You are on page 1of 10

Bilik Sains Saya

Pengenalan

Persekitaran pembelajaran adalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran sama ada bilik darjah, makmal sains, kawasan lapang ataupun pejabat (Tessmer & Harris 1992). Ia merupakan tempat di mana pembelajaran berlaku sama ada dalam konteks sosial, psikologikal mahupun pedagogikal yang seterusnya mempengaruhi pembelajaran pencapaian yang dan sikap pelajar (Fraser, 1998). aktiviti Persekitaran intelektual,

kondusif

akan

dapat

menggalakan

persahabatan,kerjasama dan sokongan di samping menggalakan pembelajaran dan perkembangan pelajar.

Kajian yang telah dilakukan terhadap persekitaran pembelajaran menunjukkan terdapat perkaitan di antara persekitaran pembelajaran dengan hasil pembelajaran pelajar sama ada daripada segi pencapaian, kepuasan atau kejayaan pelajar. Oleh itu, persekitaran pembelajaran seharusnya diurus dengan baik agar membolehkan pelajar menetapkan matlamat peribadi, aktif mengumpul dan mengurus maklumat yang diperlukan, mengawal dan menilai pembelajaran kendiri dan seterusnya berkemampuan

memberikan maklum balas pengalaman peribadi dalam pelbagai persekitaran dan konteks social pengajaran dan pembelajaran (Brown & Campione 1996; Wilson 1995).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains, makmal sains merupakan persekitaran pembelajaran yang Ini adalah kerana dalam persekitaran pembelajaran tersebut, pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti amali (Poh 1998) dan belajar dalam persekitaran yang berbeza berbanding dengan bilik darjah konvensional (Santiboon 2006; Henderson & Fisher 1998). Aktiviti amali yang dijalankan di makmal melibatkan pelajar dalam penyiasatan authentik yang membolehkan mereka mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, mereka bentuk prosedur dan seterusnya membuat kesimpulan (Chiappetta & Koballa 2006) serta mengesahkan prinsip dan teori sedia ada Di dalam persekitaran sebegini, pelajar berpeluang belajar secara aktif, bekerjasama

dengan rakan dan berinteraksi secara terus dengan bahan untuk menyiasat sesuatu fenomena saintifik (KPM 2006; KPM 1988; Hofstein & Lunetta 2003; Chiappetta & Koballa 2006).

Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai yang bersetuju bahawa aktiviti sedemikian dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep sains, kebolehan menyelesaikan masalah dan seterusnya menanamkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut (Arzi 2003; Chiew 1997). Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan akan memberi kesan kepada kepuasan guru dan pelajar. Menurut Anderson, Fornell dan Lehrnann (1994), kepuasan boleh dijadikan petunjuk penting terhadap prestasi masa lepas, semasa dan masa hadapan. Ini kerana ia merupakan penilaian selepas penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang berlaku pada akhir proses psikologi pengguna. Dalam konteks pendidikan pula, kepuasan pelajar atau guru mungkin dipengaruhi oleh kualiti kemudahan bilik darjah yang kurang memuaskan yang di luar keupayaan pengajar untuk mengubahnya (Guolla 1999). Berkesinambungan dari itu, jika persekitaran makmal dalam keadaan baik, kepuasan pelajar terhadap pembelajaran akan terbentuk dan ini akan memberi kesan kepada sikap pelajar (Henderson, Fraser & Fisher 2000; Kim, Fisher & Fraser 2000; Kilgour 2006; Chiew 1997; Zol Azlan Hamidin 2000; ofstein dan Lunnetta 2003) mana akhirnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka secara keseluruhannya (Salina Hamed et al. 2009; Wan Nor Izah Abu Bakar 2006).

Bilik Sains Saya

Menurut Pyatt dan Sims (2007), dalam kebanyakan aktiviti amali sains, pelajar tidak diberi peluang untuk meneroka dan mencipta kefahaman mereka sendiri tentang fenomena yang dikaji. Ini kerana kebanyakan aktiviti makmal sains adalah bersifat expository yang berpusatkan guru dan aktiviti makmal dijalankan mengikut langkahlangkah yang telah disediakan di bawah pengawasan guru. Dalam kebanyakan keadaan, pelajar tidak diberi kebebasan dan tidak dibenarkan untuk menyimpang daripada prosedur yang telah ditetapkan untuk meminimakan pembaziran masa, kecederaan, kerosakan bahan dan pembaziran bahan-bahan. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa terdapat juga pelajar yang hanya menjadi pemerhati dan tidak terlibat langsung dalam aktiviti amali sains yang dijalankan (Siti Aloyah 2002). Fenomena ini berlaku kemungkinannya disebabkan oleh kurangnya minat pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan, ataupun tidak serius atau tidak menganggap aktiviti amali adalah penting (Noor Akmar 2007; Chong 2001).

