosak. Permainan ini menggunakan alat pemintal lidah untuk aktiviti

kumpulan. Pemintal lidah ini dilaksanakan oleh guru bagi melatih murid menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya. Perkataan ini sama dari segi bunyi tetapi terdapat beberapa perbezaan konsonan dan vokal yang menjadikan perbezaan maksud bagi perkataan tersebut. merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya. Contoh : Chah cari cincin cicir celah laci Johan jemput Joyah jalan-jalan jumpa Jothi Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras Hari raya Ramlah ramai-ramai pergi ronda-ronda rumah rakan Aktiviti ini

Melalui aktiviti pemintal lidah ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat serta perkara yang disebut itu akan kekal dalam ingatan. Latih tubi ini boleh membantu murid yang menghadapi Ini merupakan latihan asas mendengar,

masalah membunyikan fonem.

membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid. Selain itu, semangat kerjasama antara ahli kumpulan juga dapat dipupuk kerana setiap ahli memainkan peranan. Jika tiada kesepakatan dan masih wujud lagi perasaan malu, aktiviti ini mungkin tidak akan berjaya kerana dalam aktiviti ini, setiap ahli kumpulan akan lebih rapat untuk membisikkan ayat pemintal lidah tersebut.

SLOT 6 : Aktiviti Pembugar Aktiviti terakhir yang sempat dijalankan ialah aktiviti Pembugar ataupun Energizers. Aktiviti ini dinamakan K-Bom. Beberapa aktiviti untuk membangkitkan semangat. Pembugar merupakan suatu alternatif untuk guru bagi memotivasikan murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkara ini amat penting untuk membolehkan murid

memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kebanyakan murid di sekolah mengalami masalah disruptif ketika sesi PnP. Hal ini disebabkan murid-murid tersebut tidak bersedia untuk mengikuti pelajaran guru berkenaan. Melalui pengaplikasian pembugar ini dapat meningkatkan kadar disiplin murid dalam kelas dan luar kelas. Fungsi pembugar adalah untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sesi pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu apabila terdapat murid mula berasa bosan semasa guru sedang mengajar. Hasilnya objektif pembelajaran pada waktu tersebut tidak akan tercapai. Oleh itu guru perlu peka akan keadaan sekeliling anak-anak muridnya. Kebosanan boleh berlaku dalam kalangan murid disebabkan cara penyampaian yang kurang menarik ataupun sikap murid itu sendiri tidak minat akan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Oleh itu dengan melakukan aktiviti pembugar ini, tingkah laku disruptif dapat diatasi sekali gus pengajaran pada waktu tersebut berjalan dengan lancar kerana murid-murid menumpukan perhatian dan membuat aktiviti yang disuruh oleh guru mereka semasa dalam kelas.

Penutupan Setelah selesai menjalankan 6 slot aktiviti terapi bersama murid, dan sebelum fasilitator melabuhkan tirai penutupan, semua murid mendengar ucapan alu-aluan dan ucapan terima kasih daripada Pn. Norfaizah BT Nasaruddin, kaunselor SK Kebun Baharu sekali gus menutup rasmi program tersebut. Di kesempatan itu juga, kami telah menerima cenderamata dan wakil fasilitator juga telah menyampaikan cenderamata kepada Unit Bimbingan dan kaunseling SK Kebun Baharu sebagai tanda kenangkenangan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Ulasan keseluruhan Secara keseluruhannya, terdapat empat pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling iaitu pendekatan krisis, pendekatan pemulihan, pendekatan pencegahan dan pendekatan perkembangan. Setiap pendekatan mempuyai tema penting yang mempengaruhi arah program, jenis perkhidmatan yang disediakan dan bagaimana personel profesional menggunakan masa mereka. Melalui program Sehari Bersama Murid ke Arah Kecemerlangan melalui Kaedah Terapi, pendekatan pemulihan telah menjadi tunggak utama bagi sesi bimbingan dan kaunseling murid. Pendekatan pemulihan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang telah dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Contohnya bagi kes kebanyakan murid tahun 4 Arif dan 4 Bestari, mereka dilihat mempunyai masalah dalam berhubung (berkomunikasi) antara sesama mereka dan murid lain. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana cara untuk bersosial atau tidak dilatih dalam kemahiran interpersonal. Lanjutan daripada masalah ini, aktiviti yang melibatkan banyak perbincangan berkumpulan telah dirancang bertujuan agar dapat melatih murid untuk membiasakan diri bertukar pendapat dan memberikan cadangan dalam pelaksanaan tugasan berkumpulan seperti yang diminta. Dengan ini, murid akan mendapat manfaat dalam kaunseling kelompok yang diketuai oleh fasilitator supaya kemahiran interpersonal dibincang dan dipraktikkan. Semasa murid berkenaan memperbaiki

kelemahan sosialnya, perhubungan dengan guru dan murid lain juga mungkin bertambah baik. Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Kepada seseorang kaunselor, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud, keyakinan dan hala tuju yang jelas kepada seseorang Kaunselor. REBT (Rational Emotive Behaviour Therapy) merupakan teori yang dibangunkan oleh Albert Ellis di mana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini menekankan kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang menyebabkan berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu. Mengikut teori ini, manusia menghadapi atau menjadi bermasalah

bukan akibat daripada perkara atau sesuatu peristiwa yang berlaku tetapi idea-idea atau sistem kepercayaannya yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Akibatnya akan timbullah gangguan emosi tingkah laku yang bersifat self-defeating dan tidak mempunyai arah kendiri yang jelas (selfdirection). Ini bermakna manusia tersebut telah menjadi mangsa akibat ideaidea yang tidak rasional ini dan perlu dibantu untuk memikirkan semula tentang masalahnya. Berdasarkan kepada teori ini, berikut merupakan penyataan masalah yang dapat dihuraikan secara ringkas mengenai transformasi sikap segelintir murid tahun 4 Arif dan 4 Bestari yang telah dianalisis:

A (peristiwa) Murid-murid lain telah mentertawakan saya.

