You are on page 1of 4

Fikrah :

Hishamuddin Rais

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak


memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku
kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal
yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila
bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas


mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka
mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan,
mendengar bukan satu jenayah. Kita semua menden-
gar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendegar.
Kita itu tidak digalakkan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelenton-


gan hantu dan polong yang telah dihamburkan
kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk
halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada
anak kecil. Tidak cukup dengan ini, kita ditakut-
takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan
polis dan akhir sekali dengan api neraka.

Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya, dia akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak
sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan
yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar, kita
terima sebagai fakta. Apabila telah bersunat, bersekolah, boleh membaca dan sudah
pandai berasmara dan berinternet, maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk
mencerahkan fikrah daripada pandangan karut-marut yang didengari ketika membesar.

Membuang dan membakulsampahkan segala karut-marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa
kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan menyelidik.
Melopong mendengar – masuk lalat, keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, ruju-
kan dan kajian akan menjadikan fikrah seseorang bonsai.

Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi bo-
leh diubati.

Dalam suasana politik kita, budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula
dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita.
Ceramah sebenarnya proses monolog – jalan sehala – apabila si pendengar tidak ada pe-

www.scribd.com/wartamaya
luang untuk bertanya kembali.

Pelbagai sumpah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita di zaman kanak-
kanak - tidak ada langsung peluang untuk
menapis atau bertanya.

Sayugia diingatkan, ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata
untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan
semangat, untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar
semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau pengembangan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ia menjadi ejen
pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolog se-
hala tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun
si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya
yang mengongkong.

Lihat bagaimana monolog televisyen sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen
pembodohan.

Hasil daripada budaya mendengar ini, ramai warga terlali dan terlalai daripada mem-
baca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lem-
bab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir daripada susuk yang tidak lagi menggerakkan otak
mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi mengguna-
kan fikrah, maka mamai akan menyerang. Gejala ini tidak menghairankan.

Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai, maka ada sesuatu yang
tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion, bonsai fikrah adalah syarat
utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjub-
kan, bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombo-
lan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini
ialah kegagalan mereka untuk mengenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa
kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan
siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh semen-
tara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik
juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia
adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa-apa kerja politik.

Gagal mengenal kontradisi sosial, maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan
teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur
ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan

www.scribd.com/wartamaya
bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana
kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.
Justeru dalam kerja politik, wajib diketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kon-
tradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekunder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - mun-
cul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa-larau dan
porak-peranda – raba sana, pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal.
Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang
telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi
dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan dibaca akan disimpan dalam template dan pro-
gram otak. Jika program itu tidak wujud, berapa ratus kali pun diklik, yang muncul
hanya angka 404. Inilah dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikum-
pul melalui kajian, ujikaji di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul.

Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang daripada mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Or-
ganisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam
gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama.

Begitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita, banyak juga ser-
ing tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada
kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya, rakyat Sabah dan Sarawak ingin bebas daripada cengakaman United Malays
National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih
banyak mendapat projek. Semua ini kontradiksi di kalangan Barisan Nasional sendiri
yang wajib kita eksploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain
dan tidak bukan ialah kaum imperialis
Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat
dunia. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika sedang
mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah
punca segala masalah yang sedang menghuru-harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menen-
tang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi
mereka terdesak, maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh
kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan.

Semua ini adalah asas taktik dan strategi politik yang paling minimum.

Inilah pentingnya memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji,

www.scribd.com/wartamaya
bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim tentera ten-
tera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wa-
jib dicap sebagai musuh utama.

Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce
seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-
Amerika, bukan pendukung utama. Dalam politik, yang wajib kita tentang dan lawan
bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk
melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik
jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup.

Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama daripada sistem ekonomi kapitalis.
Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus
digodam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu daripada kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga
yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kon-
tradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan - tidak berupaya untuk mengenal
apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu.

Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan burger kerana terden-


gar cerita adanya gelatin tidak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melu-
puskan MacDonald dan Burger King. Inilah tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tidak
kesampaian untuk berfikir.

www.scribd.com/wartamaya

You might also like