Salah satu cara untuk mengatasi kelemahan ini adalah dengan mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran berlaku. Ini adalah kerana jika persekitaran makmal dalam keadaan baik, kepuasan pelajar terhadap pembelajaran akan terbentuk dan seterusnya memberikan impak kepada pembentukan sikap yang positif dan peningkatan pencapaian pelajar (Salina Hamed et al. 2009; Wan Nor Izah Abu Bakar 2006). Oleh itu, adalah penting untuk menilai persekitaran pembelajaran makmal kerana tindakan ini bukan hanya menyajikan maklumat yang berharga untuk mengukur kefahaman pelajar, tetapi juga memberikan maklumat tentang kecekapan guru dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan seterusnya merancang strategi untuk meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran yang sedia ada (Fraser 1998).

Dengan yang demikian, berdasarkan betapa pentingnya mempunyai sebuah bilik sains yang lengkap, ceria dan kondusif sekiranya saya diberi dengan banyak pilihan dalam menatasusun bilik sains saya sendiri di sekolah dengan peruntukan dari kerajaan. Maka bilik sains saya itu sudah pasti akan lebih baik dari yang sedia ada. Aspek fizikal bilik sains saya itu akan menyediakan keadaan yang cukup selesa dengan menggunakan penyaman udara menggantikan kipas angin memandangkan keadaan cuaca panas di Negara kita. Tambahan pula, apabila menjalankan aktiviti yang melibatkan penggunaan gas, kipas angin terpaksa ditutup suisnya agar tidak menggangu proses pembakaran dan keputusan eksperimen. Justeru itu, pengudaraab bilik sains akan berada dalam keadaan yang kurang selesa kepada murid semasa menjalankan aktiviti berbeza dengan penggunaan sistem penyaman udara yang tidak menjejaskan perjalanan aktiviti.

Sususnan meja murid dan kedudukan murid dalam keadaan yang paling efektif untuk menjalankan eksperimen dengan mementingkan ruang, keselesaan dan keselamatan semasa aktiviti dijalankan. Kerusi yang boleh dilaras kedudukan berdasarkan ketinggian murid. Meja persediaan yang dilengkapi dengan peralatan dan bahan dalam ruang yang tersorok dan boleh diakses dengan menekan butang pada panel paparan seperti peralatan cakera yang boleh eject dan di masukan semula. Keadaan ini juga boleh digambarkan seperti penyimpanan alatan dapur pada kabinet kabinet yang berteknologi tinggi. Ini akan membolehkan penyimpanan alatan seperti bikar, tabung uji, silinder penyukat atau alatan lain kemas dan tersusun. Mankala kedudukan meja guru tetap di hadapan kelas tetapi mempunyai komputer untuk mengakses internet serta dapat memantau perkembangan kerja murid dari skrin komputer guru. Oleh itu guru dapat mengawal aktiviti murid dengan lebih mudah dan tidak menggangu murid lain dengan jeritan guru.

Dari segi peralatan yang digunakan, kebanyakan alatan yang berteknologi tinggi yang mampu memberi data dan keputusan eksperimen yang lebih tepat dan mudah diakses atau dibaca oleh murid. Perkembangan teknologi dalam kerja amali diharapkan dapat mengubah persekitaran makmal tradisional kepada sesuatu yang baru serta

menggalakkan penglibatan aktif pelajar sekaligus mengatasi segala isu yang timbul. Ramai pengkaji (Lazaworitz dan Huppert, 1993; Nakhleh dan Krajcik, 1993) membuat tinjauan tentang keberkesanan penggunaan teknologi dalam penerapan kemahiran proses sains. Makros dan Tinker (1987) menemui keputusan yang positif di kalangan pelajar sekolah menengah yang menggunakan alatan makmal mikro komputer (MMK). Mereka mencadangkan empat sebab mengapa alatan makmal mikro computer (MMK) sesuai untuk pembelajaran sains iaitu MMK menggunakan pelbagai sumber,secara berpasangan, dalam masa yang sama ataupun dengan persembahan simbolik,ianya menyediakan pengalaman sains yang tulen dan menghapuskan kerja yang remeh temeh dalam penghasilan graf. Satu daripada sumber adalah penggunaan pelajar dengan melibatkan pergerakan anggota mereka sendiri dalam pembelajaran. Aspek kinestetik inilah yang kerap kali dibincangkan serta ditekankan. Linn, et al.,(1987) menyarankan bahawa pelajar hanya dapat memproses maklumat yang terhad sahaja pada satu masa. Kapasiti kognitif akan menjadi lebih terhad sekiranya terlalu banyak konsep pada satu masa.

