You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN

Kemiskinan di Malaysia adalah suatu isu ekonomi berkontroversi. Takrifan kemiskinan dan garis kemiskinan untuk rakyat Malaysia telah dipertikaikan, dan dasar kerajaan untuk menangani kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru telah berhadapan dengan pelbagai bantahan politik. Apabila sesuatu negara itu sedang menempuhi era kemodenan, pada kebiasaannya suatu bentuk kemiskinan baru akan mula terjadi; ini adalah contoh masalah kemiskinan di bandar. Kemiskinan melampau dikenalpasti apabila sesebuah isi rumah tidak berkemampuan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, keperluan kesihatan, pelajaran, mengalami kebuluran dan sebagainya. Terdapat 2 jenis kemiskinan iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan yang berlaku di luar bandar.Kemiskinan yang menular dibandar berpunca dari pelbagai sebab salah satunya ialah apabila terdapat penghijrah daripada luar bandar, kos hidup di bandar tinggi, dan kekurangan peluang pekerjaan. Manakala kemiskinan luar bandar pula biasanya terjadi kerana had pekerjaan dan taraf pendidikan yang rendah. Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan.

Antara punca kemiskinan boleh dibahagikan kepada 2 segi iaitu punca terhadap kemiskinan bandar dan luar bandar. FAKTOR KEMISKINAN BANDAR

1) Penghijrah dari luar bandar

Kebanyakan penghijrah dari luar bandar merupakan golongan yang tidak mempunyai kemahiran professional untuk mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu,golongan ini juga dikatakan tidak mengetahui tentang maklumat dan pengetahuan dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi pemerintah. Mereka dipinggir dari memperoleh maklumat dan pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan; juga terpinggir dari sistem sosial dan sistem ekonomi bandar.

2) Kos hidup di bandar adalah tinggi

Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan.

3) Kekurangan peluang pekerjaan

Perebutan pekerjaan di bandar merupakan fenomena yang kian berlaku di bandarbandar Malaysia. Majikan zaman kini bergemar untuk mengupah pekerja asing untuk menjimatkan kos. Pasaran buruh kini telah dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah. Terutamanya dalam sektor peridustrian dan pembinaan. Pekerja tempatan yang meminta gaji tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding dengan pekerja asing.

FAKTOR KEMISKINAN LUAR BANDAR

1) Had pekerjaan

Kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakluk kepada sektor pertanian. Sementara itu, pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di luar bandar. Secara lebih khusus lagi, mereka yang mengkaji kemiskinan di luarbandar menganggap bahawa wujudnya kemiskinan di luarbandar adalah kerana terabainya sektor pertanian sejak dari pemerintahan penjajah lagi

2) Taraf pendidikan yang rendah

Punca kemiskinan di luar bandar ialah taraf pendidikan yang rendah dan had pekerjaan. Had pekerjaan terjadi apabila Kebanyakan pekerjaan di luar bandar tertakluk kepada sektor pertanian. Sementara itu, pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di luar bandar. Manakala taraf pendidikan yang rendah Menurut kajian kerajaan, kadar buta huruf di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah tidaak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan professional di antara penduduk luar bandar. .

You might also like