You are on page 1of 6

Pelajar Target Cemerlang SPM 2014

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Jaya Dhaarshini a/p Sundara Rajan -5ST Noor Jahan binti Ab Rahim-5ST Nursuriaty binti Suhod-5ST Nurul Najieha binti Sharom-5ST Nur Aqilah Binti Zainudin-5ST Nur Farhanah Binti Abd Raup-5ST Vishalharan a/l Pannirselvam-5ST Yashenananthini a/p Ravindran-5ST

Latarbelakang Sekolah
SMK Tebong merupakan sekolah menengah yang telah dibuka pada 1 Disember 1994. Ketika itu bangunan baru masih belum siap dibina, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Tebong untuk sementara waktu. Kebanyakan guru yang dihantar ke sekolah ini adalah berasal dari SMK Mansur Syah dan SMJK Pulau Sebang di Pulau Sebang.

Peneraju pertama ialah Tuan Hj. Mohd Shah bin Lesut dengan guru-guru peneroka pada masa itu ialah GPK I : En. Subramaniam A/L Rengasamy, GPK HEM : Cik Lai Sew Yun, GPK KOKU : En. Ramli Mohd. Zain, Guru : En. Lim Ah Yee, En. Abdul Lajis Sulaiman, En. Abdul Manaff Daud, En. Nadzir Topimin, Pn. Dayang Jemaah, En. Yap Hon Kong, Bukan guru: En. Sharif Suboh. Sesi persekolahan berjalan pada waktu petang dengan sokongan 9 orang guru dan 3 orang pekerja. Murid yang mendaftar pada masa itu ialah seramai 150 orang. Bilangan kelasnya ialah Peralihan (75 orang) dan 3 kelas Tingkatan satu (75 orang).

Setahun kemudian, iaitu pada 1 Disember 1995, SMK Tebong telah berpindah ke bangunan sendiri yang terdiri 4 buah blok bangunan utama yang dibina iaitu blok A, B, C, D dan Bangunan Rumah Hijau, sebuah kantin dan sebuah bangunan untuk Sains Pertanian. Keluasan sekolah ini seluas 25 ekar, mempunyai beberapa buah padang permainan sesuai untuk sukan-sukan tertentu seperti olahraga, bolasepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Tapak sekolah ini merupakan sebahagian daripada Ladang Kemuning yang dimajukan untuk dibina bangunan sekolah setelah diberikan pampasan.

Pada 14 Jun 1997, sekolah telah meraikan persaraan pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Mohd. Shah Lesut. Beliau telah digantikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yatim Lasim yang mula bertugas pada 1 Julai 1997 sebagai pengetua SMK Tebong. Perkhidmatan beliau hanya berlangsung selama 9 bulan kerana beliau diperlukan olah Jabatan Pendidikan Melaka untuk menjadi Ketua Unit Sekolah Menengah. Pada 1 April 1998,

En. Ishak Hj. Ahmad telah dilantik sebagai pengetua SMK Tebong yang ketiga. Perkhidmatan beliau berlanjutan sehingga 15 Disember 2001. Pada waktu itu terdapat seramai 31 orang guru, 6 orang pekerja dan mempunyai seramai 450 orang pelajar.

Kini SMK Tebong diterajui oleh Tn Hj Nordin Bin Adam dengan sokongan 40 orang guru siswazah terlatih dan 2 orang guru bukan siswazah terlatih. Seramai 10 orang staf sokongan dan 6 orang pekerja swasta telah bertugas di SMK Tebong sekarang. Bilangan kelas yang terdapat sekarang ialah 17 kelas iaitu satu kelas Pendidikan Khas, satu kelas Peralihan dan 3 Kelas untuk tiap Tingkatan satu, dua, tiga, empat, dan lima. Sehingga Jun 2010 jumlah pelajar yang menuntut di SMK Tebong seramai 406 orang. Walaupun bilangan pelajar sedikit tetapi sekolah ini telah dinaikkan taraf sebagai sekolah Gred A pada 2001 dan layak mendapat 4 orang Ketua Bidang. 4 orang ketua bidang itu menguruskan Bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional serta Kemanusiaan. Sekolah ini juga menawarkan mata pelajaran elektif untuk pelajar menengah atas iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual dan MPV Katering dan Penyajian

PENGETUA-PENGETUA SMK TEBONG


Tn. Hj. Mohd Shah bin Lesut Tn. Hj. Mohd Yatim bin Hj. Lasim Tn. Hj. Ishak bin Hj. Ahmad En. A. Rajenthran A/L Arumugam En. A. Saiman A/L K. G. Anthony Tn. Hj. Yatim Bin Sulaiman Tn. Hj. Nordin bin Adam (1 Disember 1994 14 Jun 1997) (16 Julai 1997 31 Mac 1998) (1 April 1998 15 Disember 2001) (16Disember 2001 1 September 2003) (1 Disember 2003 31 Mac 2010)

(1 April 2010 - Disember 2011 ) (Disember 2011- sekarang )

Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

40 orang guru siswazah terlatih dan 2 orang guru bukan siswazah terlatih. Seramai 10 orang staf sokongan dan 6 orang pekerja swasta telah bertugas di SMK Tebong sekarang.

OBJEKTIF SEKOLAH

BIDANG KURIKULUM

1. Meletakkan asas yang kukuh dalam beberapa mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. 2. Memastikan sekurang-kurangnya kelulusan sebanyak 60%dicapai dalam semua mata pelajaran semasa peperiksaan dalaman diadakan. 3. Melahirkan sekurang-kurangnya 15% pelajar yang cemerlang (pencapaian lebih daripada 80%) dalam semua mata pelajaran. 4. Menyediakan dan memberikan kemudahan sebaik mungkin kepada guruguru dan pelajar-pelajar yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Mewujudkan daya saing yang tinggi di kalangan pelajar. 6. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang tinggi di kalangan pelajar.

BIDANG KO-KURIKULUM

1. Memberi kemahiran asas yang kukuh dalam beberapa jenis permainan yang akan disertai iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. 2. Menjuarai beberapa acara olahraga di peringkata kawasan Alor Gajah. 3. Berusaha menyediakan kemudahan dalam kegiatan ko-kurikulum. 4. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertai kegiatan lokurikulum secara aktif bersesuaian dengan potensi yang sedia ada. 5. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk membina sahsiah yang sihat. 6. Memberi peluang kepada semua pelajar mendapatkan latihan kepimpinan dengan menyertai kegiatan ko-kurikulum.

Sekolah Menengah Tebong Megah Namamu tetapkan disanjung Kami pendukung kamu pemayung Kamu penaung dijunjung

Sekolah Menengah Tebong Jaya Berbangga di bumi melaka Ragam budaya berbilang kaum Bersatu berganding bahu

Namamu gah menjadi sebutan Sekolah maju tuju wawasan Bersemangat waja yang membara Minda dijana tunggak usaha Berilmu Berakhlak dan Berbakti

Kami bersatu menggerak minda Tekad membara capai cita Mengharumkan namamu disanjung Sekolah Menengah Tebong

MENDAPAT 8A DALAM PMR

You might also like