Antara sebab utama penggunaan komputer dalam makmal adalah kerana ianya selamat serta mengambil masa yang kurang berbanding kaedah amali sebenar. Kebanyakan eksperimen tidak mencukupi dengan 2 hingga 3 masa pengajaran yang diperuntukan untuk kerja amali. Oleh itu dengan kaedah makmal mikro computer dapat membenarkan eksperimen yang mengambil masa yang lama hanya dapat dilakukan beberapa minit sahaja. Penjimatan masa yang diwujudkan dapat memberi peluang kepada pelajar melakukan lebih banyak eksperimen berbanding kaedah amali tradisional ( Bell,2003). Champange dan Klopfer (1981) mencadangkan bahawa pembelajaran bermakna dalam makmal akan berlaku sekiranya pelajar diberi masa yang sesuai serta peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi. Champange dan Kopfer (1981) menulis umumnya pelajar tidak mencukupi masa atau peluang untuk terlibat dalam aktiviti teknikal serta tidak berpeluang mempamerkan interpretasi serta kepercayaan mengenai makna daripada inkuiri sains mereka. Dalam perkataan lain pelajar tiada peluang menggunakan aktiviti metakognitif mereka.

Bertitik tolak dengan penggunaan teknologi dalam penyediaan sebuah bilik sains saya maka salah sebuah teknik yang digunakan dalam teknologi baru pada era pengetahuan ini ialah pembelajaran maya (virtual learning). Persekitaran pembelajaran maya merupakan persekitaran generasi baru dalam sistem pendidikan berasaskan komputer. Penyelidikan perlu dikendalikan bagi memastikan samada pembelajaran persekitaran konvensyenal. maya adalah lebih berkesan kursus berbanding yang kaedah untuk pembelajaran persekitaran

Kebanyakan

perisian

dibina

pembelajaran maya memerlukan imiginasi yang tinggi, kos yang tinggi; melibatkan bahan pembelajaran yang berbahaya dan masa yang terhad. Ini bermakna, kebanyakan pembelajaran di makmal yang melibatkan eksperimen yang sukar dikendalikan secara konvensional dan eksperimen yang melibatkan bahan kimia yang berbahaya menggunakan persekitaran pembelajaran maya melalui makmal maya. Makmal maya merupakan sebuah kaedah pendidikan baru yang lebih murah, mudah dan dapat menarik perhatian pelajar untuk terus belajar terdapat beberapa konsep makrnal maya yang pernah dilaksanakan seperti pembelajaran menggunakan world wide web (www) dan learning by doing. Melalui penggunaan komputer, pelajar boleh melakukan eksperimen seperti berada di pembelajaran melalui dalam makmal sebenar. Pendekatan menekankan penggunaan

persekitaran makrnal maya

pendekatan konteksual, simulasi, visual dan audio dengan konsep dua hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis (Dillenbourg 2000). Di samping itu, eksperimen boleh dilaksanakan berulangkali dan bahan pembelajaran dapat dipersembahkan dalam bentuk teks, gambar, animasi, serta berasaskan senario sebenar. Pelajar dapat melaksanakan eksperimen dalam kadar pencapaiannya secara kendiri. Pelajar akan berada dalam dunia maya serta boleh mengubah kedudukan dan orientasi objek. Pelajar juga, boleh menggerakkan dan meletakkan objek serta boleh berinteraksi dengan objek objek tersebut. Pembelajaran berasaskan makrnal maya ini dijangka akan membuatkan pelajar lebih seFreliant dalam pembelajaran mereka, kerana mereka boleh menentukan kadar pembelajaran serta menentukan arah pembelajaran mereka secara kendiri.

Perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber adalah merujuk kepada sumber dari manusia dan peralatan yang diberi tanggung jawab di bawah pengurusan yang ditetapkan. Di dalam sesuatu pengurusan penggunaan sumber manusia adalah perlu digunakan secara bijak untuk memberi kesan positif kepada pembangunaan organisasi. Peralatan dan bahan menjadi sumber menyokong kepada kerja kerja yang hendak dilaksanakan. Antara yang penting adalah peralatan dan bahan berada pada tahap kesediaan memuaskan dari aspek kecukupan dan kebolehgunaan pada masa yang diperlukan. Oleh itu dengan mengamalkan sistem penyimpanan berinovasi yang menjurus kepada penggunaan teknologi yang boleh dikenali dengan nama Sistem pengurusan stor secara atas talian (SMS Store management system), segala pengurusan stok barangan dan alatan lebih effisien dan sistematik. Tidak memerlukan kertas dan data yang terkumpul dalam perisian computer. Ini akan mengurangkan beban guru dalam pengurusan stok serta memudahkan pengisian segala borang borang stok seperti Laporan Kad Kawalan Stok (KEW PS-3),Kad Petak (KEW PS -4) dan Kad Kawalan Inventori (KEW PS- 14). Impaknya adalah segala keperluan dan permintaan terhadap perkara yang berkaitan stok berada di hujung jari sahaja. Lagi pun ianya akan meningkatkan prestasi sekolah dengan menyediakan kemudahan dengan cepat dan berkesan. Serta mengurangkan kuiri atau teguran daripada audit ketika pemeriksaan dan auditan dilaksanakan