B (kepercayaan) Saya ditertawakan kerana tidak dapat bercakap dengan baik dan kelihatan bodoh ketika sedang berdiri di hadapan khalayak.

C (akibat) Menjadi tidak yakin dan takut untuk tampil ke hadapan kelas bagi membentangkan hasil kerja kumpulan

D (hujah atau cabaran kepada sistem) Terima hakikat kekurangan diri dan terus berusaha.

E (kesan baru emosi tingkah laku) Murid boleh lebih bersabar, bercakap dengan lancar, boleh bergaul dengan rakan lain dan berani tampil jika diminta oleh guru.

Rasa malu yang teramat juga dapat dikenal pasti menjadi salah satu ciri-ciri kepercayaan tidak rasional apabila murid dilihat mempunyai rasa malu yang amat mendalam lalu cuba membesar-besarkan masalahnya atau melihatnya secara sedih dan sayu. Akibatnya akan melahirkan perasaan takut dan kebimbangan yang tidak menentu. Di samping itu, murid juga mempunyai ciri terlalu menuntut

(demandingness) di mana mereka mempunyai kecenderungan menganggap sesuatu perkara sebagai sesuatu yang mesti, patut dan harus berlaku.

Contohnya, murid yang tampil untuk membentangkan hasil kumpulan terlalu bimbang untuk membuat yang terbaik agar ahli kumpulannya berasa bangga dengan kejayaan yang bakal dipersembahkan sebentar nanti. Namun begitu, apabila berlaku kegagalan untuk mencapainya, kesannya, akan wujud perasaan kecewa yang mendalam, terlalu marah dan kebencian terhadap dirinya sendiri. Kesimpulannya, bagi membendung permasalahan ini, program

berlandaskan teori REBT telah dilaksanakan bertujuan agar dapat menanam minat bersosial (social-interest) secara berkesan melalui aktiviti suai kenal dan nyanyian lagu patriotik di mana murid akan berbincang secara kritis dan kreatif untuk mendapatkan hasil kerja kumpulan yang terbaik. Selain itu, teori ini juga membantu murid untuk membina sikap bertoleransi hasil daripada pemikiran sihat dan matang serta tidak mengamalkan sikap menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya. Bentuk terapi Rasional Emotif (RET) tidak menekankan kepentingan perhubungan antara kaunselor dengan klien. Ini tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Buktinya, meskipun kaunseling kelompok dijalankan dengan melibatkan seramai dua belas orang murid, namun di akhir program, murid dilihat dapat mencapai objektif program apabila mereka kelihatan akrab dan mesra bukan kepada guru fasilitator malah antara sesama mereka.

3.3

Laporan

Selepas

Program

Sehari

Bersama

Murid

Ke

Arah

Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi

Post Mortem 1) KEBAIKAN / KELEBIHAN Perjalanan proses kerja berjalan lancar dan segala rancangan yang diatur berjalan dengan baik mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tempat program dijalankan bersesuaian dengan tentatif yang dirancang. Kerana kawasan yang luas bagi memudahkan pergerakan murid dalam aktiviti kumpulan. Segala peralatan yang diperlukan juga telah disediakan dapat digunakan dengan baik. Semua fasilitator yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Keberkesanan aktiviti dapat dilihat dengan adanya penglibatan yang baik dan disiplin yang tinggi dapat ditunjukkan oleh setiap murid. Semua murid dan fasilitator yang terlibat dengan program ini dapat memenuhi masa dengan baik seperti yang dijadualkan.

2) KEKURANGAN / KELEMAHAN Masa aktiviti yang pendek iaitu sehari memberi masa yang sedikit kepada peserta menghayati setiap aktiviti yang dijalankan dengan sempurna. Fasilitator tidak menyediakan buku tentatif program dan teks ucapan untuk pengacara majlis. Ganjaran untuk peserta juga tidak disediakan untuk beberapa aktiviti yang melibatkan pertandingan kumpulan.

3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Masa kursus dibuat lebih lama misalnya 2 hari agar penghayatan setiap pengisian terapi dan aktiviti lebih lama dan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.

fasilitator perlu memastikan segala persiapan perlu disediakan dengan lebih rapi dan sempurna agar tidak mengganggu perjalanan majlis rasmi seperti ini.

Fasilitator perlu lebih mengetatkan disiplin murid yang terlibat agar segala aktiviti yang dijalankan tidak mencuri waktu untuk aktiviti lain yang telah ditetapkan.

Ganjaran dan hadiah untuk murid perlu disediakan untuk menjadikan mereka lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti yang dijalankan.

Peringkat terakhir ialah laporan keseluruhan aktiviti dan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah dilaksanakan hingga selesai.

You might also like