Proses pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan aktiviti seperti menjalankan ekperimen,demontrasi dan projek. Dengan itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran saintifik. Bermula dengan meneliti isi kandungan kebanyakan tajuk sains memerlukan

penerokaan dengan penglibatan pelajar. Amat wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru yang telah banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Guru seharus tidak terlalu mengikut modul semata-mata di mana kebanyakannya modul dalam bentuk gambar. Guru mampu menggunakan kreativiti menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Adalah wajar diingatkan bahawa pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya boleh melibatkan pelajar dengan meningkatkan kesemua deria di samping kemahiran proses sains yang sesuai.

Justeru itu bilik sains saya menyediakan pembelajaran berkomputer bagi menggantikan aktiviti amali tradisional yang menggunakan bahan dan deria serta sentuhan murid kepada hasil eksperimen. Melalui penggunaan komputer, pelajar boleh melakukan eksperimen seperti berada di dalam makmal sebenar. Pendekatan pembelajaran melalui persekitaran makrnal maya menekankan penggunaan pendekatan konteksual, simulasi,visual dan audio dengan konsep dua hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis (Dillenbourg 2000). Di samping itu, eksperimen boleh dilaksanakan berulangkali dan bahan pembelajaran dapat dipersembahkan dalam bentuk teks, gambar, animasi, serta berasaskan senario sebenar. Pelajar dapat melaksanakan eksperimen dalam kadar pencapaiannya secara kendiri. Pelajar akan berada dalam dunia maya serta boleh mengubah kedudukan dan orientasi objek. Pelajar juga, boleh menggerakkan dan meletakkan objek serta boleh berinteraksi dengan objek objek tersebut. Pembelajaran berasaskan makmal maya ini dijangka akan membuatkan pelajar lebih kadar pembelajaran serta menentukan arah pembelajaran mereka secara kendiri. Perkembangan teknologi dalam kerja amali diharapkan dapat mengubah persekitaran makmal tradisional kepada sesuatu yang baru serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar sekaligus mengatasi segala isu yang timbul.

Begitulah harapan dan imaginasi yang berlegar dalam kotak fikiran saya seandainya diberi pilihan dalam pembinaan sebuah bilik sains di sekolah saya. Sejujunya, kita harus bergerak kehadapan berdasarkan perkembangan teknnologi dan tidak lagi terkongkog dengan kaedah tradisional demi melahirkan generasi baru yang lebih kreatif dan berinovatif seperti yang berlaku di Negara Negara maju. Begitulah betapa besarnya harapan para pendidik terutamanya guru guru sains demi melahirkan bakal bakal saintis di masa hadapan yang boleh membawa Negara ke arah sebuah Negara yang berteknologi dan maju.

Kesimpulan

Dari garapan dan imaginasi saya berpandukan kepada beberapa rujukan yang berkaitan dengan makmal sains maya,saya berharap panduan, pertimbangan atau perbincangan supaya pihak; ini boleh digunakan sebagai

a) Kementerian Pelajaran Malaysia membuat pertimbangan kesesuaian penggunaan komputer dalam kerja amali sains di sekolah-sekolah. b) Menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan menguasai kemahiran proses sains adalah melalui cara penglibatan aktif kerana kemahirankemahiran ini berguna dalam membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah. c) Membantu memberi gambaran kepada bakal guru dan semua guru supaya sentiasa menyiapkan diri dengan kemahiran teknologi. d) Membolehkan para pendidik merancang kaedah pengajaran yang lebih berkesan supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dapat direalisasikan. e) Hasil kajian dapat dimanfaatkan oleh agen-agen swasta yang mengendalikan sekolah persendirian ke arah membina laluan mantap supaya dapat menempatkan diri dalam arus perdana pendidikan negara pada masa sekarang dan akan datang.

(2233 patah perkataan)

Bibliografi Filmer, I. & Ph, S.H. 1997. Penilaian amali sains sekolah rendah:Satu kajian perintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 15:33-41. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Rancangan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Perlaksanaan.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Mokhtar Abdullah. 2007. Masalah kerja guru sains: Kesan terhadap kesedaran dan amalan keselamatan makmal sains (KMS). Thesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Akmar Taridi. 2007. Pendekatan inkuiri dalam pengajaran biologi secara eksperimen. Thesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Poh Swee Hiang. 1998. Pedagogi Sains. Penilaian dan Pengurusan Kurikulum Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wan Nor Izah bt Abu Bakar. 2006. Perkaitan antara persepsi pelajar terhadap persekitaran makmal sains dengan pencapaian dalam sains bagi pelajar tingkatan dua. Thesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya.

You might also like